Memaparkan catatan dengan label TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. Papar semua catatan

24/11/14

piala aff suzuki 2014; bangun harimau malaya!

4 ulasan:
Bangun, bangun,
Bangun harimau bangun,
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan
 
 
Walaupun harapan tak berapa nak cerah, tapi sokong tetap sokong. Dah nama pun negara sendiri, kan? Itulah sebabnya bila lawan antara negeri, jangan fanatik sangat. Sikit-sikit, nak provok. Provok sikit, nak gaduh. At the end pun, satu negara juga.
 
Selamanya HM!

20/11/14

apa ada pada 2015?

8 ulasan:

Menteri-menteri pun menggelabah saat nak menyambut kedatangan GST. Masing-masing dah sibuk proposed kenaikan elaun. Elaun petrol. Elaun makan. Elaun outstation. Elaun oversea. Elaun itu. Elaun ini.

Tol mungkin akan naik. Subsidi RON95 mungkin akan dihapuskan serta-merta. Subsidi beras mungkin akan ditarik juga. Harga rumah dan faedah juga akan naik. Meleret pada benda-benda lain. Makan. Minum. Pakai. Perubatan juga. 

Rakyat dikerah kerja lebih masa. Atau mungkin lebih dari satu kerja. Kami redha tapi setakat mana hidup boleh sentiasa tenang dengan kos sara hidup yang tinggi melainkan kalau kita tergolong dalam marhaen yang bergaji sehebat Prof. Dr. Muhaya? 

Mmmm....

28/10/14

mimpi rakyat tak sama macam mimpi raja

5 ulasan:

Ku ingin terbang ke awan, Mengapai bintang-bintang, Dalam kegelapan malam, 
Ku idamkan satu taman, Dan juga mahligai, Yang indah tak ternilai,
Tapi semua hanya khayalan, Yang bermain dalam fikiran, Tak mungkin dapat ku bertahan
Yang tinggal hanyalah impian, Namun ku masih mencuba, Untuk punya segalanya, Walaupun bertahun lama, Semogakan terlaksana

Mimpi; Gerhana Ska Cinta

Ok. Back to reality. Tak lama lagi, terima gaji, Hari gaji bermakna, hari bayar hutang. Sobs.

Syabas bete!

7/10/14

selamat pagi malaysia!

11 ulasan:

Sarapan pagi rakyat marhaen, nasi goreng kosong. Alhamdulillah! Rezeki makan tak putus. Walaupun tak semewah mana. Masak sendiri, bawa bekal ke pejabat sebab restoran sebelah opis dah naikkan harga makanan. Tak larat nak belanja hari-hari. Minta maaf wahai tauke sebangsa dan seagama sebab saya tak mampu nak menyokong bisnes kamu.

Bekerja selepas 3 hari bercuti. Berat tapi redha jelah sebab saya tak ada assistant atau P.A atau tukang kipas dan sebagainya untuk cover kerja yang dah bertimbun tu (ada hati nak cuti lagi ke?). Sobs!

23/09/14

chicken pox dan azmin angkat sumpah jadi menteri besar selangor baru

9 ulasan:
Hohohoho! Apa nak jadik ni? Dah berabad tak update blog. Sobs! Saya sebenarnya makin sibuk kat opis. Nak kata naik pangkat, tak ada pulak. Bila ada masa free, saya kena mengepam untuk bekalan anak. Jadinya, bila masa nak mengadap blog? Tapi bila betul-betul ada masa terluang, keras kepala otak nak memerah idea. Apakah? Uwaaa!

Aydin baru je baik dari chicken pox. 2 minggu sebelum tu, Nizam dah kena. Bila kena time tua-tua bangka macam ni, bisanya lain macam sikit. Asyik mengaduh perit. Saya pulak jenis tak reti bahasa. Suami kena chicken pox, saya dok bantai goreng ayam ikan dalam rumah. Seksa kawan. Sobs! Bila kena chicken pox, 2-3 hari Nizam tak mandi. Extra gatal chicken pox dia. Walhal 2 kali dapat advice dari doktor, boleh mandi macam biasa. Semuanya sebab dah terikut cakap orang-orang tua, PANTANG MANDI. Memang seksa tengok dia. Lepas 3 hari, saya desak dia suruh mandi sebab hapaknya dah lain macam. Eloklah mandi dari asyik rasa gatal je.

Aydin bila kena chicken pox, senang sangat jaga. Sakit dia macam budak tak sakit. Boleh ajak Nizam main bola lagi. Cuma ada masa dia mengadu gatal. Suruh minum air kelapa pun, dia ok. Adalah dalam 3-4 biji dia telan air kelapa. Banyak jugak chicken pox keluar. Sampai ke tapak kaki. Alhamdulillah, sekarang semuanya ok. Khadeeja pun, baru seminggu recover dari demam panas. Kuat merengek masa demam tapi Alhamdulillah dia banyak bf dan tidur. Diapers pun berat je memanjang. Berak pun banyak. Sponging memang anytime. So far, kami handle dengan baik.

Selain dari tu, kami tak ada apa-apa cerita menarik. Mungkin dalam masa terdekat, nak bawa anak-anak pergi bercuti. Aydin pun asyik tanya; Bila nak pergi hotel? Boleh nak. Tunggu poket papa tebal sikit lagi. Tapi nak ke mana eh? Saya teringin nak repeat Penang. Tapi Nizam sibuk nak jalan-jalan Melaka. Nak cuti Pantai Timur, dah nak dekat monsun ni. Tak pasal trapped dalam banjir, naya!

Apa lagi nak cerita eh? Maaflah sebab dah lama tak menaip kisah-kisah berilmiah (sangatlah kau). Tak dan nak buat research (lagi sekali poyo). Hahahah! Apa yang penting, ada beberapa kisah yang saya alert dan paling perdana buat masa ni bila Azmin angkat sumpah jadi MB hari ini. Perasaan saya? Frankly speaking, saya tak suka dan budaya kronisme akan kembali bersarang selepas kejayaan former MB, Khalid. Dalam politik negara separa maju macam Malaysia ni, orang baik tak akan menang dalam jangka masa lama. Suara rakyat pun boleh tenggelam dengan duit. Kan? (Tak suka duduk Malaysia, sila pindah ke Sweden). Oklah. Bai!

22/08/14

MH17; good mourning

10 ulasan:


Pramugari MAS, pernah jadi jiran kami masa duduk Bandar Sunway dulu. Berbangsa Cina, hanya tinggal berdua dengan suami. Saya jarang nampak dia. Cuma 2,3 kali je, dia dan beg bagasi hitam besar. Sejak dari tu, saya dah tak ambil port lagi. 

Bila datang tragedi MH370 dan MH17, terus teringatkan dia. Saya memang lupa wajah dia. Cuma satu yang buat saya ingat, seragam kebaya yang cantik tu. Haih! Semoga dia tidak terlibat dengan dua tragedi ni. Harap sangat!

Kalau saya ada rezeki, saya mahu terbang dengan MAS.

Sayu.

7/01/14

atok gigih bayar yuran sekolah dengan syiling dan kisah-kisah teladan lain

14 ulasan:
Hari ni, 7 Januari. Hari tua Nizam. Satu-satunya hari di mana kami sebaya. Hahahaha~ Unfortunately, hari tua Nizam jatuh pada weekdays. Tak ada sambutan. Tapi saya tahu, dia tak mengharap apa-apa pun. Kecuali, ingatan dan ucapan. Pagi tadi, konon nak wish depan-depan mata. Tapi, pagi weekdays? Apa yang kita boleh expect? Siapkan breakfast. Siapkan bekal. Siapkan dan pujuk anak yang cranky tiap-tiap pagi? Dalam-dalam hectic, tiba-tiba nak wish birthday? Apa kau rasa? Tapi tak apa. Saya dah pun selamat SMS ucapan hari tua pada dia.

Ok. Cukup-cukuplah cerita tentang laki sendiri. Sebenarnya saya nak bercerita tentang kisah benar seorang atok yang gigih menyekolahkan dua orang cucunya dengan duit syiling yang dah jadi viral di internet. Ini kisah sedih tau. Nak-nak bila mak buyung yang membacanya. Hati ni dah macam kena hurung semut. Luruh dan rengsa. Apalagi bila tatap muka 2 orang cucunya yang nampak happy sangat bila dapat pergi ke sekolah. Ouh! Kita rasa kita susah. Tapi, masih ada yang lagi susah. Tapi susah-susah mereka, masih gigih meneruskan kelangsungan hidup.

Frankly speaking, saya respect dengan atok ni. Walaupun susah tapi demi pendidikan dan tak mahu cucu-cucunya tercicir belajar, dia tak hiraukan apa jua keadaan. Syiling pun, syilinglah. Janji, berbayar walau tak cukup. Dan saya respect pada cikgu-cikgu di sekolah agama tu yang membantu dan meleretkan kisah sedih ni pada tatapan umum. At least, ada inisiatif untuk membantu 2 beradik ni. 

Beban dan susah, kan? Tapi 'kita-kita' je yang merasa sebab masih ada Malaysian yang ok dengan situasi sebegini. Selalunya, orang yang ok dengan situasi sebegini adalah orang yang apathy dan pentingkan diri sendiri. Janji, mereka anak-beranak hidup senang. Orang lain susah, mereka peduli apa? Tapi bila orang susah merungut, mereka geleng kepala tak suka.

Sebenarnya, kami pun terheret sama dengan kesusahan orang lain. Adakala, kami pun sesak dan terdesak. Of cos-lah kami tuntut apa yang patut kami dapat, kan? Tapi bila sampai masa nak chase payment, Hamba Allah tu akan buka cerita sedih. Wallahualam. Kami harap alasan Hamba Allah tu benar-benar belaka. Bayangkan, sampai sekarang anak-anaknya masih belum didaftarkan ke sekolah. Macam mana tu? Entahlah. Kami malas nak assume apa-apa. Allah Maha Pemurah. Kami susah tapi kami kena fikir, masih ada lagi yang lebih susah dari kami. Tapi bila kami dah berfikir macam ni, janganlah ada yang nak amek kesempatan menzalimi kami semua dengan menambah beban kami demi poket sendiri! Adoi! Tegar betul-lah korang ni! 



26/12/13

kenaikan tariff elektrik: apakah kebaikan untuk rakyat (marhaen)? sila senaraikan.....

7 ulasan:

Sendiri mau ingatlah....

5/12/13

pray for kuantan (dan mangsa-mangsa banjir lain)

13 ulasan:
Life must go on. Kita bersedih dengan mangsa banjir Pahang, Terengganu dan Johor. Tapi nak tak nak, kita yang bukan mangsa banjir ni kena teruskan rutin dengan pagi pergi kerja, malam pulang reban. Cuma terkilannya bila bantuan dari kerajaan pusat agak lambat dari kebiasaan. Sampaikan mereka terpaksa buat confession dalam Buletin Utama. Apakah? Saya tahu, tak ada benda dalam dunia ni adalah sempurna. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Macam mana rasanya bila rumah ranap ditenggelami banjir, hilang tempat berlindung, harta-benda hampir keseluruhan musnah dan tak ada bekalan elektrik? Pusat perpindahan pula overload!

Di PWTC nun. Ada perhimpunan besar-besaran. Berucap sambil menyanyi dan berpuisi. Ahli-ahli yang menadah telinga, bertepuk sorak-sorai gembira. Bukan sebab saya dengki ya tapi eloklah sesiapa yang bergelar YB tu, bawa-bawalah melawat rakyat yang sedang dalam kesusahan ni. Menang atau kalah (PRU 13) - tolaklah tepi kalau nak dapatkan kepercayaan kami. Jangan fikir tentang poket masing-masing.

P/S: Boleh kata tiap-tiap tahun, Batu Pahat banjir. Adik bongsu saya selalu cerita tentang sekolahnya yang selalu dinaiki air setiap kali musim tengkujuh. Mujur tahun ni, musim tengkujuh tak berselisih dengan musim persekolahan. Teringat tahun 2006-2007 dulu. Johor dilanda banjir besar. Sampaikan Batu Pahat pernah terputus jalan dek tenggelam dengan bah. Haih! Kerisauan dah ni.  



29/11/13

meLAYU bodoh, cino dan kelss - rakyat malaysia dan rasisme bagai isi dan kuku

12 ulasan:
Saya boleh label diri saya sebagai anti-perkauman. Dan semua orang pun boleh kata yang mereka adalah anti-perkauman. Cuma persepsi tu saja. Sikit banyak, mesti ada tanggapan dan persepsi tentang sesuatu kaum. Contoh; Accident antara driver Cina dan rider Melayu (saya cedok experience si Mantot Cursing Malay. Sorry, malas nak link). Cerita si Mantot; Terang lagi bersuluh salah driver Cina tapi driver Cina kata: Awak salahkan saya sebab saya Cina ka? Pembaca si Mantot (majoriti pembaca Melayu) mesti akan memberi persepsi yang macam; Bengap punya Cino! Dah memang salah kau kot? Kena baca entri empunya blog tu kalau nak tau full story. Saya cuma ambil isi penting je (konon). 

Tak kiralah, ayat mengata dari belakang atau ayat defensif (macam driver Cina tadi); Mesti ber'subject matter'kan kaum. Tak payah pergi jauh. Kat ofis saya je dah cukup banyak contoh yang boleh digunapakai. Saya dan mereka boleh kata; Saya tak racist. Tapi bila timbul sesuatu isu, persepsi tentang sesuatu kaum tu mesti timbul.

Frankly speaking, di sini bila bercerita tentang kepercayaan; Segala-galanya berlandaskan tanggapan mereka terhadap sesuatu kaum. Di sini pernah timbul isu pecah amanah bila duit syarikat tiba-tiba lesap. Orang pertama di soal-siasat adalah; Melayu. Realitinya memanglah tak logik sebab staff tu tak ada apa-apa akses akaun yang membolehkan dia cilok duit company. Tapi mereka jadikan orang Melayu sebagai saspek utama kerana persepsi mereka terhadap Melayu adalah; Suka mencuri. Suka menyamun. Suka merompak. Miskin. Desperado. Malas. Walaupun end of the story, yang pecah amanah itu adalah satu bangsa dengan mereka tapi buruknya tetap pada bangsa Melayu kerana persepsi itu. Jangan marah ya? Majoriti yang suka buat jenayah remeh dan tak berbaloi adalah orang Melayu sendiri. So, nak kata apa?

Memang sakit hati. Tapi bagi saya, mereka ada hak sebab company ni milik bangsa mereka. Kalau dah polisi company ni kata, post kuli cuma untuk orang Melayu (sebab semuanya kerana persepsi). Jangan kata degree, yang ada master pun kerjanya cuma kerani (sebab tu gomen kena ambil tahu kenapa ramai peminjam PTPTN gagal bayar balik pinjaman. Lepas grad, takde pengalaman. Tawaran kerja terhad untuk bangsa majoriti sebab bangsa majoriti lebih suka makan gaji dari bisnes sendiri. Tambah lagi dengan kos sara hidup tinggi kat Klang Valley. Sedangkan nak hulur duit kat orang tua pun menggigil tangan) Redha jelah. Kalau tak suka, jangan kerja sini. Ye tak? Tapi kat Malaysia ni ada pilihan ke? Sedangkan Melayu pun tak nak tolong Melayu, apatah lagi bangsa lain. Walhal kita sendiri tau, mereka akan tolong bangsa mereka selagi mampu. Tak ada SPM pun, boleh jadi manager sebab mereka tak kedekut ilmu (sesama mereka). Kita? Berbisnes pun, santau menyantau. Macam mana ya?

Saya sendiri secara jujurnya, pernah menilai orang berdasarkan persepsi sesuatu kaum. Kawasan rumah saya, berjiran dengan kawasan flat rumah pindah pekerja estet (suatu masa dulu). Bila dah selalu berdepan dengan sikap 'ikut suka hati mak bapak diorang', mudah je saya label mereka sebagai; Mentaliti estet. Highway NPE pun, mereka selamba badak tunggang motor beriringan dengan kawan sambil berborak sekuat tidak dengan kelajuan minimum tanpa helmet! Bila kita hon, mereka tunjuk muka tak puas hati dan cuba menakut-nakutkan kita. Seolah mereka bebas buat apa je walau hakikatnya Malaysia masih ada undang-undang. Itu belum masuk bab berhentikan kereta di tengah jalan semata-mata nak berborak dengan kawan yang kebetulan masa tu sedang berjalan kaki.

Macam mana kuat pun kempen, sikit banyak dalam hati ni dah terbiasa dengan sikap sebegini. Kalau yang langsung tak rasa apa-apa dan punya pemikiran sama rata terhadap semua bangsa, memang saya respek sangat-sangat! Tapi, ada ke?

27/11/13

bayangan kenaikan tarif elektrik

20 ulasan:
Google
Macam manalah saya tak sakit hati bila segala-galanya naik dan membebankan?

Percaya atau tak? Ini bukan sengaja nak mengaibkan diri sendiri. Tapi sekadar luahan hati. Bukan sekali dua tapi banyak kali, duit simpanan kami cuma tinggal nyawa-nyawa ikan. Kadang tu, dalam bank pun kontang. Tapi Alhamdulillah, Allah tu Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Kami masih cukup makan, pakai, minum dan masih ada tempat tinggal untuk berlindung. Cumanya, kami (dan kita semua) sangat-sangat merasa beban akibat dizalimi pemimpin sendiri. Hah~ Janganlah marah dengan statement saya ni ya? Bagi yang pro gomen, ini adalah apa yang kami rasa.

Kadang tu rasa macam; Kenapa kami yang kena tanggung akibat perbuatan tak bertanggungjawab segelintir pemimpin, ya? 








21/11/13

malaysia the bolehland; pengguna 'kecil' lebuhraya

18 ulasan:
Pergi kerja. Balik kerja. Saya perhatikan je perangai rider motor. Frankly speaking, saya hormat penunggang motor. Kalau nak potong lane kiri atau kanan, saya pastikan jalan mesti free dengan motor dan wajib bagi signal! Lagipun, Nizam juga rider. Pergi kerja, balik kerja dengan motor cabuk tu je. Kadang tu, dia mengeluh nasib rider yang macam 'bertarung nyawa' atas jalanraya. Kesian laki ai.....

Tapi, ada masa tu saya geram jugak dengan rider Malaysia ni. Jalan sesak pun, nak mencilok macam racing Litar Sepang. Bawak motor macam pelesit tapi bila accident, salahkan driver. Selalu macam tu. Siapa tak hangen satu badan? Kita dahlah stress dengan jalan yang sesak memanjang. Alih-alih datang motor menyelit depan mata. Siapa yang tak terkejut? Kus semangat mak tau!

Paling jelik bila kat Federal Highway, yang memang sedia ada lane khas untuk motor. Tapi biasalah, Malaysia-kan 'the bolehland'. Penunggang motor masuk laluan kereta. Susup-sasap dari lane kiri, bawa ke tengah sampai ke lane kanan. Bila accident sampai pecah kepala, buat muka kesian. Dengan harapan, rakyat Malaysia menyalahkan driver. Walhal, terang-terang ada jalan kau sendiri. Apa alasan kukuh yang driver patut bagi laluan pada rider degil ni? Harap maaf. Tak ada!

Janganlah disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Alkisah Timbalan Menteri Pengangkutan mencadangkan tiada motosikal ber'cc' kecil di lebuhraya, dengan alasan mengundang bahaya dan mengurangkan risiko kemalangan di lebuhraya. Kalau rakyat Malaysia ni persis rakyat Singapore yang senang-lenang dengan benefit yang disediakan gomen (macam public transport yang efisien), nak bantah pun memang takde sebab kukuh. Tapi management Malaysia ni lemah. Ada pemimpin pun, jenis nak 'kitai' hak rakyat je. Tapi bagi cadangan entah apa-apa. Menyakitkan hati. Buat rakyat benci. Tapi kalau tak sebab golongan 'nila' ni tak buat hal, menteri pun takdelah nak bagi cadangan 'tak bernas' macam tu. Bernas kalau AT LEAST, Klang Valley ada sistem pengangkutan yang efisien. MRT dalam pembinaan, YES! Semua orang pun tahu dan semua orang pun patut sabar dan faham. Tapi, kerja siapa untuk cari solution? Rakyat dah bayar elaun menteri, silalah buat kerja; Hah! Tak pasal-pasal subject matter aku jadi caca-marba.

Arghh!


20/11/13

seram villa nabila tapi....

20 ulasan:
...seram lagi tandas-tandas awam kat Malaysia ni. Betul tak?

Tak payah pergi jauh, kat ofis saya sendiri pun. Aisehhh! Nak flush pun, payah. Nak kena tampal reminder, baru nak ikut. Itupun ada yang 'buta huruf'. Kadang tu, kuning je rupa. Kadang tu, tertimbul-timbul 'makhluk asing'. Kadang tu, flush juga tapi yang berselepet kat bowl tu langsung tak nak cuci. Dengan alasan; Makcik cleaner-kan ada. Mentaliti rakyat Malaysia. Dahlah gaji cleaner kat Malaysia ni murah. Martabat pun direndah-rendah. Sadisnya, yang buat hal macam orang takde tamadun ni datangnya dari spesis bergaji lebat. Lunch kat cafe atau hotel. Makan malam kat restoran seafood mewah. Tengok muka cleaner, geli sangat-sangat (konon). Tapi tak nak cermin diri sendiri.

Kalau pergi Sunway Pyramid atau Midvalley (contoh), cuba lawat toilet yang lokasinya kat tempat tumpuan macam cinema. Peh! Semuanya nak harapkan cleaner. Sanitary bin tu sampai muntah-muntah dengan toilet paper. Alas mangkuk tandas tu, hitam berdaki. Tempat duduk, dipijak-pijaknya. Kot ye pun tak pandai nak kencing berak atas jamban duduk, cari jamban cangkung. Kalau dah terdesak sangat, bukak kasut. Cangkunglah kau atas jamban duduk tu sebab bukan semua orang spesis kencing atau berak mencangkung. Tahu takkk?!!!

Rakyat Malaysia ni memang macam tulah. Pengotor, pemalas dan takde inisiatif. Jangan terasa. Siapa makan cili, dialah yang terasa pedas. Tak kira apa bangsa dan agama pun. Kalau pergi makan fast food, berapa ramai yang ada inisiatif nak bersihkan meja selepas makan? Kalau pergi makan-makan kat kafeteria IKEA, sila mengaku siapa yang tak peduli pun nak kemas meja makan sendiri lepas guna? Lepas makan, terus tinggal atau at least angkat tray dan pinggan mangkuk semua ke tempat yang disediakan?



11/11/13

siapalah yang kata malaysia ni aman? silalah terima kenyataan yang tahap keselamatan negara kita ni dah meruncing habis.....

10 ulasan:
Saya pelik dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia ni. Tahap keselamatan kat Malaysia ni, saya kira dah berada pada tahap kronik. Hari-hari pun, telinga ni naik berdesing dengar kisah tembak-menembak. Hati pulak tak keruan sebab malapetaka tu macam dekat sangat dengan kita. Haihlah....korang tak rasa ke? 

Manusia sekarang ni, ramai yang psiko. Sakit hati sikit, cari senapang then tembak. Nyawa manusia tu dah macam nyawa semut. Selamba je bunuh-membunuh. Kadang-kadang, benda remeh temeh pun nak dibunuhnya. Aduhai! Itu belum masuk manusia yang terdesak cari duit. Saya banyak update entri kisah panasnya kawasan tempat kerja saya ni. Pecah kereta sana-sini. Ragut-meragut handbag. Kat sini kalau ada sekor lembu hitam putih tengah meragut rumput, orang ramai mesti macam; Whoa! Ada lembu kat KJ? Ini adalah rare!! Tapi kalau manusia yang meragut manusia, semua pun cuma dok tengok sambil lalu. Dah tak rare sebab dah selalu. Polis pun dah jenuh nak handle kes 'terpencil' macam ni.

Bila cerita pasal polis, teringat zaman rumah kami kena pecah penyangak suatu masa dulu. Rumah kami tu, siap ber'pak guard' lagi. Tu pun bolos. Nasib baiklah TV, peti sejuk dan segala-mala barang elektrik tak diangkut sekali. Dalam masa yang sama, ada rumah satu kawasan pun kena pecah dek penyangak desperado juga. Kalau yang itu, memang sadis!  TV, DVD player dan segala macam benda diangkutnya. Hoh!

Masa kami buat report polis, pegawai kat situ dok cerita ada kondo dekat Sunway Lagoon tu pun kena pecah masuk pada hari yang sama kami kena. Tak tahulah penyangak sama atau lain-lain. Wallahualam. Katanya, owner rumah tu rugi lagi banyak dari kami. Ceh! Perlu ke buat comparison? Hello pak polisi. Kami tak heranlah pasal berapa banyak kami rugi. Redha jelah kalau bukan rezeki kami. Tapi yang buat kami bimbang adalah keselamatan kami anak-beranak! Buatnya penyangak tu datang time kami ada kat rumah, tak ke naya? Ceh!

Kawasan rumah saya tu pun, boleh kata panaslah juga. Eh, saya dah pernah update dalam entri lama-lama dulu. Bolehlah baca. Dalam kereta pun, orang boleh acu dengan parang semata nak curi kereta. Hoh! Gila tak gila! Pergi selak entri lama saya. Walaupun kawasan perumahan sepatutnya adalah kawasan paling selamat tapi di sini, sebaliknya. 

Jom kita recap balik alkisah 'Malaysiaku Aman' bermula dengan kisah pegawai bank ditembak mati oleh pak guard psiko. Tembak pulak dengan pump gun. Dia ingat manusia tu burung gagak? Pastu mulalah berderet kisah pak guard spesis 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Baru-baru ni, anak kecil pula kena culik dalam kawasan rumahnya sendiri. Apakah? Bayangkan perasaan emaknya macam mana? Kalau saya, mahu meraung tak cukup nafas kat situ jugak. Nasib baik jumpa balik. Nasib baikkkkkkkk! Hal penguatkuasa JAIP tu pun sadis. Sakit hati sikit, tembak. Senangnya hidup. Macam tak ada peraturan. Ikut sedap hati dan perasaan je. Kalau rajin, recap lagi untuk tahun 2013 ni. Berapa banyak kisah orang tembak orang. Orang bom orang. Orang rogol orang. Haihlah.......

Kesimpulannya, saya tak pernah dan takkan sekali-kali berani nak keluar sorang-sorang walaupun waktu tengahari panas rembang sebab saya tak pernah yakin dengan tahap keselamatan kat Lembah Klang ni. Terima jelah kalau orang dok kata, Malaysia ni tak aman. Jangan tunggu nak kena ada kereta kebal depan rumah, baru nak kata Malaysia ni aman. Haihlahhhhhhhhhhhhhhhhh~

6/11/13

jom score spm habis-habisan!

19 ulasan:
Hari ni, adik-adik kita sedang berjuang menjawab SPM. SPM yang bakal menentukan hala tuju kita. Mungkin kita dapat straight As. Masuk universiti. Dapat result baik. Habis grad, terus minta kerja. Tauke Cina kata; You takde experience even you ada master. Unless if you nak develop you punya experience kat sini, I bagi you starting salary RM1.5k. Kerjalah kita bagai nak rak (sebab takde pilihan). Duit gaji tu memang tak boleh nak enjoy walau sepicing sebab belum apa-apa, kita dah kena bayar hutang (bukan takat bayar hutang tapi kena bayar barang keperluan yang dah takde subsidi, petrol yang kata menteri harganya sama cuma subsidi ditarik, GST yang katanya tahun 2015 akan dilaksanakan tapi sebenarnya dah lama dilaksanakan cuma terms je yang berlainan - Government Service Tax, kena pulak repair cermin kereta pecah angkara penyangak desperado cari makan walaupun ramai yang masih menafikan dan asyiklah kata Malaysia ni masih aman makmur gituhhhh). Yes! Syok!

Atau mungkin, SPM kita sekadar cukup-cukup makan. Tapi sebab hati tu kuat nak jadi orang yang berjaya, belajarlah kita kemahiran pomen. Atau skil bakar-membakar kek. Mungkin juga boleh jadi tauke tudung 'singkat' atau tauke jamu. Belajar dari mula sampai jadi usahawan berjaya. Sampai mampu beli BMW 7 series. Lepas tu, boleh 'ek' dengan kawan-kawan lepasan master yang tak berani nak beli kereta mahal-mahal sebab hutang keliling pinggang.

Saya cuma bagi contoh je. Tak semestinya yang ada master tu , kerjanya bayar hutang sampai mati (walau hakikatnya YA). Dan tak semestinya yang cuma ada SPM tu jadi ORANG. Selected people je ok. Kalau rajin berusaha dan berdoa pada Allah SWT (atau mungkin anak menteri),  Inshaa-Allah semuanya boleh jadi. Kesimpulannya, kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan segala.

Err, panjang pulak membebel. Akhir kata, selamat menjawab soalan ya adik-adik. Sekian. 

1/11/13

dilema hospital bersalin; doktor lelaki atau doktor perempuan?

15 ulasan:

Dulu masa bersalinkan Aydin (HKL), buat permulaan saya rasa bersyukur sangat sebab dari mula sampai saya selamat bersalin, yang involved semuanya doktor dan bidan perempuan. Malangnya, at the end datang pulak doktor lelaki buat 'pemantauan'. Check jahitan segala bagai. Aduh! Terkena juga.

Kat Malaysia ni, ada banyak jalan dan ikhtiar. Kalau rasa permintaan kita nak dapatkan doktor atau bidan perempuan tak dilayan pihak gomen, maka mohlah kita ke hospital swasta. Kalau tak mampu, jom kita jadi pak guard then rompak bank atau kedai emas. Janji jangan tembak orang. Boleh?

Well, hal-hal perubatan terutama bab hospital bersalin adalah salah satu dilema yang terpaksa ditanggung rakyat. Termasuk kami suami-isteri. Kami bukan orang kaya. Malah, tak larat pun nak menabung untuk dapatkan perkhidmatan hospital swasta. Kalau hospital swasta yang biasa-biasa, caj untuk bersalin normal tak kurang dari RM3k. Tak termasuk kos untuk wad. Kalau c-zer, boleh cecah up to RM6k. Kalau yang berkemampuan, Alhamdulillah.

Ada sesetengah orang kata, kita dibolehkan dirawat doktor atau bayi disambut bidan lelaki kalau berada dalam keadaan darurat. Malaysia memang mengalami 'darurat'. Tapi bukan darurat sebab kekurangan doktor atau bidan perempuan tapi DARURAT SEBAB PEMIMPIN YANG TIDAK SENSITIF DENGAN HUKUM-HAKAM ISLAM.  Hal-hal sebegini, mereka yang sepatutnya beri solusi dan selesaikan masalah. Bukan inisiatif rakyatnya sendiri. Moga dosa-dosa kita semua diampunkan Allah dan moga balasan setimpal dikenakan pada yang menzalimi kita. Wallahualam. 

P/S: Kami berusaha membuat permintaan seperti mana sang suami membuat surat permohonan doktor perempuan seperti di atas. Moga urusan kita semua dipermudahkan Allah SWT. 

25/10/13

nadeem, sang kekasih nora danish (katanya...)

12 ulasan:



Banyak duit ya? Orang lain, apa ada. Status cuma rakyat marhein. Belajar hebat dapat pointer 3.5 CGPA pun, PTPTN dok kejar sampai ke lubang cacing. Habis belajar, kena WORK HARD pulak. Tak WORK HARD, makan pasir jelah.

So, you have a good living and you enjoy it because of your work hard?

Ok, fine.


pra bajet 2014

14 ulasan:
Apa pun tak bolehhhh!

Masih mengharap (kebijaksaan dan keadilan pemimpin) biarpun picis; Picis-picis pun, kita masih ada hak!

Walaupun harapan tidak segunung mana. 

24/10/13

tragedi pelepasan air di ringlet, cameron highlands

14 ulasan:
Google.

Masa air tu dilepaskan, siren amaran dah dibunyikan. Tapi itulah. Kalau dah kun fayakun. Allah nak jadikan bencana, jadi juga, kan? Dulu pun, TNB pernah juga buat pelepasan air tapi tak seteruk tragedi yang ini. Semuanya di luar kawalan.

Haih! Menakutkan......

mangsa rompakan bank di subang jaya

9 ulasan:
Suspek (Google)

SUBANG JAYA – Seorang pegawai bank menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila mukanya pecah selepas ditembak oleh pengawal keselamatan premis tersebut yang sebelum itu telah memaksa mangsa membuka peti besi untuk melarikan sejumlah wang semalam.

Kejadian pada pukul 6.20 petang di Jalan USJ Central 2 di sini itu berlaku apabila Norazita Abu Talib, 37, diarahkan membuka peti besi berisi wang di bank berkenaan oleh suspek yang bersenjatakan selaras pump gun.

Mangsa merupakan ibu kepada dua cahaya mata dan telah bekerja di bank tersebut selama 16 tahun.

Difahamkan, ketika kejadian, terdapat lima pekerja di bank tersebut termasuk mangsa dan suspek. 

KOSMO

Datang je ofis, semua orang kecoh pasal kes rompak bank kat Subang Jaya semalam. Ada sorang kakak, siap tunjuk gambar mangsa yang bersepai sebelah kepala. Habis terjulur keluar segala isi. Mana tak bersepai, pump gun punya penangan. Aiyakk!

Sedih sangat bila dapat tahu berita macam ni. Anak-anak masih sekolah (rendah). Time ni, masih belum puas bermanja bawah celah ketiak ibu tau. Sobs...sobs....saya pulak yang sebak kat sini. Muka security guard yang buat onar tu, nampak macam good-good je. Sumber polis pun dah beritahu, rompakan tu bukan hasil dari planning baik macam dalam novel PECAH tu. Nampak sangat security guard tu merompak sebab terdesak. Terdesak sebab apa, Allah saja yang tahu.

Malang tu tak berbau, kan? Tapi diorang kata, Malaysia masih aman damai sentosa. Mmm....