8/03/12

selamat hari wanita sedunia

Google
Pagi-pagi sudah terasa stress. Jalan sangat-sangat-sangat-sangat sesak. Langsung tak ada ruang hendak memotong. Bila dengar berita radio, ada kereta terbakar di LDP awal pagi tadi. Betul-betul selepas tol Sunway, simpang nak turun ke Federal. Federal tak usah cakaplah. Dari Subang Jaya pun dah mula sesak. Gila!

Saya kalau cuaca hujan dan suasana kelam, mulalah mata tak berapa nak berfungsi dengan baik. Sementelah rabun silau saya adalah di peringkat yang serius maka pergerakan Harimau Kumbang agak lembab dari kebiasaan. Bila dah lembab, mulalah pemandu bodoh sombong ambil kesempatan. Jalan sempit pun, hati kering nak memotong. Tak apa. Mengalah. Urut dada.

Perasan tak? Satu malam hujan tak henti-henti. Sampai ke pagi ini. Ada kawasan di Puchong terkena tempias banjir dek hujan lebat sepanjang malam. Agak-agak, kawan-kawan di luar KL mengalami benda yang sama ke? Pelikkan? Kalau dulu-dulu, bulan 3 adalah bulan panas. Mmm...

Dalam kesamaran meredah kesesakan Federal (sambil menguap), saya layan Sinar FM buat penenang jiwa. Kalau tak dengar Sinar Pagi, saya pun tak tahu hari ini adalah Hari Wanita dan Hari Buah Pinggang Sedunia. Dj 3 serangkai Sinar Pagi buka topik Tolonglah.......Kononnya beri peluang pada wanita meluahkan ketidakpuasan hati terhadap lelaki. Yelah, sempena Hari Wanita. Beri peluang pada wanita meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

Rata-rata yang menelefon adalah isteri orang yang tak puas hati dengan suami sendiri. Sepanjang jalan saya berdoa, janganlah ada yang bercerita bukan-bukan. Sampai boleh memalukan hubungan sendiri. Saya tak sanggup. Yelah, sia-sia saja orang mencipta hari untuk wanita kalau wanita sendiri tak pandai nak menjaga diri sendiri. Kawan-kawan perasan tak? Wanita juga suka mengeksploitasi diri sendiri. Bukan setakat fizikal tapi juga mental. Maksud saya, kalau dari segi fizikal kita semua tahulah macam mana. Tapi kalau dari segi mental, macam yang saya cerita tadilah. Suka sangat nak cerita tentang kain dalam sendiri. Walhal bukan mereka tak tahu kalau sekali kita telefon radio, berjuta-juta orang boleh dengar. Kalau membawa kepada kebaikan, tak apa. Takut nanti jadi pada kes cerai-berai. Siapa tahu?

Malas nak cerita lebih. Saya pun bukan sempurna mana. Kadang-kala terpesong juga. Tak apalah. Sama-samalah doakan kesejahteraan kita semua ya? Oh, ya! Tadi ada pesanan khidmat masyarakat sempena Hari Buah Pinggang Sedunia di Sinar FM. Kurangkan makan di luar. Majoriti mereka suka menyedapkan makanan dengan garam, gula dan perasa dalam kuantiti yang banyak. Ye tak ye juga kan? Kita punyalah sedap makan. Sampai licin pinggan. Tapi tak sedar berapa banyak punca penyakit dah masuk dalam badan. Sama-samalah kita merajinkan diri masuk ke dapur ya? Heheheh...

32 comments

8/3/12

selalu ingatkan diri sendiri agar tidak membuka aib sendiri mahupun pasangan
skang kalau kat FB tu..ya ampun....
kadang terfikir....napelah sampai jadi cam ni..
bila emosi kuasai diri..memang kompem jem..

8/3/12

saya stuju..kdg2 pmpuan dlm tak sedar nk mluahkan terbuka sikit bahagian dalam kain :(

kat jb mendung jek dari awal pagi tak tau le kang siang sikit mgkin hujan

Tanpa Nama
8/3/12

fenomena `selak kain' untuk pendengaran umum ni aku perasan dah bermula sejak kewujudan radio era. dulu (sekarang aku dah tak dengar) mereka selalu bukak topik panas setiap pagi. lepas tu bila ada caller certia benda2 yang jenis buka pekung, maka rakaman tu akan diulang sampai ke malam. ptuih...!!! harap-harap kena kat penerbit rancangan radio tu.

Kalau hujan je mesti jalan nak jem. Nasb baiklah blh dgr radio kan blhlh hburkan hati tp kalo dgr cite2 yg merepek2 tu rasa mcm kesian pun ada.

SAYA SETUJU..SEBENRNYA DLM TAK SEDAR KITA TELAH MENGAIBKAN PASANGAN KITA SENDIRI HUHUHHHHH

selamat hari wanita farah..saya pun tatau hari ni hari buah pinggang jugak..mari kita jaga buah pinggang agar terpelihara.. :D

walau pun kadang2 malas datang melanda..tapi kami merajinkan diri makan di rumah walau pun dengan lauk tak seberapa...hehe..

iols baru tau - hari ni hari wanita sedunia....

8/3/12

eh, ye ke harini world kidney day? sebab kat kalendar saya (kalendar ihsan orang sepital bagi) hari buah pinggan 14 Mac..hehe..yela fara, kalau nak komplen suami sendiri pun dalam hati sudahh..huhu

Selamat hari wanita...

oke, balik keja satgi sy singgah kedai beli sayur dan ikan untuk masak malam ni....hehe

same la dgr tadi...

KC pun dgr radio tntg hari wanita tapi KC dgr MIX FM.

Berhemah sikit la apa yg didgr .. tak da la yg komplen psl asben or rumahtangga. Hihi.

selamat hari wanita fara :)


harini sama je bg sy dgn hari-hari lain

8/3/12

Jujurnya, saya meluat dengar stail celoteh 2 dari 3 org deejay Sinar FM pagi2 tu...tu pasal saya selalunya stick to Hitz FM sahaja.

Sebab itulah Fara sekadar mengucap selamat hari wanita mudah tapi nak aplikasi jadi wanita yg terbaik bukan mudah... maruah suami sendiri diperdedah apakah moralnya? tak malukan sedangkan itu adalah suami sendiri?...

tak tahu pun hari ni hari wanita..dengar kat thr je tadi..sama lah diorang buat segmen untuk wanita..


selamat hari wanita k.farra..:)

sy kalau makan kat luar mesti nak kena 'bilas' jgk,..mksudnye kalau minum air manis mesti nk kena ada air kosong, kalau makanan tu terasa sgt pak ajinya balik kunyah epal ke apa ke..konon la =D

slmt hari wanita kak fara =)

selamat hari wanita yer...:)

selamat hari wanita u! :)
honestly,baru harini tau yang harini hari wanita...oops. :P

tersangkot dalam kesesakan di elite start dari saujana putra sampaaaaaaiila ke putra heights, lebih kurang 7km... lengoh kaki tekan klaj!

Selamat hari wanita fara.

Ramai sampai ofis lewat hari ni termasuklah saya. Tension btul bila jln sesak nih.

saya juga kurang setuju bila ada pemanggil wanita diradio bercerita tentang hal suami isteri di radio. KUrang manis dan tak patut. Hal rumahtangga kan sepatutnya jadi rahsia...

8/3/12

akak pun x tau ari ni hari wanita... sepatutnya wanita lebih bijak dan matang dalam segala segi kan...

kakain baru jer tau hari wanita ni...itu pun dgr kat radia pagi tadi...

8/3/12

Sebenarnya hubungan suami isteri adalah hubungan 2 manusia.

Mesti ada salah dan silap... Mesti suami pun pernah... isteri juga pasti tak tertinggal..

Apakah gunanya luahkan pada khalayak ramai... Tak suka sangat cerai saja...

8/3/12

SELAMAT HARI WANITA YE...

TADI PERGI KL.. JEM GILER.. SEPATUTNYA DAPAT PERGI 3 LOKASI.. TAPI DAPAT PERGI 2 LOKASI JE..

smlah..kalo x dgr hot fm confirm x tahu hr ni hr wanita sedunia..

cik ina dari dulu kini dan selama-lamanya memang tak suka orang yang meludah-ludah kelangit ngan percik air dalam dulang. bagi cik ina perbuatan tu semua sia-sia.

Takde mknanya Hari Wanita Sedunia tu bg akk, sama je hari2 kita....stress...sibuk...problem.
Skrg cuaca tak menentu, tapi syukur je Fara, Allah lebih mengetahui.
Akk dah kurang guna perasa, garam, utk tahun ni tp bdn yg tak turun2....huhu.

As salam fara,

Selamat hari wanita! baru tahu ade kidney's day jgk...hehehe...

Tulahkan tak baek story & gossip ttg umah tangga sendri, malulah....cerita yg baik2 sudah... Sabar ye ttg jem tu, nak buek camno...hikhikhik :)

kisah kelmarin..
balik kerja: tiang lampu di federal (hampir nak susur arah Subang) tumbang dengan slow motion betul-betul depan kereta yang ai.. syukur Alhamdulillah tak kena.. kalau kena.. oh! tak terbayang rasanya, dengan keadaan diri dengan hujan lebat lagi..

apa-apapun moga kita menjadi insan yang hebat di mata pasangan kita.. :)

slmt hari wanita MF.....
lewat 1 hari xperkan

13/3/12

Berdosa besar tu kalu kita membuka aib suami kpd org luar. Kadang2 steyen radio ni saje nak naikkan rating maka buka la topik2 yg sensasi gini. Manfaatnya tah mana.

Hehe..sya ni kerap juga makan kat luar.

Catat Ulasan