Memaparkan catatan dengan label ISU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU. Papar semua catatan
13/10/14
11/07/14
mubarak eid; ujian Allah
Saya ni sejak bersalinkan Khadeeja, penyakit lupa makin menjadi-jadi. Dalam kamera, ada macam-macam gambar. Konon nak up kat entry. Tapi nan hado! Asyik lupa nak bawak ke opis. Maka hari ni, saya membebel jelah tanpa pics yang gojes-gojes ituhhh!
Semalam, kami iftar dengan mihun goreng 'asal boleh', goreng nugget segera dan goreng baki tepung cekodok durian. Berbuka ala kadar, janji kenyang. Syukur Alhamdulillah. Heheheh~ Sejak ada Khadeeja, saya tak dapat nak hidang menu 'hebak-hebak'. Semua main campak-campak je. Kalau boleh short-cut, SHORT-CUT! Hahahaha~ Tapi bila asyik ngadap air tangan sendiri, jemu je rasa. Teringin nak iftar buffet ramadhon. Kalau bukak Groupon, mau gila ni. Tapi fikir-fikir, macam rugi pulak. Bayar mahal tapi makan ciput. Duit tu kalau buat beli lauk sedap-sedap, boleh cover seminggu! Arghhhhhh! Tengah-tengah bulan ni dengan bonus raya tarak, haruslah berfikiran ala-ala cheapskate gituhhh! Sobs!
Tapi dalam sibuk plan nak berbuka mewah, lupa pulak ada saudara seagama yang nasibnya sangat-sangat berbeza. Sampai tak terjangkau dek akal, macam mana beratnya derita yang ditanggung.
Ibnu Abbas RA berkata tentang Dajjal; Akan terjadi tanda-tanda kemunculannya, iaitu manusia tidak lagi menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berlakunya pembunuhan, manusia tidak lagi menghormati undang-undang, mereka memakan harta riba, berlumba-lumba membuat binaan, mereka meminum arak, mereka leka berhibur dengan muzik-muzik, orang-orang lelaki memakai sutera, mereka memperagakan penampilan firaun, manusia semakin suka melanggar perjanjian, mereka mendalami sesuatu ilmu bukan agama, mereka menghiasi masjid (masjid tidak berfungsi), mereka merosakkkan hati-hati, memutuskan hubungan kekeluargaan, bertambahnya orang yang hanya membaca semata-mata, berkurangnya orang yang faqih, terabainya hukum hudud, terdapat penyerupaan antara lelaki dan perempuan, berlakunya hubungan sejenis....ketika inilah munculnya Dajjal.
12/07/13
kekeliruan imsak dan akhir sahur
Masa zaman budak-budak dulu, Mak pernah kata jangan stop minum walau azan Subuh dah berkumandang. Kalau dah teguk tu, teguk je sampai habis. Saya simpan kata-kata Mak tu sampailah sekarang. Bila dah dewasa ni, macam-macam fatwa pula yang keluar. Ada yang kata, jangan makan atau minum bila sudah masuk Imsak. Saya jadi confuse. Yelah, ilmu agama kita pun taklah setinggi mana. Nak cerita lebih, nanti orang tempelak kita. Kata kita memandai pulak. Bila belek Harian Metro, terjumpa pula artikel yang ditulis oleh Ahmad Tajuddin Bin Idris al-Manhaji. Alhamdulillah. Semoga apa yang ditulis dapat menerangkan apa yang kelabu selama ini. Semoga kita semua dipermudahkan Allah SWT dalam menjalani kehidupan sebagai umat Islam di akhir zaman. Inshaa Allah.
*****
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, tahun ini kita masih lagi diizinkan untuk bertemu dengan Ramadan. Maka hendaklah Ramadan kali ini menjadi motivasi kepada kita dengan memanfaatkan segala kebaikan dan amal soleh seolah-olah inilah Ramadan kita yang terakhir.
Dan di antara kebaikan dan amal soleh dalam bulan Ramadan yang paling besar adalah melaksanakan ibadat puasa itu sendiri sesuai dengan sunah Nabi SAW. Apa yang dilakukan dan disuruh oleh Nabi dalam berpuasa itulah yang terbaik manakala yang tidak dilakukan oleh Nabi dan tidak disuruh itu bukanlah sunah baginda.
Semua orang Islam mengetahui bahawa puasa bermula dengan terbit matahari - masuk waktu Subuh dan berbuka selepas tenggelamnya matahari yakni masuk waktu Maghrib.
Namun, takrif puasa yang mudah difahami ini jika dilihat kebanyakan orang Islam yang berpuasa terdapat perbezaan praktikal dengan takrif puasa ini.
Tiada istilah imsak. Misalnya, sudah menjadi kebiasaannya orang Islam hari ini imsak ketika bersahur iaitu berhenti 10 minit sebelum masuk waktu Subuh dan beriktikad pada tempoh masa 10 minit ini tidak boleh lagi menjamah makanan dan perlu berhenti serta-merta. Lebih parah lagi bersangka batal puasa seseorang seandainya masih makan dan minum dalam tempoh imsak ini.
Benarkah dakwaan ini? Apakah ada sandaran daripada Nabi? Pada pemahaman penulis, amalan imsak ini tidak menepati petunjuk dan sunah Nabi. Buktinya di antara sunah dan dianjurkan Nabi ketika bersahur untuk berpuasa adalah dengan melewatkan sahur seperti hadis Nabi yang bermaksud;
Tiga perkara adalah akhlak kenabian; mempercepatkan buka puasa, melewatkan sahur dan meletak tangan kanan atas tangan kiri dalam solat
(Riwayat Al-Thabarani, dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih al-Jami’, no. 3038)
Dan ia dikuatkan lagi dengan hadis daripada Zaid yang ditanya oleh Anas kepadanya, bahawa Zaid mengatakan jarak Nabi dan sahabat, mereka bersahur sebelum waktu Subuh dalam tempoh 50 ayat al-Quran dibacakan. Hal ini seperti terkandung dalam hadis Zaid yang berbunyi;
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh).” Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama sahur antara azan dan sahur tersebut?” Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran).”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa tiada petunjuk daripada Nabi yang memberhentikan makan dan minum dalam tempoh tertentu sebelum masuk Subuh. Hal ini dibahaskan oleh Imam Ibnu Hajar di zamannya lagi dengan mengatakan;
Di antara bidaah yang mungkar ialah apa berlaku di zaman ini iaitu melaungkan azan kedua sebelum waktu Subuh dengan anggaran satu pertiga jam pada bulan Ramadan, di samping memadamkan pelita yang dijadikan tanda pengharaman makan dan minum bagi mereka yang ingin berpuasa. Perbuatan ini dianggap satu usaha berjaga-jaga dalam ibadat. Perkara ini tidak diketahui kecuali oleh segelintir manusia. Perbuatan ini juga menarik mereka untuk tidak melaungkan azan kecuali selepas terbenamnya matahari seketika untuk memastikan waktu pada sangkaan mereka. Dengan ini mereka melewatkan berbuka dan mempercepatkan bersahur dan mereka menyalahi sunah. Disebabkan inilah kebaikan menjadi sedikit dalam kalangan mereka dan keburukan menjadi banyak di antara mereka. Allah jualah yang dipohon pertolongan.
(Lihat Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Baari, 4/199).
AZAN KETIKA SAHUR
Lebih jelas bukti yang menunjukkan tiadanya imsak dalam Islam ini walau apa sekalipun matlamatnya adalah hadis Nabi yang melarang seseorang berhenti ketika bersahur walaupun azan Subuh sudah berkumandang. Kata Nabi yang bermaksud;
Sekiranya seorang daripada kamu mendengar azan sedang bekas makanan di tangannya, janganlah dia letakkan sehingga dia selesai menghabiskan apa yang perlu.
(Riwayat Abu Daud, Dinilai hasan sahih oleh Syeikh al-Albani)
Maka yang sahih dan menepati sunah bersahur untuk berpuasa ini adalah tiada waktu imsak. Berhentilah sebelum azan tanpa perlu dibataskan masa tertentu, itupun terdapat rukhsah dan keringanan sekiranya terdengar azan selesaikanlah makan dan minum barulah berhenti dan teruskan berpuasa.
YAHUDI LEWATKAN BERBUKA.
Ketika berbuka pula, disunahkan pula kita berbuka puasa dengan segera, jangan melewatkannya seperti hadis Nabi yang berbunyi;
Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka segera berbuka puasa
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hal ini kerana Islam adalah agama fitrah dan berbuka awal menepati fitrah insan di samping anjuran Nabi kepada umatnya untuk berbeza dengan orang Yahudi yang berpuasa akan melewatkan berbuka seperti perkataan Nabi dalam hadis yang lain;
Agama ini akan senantiasa menang selama manusia menyegerakan berbuka, kerana orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya
(Hadits Riwayat Abu Dawud 2/305, Ibnu Hibban 223, dengan sanad yang Hasan)
Tetapi ada juga di sana segolongan manusia berasa warak kepada Allah dengan melewatkan berbuka puasa dan berasa hina jika berbuka awal seperti golongan Syiah yang sesat. Mereka suka melewatkan berbuka puasa menanti sehingga nampak bintang di langit padahal sahih daripada Nabi agar jangan berbuka sehingga kelihatan bintang di langit.
Kata Nabi yang bermaksud;
Umatku akan senantiasa dalam sunahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika berbuka puasa
(Hadits Riwayat Ibnu Hibban 891 dengan sanad sahih)
Jadi yang terbaik adalah mengikut petunjuk dan sunah Nabi ketika berpuasa kerana berasa cukup dengan sunah itu adalah sebuah hidayah.
Penulis lulusan Syariahh Fiqh dan Usul (UM) adalah Ketua Biro Massa Ilmuan Malaysi.
Sumber: HMetro
9/07/13
pelajar disamun di tengah pergolakan mesir
Kaherah: Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya bersejarah ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki.
Kejadian itu menyebabkan hidung mangsa bengkak dan mengalami pendarahan serius akibat ditumbuk penjenayah yang sebelum itu menyerang mangsa di tepi jalan 200 meter dari kediaman pelajar di Haiyul Asyar, di sini.
Seorang rakan mangsa, Abdullah Afif Said, 21, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan kaki pulang sebelum menyedari beberapa lelaki tempatan cuba menghampiri mereka.
“Saya yang tidak sedap hati kemudian mempercepatkan langkah sebelum dua daripada penjenayah itu menangkap seorang rakan saya, Abdul Rahman Ahmad, 21. Tiga lagi penjenayah yang muncul entah dari mana kemudian menangkap Mohamad.
Sumber: HMetro
Semua pun sedia maklum keadaan di Mesir, kan? Bergolak sana-sini hanya kerana satu alasan; kuasa. Teringat satu siri dari History Channel (Astro), God vs Satan: The Final Battle. Dalam kisah itu, mereka mengkaji kombinasi kitab-kitab yang ada di dunia. Salah satunya, Al-Quran. Memang ralit tengok siri tu. Dari situ, kita boleh simpulkan yang kandungan jalan ceritanya adalah hampir sama. Baik Al-Quran, kitab Taurat (Yahudi) dan kitab Injil (Kristian).
Siri itu mengisahkan, dunia akan melalui satu zaman di mana kuasa baik akan berlawan habis-habisan dengan kuasa jahat. Mereka menggambarkan, kuasa jahat akan menggunakan kuasa mereka untuk menjahatkan semua umat manusia, baik secara halus atau paksa. Jika kuasa baik mempertahankan hak mereka (atau memperjuangkan), maka mereka akan ditindas kuasa jahat (yang kian berkuasa dek paksaan secara halus).
Siapa kuasa baik yang ditindas? Mungkin Palestin? Mungkin puak Uyghur? Mungkin rakyat Mesir yang menyokong pemimpin yang mengagungkan agama Islam? Dan siapa pula kuasa jahat yang paling berkuasa dan suka memaksa secara psikologi dan halus?
Cerita saya mungkin relevan dengan kisah Mesir.
21/06/13
saya memang marah tapi suka pun ya jugak!
Baru je kejap tadi, ada orang kena ragut di sini. Rasanya kelmarin saya ada bebel pasal penyangak-penyangak ni kan? Pagi tadi dengar berita radio, polis menafikan KL sebagai kawasan paling bahaya. Saya geleng kepala. Kenapa nak menafikan benda yang memang ya?
Kawasan rumah saya pun, merata juga penjenayah. Penjenayah alam. Dah tahu sekarang ni musim panas. Jerebu lagi. Boleh pulak buat pembakaran terbuka. Bakar sampah. Bila baca paper, marah kerajaan Indonesia sebab tak pandai handle pembakaran hutan di seberang. Tapi tak sedar diri sendiri pulak macam mana ya?
Dahlah. Malas nak cerita hal-hal 'menegakkan benang basah'. Benda pun dah asyik jadi je tiap-tiap hari. Menjadi-jadi. Tak ada perubahan pun.
Semalam, terima bungkusan Pos Laju. Belek consignment note, ada nama Aisy Nasiha. Sahlah souvenir Korea sudah sampai. Yeay! Terima kasih cikgu.
Paling saya suka, tang stokin tu. Cute. Heeeeeee~
19/06/13
pecah kereta
![]() |
| Port parking Harimau Kumbang |
Kalau familiar dengan Kelana Jaya, mesti tahu tempat ni. Dekat dengan KJMC. Dekat dengan office bolasepak Selangor jugak. Kawasan sini, dah macam ala-ala Bronx. Ada saja yang jadi mangsa. Kelmarin, kes pecah kereta. Semalam pun, kes pecah kereta. Hari ini, kes ragut pula. Baru kejap tadi dapat berita, polis berkumpul dekat situ sebab kes pecah rumah. Boleh kata hari-hari, ada je kes. Tapi polis tak ronda waktu siang. Konon ramai orang. Saya tengok, modus operandi penyangak-penyangak ni selalunya waktu siang. Itu yang malangnya.
Hari ini, datang awal pagi. Semata nak park Harimau Kumbang dekat dengan bengkel atau kedai mamak. Selalu je doa dalam hati, janganlah Harimau Kumbang jadi mangsa. Dahlah dia jambu walau hitam legam.
14/03/13
celaka punya orang!
Entah bila nak ada kesedaran? Bila hari dah kiamat agaknya. Bumi dah nazak pun, bodoh tak nak fikir apa-apa. Kenapa tak pilih bersih? Kenapa mesti pilih kotor juga? Sungguhlah saya sakit hati. Baru semalam, abang kontraktor kaut semua sampah guna jentolak. Dari kotor, terus jadi bersih-sebersih-bersihnya. Saya pun senang hati. Rasa macam nak lompat-lompat sebab suka sangat. Alih-alih pagi ini....
Keji, tahu tak! Keji!!~
22/11/12
kempen boikot
Saya tahu, Mc D kini berada di dalam fasa tidak sabar-sabar untuk melancarkan kembali Prosperity Burger. Disebabkan burger bersos lada hitam itu, Mc D mengaut untung berlipat kali ganda. Dan mungkin di kala itu, ada di antara kita yang sudah lupa pada kempen boikot-memboikot.
Andai kata kempen boikot menjadi di Malaysia, apalah nasib makcik di depan kaunter Mc D sana kan? Apalah nasib pekerja-pekerja kuli di sana yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam, kan? Ada kita terfikir tentang hal yang itu? Mungkin tidak kerana kita sudah puas menangis melihat nasib rakyat Palestin yang diserang bertubi-tubi oleh pihak zionis. Dan tiba-tiba datang semangat teruja untuk membantu mereka. Tiba-tiba saja, kan? Walhal sebelum ini kita tak pernah memikirkan mereka. Iklan minta derma kambing untuk rakyat Palestin pun endah tak endah saja.
Atau mungkin kita boleh berikan alasan; Rezeki Allah itu luas. Kalau bukan di Mc D, mungkin boleh ikhtiar di tempat lain. Oh, ya? Apa senangkah mencari rezeki di tengah kota KL sebegini?; Alah, yang kamu kerja di KL tu kenapa? Balik kampung tanam jagung sudah. Kita memang suka berfikir mudah kerana kita sudah tersedia hidup mewah. Kita ada rumah sendiri. Kita ada kereta sendiri. Jadi, apalah sangat kerja kuli di Mc D? Dari membazir masa menyokong syarikat Yahudi, pergilah tanam jagung sendiri! Ya tak?
Tapi, adakah semata Mc D? Pernah terfikir yang Mark Zuckerberg mungkin menyalurkan dana untuk zionis? Atau mungkin, Steve Wozniak yang merupakan co-founder Apple juga menyalurkan dana untuk mereka? Dia mungkin bukan orang Yahudi tapi kena ambil tahu yang Mr.Wozniak adalah ahli Freemason. Dan Freemason punya agenda untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa demi membina semula Kuil Haikal Sulaiman. Semua ini sudah diwar-war para ulama. Ada sebab kenapa Amerika Syarikat bersekutu dengan Israel. Selagi masjid itu tidak jatuh ke tangan mereka, selagi itu Palestin akan dihentam. Dan ada sebab kenapa dunia dipengaruh dengan kempen Islamophobia. Juga ada sebab, kenapa Gaza diserang!
Atau mungkin Facebook dan Ipad atau Iphone atau MacBook masih relevan untuk digunapakai? Mungkin BE Colgate yang ada di antara kita bertuah mendapatnya? Bagaimana? Nak makan duit Colgate atau mohon pada Nuffnang supaya menarik balik BE itu?
30/10/12
cerita tentang kaum
Pertama kali dia datang sini, dia beramah mesra dengan saya. Tapi bukan bercerita hal yang senang. Malah, saya langsung tak senang. Apalagi bila cerita itu berbaur perkauman; Kakak jangan marah sama saya. Orang Melayu memang ini macam. Pemalas. Orang kita, mabuk-mabuk pun tapi kutip sampah cari duit jugak. Orang Melayu, tadak ini macam. Mau pakai smart-smart tapi banyak hutang.
Entahlah. Tak ada apa pun yang perlu saya renung tentang apa yang dia cakapkan. Dia umpama; Ketam mengajar anak berjalan lurus. Tapi diri sendiri pun, kiok!
Kadang-kadang apa yang mereka labelkan pada bangsa saya, saya tak ambil kira. Kenapa perlu? Dalam setiap orang pun, ada sifat pemalas. Tapi saya percaya, yang malas ini hanya segelintir bilang. Betul tak? Saya masih percaya yang itu. Walau ramai di antara kita kata, kepercayaan mereka telah lama hilang. Entah. Tepuk dahi, tanya kepala otak sendiri.
Eh, peribahasa saya salah ke?
Saya terkejut bila ada BE datang bertandang ke akaun Nuffnang saya. Patutlah iklan HP Printer asyik berulang-tayang dalam Pok Amai-Amai. Terima kasih daun keladi!
1/10/12
nak pangkah apa nanti ya?
Balik-balik lolipop. Balik-balik lolipop. Cubalah pancing kami dengan benda yang kekal. Benda yang tak menyusahkan.
Haishhhhh!
5/09/12
kisah mat punggung
Ada orang, sarkastik dan sinis dalam melontar kata. Tapi kecut bila disuruh turun padang. Ada orang pula, berani lagak laksamana. Tapi bodoh dalam mengalir fikir.
Kisah Mat Punggung takkan menjadi sejarah agung. Kalau nak menjolok sarang tebuan pun, belajar jadi bijak dulu.
Budak tu bikin malu orang Johor la!!!
29/08/12
gangnam style - 70 juta penonton!
Pertama kali saya tertonton klip video ini (di pusat membeli-belah Batu Pahat), saya bersumpah-seranah; Apa ke halnya ni? Mana arah datang video ni? Hoi! Tak senonoh video ni! Sapa penyanyi ni? Buruk ghupenya! Serasa saya, berbakul juga dosa saya dapat percuma. Belum masuk dosa mengata dalam hati bila terlihat ramai yang duduk menunggu depan skrin TV, menyaksi video yang entah apa-apa. Bukan setakat tonton, malah tergedik menari ikut rentak lagu. Parah!
Rupanya, Gangnam Style dah jadi fenonema. Lagu berentak laju ala-ala pasar malam SS2 sudah menjadi ikutan. Malah, tajuk Gangnam itu sendiri sudah menjadi SEO. Hahaha! Walau apapun sampai sudah kalau terdengar lagu alah ini, saya mengutuk sendiri. Allahuakbar! Jauhkan!
30/07/12
logo hari merdeka
Dalam banyak-banyak keluhan tentang 'dahsyat'nya logo Hari Merdeka 2012, ada juga yang memberi pendapat; Kenapa nak bising-bising tentang logo Hari Merdeka tahun ini? Syukurlah apa yang kita ada! Kadang-kadang, perumpamaan; Biar muka hodoh, jangan otak bodoh pun boleh digunapakai juga.
Masa zaman belajar dulu kalau saya persembahkan logo seperti di atas pada pensyarah saya, dah tentu-tentu saya kena cemuh terang-terangan. Bukan setakat nak kata logo Hari Merdeka, malah nak cipta logo untuk kerepek ubi pun mandatori kreatif!
Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".
"Bahan hiasan yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan.
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
BERNAMA
10/07/12
amuk putrajaya
Bila ada yang berimpian untuk masing-masing punya kebebasan termasuk dalam menganuti agama apa; Saya membayangkan orang Melayu terkedek-kedek menayang rantai berloket salib. Atau bindi di dahi. Atau tangkal Buddha di pergelangan tangan.
Apa dan bagaimana reaksi Melayu yang sejak azali ditekan, Islam itu automatik sebaik Melayu dilahirkan; Bila melihat Melayu sesama Melayu sudah bebas menganut agama-agama yang mereka percaya? Atau mungkin agama segera ciptaan manusia sendiri?
Entahlah. Manusia lebih gemar menghukum manusia. Berkeping amaran terpampang di otak sana sini pun, manusia tetap suka menjadi Tuhan. Tak boleh kata tidak. Bawah sedar, manusia menidakkan wujudnya Tuhan. Walau perilaku bersolat 5 waktu sehari semalam. Wajib! Tapi refleks menjadi Tuhan itu sangat sebati dalam diri.
Kesimpulannya; Spesis manusia akhir zaman itu sudah melata wujudnya. Macam makhluk asing. Dibiak. Diberanak. Menjadi sekawan. Menjadi segerombolan. Hingga meliput bumi.
7/06/12
realiti hospital swasta dan kerajaan
Saya tak pernah menggunakan khidmat hospital swasta. Alhamdulillah; dan semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang sakit. Selama ini, saya hanya menggunakan khidmat hospital kerajaan. Dari mengandung hingga bersalinkan Aydin. Malah, Aydin sendiri pernah ditahan di wad kerajaan. Alhamdulillah (sekali lagi) kerana Allah permudahkan segala urusan kami. Tidak mengalami sebarang kesulitan (di hospital kerajaan). Cuma satu, izinkan saya menyalahkan sesiapa saja yang berkuasa di negara ini di atas fasiliti wad yang serba kekurangan. Boleh baca kisah kami di entri Terima Kasih Hospital Sultanah Nur Zahirah. Saya terharu kerana sakit Aydin menjadi keutamaan kakitangan hospital di sana. Sangat-sangat berterima kasih.
Bukan kami tak ada pilihan. Malah, Aydin juga ada kad perubatan. Dan agen insurans kami sudah berkali ingatkan; Kad kami berkemampuan untuk digunakan di mana-mana hospital pun. Tapi bila azali sudah biasa dengan kehidupan sederhana maka kemewahan menjadi satu fobia. Macam-macam kami fikir. Macam mana kalau terlebih caj? Macam mana kalau harga ubat mereka lebih dari harga stok makan sebulan? Macam mana? Macam mana?
Sebelum itu, saya selalu disogokkan dengan cerita buruk tentang hospital kerajaan. Sampaikan saya pernah bercita-cita hendak bersalinkan anak di hospital swasta. Sanggup menabung untuk servis hospital swasta yang baik. Dan mungkin menyelam sambil minum air, kalau ada yang bertanya; Bersalin di mana? Sekurang-kurangnya, jawapan saya menjadi sedikit prestij dari menjawab; Hospital kerajaan. Saya akui, ini adalah pemikiran paling bodoh pernah terbit dalam hati saya sendiri. Sangat bodoh hingga saya tak sanggup hendak kenang. Tapi tak apa. Saya menulis hanya untuk memudahkan pilihan. Dan mungkin untuk dijadikan sebagai pengajaran (diri sendiri).
Bukan saya saja malah kawan-kawan juga mungkin pernah terdengar kisah-kisah negatif dari hospital kerajaan. Malah, sepupu saya sendiri pernah menjadi mangsa kecuaian hospital kerajaan. Namun, saya berserah pada kun fayakun. Kalau Allah sudah hendak jadikan kita begitu, nak tak nak kita terpaksa redha (walau dalam kepasrahan). Saya tahu, berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Mungkin saya cuma pandai bercakap. Mungkin setakat ini, saya masih bernasib baik. Tapi Alhamdulillah, semoga kita semua dijauhkan Allah dari malapetaka.
Sebenarnya saya mahu berkongsi sedikit pengalaman dari kawan saya perihal hospital swasta. Semoga dapat dijadikan pengajaran dan tauladan. Bukan hendak merosakkan susu sebelanga hanya kerana setitik nila. Tapi sekadar memberi pilihan. Lagipun, jenama hospital swasta ada pelbagai. Kepada sesiapa yang punya banyak pilihan, kuasa di tangan sendiri.
Kisah bermula apabila kes demam panas anak kawan terpaksa ditolak hospital (swasta) yang biasa dilawatinya kerana kekurangan katil. Kisah di bawah merujuk pada salah sebuah hospital swasta yang terletak di Damansara. Baca dan nilai sendiri.
Uhud - Nama timangan anak..
Namun, tak semua orang punyai pilihan seperti ini. Sangat tak wajar menyalahkan diri sendiri kerana kurang kemampuan untuk mendapatkan khidmat swasta. Sebenarnya kita lebih dari layak untuk mendapat khidmat hospital kerajaan setaraf swasta memandangkan Malaysia tidak kurang dengan kakitangan yang sangat membantu (juga pembayar cukai). Entahlah, patutkah kalau saya kata; Mengharap penambahbaikan fasiliti perubatan umpama pungguk rindukan bulan atau menunggu kucing bertanduk. Lain yang diharap, lain yang kita dapat.
Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, sama-sama merasa. Bukan kita sakit, duduk berjam menunggu rawatan. "Mereka" sakit, helikopter datang berhenti depan (rumah).
1/06/12
alkisah pegawai bank gagal saman ptptn
Mungkin betul dia (pegawai bank) sudah langsaikan hutang. Tapi ada kemungkinan juga hutangnya masih berbaki. Siapa yang tahu kan? Fakta dari media pun nampak samar-samar. Jadi tak berani nak kata siapa betul, siapa tak betul. Tapi bagi saya kalau kita buat kerja dengan efisien, masalah remeh takkan terjadi. Bukan apa. Masalah yang jadi kalau tak menyusahkan orang, mungkin tak apa. Kan? Tapi kalau dah susahkan orang, saya pun boleh jadi sakit hati.
Orang kata kalau nak meringankan sikit beban hutang PTPTN, undilah dacing. Orang lain yang kata, bukan saya!
Err....
30/05/12
www 1
Orang-orang tua kata; Cakap siang, pandang-pandang. Cakap malam, dengar-dengar. Tapi kalau setakat bercakap dari KL, takkan dengar sampai ke JB punya.
Orang sekarang kalau nak mencemuh pun, tak peduli siapa. Cuma nak tak nak tanggung risiko saja. Tapi apa ada hal? Mereka kata, Sultan pun manusia biasa.
Err....
autisme
Pernah kawan saya bercerita tentang kawannya. Cerita tentang anak kawannya yang disyaki anak autistik. Puncanya mungkin 2. Aliran emosi dari ibunya (penderita depresi) dan kekeliruan dalam proses pembelajaran.
Saya ada baca tentang anak-anak penghidap autisme. Salah satunya, gangguan emosi. Kawannya pernah menderita depresi semasa mengandung kerana masalah peribadi. Akibatnya, gangguan emosi itu secara tak langsung disalurkan pada anak.
Antara lainnya, keliru. Anak-anak kecil cepat menerima proses pembelajaran. Namun andai kita terlalu mendesak anak supaya belajar tanpa had, maka anak mudah keliru. Seperti kes kawan, dia terlalu mendesak anaknya supaya fasih berbahasa Inggeris. Tanpa sedar, anaknya sering dibiasakan berbahasa Melayu oleh penjaganya. Maka, anak jadi keliru. Kalau ditanya; Kamu mahu makan? Dia diam seribu bahasa. Dan tiba-tiba ada pula yang bertanya; Do you want to eat? Lebih dia diam dari berkata-kata. Bukan dia tak faham. Tapi dia keliru hendak menjawab mana? Ya atau yes? Sudahnya, jalan selamat mungkin berdiam diri saja.
Ada beberapa petanda yang memungkinkan dia anak autistik. Tak perlulah saya jelaskan di sini. Walaubagaimanapun, anak itu kini di bawah terapi perubatan. Saya doakan agar segalanya dalam keadaan yang baik.
25/05/12
samun kereta
Malam semalam, suami ada SMS saya tentang kawan sekerjanya. Kebetulan kawan suami tinggal di kawasan rumah yang sama. Disebabkan mereka bekerja syif, jadi ada kala mereka terpaksa pulang lewat malam. Nak dijadikan cerita, ada satu malam kawan suami dalam perjalanan pulang ke rumah. Tak sampai beberapa meter saja dari pangsapuri, tiba-tiba datang 2 buah kereta mengepung kereta kawan suami. Sebuah kereta mengepung di depan dan sebuah lagi mengepung di belakang. Mereka turun dari kereta masing-masing dengan bersenjatakan parang dan topi keledar. Mereka paksa kawan suami keluar. Tapi kawan suami melawan dan mengunci kereta dari dalam. Sehabis nekad, samseng murahan itu memecah cermin kereta dan menarik kawan suami keluar. Nasib baik kawan suami tak diapa-apakan. Mereka hanya merampas kereta dan pergi dari situ sepantas mungkin.
Bayangkan betapa nekadnya mereka buat kerja jahat. Tapi bodoh. Mereka menyamun kereta tapi muka tak bertopeng dan nombor plet kereta terbuntang depan mata kawan suami. Apalagi, ingatan yang kuat itu perlu walaupun dalam keadaaan panik dan menakutkan. Alhamdulillah tak lama kemudian, mereka diberkas polis. Cuma yang malangnya, kereta masih tak dapat dikesan. Rupa-rupanya pada malam yang sama, geng samseng itu sudah menyamun lebih dari 4 buah kereta di berlainan tempat.
Saya teringat kisah dulu. Masa saya masih setia dengan bas, saya pernah diberi amaran oleh penduduk setempat bahawa hentian bas (tempat saya menunggu kedatangan bas) adalah kawasan kegemaran samseng murahan untuk menyamun. Antara senjata mereka adalah kayu hoki dan parang. Selalunya mereka 'bertugas' dari jam 7 hingga 8 pagi.
Betapa tak selamatnya kawasan kejiranan di sini. Sebenarnya, kawasan ini dari dulu sudah diwartakan sebagai kawasan panas di IPD PJ. Tapi entahlah, masalah jenayah tak berkurangan. Agak bodoh kalau nak menyalahkan polis 100%. Keamanan sesebuah tempat itu mungkin bergantung kepada sikap prihatin jiran sama jiran. Ada hikmah memiliki jiran yang suka ambil kisah dan ambil tahu. Bukan membiarkan apa saja yang berlaku. Tak hairan kalau penjenayah bermaharajalela. Suka-suka hati nak menyamun sesiapa.
Kawan-kawan, berhati-hati ya? Zaman sekarang, samseng-samseng semuanya jenis nekad. Tak takut apa pun. Dan tak hormat siapa pun. Selagi ada ajaran anti itu dan anti ini, selagi itulah kehidupan sesama masyarakat akan porak-peranda. Percayalah.
Langgan:
Catatan (Atom)
.png)













