Setiap kali melihat nasib mereka, saya jadi menangis sendiri. Saya menangis bukan sebab saya kasihankan mereka. Tapi saya menangis sebab saya mewah di sini. Bila lapar, beli makanan banyak-banyak. Bila kenyang, buang makanan banyak-banyak. Bila teringin, makan daging di Meatworks. Agak-agak kurang duit belanja, makan di Tony Roma's pun boleh. Kalau dah terasa sengkek sangat, masih lagi mampu makan di kedai nasi kandar Zainul (sedap oh!) di PJ State. Minta ceduk nasi setinggi Gunung Kinabalu. Minta kuah sebanjir tsunami. Makan sedap tak ingat dunia. Perut naik mengah, separuh nasi tinggal. Sudahnya, tong sampah jadi mangsa. Hari-hari pun makan sedap. Cukup bulan, kencing manis dan darah tinggi. Kena pergi hospital. Tapi nak pilih dulu hospital mana. Kalau hospital kerajaan wad kelas 3, makan tak sedap. Mahu pergi Sunway Medical Centre. Mujur ada insurans. Boleh duduk senang lenang atas katil sambil makan anggur pemberian orang. Dah macam anak raja Mesir. Sambil tengok TV LCD dalam wad. Siap ada Astro. Boleh pilih nak tengok cerita apa. Tiba masa makan, boleh pesan nak makan apa. Layanan betul-betul 5 bintang. Kubur dah melambai panggil tapi masih memilih makan ikut sedap tekak. Masih leka melayan nikmat duniawi.
Itu yang buat saya menangis. Godaan di dunia cukup hebat. Sampai lupa nasib diri di hari kemudian kelak .
Uwaaaaaaaaaa!
26 comments
Kesenangan kita tak pernah menginsafkan.
tabahnya mereka2 ini menghadapi hidup..sedih..
sobsobsob..... :(
Insaf.
Orang lain mati kerana tak makan, kita mati kerana terlebih makan! waaaaaaaa juga! :(
Kalau mudah utk dihulur insya-allah Fara tapi yg lagi susah nak nak cari tempat utk dihulur. Ada pula huluran dibuat arah lain perginya...
menangis ku berkali-kali perihal cerita kamu yg hampir sama aku miliki..insafnya tidak juga mengunjungi....tekak masih cerewet memilih itu dan ini...lihat gambar ini...dtg rasa simpitai...setengah jam lagi waktu makan tengah hari....Ahhhh aku lupa diri lagi....
i makan seadanya... tak penah membazir dan selalu ingat pada mereka yang tak bernasib baik...
BERSYUKUR DUDUK DI BUMI MALAYSIA.. MALAYSIA BOLEH..
makan bila lapar..berhenti sebelum kenyang :)
Sya salah seorangnya Fara. Asyik makan sedap. Kalu tak sedap, terus tolak ke tepi...Bila tengok org2 ni, sekaligus menjadi peringatan buat diri sendiri. Tq atas kesedaran.
kita di malaysia mmg sentiasa untung...
bersyukurlah
betul2..
kita memang mewah ngan makanan
bila tgk nasib mereka2 ini
rasa macam berdosanya cheqna sebab ada ketikanya buang je makanan yang tak dimakan tu..
kita kat sini terlebih makan sebenarnya..smpaikan suruh puasa pun ada yg curi2 makan :( huhuhu
betul la awak..insaf seketika..rasa diri teruk.
agaknya elok gambar2 gini frame kat rumah. mesti insaf selalu..
uwaaaaa
ikut rasa nak menangis sbb selalu mkn xhabis!
uwaaaaaaa!!!
sedih betul..
betul. bila masak, kdg2 mkn tak abih, nak simpan pun takda sapa dah nak makan..akhirnya buang. sedih2 kan makanan pun, buang tetap buang. sebab kita mewah dgn makanan.
Insaf jap tgk gambar2 nih. Peringatan utk diri sendiri gak...jgn membazir makanan.
ini yg buat aku terharu nie....sentiasa lupa ada yg lebih susah dari aku, tapi....
aku syukur pada ALLAH atas segala rezeki pemberiannya
saya sedang memalui dugaan sekarang....
(beratnya)
insaf skjp.. harap sedar terus...
kasihan lah kan tengok..kan bagus anak2 tengok..bila kak ita msak selalu membazir dan tak nak makan...
Kasihan betul.. kita kena rasa bersyukur sebab kehidupan di sini jauh lebih baik berbanding dengan sana. Berdoalah untuk mereka semua.
nurulpun pernah buat isu nie masa ngah lapar arituh.huhu..gambar2org somalia mmg menginsafkan
manusia memang pelupa.
apatah lagi, sana sini disogokkan kemewahan agar terus lupa.
dari itu, perlunya peringatan yang konsisten dari mereka yang cinta.