2/06/11

maklumbalas!

Merujuk kepada entri Mommy Lyna berkenaan kebodohan blogger dalam cuba mengarang entri berbentuk ilmiah. Tapi kurang ilmu untuk dijadikan isi. Tajuk nampak gah. Pembaca teruja untuk membaca. Tetapi isi kosong dan pengenalan cerita mungkin berulang-ulang dari perenggan pertama, bawa ke-2 dan sehingga kepada kesimpulan cerita. Dia bercerita perihal blogger. Tapi saya hendak bercerita tentang pendapat orang.

Dan saya terjumpa satu pendapat yang tak tahu nak dikategorikan dalam senarai apa. Ini yang saya petik dari blog Yaya Azura, pendapat salah seorang ibu mengenai gula tambahan dalam susu - 

still prefer natural sugar from the real things such as papaya,pumpkin,sweet potato,corn.....not gabungan bahan2 yg sy x biasa dengar dan baca,,sure namanya sukrosa ,corn syrup begitu..still it's not the real thing... it's sound chemical to me...we can give sugar from the ORIGINAL sugar..not something made up in a LABORATORY...that's how i think... kenapa zaman nenek kita tak ada susu pun,berkhasiat juga pemakanan bayi..they used real things to feed their children...saya berkeras juga dengan gula asli dari tumbuhan asli juga.. 

Ini adalah pendapat bodoh. Seperti kata Mommy Lyna, jangan bodohkan diri sendiri dengan mengarang entri yang entah apa-apa isi. Begitu juga saya, jangan keluarkan pendapat yang boleh menampakkan betapa bimbonya diri. Entah apa yang dimaksudkan gula yang dihasilkan dari makmal. Adakah gula pasir? Sukrosa sedia maklum terkandung di dalam tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti tebu, bit dan lobak merah. Adakah sukrosa, gula yang dihasilkan dari makmal? Apa maksud dia? Atau mungkin maksudnya makmal menghasilkan sukrosa untuk dijadikan barang-barang harga terkawal di kedai-kedai runcit?

Kenapa tak baca? Di sekolah, ini adalah antara topik asas sains. Saya tak belajar kimia. Saya juga bukan pelajar aliran sains. Tapi adakah ini alasan untuk menjadi ibu yang tidak berpengetahuan? Saya tak kata saya tahu semua. Malah, jangan panggil saya Puan Serba Tahu kerana saya dapat tahu pun dari bahan bacaan.

Kenapa mereka panggil susu itu susu formula? Susu formula terhasil dari formula khas untuk tumbesaran anak-anak. Gizi utama di dalam susu formula sudah tentu karbohidrat. Fungsi karbohidrat adalah sebagai salah satu penyumbang tenaga kepada anak-anak yang semakin membesar. Juga digunapakai untuk tumbesaran anak-anak. Jika anak kurang karbohidrat, mereka akan lemah. Jika lemah, sistem imun tidak stabil. Bila anak selalu tak sihat, bagaimana proses tumbesaran mereka?

Kenapa ada sukrosa dalam bahan-bahan pembuatan susu formula? Sukrosa adalah salah satu pecahan dari kelas komponen karbohidrat iaitu disakarida. Pecahan lain adalah maltosa dan laktosa. Tak perlulah saya mengarang cerita tentang gula. Itu adalah asas. Apa yang penting, sukrosa bukan gula yang dihasilkan oleh ahli makmal.

Antara maklumbalas kawan blogger untuk entri susu anmum? kalau dah lembu, lembu juga! yang boleh kita sematkan dalam fikiran :-
 
kinna - saya tgk iklan tu tanpa rasa apa2..ada gula tambahan atau tak, itu sume bukan punca obesiti anak. anak obes sebab mak bapak bagi makan fast-food (esp nugget) etc..bagi saya, utk anak bwh 2thn, bagi susu ibu esklusif. lepas setahun, susu ape pon takpe sbb dia dah leh makan makanan pejal (yg lebih berkhasiat) disamping minum susu..DHA ka, AHA ka, Ganglioksida ke..irrelevant sume tu..
er, tapi kalo anmum bagi sample free saya amek je :)
 
Kredit untuk Yaya Azura.

10 comments

hurm....tak tau nk ckp ape..but good entry for my self :)

saya jarang berfikir tiap kali publish entri.hebak tak saya????

thanks mommy fara..
entry penuh info..jgn ingat anak kita akan cerdik sebab minum susu terpilih .. banyak lagi faktor lain ... jgn hanya nampak pada susu..macam la anak dah tak makan makanan lain..

jangan terpedaya dengan iklan.

itu yang merisaukan ai andai ada komen @ entry ai yang buat orang tersinggung atau taip entry/komen tanpa ilmu @ sumber yang betul..

n3 ni boleh buka minda ibu2..jgn taksub dgn iklan dan susu2 mahal..hehe..eh, opinion kite kena highlite! i like!!

2/6/11

Bukan hanya susu yang perlu kita tahu.

aizamia3

Tak ape klu komen dijadikan isu. Terima kritikan dan pendapat org lain. Kritikan org lain itulah yg buat kite boleh improve. Dunia blog mmg utk suke2 dan hobi. Tapi dlm mase yg sama, dunia blog juga mampu menjadi sumber ilmu yg paling berkesan.

3/6/11

Dear MF..
Yes..buka minda. baca semua. analyze and pilih yang terbaik..

kinna.. free pun nak juge.. hehe..

yup.. tapi selagi boleh tak akan komen yang boleh mengganggu-gugat perasaan orang lain, kita berblog bukan nak cari gaduh atau kesalahan orang lain.. ;)

psstt: ini ni menarik, boleh guna andaikata ada kawan2 yang terlampau taksub dengan mana2 susu yang bagi dorang paling baik paling bagus..

Catat Ulasan