Destinasi percutian idaman saya masa zaman kanak-kanak dulu adalah mengembara seluruh kepulauan Carribean dengan menaiki kapal lanun. Saya pun tak tahu kenapa sampai macam itu sekali angan-angan saya. Apa yang pasti, saya terpengaruh dengan permainan komputer Monkey Island. Bayangkan, pantai-pantainya yang cantik dan sentiasa bercuaca panas. Siapa yang tak suka kan?
Destinasi percutian idaman saya masa zaman muda-muda dulu adalah mengembara seluruh Indochina dengan menaiki keretapi. Entah kenapa, saya sangat suka dengan keretapi. Bagi saya, keretapi adalah satu pengangkutan paling adventur dan sentiasa memberi peluang kepada saya untuk menikmati alam semulajadi yang masih dara dari pembangunan. Banyak tempat saya mahu singgah. Saya mahu merasa udara sejuk di Chiengmai. Saya mahu berbasikal di sekitar Ho Chi Minh. Paling saya angankan, saya mahu jejakkan kaki di Angkor Wat. Serius! Angkor Wat sentiasa berada dalam senarai destinasi percutian idaman saya hingga ke hari ini.
Destinasi percutian idaman saya masa zaman belajar di universiti dulu adalah mengembara seluruh Eropah (siapa yang tak suka Eropahkan?). Bukan sebab alam semulajadinya (yang memang cantik) atau makanannya yang hebat tapi keindahan kesenian bangunan dan lukisan katedralnya. Antara yang menjadi idaman saya sudah tentu Notre Dame de Paris. Alangkah bagusnya kalau saya dapat jejakkan kaki ke sana.
Destinasi percutian idaman saya masa dah jadi mommy macam ini adalah tak kira mana destinasi pun. Janji dengan suami dan anak, lengkap kami 3 beranak. Hatta sebelah rumah sekalipun, kalau cukup 3 beranak mesti rasa seronok dan lengkap saja,kan?
Kawan-kawan pula? Ada destinasi percutian idaman tak? Kongsilah dengan saya.
18 comments
cheqna pun sama
bercuti kemana saja asalkan disisi insan2 kesayangan cheqna=)
eh saya setuju dgn kamu!!pergi la ke seluruh dunia ini kalau tanpa anak dan suami tidak seronok lah cuti itu!
dan itu bukan bercuti name nyer jika hati & otak berada dirumah... :)
7 wonders of the world dan UNESCO world heritage..tak kisah kat ceruk dunia mana...memang teringin nak pergi. And off course la pulau-pulau kat Malaysia. Malaysia tetap di hati..cewah! :-)
bunyi mcm indiana jones-style jer tempat2 nak pergi ni...heeheh
good morning! how r u today? :D
amboi...dah macam tajuk karangan BM je kak fara? haha
tak nak pergi jauh2,nak pergi Pulau Manukan Sabah..dekat ja bah... =)
betul la fara...kalau dah jadi mak2 orang ni memang tak kisah pergi ke mana-mana..janji mesti ada anak dgn suami..
Masa single dulu merata juga kakak pergi tapi setelah punya anak ditambah telah bersekolah biasanya kami ikut rentak pilihan anak...
Amy kalau boleh nak bercuti di tepi sawah bendang tapi untill now x kesampaian lagi huhu..
hehehheeh..kang ai tulis tak ckp lak note nie hahahahaha...
ai teringin nk ke perancis sbb suka tgk dia punya binaan dia..
tapi lately teringin nk ke mekah bila byk baca kisah2 nabi..smoga Allah kabulkan doa kita kan ;)
Pernah menolak tawaran belajar ke US sbb nak belajar di UK gara2 nak round Europe. Sampai hari ni satu negeri Eropah pun belum jejak. Yup...still dreaming...
teringin nk bercuti ke luar negara x kisahlah mana pon..
sbnrnya sy teringin mengembara..bila sy bagitau suami impian sy ini dia gelak dekah-dekah
Destinasi idaman saya ialah pengembaraan jelajah negara Eropah bercaravan dgn keluarga.
setuju..tak kisah la piknik blakang dapur pun asalkan bersama yg tersayang ;)
Notre Dame de Paris..once upon the time,aku ke sana 2 kali/tahun 2001 dan tahun 2008 ..cukuplah 2 kali.tak nak pegi dah..
kalau masa kecik dulu acik tak de impian kemana2 pun..bila dah dewasa..cukup ke seluruh negeri di malaysia ni kecuali pulau2..tapi terlepas jugak ke pulau pangkor dan pulau langkawi
masa kecik2 dulu susah nk berjalan2...dpt jln balik kmpg kat Pontian naik bas setahn sekali,berhimpit-himpit dlm bas angkut2 3,4 buah dr Tenggaroh itu jelah...
tp saya teringin nk buat umah tepi pantai...
but now asal pegi mana pun tak kisah sebab jrg sgt dapt spend quality time dgn family lately ni...
kamu nk ke terengganu yer...tgkapkan gambar cantik2 utk saya yer...saya tk pernah sampai terengganu T__T
saya mungkin ke Bagn LAlang..tkde rezeki jumpa awak nampaknya...
sama lah farah..kalu jejalan tu bawa family baru best..kalu pasal kerja kena lah juga tinggal..
yana drpd sekolah rendah lg dok giler nk g jepun..hehe..tp makin besar ni dah macam tak rasa nak g sana sebab susah nak makan..haha..rasa2 nak merasa dok brunei macamana..;)
kalauboleh aku nak cukupkan jelajah aku bhgian asia tenggara dulu. tinggal filipin dan myanmar jer tak jejak2 lagi
eropah mmg syok tapi....aku tak minat nak kesana