OOTD hari ni; Chiffon top, saya beli di Brands Outlet. Harganya cuma RM9. Dan shawl ala-ala pashmina, saya beli di Muaz Jalan TAR. Harga pun murah, RM4 je. Kalau dah nama marhaen, terima jelah keadaan seadanya.
Kita ni datang dari bangsa yang penyabar. Seteruk mana pemimpin mengikis duit rakyat pun, kita masih boleh bersabar. Rakyat marhaen hanya layak untuk; Kojo macam nak mati tapi gaji kocik anak. Saya petik dari lirik Rembau Most Wanted yang memang sesuai sangat untuk ditampal pada setiap dahi rakyat marhaen macam kita.
Kalau negara lain, dah lama rakyat berhimpun depan bangunan gomen sambil julang sepanduk. Aman tak aman, belakang kira. Tapi di Malaysia, bersyukurlah kerana kita semua adalah insan terpilih yang punya tahap kesabaran tanpa sempadan.
Kojo makan gaji. Kojo lagi cari duit tepi. Anak bini tersisih sepi. Duit tak cukup, badan setengah mati.
P/S: Ya. Dah lama saya tak menulis. Dan saya masih berhutang dengan kawan untuk share resipi salted caramel. Rai, next entry ya?