19/03/12

krisis buruh seberang

Kalau nak bercerita tentang kemiskinan di Malaysia, rasanya memang masih ada kemiskinan tegar di sini. Ada kisah, satu keluarga masih duduk di pondok buruk. Tapi suami dan isteri masih sihat walafiat. Anak pula ramai dan berderet. Sudah tentu kehairanan terbit di hati, kenapa dan mengapa?

Siapa di antara kita yang hendak menyangkal bahawa rezeki itu adalah ketentuan Allah SWT? Dulu seorang kenalan hidupnya miskin. Duduk di pondok buruk. Saya sendiri takut hendak berjalan-jalan di atas pondok buruknya. Tapi itu cerita 10 tahun dulu. Ketika saya masih bersekolah. Sepanjang 10 tahun itu dengan berbekalkan sedikit bantuan PPRT dari kerajaan, mereka kini hidup senang dan mudah. Kenapa? Hanya ada satu jawapan, usaha dan doa. Tiada apa yang mustahil.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia tidak terdesak mencari rezeki di negara jiran. Walaupun kerajaan Malaysia tidaklah terlalu memanjakan rakyatnya seperti kerajaan Britain melayan kehendak rakyatnya yang menganggur. Tapi di sini sebenarnya masih ada banyak peluang untuk mencari rezeki. Tinggal nak tak nak saja. Kita tidak seperti rakyat di negara jiran sana. Walaupun ada segelintir di antara mereka bermati-matian mengadakan kempen Ganyang Malaysia tapi majoriti mereka tidak mengendahkan kempen tersebut. Semuanya hanya kerana mereka sudah muak hidup di dalam dunia kemiskinan yang tiada kesudahan. Seolah-olah diseksa secara rohani oleh kerajaan sendiri. Walaupun datang ke sini berstatuskan pendatang haram tapi apa yang mereka peduli? Hanya kita yang peduli.

Sekarang ini pun, berapa ramai di antara kita yang melenting bila buruh amah ditetapkan gaji RM700 hanya untuk 1 tugas. Walhal kalau mereka dihalau ke negara asal pun, berapa yang di antara mereka yang sujud syukur bila dapat pulang ke tanah tumpah darah mereka sendiri? Terus terang saya katakan, kalau tidak kerana kes penderaan melampau, Nirmala Bonat pun tidak akan gemuk seperti hari ini. Cuma beberapa persoalan bermain di fikiran. Kenapa harus kita melenting akan hal sebegini? Kenapa mesti negara jiran mengharapkan benda yang bukan-bukan dari negara lain khususnya Malaysia? Apakah Malaysia kekurangan tenaga buruh tempatan? Atau kekurangan minat rakyat Malaysia hendak bekerja di negara sendiri lantaran gaji yang diterima tidak setimpal dengan kos sara hidup zaman sekarang? Ataupun kerana mereka malas? Jadi kalau wujudnya kemiskinan tegar di negara sendiri, hendak disalahkan siapa sedangkan dalam satu-satu keluarga itu masih wujud seorang lelaki dewasa yang sihat walafiat? Atau adakah saya melampau andai saya katakan mereka ini adalah kategori insan yang tidak tahu malu bila wajah-wajah mereka muncul dalam rancangan Bersamamu? Tepuk dada tanya selera.

Namun begitu, saya tidaklah hendak mengatakan yang Malaysia adalah negara yang sempurna. Masih ada perkara yang saya rasa patut kita tegur. Orang kata kalau kita tidak menegur mereka membuat kesilapan, sampai bila mereka mahu memperbetulkan kesilapan mereka? Betul tak? Walaubagaimanapun, masih tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakan pada kami. Janganlah mudah kata saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada. Macam yang saya ada katakan di awal perenggan tadi. Kalau mereka salah, apa salahnya kita tegur? Kalau kita salah, tegurlah sebaik-baiknya. Bukan meludah dengan kata-kata keji. Betul tak?

Google

Saya meletakkan harapan yang tinggi pada generasi anak saya. Kalau generasi saya kini di tahap kecemerlangan, saya mahu mereka di tahap kegemilangan.

21 comments

org malaysia biasanya tak suka kerja jd amah sbb tak suka tinggal di rumah orang..diaorang lg suka kerja kilang..that's why kita perlukan amah dr negara asing mcm indonesia..tp yg x bestnya diaorang jd demand dan negara kita ada lambakan rakyat asing (yg kdg-kdg sebahagiannya bawak masalah kat sini)


mgkin dh sampai masanya kerjaya amah dr kalangan rakyat tempatan diwujudkan..ada kelayakan khas (mcm ikuti latihan ke hape)..


sekurang-kurangnya ini buka peluang pekerjaan utk ibu tunggal di kalangan rakyat sendiri

hurmm...

19/3/12

farah,
rakyat kita orang melayu terutamanya dah melampau..sikit sikit nak harap pada bantuan kerajaan. sibuk pada yang kononnya dipanggil hak istimewa orang melayu..

tak habis2 duk harap bantuan. saya pun bukan tak simpati dengan mereka yang muncul dalam rancangan bersama mu. bukan tak kasihan bila ada orang minta bantuan. tapi waktu sihat waktu larat masing masing tak beringat..

salah tak kalau saya kata yang miskin tu sebenarnya asyik berharap nasib menyebelahi mereka.. tak pandai mencuri peluang.

mungkin saya salah. mungkin apa yang saya cakap ni bunyi nya macam sombong..tapi semua orang ada peluang yang sama..tapi kenapa ada orang yang berjaya dan ada yang tidak?

sebenarnya kerajaan indoensia cube mengajar kita dan mengajak kita berfikir utk menyelesaikan mslh ini menggunakan sumber dlman kita

Tanpa Nama
19/3/12

pasal Bersamamu, itu kerja melebih-lebih orang tv yang melayan kehendak penaja dan adun atau ahli parlimen sahaja!

kerisauan tetap memburu.......
bersyukur dan tawakal semoga apa yang tidak diinginkan tak akan berlaku

Knp org kita tak nak keja rmh org? sedangkan kadar pengganguran dikatakan semakin meningkat.

Heran? KC heran .. knp masih ramai rakyat Malaysia yg menganggur dan tak da kerja sedangkan orang seberang berlumba-lumba ke sini utk bekerja.

syabas tuk MF...syabas.

aku suka baca entri ko nie

Terkesima bila baca berita bibik indon/RM700, satu kerja lak tu. Alahai, kita yg ni bukan setakat dwi beban, berbeban2 dengan urusan kerjaya, urusan rumahtangga, anak2 lg. Sedapnya bibik2 ni kelak!

19/3/12

Entahlah..saya tak tahu nak komen..sebab saya memang tak akan gunakan maid..saya tak berduit. Cuma kita kena lihat dari sudut pandangan berbeza.

1- Ya, permintaan itu melampau.

2- Kenapa diminta sebegitu?

ingat semua org kat Malaysia ni kaya-raya ke?

19/3/12

PASAL BAYARAN PEMBANTU RUMAH YANG BAYARANNYA RM700 UNTUK SATU2 KERJA, SAYA SANGAT TIDAK BERSETUJU.. ELOK RASANYA DI MALAYSIA SENDIRI MENDIDIK WARGA KITA MENJADI PEMBANTU RUMAH.. SAYA YAKIN RAMAI YANG MAHUKAN KERJA SEBAGAI PEMBANTU RUMAH..

ADA SATU HARI TU, ORANG RUMAH SAYA TAK BERAPA SIHAT, SAYA MENGUPAH ORANG MENGEMAS RUMAH SAYA.. BELIAU BEKERJA KILANG, LEPAS KERJA KILANG DIA AMBIL UPAH MENGEMAS RUMAH ORANG.

SAYA YAKIN, ADA ORANG KITA YANG TIDAK BEKERJA MAHU MENJADI PEMBANTU RUMAH. TAPI MUNGKIN TIADA PLATFORM YANG MEMPROMOSIKAN ORANG MALAYSIA UNTUK MENJADI PEMBANTU RUMAH..


WALLAHUAKLAM..

harap hal ni dpt diselesaikan cara baik, sbnrnya dua negara ni saling bergantung.

19/3/12

i love ur last words...mmg harapan kita tinggi utk lihat generasi yg lebih gemilang kan...

actually bukan britain je, byk lagi negara lain yg bagi bntuan pd penganggur...pelik kan, kuat betul ekonomi mereka...

klu mlysia camtu....adushhhh, parah ekonomi dan makin parah sosio-budaya kita...huhuuu

tu lah masalah orang kita... malu nak kerja2 macam tu... suka lagi menganggur. nak juga harapkan amah2 daripada negara jiran utk buat segala2 kerja2 amah tu..

Orang kita sanggup ambil amah dari luar sedangkan masih ramai lagi rakyat miskin tegar di sini yang masih terabai..

Salam Fara @ pok amai-amai. Nak respon lari tajuk sikit.

Awak curious ya kenapa kalau cuti sekolah, cikgu-cikgu pun ikut cuti? Curious?? Hoho...

Tu bukannya curious, tapi lebih kepada kurang puas hati. Saya sengaja cakap macam tu sebab saya rasa awak lebih arif tentang jawapan kepada persoalan itu. Fara kan pernah jadi cikgu dulu walau sekejap. Takkan tak pernah rasai bebannya menjadi cikgu. Tak nak santaikan minda ke bila datangnya cuti sekolah??

Guru2 cuti2 pun ada yang pergi berkursus, siapkan sgala laporan, siapkan data2 dan segala persediaan untuk buka sekolah kelak. Fara pun tahu kan..

Ya memang saya perasan awak selalu je bagi respon yang negatif terhadap kerjaya guru dalam komen di entri saya. Jawapan saya satu je. Bukan semua orang guru sesempurna seperti yang awak fikirkan.

Tapi takpala, terpulang pada penilaian setiap orang kan. Terima kasih ya..

bila cerita bab kemiskina geladangan, cik ina jadi tak suka. entah Malaysia bersepah peluang pekerjaan, kat tempat cik ina setiap minggu ada je orang datang temuduga. dimana ada kemahuan disitu ada jalan, ye dak.kita pun susah, kalau tidak tak kan kita keja.

Sebenarnya diorng kat negara diorng pun tak dela terdesak sngt pun.. Tp nak mencari duit lebih katanya hehe.. Cr Tanya diorng.. :)

betul tu farah...mcm kes amah tu betul juga..tapi rm 700 tu agak mahal bagi buat satu keja..patut kerajaan kaji semula kot..kalu lari mcm ne...

darpada latih amah jd pembantu rumah dengan gaji banyak tu baik ambik org kita..ramai lg org yg perlukan kerja mcm tu..cuma peluang tak ada..kalau buat asrama utk pembantu2 rumah ni mcm kilang tu, tak duduk sekali dengan majikan rasa ok lah..sekurang2nya majikan tak perlu tanggung makan pakai pembantu rumah..

21/3/12

Pada sya cuba kita didik rakyat kita utk menjadi "pembantu rumah" sebagai satu kerjaya yg dihormati(ada sijil). Kerja jam 9-5. tak perlu tinggal bersama majikan. hari ahad maid pun diberi cuti. disamping tu kita sebagai majikan kena ada sifat bertimbang rasa. Jgn buat maid tu macam kuli batak semata. InsyaAllah kerjaya itu "dipandang" oleh golongan yg memerlukan

Catat Ulasan