12/01/11

sila turn off bila ada lelaki....

  1. Menunjukkan aksi seperti jam rosak dan mengadu pada kita. Mengharapkan kita mengambil berat pada jamnya yang rosak. Kita pun beleklah jamnya, walhal bukan boleh baiki pun. Dan dia pun bersuara; Jam GUESS yang mahal macam nie pun boleh rosak.
  2. Masa dating, nampak restoran mahal tiba-tiba dia kata; Dah lama tak makan kat Chili's. Ingat nak bawa ke situ, tapi masuk kedai mamak?
  3. Cerita tentang rutin sarapan pagi; Saya kalau pagi-pagi mesti nak kena minum latte.
  4. Fashionista, kononnya tapi; Saya pergi KLCC pakai but Timberland, semua mat-mat hiphop usha-usha kasut saya.
  5. Lagi cerita kosong; Saya ada sehelai seluar Replay original, beli kat KLCC...tapi seluar tu dah koyak, saya tak pakai dah...saya simpan buat koleksi dan kenangan.
  6. Sinis dengan perempuan gemuk.
  7. Janji dibuat main.
  8. Lelaki yang mengharap kita telefon atau SMS dulu.
  9. Menghina, mengutuk, mencemuh keburukan orang lain.
  10. Malas bekerja.
  11. Kedekut dan berkira.
  12. Busuk.
  13. Tak gosok gigi.
  14. Kaki judi.
  15. Kaki botol.
  16. Penagih dadah.
  17. Kaki perempuan.
  18. Cakap kosong.
  19. Selekeh dan pengotor.
  20. Panas baran terlampau.
  21. Memandang fizikal dari mental.
Manusia itu tidak sempurna. Tapi boleh berubah jika ada kemahuan. Tak semua lelaki jahat tapi masih ada lelaki yang tak guna. Entri ini tidak berbaur seksis atau feminis. Sekadar berkongsi cerita. Diam bukan bererti kalah, tapi memahami. Bising bukan bererti menang, tapi tiada keyakinan diri.

2 comments

Tanpa Nama
12/1/11

hahahaha.. 1-6 tu aku mmg tahu sgt golongn busuk t'sebut....

ask : nape oder latte je ari?
answer : sbb tau tu jek....

ok mari wat acare gelak t'guling b'amai2....

hahahahah! sbb tulah yg paling sng nak sebut...yg len gamaknye berbelit lidah kot! hahahaha!

Catat Ulasan