14/03/12

terima kasih hospital sultanah nur zahirah

Kredit untuk Hospital Sultanah Nur Zahirah. Layanan paling tip-top pernah saya terima. Dari kaunter kecemasan hinggalah ke wad pediatrik. Jururawat-jururawat yang tak lokek memberikan senyuman dan sangat-sangat membantu. Doktor yang cool dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas.

Cuma satu yang buat saya ralat. Sangat rugi bila kakitangan HSNZ memenuhi piawaian ISO tapi keadaan wad pula sangat menyedihkan. Sudahlah saban hari mereka terpaksa menerima pesakit baru. Setiap seorang pesakit pasti ada seorang penjaga. Bayangkan bagaimana sesaknya? Disebabkan ruang menjadi padat dan sempit, 2 katil terpaksa digabungkan. Saya betul-betul emosi melihat keadaan mereka. Ada pula anak kecil yang sakit serius. Sudahlah lelah, jantung berlubang pula. Tapi ditempatkan di wad yang daif sebegini. Apa perasaan kawan-kawan semua? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Janganlah ada yang kata saya tak bersyukur. Malah saya bersyukur yang amat sebab Aydin tak perlu menghuni lama di sana. Tapi anak-anak kecil yang lain dan ibubapa yang terpaksa menjaga mereka? 

Sudah sampai masanya wad-wad di hospital lama dinaiktaraf. Cukup-cukuplah projek yang entah apa-apa. Tak perlu berkejar untuk kelihatan gah di mata dunia kalau keperluan rakyat diketepikan. Dan tak guna semangat berkobar-kobar konon untuk membantu rakyat. Tapi di akhir cerita, dana yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat dibuat untuk kepentingan diri sendiri. Sangat tak patut.

Malah, bukan wad di HSNZ sahaja. Di HKL juga, saya berharap sangat dapat menikmati kemudahan wad yang sudah dinaiktaraf. Rakyat membayar cukai. Malah GST juga mandatori. Silalah pergunakan duit rakyat sebaik mungkin. Kami tak minta wad yang mewah. Tapi cukuplah keselesaan. Kasihanilah mereka yang sakit. Bila melihat keadaan wad yang sebegitu teruk, sakit pun boleh jadi tambah sakit.

P/S - Percutian saya dihiasi dengan beberapa insiden kurang menyenangkan. Kenapa saya di HSNZ? Nanti-nantilah saya cerita.

21 comments

anak kamu tak sihat ke?

hospital kerajaan paling tak putus orang keluar masuk wad..malah hospital kerajaan menjadi tumpuan kerana murah

14/3/12

sapa sakit ni fara?

tpi mmg kebanyakan hospital kerajaan mmg kurang terbela lah...huhu

katil pun sikit...

14/3/12

sapa sakit ni fara?

tpi mmg kebanyakan hospital kerajaan mmg kurang terbela lah...huhu

katil pun sikit...

Sudah sampai masanya wad-wad di hospital lama dinaiktaraf. Cukup-cukuplah projek yang entah apa-apa. Tak perlu berkejar untuk kelihatan gah di mata dunia kalau keperluan rakyat diketepikan. Dan tak guna semangat berkobar-kobar konon untuk membantu rakyat. Tapi di akhir cerita, dana yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat dibuat untuk kepentingan diri sendiri. Sangat tak patut.

Kakcik sangat setuju dengan luahan hati Fara itu.

betul..setuju..banyak kemudahan hospital perlu dinaiktaraf biar keadaan yg selesa bagi pesakit..

2katil digabungkan? biar btul?

14/3/12

yupp akak sokong, akak tiga kali dok kat wad kelas 3 HTAR,klang, walaupun minta wad 1 tapi sampai keluar x dapat2 masuk!!..pengalaman? fuuiiihh rasanya kat hospital ni aja yg chek berapa cm kat tengah2 jalan!!!

Aydin admitted ker? Tak sabar nak tunggu citer seterusnya ☺☺

Tanpa Nama
14/3/12

org trg ekk .. ? moga cepat sembuhh .. ♥

Assalam fara..acik harap ada yang membaca dan mengambil tindakan..
semoga dinaiktaraf wad dihospital HSNZ.
acik pernah melawat abang dihospital selayang sangat cantik wadnya begitu jugak diserdang baru2 ni cucu sedara ditahan diwad kerana patah tangan

Aydin ke yang warded? Hopefully takde apa².

ya, bukan saja di Hospital, malah semua hak rakyat spt jalan raya mahupun sistem perparitan teratur perlulah diberi peruntukan yang tinggi.. kembalikan lah hak rakyat..

Smpai katil pun gabung..dah parah tu.
Kena ajak menteri dok wad 1mlm, baru ada penambahbaikkan kot!

14/3/12

ni la dia biler quality control tak dijalankan dengan betul.... =_='

Jururawat sekarang banyak sangat improvenya berbanding dengan jururawat dulu-dulu.. semuanya cukup terlatih....

(Sebenarnya saya suka woman in uniform... hehe)

semoga aydin cepat sembuh


senyum dibalas dgn senyum, hati pun terasa tenang

15/3/12

As salam fara,

Aydin sakit ape? Semoga sihat hendaknye... Take care :)

15/3/12

farah,
saya sangat setuju yang kerajaan sepatutnya renti rentikan lah projek yang entah apa2. yang cuma kejar glamour..sebaiknya curahkan duit tu utk naik taraf facility rakyat..

kan kan..hospital kerajaan sekarang perkhidmatannya semakin baik.. dah hampir menyamai swasta..cuma ada sesetengah hospital yang facility nya sangat menyedihkan..harap pihak bertanggungjawab lakukan sesuatu..

15/3/12

bercerita ttg kemudahan rakyat...menyakitkan dan memedihkan...pemberian yg sedikit canangnya bertahun-tahun...

sekarang ni HSNZ sedang di naik taraf. Wad kecemasan. Serta hospital bersalin tengah dibina berasingan. Alhamdullilah utk kemudahan bersama jua...

Catat Ulasan