24/09/14

nasi ayam dalam rice cooker sebab gas habis

Apa perasaan bila kita tengah excited masak-masak untuk family then tiba-tiba gas habis? Hampeh, kan? Nak-nak bila kejadian tu berlaku pada waktu malam di hari-hari weekdays. Memang tak kuasalah pikul tong gas dan drive ke kedai runcit berdekatan (huh!). Benda ni jadi masa Isnin lepas. Nasib baik sempat masak tomyam. Itupun masih kemalasan nak tukar gas baru. Ingat nak mintak kedai buat delivery je tapi nombor entah ke mana-mana. Nak singgah kedai semata nak mintak nombor tepon? Minta maaf. Dahlah kawasan situ susah nak dapat parking. Haih!

Semalam, gigih masak nasi ayam dalam rice cooker. Takdelah gigih mana pun. Lebur halia, bawang putih, ayam dengan beras dalam satu periuk. Masaklah kau dalam tu. Buatlah salsa (eceh!) sikit as side dishes. Potong dadu timun, tomato then hiris cili api merah pedas membara tu. Kasi lidah terbakar sikit. Baru ummph! Dalam periuk yang sama tu jugaklah saya steam epal Khadeeja. Minta maaf nak sebab mommy dan papa kemalasan nak mengganti tong gas baru. Lebur jelah makan anak-beranak dalam rice cooker yang sama.

Gambar tak ada. Reason? Sama macam mommies yang ada anak kecik yang kuat merengek macam Khadeeja. Asyik nak kena peluk je. Asyik nak kena kiss je. Asyik nak kena gomol je. Asyik nak bonding je. Macam mana ni? (Alasan!)

14 comments

Dalam rice cooker pun boleh..Saya dulu goreng nugget pun dalam rice cooker sebab malas nak tukar tong gas haha

24/9/14

Janji boleh makan dah le.. Heheh

24/9/14

Hahaha.. Ok.. Alasan awak diterima..

Ps.. Gendonglah dlm wrap atau ringsling.. Kain batik pun boleh ikat2 buat gendong.. Dulu aisy saya buat gitu..

24/9/14

tetiba terbayang sedapnya makanan dalam rice cooker tu
janji sedap, alhamdulillah :)

penah.. tapi akak pi kedai makan terus ... hahhaha abis cite..

25/9/14

aku tu ari gas abis, dahlah asben keje. kol kedai xde servis anta tong gas. sib baik pek nasi arab al bayt yg aku jual tu berguna time kecemasan// lebur sume dalam rice cooker . setel mslh

thn ni kami start letak satu tong gas stand by, sbb rmh baru ni kedai jauh.
tapi...kalau saya sorang2 pun bkn reti psg gas tu. takut ntah apa2.

Hahahaha teringt kes saya terpaksa masak kat regency hotel..siap masak nasi grg sardn!

pernah jadi.. sampai satu tahap mintak hubby tong gas kedua.. jadi kalau tong gas pertama habis, ada back up satu lagi.. lepas tu kalau nak buat kenduri senang sikit.. sebab ada tong gas spare.. ;)

Tak per. Alasan yg munasabah.

Memang stress bila gas habis.

Saya pun pernah masak nasi tomato dengan nasi biryani dalam rice cooker. :-)

Saya pun pernah masak nasi tomato dengan nasi biryani dalam rice cooker. :-)

Tanpa Nama
26/9/14

Salam jumaat yer ! dalam rice cooker pun ok ape.. janji leh masak & sedap, kita juga nk telan, maaf lama x singgah terlajak busy sudah !

biasa juga jadi tu kat kak ita...kekadang nak tunggu org hantar tu lambat...

Catat Ulasan