15/03/12

cuti-cuti terengganu - insiden warung norazila

Saya pernah terbaca review (entah review atau promosi, saya kurang pasti) berkenaan Warung Norazila di Kuala Ibai, Kuala Terengganu dari blog terkenal. Katanya ada pelbagai juadah sedap dan menarik yang wajib dicuba. Paling penting, ada ungkapan; Rasanya pun tidak mengecewakan dari blogger berkenaan. Gigih kami mencari walaupun keadaan Aydin pada masa itu tak berapa nak baik (malam sebelum dikejarkan ke HSNZ). Punyalah bersemangat kami nak merasa masakan Terengganu asli. Tapi lain yang diharap, lain pula yang kami kena menghadap!

Tak tahu nak kategorikan sebagai apa. Apakah mungkin nasib kami yang tak berapa nak baik? Ataupun memang sebegitu sikap peniaga di Warung Norazila, saya tak tahu. Apa yang saya tahu, kami sangat menyesal singgah makan di situ. Sebaik melangkah masuk ke premis berkenaan, saya dah rasa tak sedap hati. Tahap kebersihan sememangnya di bawah paras negatif. Minta maaf jika saya terlalu berterus-terang tapi itulah apa yang saya lihat. Nak kata ramai orang, taklah ramai mana. Dan pekerja warung pula bukan seorang. Ke hulu-hilir nampak macam sibuk. Tapi kami duduk dah dekat setengah jam, tak ada siapa yang sudi nak ambil pesanan. Suami berkompromi, datang ke kaunter semata-mata untuk membuat pesanan. Nak menunggu pekerja kaunter melayan suami pun satu hal. Lambat sangat! Bila suami nak buat pesanan, disuruh duduk. Kami dah bengang! Aydin pula asyik meminta-minta; Mamam! Mamam! Tapi entah kenapa, tahap kesabaran saya masih ada walau hanya bersisa.

Dekat sejam kami bazirkan masa hanya untuk nasi goreng makanan laut. Sebaik makanan tiba di meja kami, ada sedikit teruja. Makanan laut yang banyak. Sotong dan udangnya segar. Malangnya, masih mentah. Bau hanyir mencucuk-cucuk hidung. Selera terus tertutup. Nasi pula hambar dan lembik. Seolah-olah digoreng pantas dan cincai. Kekecewaan saya ditambah dengan rasa stress kerana Aydin mengamuk. Dia mungkin tak selesa kerana tak dapat nak bernafas dengan baik. Ditambah dengan kelaparan yang amat. Betul-betul bengang. Kalau saya lapar seorang, saya tak kisah. Tapi bila membabitkan anak, betul-betul menguji kesabaran! Sudahnya, kami pulang ke hotel dalam keadaan tak puas hati dan menyesal yang amat!

Hari pertama kami mungkin agak kacau. Insiden demi insiden berlaku, mencacatkan sedikit mood percutian kami. Tapi tak apa. Ada kisah menarik di hari kedua selepas Aydin discaj dari HSNZ. Nanti-nantilah saya cerita ya?

35 comments

15/3/12

adeh..klu suami saya mmg dia dah tinggal jek..

mmg paling pntg dlm hidup klu buat2 busy then tak de apapun yg kita nmpk yg perlu dorang busykan :((

harus disimpan dlm ingatan restoran nie mmmmm

oh mgkn bkn rezekimu ketika itu...

Fhm bagaimana Farra keciwa krn kita dtg dgn hrpn gara2 recommendation org, kan.

Will u be in JB dis wiken, Farra? Seberanglah ke Singapura krn KC ada disana. hihihi.

Takper, bila ada cerita baru boleh cerita dalam blog kan..

Macam itu pula ceritanya. :(

Kakcik tunggu episod seterusnya.

Dugaan...tak der rezeki lah tu fara.

tak sabar nak tunggu cerita yang menarik sama.

tak pernah dgr lagi pasal warung ni..pasti kecewa sangat

kesian kat uols sekeluarga...

boleh paham lah - nak plak dah letak high expectation gitu....

15/3/12

Sabarnya hubby fara tu.....kalau cikgu fahmi....dgn suara dia yg tak reti perlahan, siap la. Tp akk selalu jd penyejuk dia....hehe...malu org tgk gaduh psl mkn.

ahaaa sy tau sapakah blogger terkenal ittewwwww....hihi

fuh..nasib la itu k.fara n suami, kalau sy yg kena gitu ahakecoh kejap kat situ kot...hihi

cpt2 cite lg =)

15/3/12

sebut tganu tingat kat laksam!

tunggu episod gembira laks..

15/3/12

Kalau sudah begitu diwar-warkan kenapa pula kejadian sebenar diluar jangkaan...mendengar tiada layanan setelah hampir setengah jam duduk sudah memualkan..ditambah tahap kebersihan yg dibawah paras..mengapa tidak cepat mengambil tindakan meninggalkan premis berkenaan sis...

15/3/12

erm.. terkenang makanang ganu yang sedap2.. nasi kukus, keropok losong, nasi beriyani.. peergh..

15/3/12

mmg panas hati klu percutian jadi camtu apalagi bab makan...

oh no, fara berlalu cam tu je?

klu sya, mesti sound sket peniaga cam tu...huhu

tah payah masuk lah mcm tu..pengotor lah..masak pun cincai2..kurang ajar lah tu...

15/3/12

cheqna pun kurang suka makan disitu... bukan sebab layanan..makanan yang tak menepati slera cheqna...
pernah 2 kalije makan kat situ..kali pertama makan makanan barat kat chef lan ( kedai dalam tu la)
kali kedua makan bersama tunang dan adik dia...adik tunang pun kata tak berapa besh..nape tak kol cheqna??kalu tak..boleh cheqna cadangkan kat mana..tambahan plak dari hr isnin-rabu cheqna ada di KT...ni pun baru balik dari KT jugak

Mmg frust..
Maybe dulu kedai tu ok..tp skrg k.o!

assalam fara..sama ngan acik..kalau melibatkan anak..kesabaran ada kureng sikit..lebih2 lagi masa anak2 masih kecil.

15/3/12

hohoh memang makanan yang menjadi tema perbualan!kehkehkeh

ala....kesiannya

harap bersabar byk2 MF

Fara, kalau akak yg kena macam tu, akak akan pi kaunter tanya dia orang adakah duit akak tak laku. Serius akak memang pernah buat sebab mereka x de manners tapi nak berniaga, so apa cer kan?

Anyway kat KT tu ada banyak kedai makan kecik2 yg x pernah direview oleh blogger femes tapi masakan dan service meletops...mungkin kali ni bukan masa yang betul untuk Fara sekeluarga berada di situ...

kadang -kadang review tu semua indah khabar dari rupa, cam tulah berlaku bila baru-baru ni yuyi pegi bali, kecewa dia pegi satu tempat yang rata-rata blog buat review tempat tu best makan pun sedap, mahal tak usah cakaplah, terbang RM300 tu tapi tak berbaloi , baik makan paket brahim yg dia bawak dari M'sia. nanti cite pasal Aydin ye.

promosi dr blog terkenal mungkin mrk dpt komisyen kot...waallahualam...

anggap je bukan rezeki tp kalau dh lapar dan anak merengek memang mood pun boleh tercantas jadinya...sabar oke :)

teruknya dapat layanan macam tu.. kononnya promosi ada pelbagai juadah sedap dan wajib di cuba... padahal layanan pun dah kurang memuaskan... ekna lagi makanan yang tak menepati selera,... sabo je laa

Maybe blogger popular tu dibayar kut utk buat review yg best...


Sy pon kalo pi terengganu nk ingt nama restoran nih sbg senarai x nak singgah huehuehue

Meniaga x ikhlas cenggitu la...
Tau nk duit jek...

Tanpa Nama
16/3/12

nasib baik bukan aku. kalau tak mesti aku akan keluarkan satu entri yang mempunyai tak kurang sepuluh jenis perkataan mencarut. bagus...

aking
16/3/12

warung noraZila yg asli di chabang tiga, dan cawangan dia di kuala ibai. Mana satu mommyfara pergi?rasanya macam dekat kuala ibai je kan

2-2 mmg nampak kurang bersih, tapi kedai asli nya dulu memang sedap makananya esp mee hon sup. sekarang ni dok tahu lah sedap ke dok sebab dah lama tak pergi.

17/3/12

Tak psl2 dah ade bad impression...sigh* Sy tak pernah pergi pulak warung norazila ni...

17/3/12

Noted..! confirm tak buat aktiviti jjcm cari makan di sini.

17/3/12

Noted..! confirm tak buat aktiviti jjcm cari makan di sini.

18/3/12

dah setengah jam takdo yg ambik order...melampau..

sbg org trg malu pula sy baca..hehe
warung norazila ada 4 cawangn di bandar Kuala Terengganu.saya cuma pernah pergi cawangan utama berdekatan pasar chabang 3.sebelumnya mmg suasana dan masakan memuaskan.tp sekarang langsung tak jejak kaki..pekerja dan tukang masak sering bertukar..

Tanpa Nama
27/4/14

asal aq pergi makan kat sane ok jew.... asal aq pulang terengganu, mmg wajib aq pergi sane... makanan pom sedap2 belake... lagipom, ramai artis pergi makn kat sane tau... nora danish, lisa surihani, mia nasuha, sam and ramai lagi lar.... lagipom kedai dah masuk dalam tempat yang wajib dikunjungi di terengganu tau... korang je yang tak tau... ok????

Catat Ulasan