5/09/14

kindy mana satu?

Gambar ni takde kena mengena dengan entri. Saja nak tunjuk yang saya ni surirumah penuh berwibawa dengan menggoreng ikan kembung sampai buta sebelah mata. Sobs!

Sekarang ni, saya tengah sibuk survey kindy untuk Aydin. Pening kepala dah ni. Tak tahu nak hantar Aydin ke mana. Tapi yang penting, mesti Islamic. Huhuhu!

Ada cawangan Brainy Bunch kat SS17. Ingat nak hantar situ sebab location pun agak strategik. Dekat dengan rumah. Nak jalan kaki pun boleh tapi sampai rumah, urat keting boleh jadi tegang kalau jenis jarang eksesais. Hihihi! Pergi sekolah, papa boleh hantar naik motor. Balik sekolah, mommy boleh ambil naik Harimau Kumbang. 100% English dan Islamic Montessari.

Kat belakang opis saya (somewhere in KJ, gituhh...), ada Little Caliph. Cawangan baru kat commercial park yang baru je open. Sekarang ni tengah renovate. Tak tahulah outcome macam mana. Minggu depan baru nak datang visit dengan Aydin. 100% English dan Islamic. Tapi dekat sangat dengan opis. Macam sangat convenience. Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus ke sana. Jalan kaki je. Best jugak tu.

Dekat KJ jugak, ada cawangan Genius Aulad. Dah open for registration. Tapi kena register online. Bila dah ok, boleh bayar booking RM100. Fuh! Macam nak bayar apa je. Siap booking-booking. Untung betul bisnes tadika ni, kan? Dekat jugak tapi kena merentas LDP. Kawasan agak sesak. Susah nak cari parking. Tak berapa convenience. Huhuhu!

Kalau kat area Subang Jaya, selalunya kawasan USJ ada banyak kindy. Tapi kalau boleh, saya nak elak dari enrol kindy kat belah-belah sana sebab kawasan sesak. Sobs! Selain dari kindy yang berkualiti (dari segi rohani dan jasmani, ewah!), masa jugak penting untuk mommy yang berkerjaya kuli macam saya ni. Kalau tak, mau kelam-kelibut dibuatnya. Hohoho!

Oh ya! Di sini juga ada Tadika KEMAS. Tapi kena tengok payslip parents pulak! Sobs! Kawan-kawan macam mana? Mehlah share experience. Boleh jadikan panduan. Huhuhu!



14 comments

Fara,
gugel review ttg BB.

Dan kakak saya juga dah terkena.

Haih.

Semua anak kakak masuk tadika PASTI sejak usia 4 tahun. Yg kakak suka bila dah tahun ke 2 (ketika usia 5 tahun) semua bacaan solat dah lancar, membaca jawi dan rumi juga. Senang hati kan. Kakak memang pilih yg islamic. Apa yg pasti kakak lihat rata-rata yg duduk first kelas dari tahun satu hingga tahun 6 bila di sekolah kebangsaan adalah kawan mereka yg dari tadika yg sama...

alahaiii sori saya tak dapat membantu..kerana taska/tadika anak office yg sediakan..

mgkn Dr. Khairul boleh membantu ya..

alahaiii sori saya tak dapat membantu..kerana taska/tadika anak office yg sediakan..

mgkn Dr. Khairul boleh membantu ya..

Tanpa Nama
5/9/14

Pusat Asuhan Tunas Islam, PASTI...

5/9/14

huhuhu...ahmad pun kena enroll untuk tahun depan ni..pening nak pikir yg mana satu..huhuhu

Sy anta anak kat PASTI jer...ok la...
Tp kat brainy bunch tu agak best juga tau..ada fren anta anak dia c2...solat anak2 pun dijaga....

Go for bb or lc farra...no ga...hehehe

8/9/14

ANAK SAYA MASUK TADIKA JAIM JE.. JAIM = JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

tadika permata ada ke dekat2 situ? dengar cerita, silibus permata pun bagus.

Qahirah pon saya nak hantar tadika tahun depan. Tapi tak tau nak hantar kat mana ni. Mungkin PASTI kot. Yuran tadika tiap2 tahun naik :(

11/9/14

Ikut bajet la nak hantar kindy. Yang penting dapat berikan terbaik pada mereka...saya hantar PASTI je..tapi dari pagi sampai petang...ok juga price nya

hmmm susah jugak bila sampai satu tahap nk pk pasal tadika anak kan kak.

22/9/14

tapi.... ikan itu memang cukup membuat perutku bergelora ketika ini... garing.. panas panas..hum... enak.. hummm

Catat Ulasan