Memaparkan catatan dengan label SAHABAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAHABAT. Papar semua catatan

25/11/14

apa itu evil eye?

7 ulasan:
Kalau mengikut pada pandangan Al-Quran, evil eye adalah mata jahat, mata permusuhan, mata tidak puas hati kepada satu pihak lain. Sabda Rasulullah; صلى الله عليه وسلم al-Ain (Penyakit hati punca dari) mata jahat itu benar dan menghadiri bersamanya syaitan dan hasad (irihati) dari Anak Adam.
 
Orang kata, kalau kita buat apa pun biarlah berpada. Contoh; Mak saya selalu pesan, kalau gembira sangat jangan terlebih-lebih. Nanti menangis. Agak relevan kalau kita kaitkan kisah pesanan orang tua dengan keghairahan kita yang terlalu exposed pelbagai status dan gambar dalam Facebook, IG atau apa saja yang berkenaan, yang melibatkan keluarga lebih-lebih lagi anak-anak kita.
 
Mungkin niat kita cuma nak share the happiness; Anak dapat straight As. Romantik dinner dengan suami tercinta. Kita yang dah slim dan cantik selepas make-over. Baru beli rumah super-link yang melampau harga. Baru beli tiket kapalterbang untuk bercuti keluar negara. Dapat bonus berpuluh bulan. Tapi kita tak dapat control isi hati manusia. Dalam 100 kawan, mungkin 99% memiliki evil eye; Eleh! Macam dia sorang je ada suami. Puja sangat laki kau. Nanti dia cari perempuan lain, baru kau tahu. Atau; Macamlah anak dia sorang je yang pandai belajar. Aku nak tengok bila pelajaran anak kau merosot, kau nak canang dalam FB tak. Mungkin; Riak betul kau. Naik kapalterbang pergi Langkawi je pun. Sibuk nak tayang dalam IG. Nampak remeh, kan? Tapi dalam kebusukan hati mereka, terselit doa yang mampu menjebak kita pada keburukan. Padahnya bukan pada kita saja tapi anak-anak kita yang tak berdosa.
 
Sebenarnya, saya cuma meleretkan apa yang dikongsikan Wardina dalam FB berkenaan evil eye. Saya sendiri culas dan semangat berkobar-kobar hendak berkongsi the happiness pada kawan-kawan. Tapi bawah sedar, saya terlupa yang manusia ni cuma warna rambut je sama. Tapi hati, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. But doesn't mean saya akan terus berubah menjadi super-duper introvert. Mungkin saya tetap akan berkongsi benda-benda kecil yang berlaku dalam kehidupan seharian saya, lebih-lebih lagi dalam blog. Cuma saya kena selalu ingatkan pada diri sendiri, buat apa pun biarlah ada hadnya.
 
Untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan evil eye, marilah kita sucikan hati dengan selalu menyebut nama Allah, diiringi doa kebaikan pada kawan-kawan dan keluarga kita. Moga Allah jauhkan kita dari kejahatan dan keburukan.
 
Disclaimer: Entri saya tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Sekadar berkongsi pendapat saja.
                           

3/11/14

harimau dihogoh gajah

8 ulasan:
Harimau dah kena hogoh dengan Gajah. Tapi apa ada hal. Bak kata Amy Search; Kita kalah cuma atas padang tapi dalam hati tetap menang. Heheheh!

P/S - Malam game lepas (dalam keterujaan tengok bola), kami dikejutkan dengan berita kematian kawan sekerja Nizam. Walhal 2,3 sebelum kejadian, Nizam dah siap-siap tanda pada kalendar untuk jemputan majlis kahwin Allahyarham bulan November ini.

Al-Fatihah untuk gemulah. Moga ditempatkan di kalangan yang beriman.

31/10/14

oppo piala malaysia 2014; jdt vs pahang

2 ulasan:
Sampai ke sudah, saya tak tahu macam mana lenggok lagu Luaskan Kuasamu. Bila buka radio, asyik buka lagu Gajah Fumakilla je. Hehehehe!

Esok game penentuan. Kalau JDT menang, saya belanja kawan-kawan makan chocolate cookies ya? Nanti bagi email address, saya email cookies sorang seketul. Heeee~

27/10/14

mihun goreng sambal sotong

10 ulasan:

Mulakan pagi Isnin dengan senyuman dan beristighfarlah kerana sesungguhnya, nak mulakan hari kerja selepas bersakan di hujung minggu itu sangatlah menyeksakan. Heheheh! Pagi ini, mari kita bersarapan seperti sultan tapi dengan harga rakyat. Mihun goreng 'pemurah' berlaukkan sambal sotong sedap. Ehem! Sedap pada tekak sayalah ya? Tak tahulah tekak orang lain. Tapi makcik penjual sarapan pagi ni memang pemurah orangnya. Sekali dia cedok, memang kenyang sampai tengahari. Orangnya dempol-dempol comel gitu. Heheheh!

Mihun goreng sambal sotong dan nasi goreng berlauk daging kicap, harganya cuma RM6.00. Bancuh Milo subsidi opis. Alhamdulillah. Selamat poketku (yang pokai).

24/10/14

selamat tinggal 1435, selamat datang 1436

3 ulasan:

 Doa Akhir Tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ 

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka. 

Doa Awal Tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


27/06/14

eid mubarak; ramadhan kareem!

8 ulasan:

Secara jujurnya, bulan puasa adalah bulan mencari kuih tepung pelita. Hahaha! Cuba cari bulan lain, macam menunggu bulan jatuh ke riba, kan? Simpati pada suami yang punya preggy wifey yang mengidam kuih tepung pelita di bulan bukan Ramadhan. Heheheh~ Ok, berhenti merapu. Jom cerita sesuatu yang serius sempena bulan penuh barakah ni.

Rasanya macam baru semalam saya dok mabuk (uwek-uwek) mengandungkan Khadeeja. Cepatnya masa berlalu. Tiba-tiba dah Ramadhan 1435. Selamat berpuasa kawan-kawan. Moga Ramadhan kita kali ini mampu memerangi mazmumah dan menyuburkan lagi mahmudah pada diri.

Azam Ramadhan saya kali ni:-
  • Banyak-banyak bersabar masa drive. Bagi je laluan kat driver yang menggelabah tiba-tiba pintas kereta kita (bersangka baik, mungkin driver tu sipi-sipi terkencit berak dalam seluar). Dan banyak-banyak mengalah dan bertimbang-rasa pada rider (walau ada yang macam pelesit dan tak kurang yang ride motor macam kura-kura).
  • Redha bila terbeli lauk basi kat param. Jangan maki-hamun sambil menyumpah-seranah. Anggap jelah dugaan kita masa bulan puasa. Apalah sangat rugi RM5 sebungkus. Sedekah jelah kat penjual tu. Selebihnya, urusan dia dan Tuhan. Sobs...
  • Banyak-banyak bersabar dengan suami yang puss-puss qada' hisap rokok bila masuk waktu berbuka. Cari gaduh kang, tak cium bau syurga pulak. Hoff!
  • Belajar berhenti merungut bila tiba-tiba datang dugaan; Renew road-tax masa nak raya-Ekon kereta tiba-tiba out-Kereta menjerit minta servis-Bateri kereta minta ganti-Baru tersedar tayar kereta dah botak. Urut dada dan istighfar jelah banyak-banyak sambil sedapkan hati; Murah rezeki nanti, Inshaa-Allah.
  • Positifkan diri walau diri-sendiri dah macam mak lampir sebab stress dengan kerja opis. Apalah sangat kerja opis. Mesti boleh buat punya. Takde benda yang tak boleh buat, kan? Kalau stress sangat, production susu kurang. Dahlah bulan puasa. Kan?
*Entri ini ditulis sambil berkumandang nasyid Satu Qiblat Yang Sama; Ya Sallim Sallimna Sallim Sallim Dinana.

14/10/13

keredhaan dalam berkorban (secara terpaksa)

13 ulasan:
Sehari sebelum Aidiladha. Pagi ni rasa tenang je. LDP pun lancar. Tak payah nak rushing bersiap pergi kerja. Oh, ya! Hari ni, saya kerja. Terpaksa bekerja walau saya orang pertama yang submit borang cuti. Tapi hampa. Semuanya gara-gara management dari bos baru. Priority pada kroni. Bukan pada yang menyambutnya. Walaupun inilah kali pertama saya minta cuti untuk sambut raya haji tapi tetap tak diberi keutamaan. Tak apa. Saya ok. Saya cool.

Petang ni lepas habis kerja, Inshaa-Allah kami akan bergerak pulang ke Palong. Tekak ni teringin betul nak makan rendang itik Nismilan. Heheheh~ Sebenarnya, dah lama teringin. Sebelum jadi mak buyung lagi pun, tekak ni gatal je nak makan itik. Yummeh!

Oh, ya! Hari ni hari puasa Arafah. Selamat berpuasa bagi kawan-kawan yang berpuasa. Dan Salam Aidiladha. Kawan-kawan yang balik kampung tu, kirim salam orang-orang kampung ya? Makan sedap-sedap, ingatlah saya. Heee~

8/07/13

ramadhan kareem

12 ulasan:

Ramadhan kian menjengah. Dalam banyak-banyak bulan, bulan inilah yang paling ditunggu. Tak kira siapa pun. Ramadhan, meriahnya sebulan. Tiap-tiap hari pun, kita raya. Raya dengan ibadah. Tapi azam ibadah kita tu, tak payahlah nak diceritakan pada orang pula, kan? Sederhana tu yang bagus.

Bila masuk Ramadhan, saya boleh jumpa benda yang susah nak jumpa masa bulan-bulan lain.
  • Masjid yang sentiasa penuh. Walau cuma 2 minggu pertama tapi kalau bulan lain, sekali seminggu pun payah melainkan kalau ada aktiviti.
  • Bazar Ramadhan.
  • Uptown 24 jam.
  • Jalan Masjid India/Jalan TAR yang luar biasa meriahnya sebab dibuka 24 jam sepanjang bulan.
  • Orang pengsan/pitam masa shopping.
  • Masa balik lebih awal dari bulan-bulan biasa.
  • Populariti cerita sensasi/gosip menurun.
  • Kuih tepung pelita Paya Jaras (heee~)
  • Harga kurma murah.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada kawan-kawan. Semoga Ramadhan kita lebih bermakna pada tahun ini, lebih dari tahun-tahun sebelumnya. 

21/06/13

saya memang marah tapi suka pun ya jugak!

23 ulasan:
Baru je kejap tadi, ada orang kena ragut di sini. Rasanya kelmarin saya ada bebel pasal penyangak-penyangak ni kan? Pagi tadi dengar berita radio, polis menafikan KL sebagai kawasan paling bahaya. Saya geleng kepala. Kenapa nak menafikan benda yang memang ya? 

Kawasan rumah saya pun, merata juga penjenayah. Penjenayah alam. Dah tahu sekarang ni musim panas. Jerebu lagi. Boleh pulak buat pembakaran terbuka. Bakar sampah. Bila baca paper, marah kerajaan Indonesia sebab tak pandai handle pembakaran hutan di seberang. Tapi tak sedar diri sendiri pulak macam mana ya? 

Dahlah. Malas nak cerita hal-hal 'menegakkan benang basah'. Benda pun dah asyik jadi je tiap-tiap hari. Menjadi-jadi. Tak ada perubahan pun. 

Semalam, terima bungkusan Pos Laju. Belek consignment note, ada nama Aisy Nasiha. Sahlah souvenir Korea sudah sampai. Yeay! Terima kasih cikgu.


Paling saya suka, tang stokin tu. Cute. Heeeeeee~

2/05/13

marilah mari, pergi mengundi, sambil makan biskut sedap....

25 ulasan:
Saya sudah kritikal. Sudah tak tahu nak tulis apa. Haaaaaaaa~

Sebenarnya, saya baru saja meraikan 4th anniversary kami pada 30 April lepas. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Setakat keluar makan malam romantik yang tak berapa nak romantik. Kalau di Facebook, saya menyakat kawan dengan status Bali. Tapi sebenarnya, kami cuma keluar makan di Ole-Ole Bali saja. Heee~

Semalam pula, kami laki-bini pulun habiskan baki 7000 keping choc chip cookies yang telah di order oleh kenalan untuk majlis resepsi anaknya. Mini choc chip cookies adalah pesanan custom dan akan diisi ke dalam balang kecil. 

Mini choc chip cookies

Mini choc chip cookies lagi.

Dan lagi, lagi, lagi, gila....

Balang kecil yang bakal diisi dengan mini choc chip cookies.

Setiap hujung minggu, saya non-stop buat cookies (kecuali minggu ini sebab saya balik mengundi di BP). Dan bakal sambung buat cookies sampai hujung bulan ini. Tak sabar nak tunggu bulan 6 sebab kami nak berehat dan bercuti. Fuh!

Bolehlah PM saya kalau nak tahu tentang biskut-biskutan. Selain choc chip, saya ambil tempahan untuk:-

1) Oat cookies dengan kuaci labu, kuaci bunga matahari dan kranberi. 
2) Oat cookies dengan badam dan kismis hitam.
3) Choc chip cookies dengan nutella.
4) Peanut butter and choc chip cookies.
5) M&Ms cookies.
6) Butter cookies rangup celup cokelat (atau nama English-nya: Crunchy Butter Cookies Choc Dipping). 

Kelas, kan? 




12/03/13

komen sambil lalu

19 ulasan:
Saya mengaku, saya pernah hantar komen 'sambil lalu'. Buat-buat syarat saja. Janji tinggal jejak. Onar, kan? Ya, saya memang pernah melakukan onar sebegitu rupa pada blog kawan-kawan. Biasanya, onar itu saya lakukan ketika saya sedang dalam tahap super-duper-bz-gila-punya

Lama-kelamaan, saya rasa hitam. Hitam jari. Hitam muka. Hitam hati. Yalah, banyak sangat buat onar. Berdosa. Kasihan kawan-kawan. Mereka datang blog kita, baca entri kita sampai habis. Kemudian, tinggalkan komen yang berjela dan kena pada topik. Kita pun suka. Siapa tak suka, kan? Entri dapat perhatian.

Disebabkan hal ini, saya kena cekalkan diri untuk berubah sikap. Menjadi seorang yang lebih tertib dalam berblog. Ya! Tertib ya kawan-kawan. Jangan ingat, berblog boleh buat sambil lalu saja. Saya letak jari telunjuk kanan pada dahi sebelah kanan dan jari telunjuk kiri pada sebelah dahi kiri macam ala-ala Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Kenalah motivasi diri sendiri. Buang rasa pentingkan diri sendiri. Nak tinggal jejak, tapi acuh tak acuh sebab semata-mata nak kawan-kawan datang balik pada blog kita. Haih! Buruk perangailah, Fara. Buruk!!!!

4/07/12

apa ada dalam hati?

21 ulasan:
Saya mahu mengutip bintang-bintang yang berserakan di angkasaraya. Saya cantum satu persatu menjadi kalungan cahaya. Untuk dikalung ke setiap hati kawan-kawan.

...kerana cahaya bintang itu adalah jawapan kegelapan. Andai matahari berselindung malu di balik awan.

Payah hendak menahan perasaan semulajadi manusia. Apalagi menahan diri dari menangis kerana hilang seseorang yang teramat kita sayang. Walau kita tahu, dunia ini bukan abadi. Walau kita tahu, esok lusa mungkin giliran kita dijemput Illahi.

Tiba-tiba berkumandang lagu If Tomorrow Never Comes. Haish...macam tahu-tahu saja.


27/06/12

doa untuk aiman

27 ulasan:

Sama-sama kita berdoa agar Aiman, satu-satunya anak Kakchik (Dari Jari-Jari Halusku) kembali pulih dari koma akibat kemalangan.

KC, Aiman perlukan semangat yang tinggi dari KC. Harap, KC tabah dalam mengharungi dugaan ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan KC sekeluarga.

18/06/12

jerebu datang lagi!

28 ulasan:
Isnin datang lagi. Hati saya sangat rapuh untuk bersemangat waja. Lagi-lagi tekak perit. Badan lemah. Sakit-sakit. Gara-gara dehidrasi dek cuaca panas dan jerebu. Nasib baik saya sedar diri, minum air banyak-banyak. Kalau tak, mesti ada yang sinis dengan saya sebab MC hari Isnin. Kan?

Tak nak cerita banyak. Sakit tekak. Perit otak. Jari pun malas hendak menghentak. Sebenarnya saya nak belanja kawan-kawan makan nasi lemak kuah kari. Jom!

13/06/12

harga

27 ulasan:
Aku adalah puteri gelandangan.
Aku berkhayal fantasi dengan kemahuan sendiri.
Bila jiwa sepi, aku hiburkan dengan iringan muzik hap aeolia.
Sambil mengibas sayap bidadari.
Dan cuba terbang tinggi.
Setinggi yang mungkin aku boleh pergi.
Bukan setakat Menara KLCC.
Tapi mungkin mencecah ke bimasakti.
Agar aku boleh bermain dengan Venus.
Mencelah riang di antara bintang-bintang....


Sukar untuk saya kata; Lepaskan saja apa yang ada dalam kepala. Hamburkan saja apa yang dirasa. Buat apa yang mahu dibuat. Nekad.

Sebenarnya tangan saya menggigil bila hendak mengajak kawan-kawan membaca karya picisan saya. Nak tak nak, saya kena berani juga. Lagipun, bila lagi? Kalau tak berani, mungkin cita-cita saya akan jadi seperti kek bantat. Tak jadi naik. Terbantut.

Dan ya! Jutaan terima kasih kerana sudi menyinggah blog hitam saya. Dan menilai karya saya yang tak seberapa nak ada. Saya memang perlukan (penilaian) itu.


Saya budak baru belajar,
Kalau salah, tolong tunjukkan.



11/05/12

terima kasih nenek!

36 ulasan:
Sebenarnya, kelmarin lagi saya dah terima kiriman ekspres dari Kakcik. Saya dah agak. Mesti hadiah cenderahati istimewa dari Sabah. Saya hulurkan pada Aydin. Bukan main suka dia. Saya pegang kamera. Dan dia mula beri pose istimewa. Tak payah di suruh. Dan dia kata; Acehhhh nenek!




Hehehehehe...

13/04/12

saya pilih dan suka komen ini!

32 ulasan:
Saya dapat komen ini bila menulis cerita ini.

Klik

Cuba faham dan selami hati mereka yang tak ok ini....

11/04/12

err...

11 ulasan:
Eh, tak! Jangan salah anggap kawan-kawan. Entri CANTIK saya bukanlah apa-apa pun. Bukan mahu kata yang saya ini secantik bidadari. Tidak sama sekali. Saya sebenarnya biasa-biasa saja. Jangan mengharap sesuatu yang secantik Lisa Surihani ataupun Siti Nurhaliza. Saya seperti kamu juga. Cantik dan tak ada hodohnya.

Risau.

P/S - Selamat bercuti walau hanya untuk satu hari.

3/04/12

maaf, saya kesibukan

27 ulasan:
Saya masih berada di dalam zon kesibukan. 24 jam itu terasa seakan tak cukup buat saya. Dan saya rasakan, masa berdesup pantas seperti Fast and The Furious. Saya cuba mencuri masa untuk bertandang ke blog kawan-kawan, ya? Tapi agak-agak kalau mencuri masa, berdosa tak?

26/03/12

manusia kelas ketiga - orang miskin

42 ulasan:
Kasut Berikat Rubber Band sebenarnya telah membawa saya pada kisah lalu. Kisah di masa mula-mula saya menetap di BP. 

Saya membesar di dalam lingkungan kejiranan serba mewah. Kawan-kawan pula kebanyakannya tergolong dari golongan keluarga berada. Walaupun kami sekeluarga tidak mewah tapi kami senang. Bukan senang apa. Senang bila kami adik beradik tidak berpeluang merasa baju lusuh, kasut koyak kerana bertahun tak berganti (koyak kerana lasak itu ada) dan tak pernah diberi duit belanja. Syukur Alhamdulillah.

Tapi bila kami pindah ke BP, saya terutamanya seolah-olah terkena renjatan budaya 'kelas kehidupan'. Maksud saya dalam hidup ini, manusia mendiami 3 kelas kehidupan. Kelas pertama, orang kaya. Kelas kedua, orang sederhana. Dan kelas ketiga, orang miskin. Tapi saya tak pernah menghadap manusia kelas ketiga. Sehinggalah saya berpeluang berkenalan dengan orang-orang di BP.

Dulu saya pernah diberi peluang mengajar. Berdampingan dengan anak-anak kecil cukup menyenangkan hati. Tapi tak semuanya memberi keselesaan. Ada anak murid, kerap ponteng sekolah. Semalam tak ada. Tiba-tiba hari ini ada. Esok lusa terus menghilang tanpa khabar berita. Peliknya, tiada seorang cikgu pun yang ambil kisah. Ibarat; Selagi aku bukan guru kelasnya. Bukan hendak mencemuh. Saya tak suka hendak mengeji profesion guru. Guru adalah insan mulia. Mendidik anak-anak dari buta huruf menjadi seorang yang celik ilmu. Tapi....(saya malas nak sambung cerita perihal segelintir guru).

Anak murid yang kerapkali ponteng itu bila saya berpeluang bersemuka dengannya, hati saya menjadi luruh. Rambutnya kusut. Bajunya lusuh. Jangankan kasut berikat gelang getah, tali selipar pun hampir putus. Paling sayu, buku-buku sekolah hanya diletakkan di dalam plastik merah. Bukan beg plastik yang cantik tertera jenama gah. Tapi plastik merah buat bungkus si peniaga sayur di pasar malam. Bayangkan kedaifannya. Bagaimana mahu mengharapkan kejayaan dari si kecil itu andai ketiadaan dia langsung tidak dirasai?

Habis mengajar, saya mencari peluang bekerja di kilang. Setahun di sana, benar-benar membawa saya ke dunia manusia kelas ketiga. Bagaimana meneruskan kelangsungan hidup andai pendapatan sebulan tidak lebih dari RM500 melainkan menghabiskan masa 12 jam di sana semata-mata untuk wang tambahan? Hampir setiap hari, saya berkongsi suka-duka kehidupan mereka sebagai pekerja kilang sepenuh masa. Ada kisah suka, kami ketawa. Ada kisah sedih, kami menangis bersama.

Sejak itu, saya belajar satu perkara. Menghargai duit yang tidak seberapa tetapi berhabis tenaga untuk mendapatkannya. Walaupun saya persetankan disiplin. Saya memang tak kisah kerana cita-cita saya bukan di sana. Tapi saya kisahkan nasib kawan-kawan seperjuangan dalam mencari sesuap nasi. Acapkali mereka berkata pada saya; Fara ada banyak peluang. Jangan jadi macam kami. Sampai mati pasti di sini. Sedih.

Sebenarnya saya tak perlu bersedih pun. Kehidupan mereka walaupun miskin namun mereka tetap berusaha menjaga makan minum keluarga. Anak-anak terjamin kesihatan dan pendidikannya. Saya percaya semiskin mana pun, kita tidak akan membiarkan anak kita tersisih dari dunia persekolahan. Sesusah mana kita menyediakan keperluan, kita tidak akan membiarkan anak kita seperti biskut di sekolah. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Saya bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi sangat rugi mensia-siakan usia muda anak kita hanya kerana hidup kita susah.

Bukan mahu menjadi manusia yang tidak ambil peduli. Tetapi menyalahkan orang lain kerana kemiskinan diri sendiri? Saya simpati.