Saat saya meningkat remaja,
Baru kenal internet itu apa,
Walau pertama kali terkial-kial juga,
Lama-kelamaan, ketagih jua.
Dulu kafe siber mahal-mahal belaka,
Sekali sejam mencapai RM20 juga,
Memang cekik darah tak terkata apa,
Walhal internet lembab macam kura-kura,
Nak buat macam mana kalau nak guna juga!
Tak tahu tujuan internet untuk apa,
Sekadar melayan MiRC yang entah apa-apa,
Cari jantan lelaki yang rata-rata tak guna,
Berbual tanya ASL yang tak bawa faedah apa-apa,
Tapi tetap ketagih tak tahu kenapa ya?
Kerajaan pula jadi teruja,
Sampai ada kursus IT di setiap IPTA sana,
Sempena adanya gerbang koridor multimedia,
Maka berpusu-pusu budak-budak nak belajar sama,
Konon masa depan cerah boleh jadi kaya-raya.
Kempen kerajaan sudah terlaksana,
Semua orang mampu beli komputer,
Langgan internet untuk ilmu semata-mata,
Maka prestij sudah tiada makna,
Semua orang sudah mampu melanggan sama.
Tauke kafe siber tak boleh berlagak lama,
Dari RM20 sejam turun sampai RM1 sahaja,
Kalau dulu budak-budak sibuk MiRC semata,
Sekarang asyik nak main permainan saja,
Sampai belajar pun jadi lupa ya?
Walau apa yang nak dikata,
Internet bukan sekadar lubuk ilmu semata,
Malah boleh dibuat duit juga,
Bak kata kita semua, internet segala-galanya,
Tanpanya, apalah akan jadi pada kita?
Apa pula cerita tentang saya?
Dari mula kelahiran membawa pada cerita internet pula,
Fuh, berpeluh juga dibuatnya,
Buat kawan-kawan seperjuangan sama,
Pertandingan sebenarnya mengasah bakat yang ada,
Menang kalah yang penting semangat ukhwah boleh terjalin sama.
(Senyum tanda lega)
Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Hafiy Dot Com