Memaparkan catatan dengan label MINAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MINAT. Papar semua catatan

5/11/14

tanda pada kalendar; hobbit the battle of five armies & big bad wolf sale

5 ulasan:
Sama macam tahun lepas, bulan Disember adalah bulan penuh agenda. Hahahah!



Baki cuti masih banyak. Kena langsai sebelum 2015. Yeehaaa!

31/10/14

oppo piala malaysia 2014; jdt vs pahang

2 ulasan:
Sampai ke sudah, saya tak tahu macam mana lenggok lagu Luaskan Kuasamu. Bila buka radio, asyik buka lagu Gajah Fumakilla je. Hehehehe!

Esok game penentuan. Kalau JDT menang, saya belanja kawan-kawan makan chocolate cookies ya? Nanti bagi email address, saya email cookies sorang seketul. Heeee~

28/08/14

ayam percik kak pah

6 ulasan:


Ayam percik Ganu, favorite saya sejak zaman kocik-kocik dulu. Heheheh~ Mak saya kalau buat nasi kerabu, dia mesti gandingkan dengan ayam percik ni. Ouh, sedapnya! Saya rasa bertuah sangat sebab ada darah Ganu. At least, saya familiar dan merasa masakan Terengganu yang sedap-sedap belaka. Hahahaha! Cumanya bila nak makan masakan Terengganu yang pure kat bandar Kuala Terengganu tu sendiri, saya rasa macam tak berapa nak syok sebab banyak yang dah fusion dan harga mahal pulak! Sobs! Nasib baik Mak agak expert dengan masakan Ganu. Maka, saya kena belajar dan khatam semua masakan favorite saya! Yummeh!

Ayam percik ni sebenarnya saya buat masa bulan puasa lepas. Baru sekarang nak post dalam blog. Betapa malasnya saya. Ouh! Ayam percik saya ni versi oven, bukan arang. Gigih keluar masuk oven semata nak dapat efek sama macam kualiti bakar arang. Hahahah! Firstly, rendam ayam dalam kuah percik. Kemudian bakar dalam 10 minit. Lepas tu, saya ulang benda yang sama sambil balik-balikkan ayam sampai masak. Sedapnya! Mehlah saya share resipi kuah percik Kak Pah, Mak saya yang gojes tu. Hehehehe!

Santan dari sebiji kelapa
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 labu bawang besar
3 batang serai (titik)
Sedikit halba

Reneh semua bahan atas ni sampai pekat dan pecah minyak. Perisakan dengan garam dan gula perang. Siap! Dah boleh lumur-lumur atas ayam. Yummeh!


20/06/14

teroesir-nidji; ost tenggelamnya kapal van der wijck

6 ulasan:
Bila dengar lagu Nidji, mesti terbayang Chris Martin. Tak tahulah kenapa.

Menunggu karma, aku menunggu karma

Argh! Kepala otak ni asyik terngiang-ngiang lagu Teroesir. Fuh!

19/06/14

brasil world cup 2014; la roja

11 ulasan:
La Roja disebut La Ro[ha]. Sila sensitif dengan pronunciation antarabangsa. Hehehehe~ Err, siapa sokong Spain tahun ni? Takziah buat anda ya?

Deutschland - [Dosh]land
Maaf. Saya masih pasif meng'update' blog. Demam bola katanya (alasan!).

16/01/14

homemade pizza

34 ulasan:
Weekend lepas adalah minggu pizza serumah! Heheheh~ Dah lama plan nak buat pizza. Tapi asyik tak jadi. Nasib baik, aura rajin datang tiba-tiba. Petang Sabtu lepas, saya dah start menguli. Malam tu jugak, kami kenduri. Saya buat dalam setengah kilo tepung. Dapat 2 keping pizza saiz besar, topping sambal ikan bilis dan hawaiian chicken. Kelas gituhhh! Tapi makannya cuma 2 orang. Aydin pulak bukan pemakan roti. Dia request nasi lauk ikan goreng dan sambal. Pehh! Sudahnya, kami menghadap pizza 2 hari 2 malam. Adeh~ 

Hawaiian chicken
Sambal ikan bilis
Makan berdua, luaknya tak banyak mana. Tapi masih boleh tahan juga sebabnya, perut kami persis stokin. Kecik tapi boleh memeri. Hahahahah~

Pizza ni kiranya hadiah saya untuk Nizam sempena birthday-nya. Tak bakar kek pun sebab tahu dah, dalam rumah ni kalau kek memang payah nak jalan. Malas nak penuhkan fridge. Maka, pizza jelah kita ya? Heheheh~ Overall budget untuk homemade pizza cuma RM20 + tenaga yang keluarnya tak banyak mana.

DOH PIZZA

500 gm tepung gandum (all-purpose)
11gm yis
250ml air
1 sudu teh garam
100gm gula
4 sudu teh minyak zaitun + sedikit untuk pemeraman

Satukan tepung. yis. garam dan gula. Masukkan air. Uli hingga sebati. Tuangkan minyak zaitun. Uli lagi hingga doh tidak melekat di tangan. Rehat doh di dalam mangkuk besar (yang telah disapu minyak zaitun). Lumurkan doh dengan beberapa titis minyak zaitun. Balut mangkuk dengan plastic wrapper. Biarkan dalam sejam.

Habis sejam, tumbuk doh dan uli sebentar. Gelek doh hingga nipis (ikut suka nipis mana). Taburkan topping, ikut citarasa masing-masing. 

23/12/13

roti bun lembut

16 ulasan:
Semalam, saya gigih menguli roti. Nizam sinis; Nak makan roti, beli jelah. Tak adventure betul laki aku ni. Nak cabar diri sendiri pun, tak boleh. Huhuhu~ Naik risau dia bila tengok saya dok menguli roti sampai 1 jam! Kalau ikutkan, saya menguli roti pun takdelah bersungguh-sungguh mana. Uli biasa-biasa je sambil tengok TV. Lebih pada leka tengok TV rasanya kot? Hahaha! Tapi Alhamdulillah. Roti saya menjadi walau tak sehebat mana. Saya sertakan resipi roti bun lembut yang simple untuk para beginner. Inshaa-Allah, pasti jadi. Bak kata Anna Olson; Buat roti, senang je. Cuma satu, kena bersabar. Kalau tak sabar, roti takkan menjadi. Jeng! Jeng! Jeng!

Roti Bun Lembut

A
500g tepung berprotein tinggi
100g gula
50g susu tepung
11g yis segera
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil water roux (option)
1 sudu kecil bread softener (option)

B
250ml air
1 biji telur (pukul sikit)

C
100g mentega

Gaul semua bahan A hingga mesra. Masukkan bahan B. Uli hingga kental (Masa ni, adunan masih melekit). Kemudian, masukkan bahan C dan uli hingga doh menjadi licin. Cover doh yang sudah diuli dengan plastic wrap atau tuala lembab. Rehatkan ia selama 40-50 minit.

Habis 40-50 minit, doh akan naik hingga 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (saya dapat 8 biji bun saiz besar). Susun jarak-jarak atas dulang pembakar dan biarkan ia naik 2 kali ganda dari saiz sebenar.

Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius selama 10 minit. Sambil tu, sapu telur ke atas permukaan roti dan taburkan apa saja yang kita suka (saya tabur bijan hitam). Sebaik oven ready, spray air pada atas roti dan cover dengan kertas minyak (untuk mengelak permukaan atas menjadi hitam). Bakar selama 30 minit, ikut pada kesesuaian oven masing-masing.

Selain bun biasa, kita boleh pelbagaikan citarasa sendiri untuk menyedapkan lagi roti. Mungkin lilit pada sosej. Atau isikan dengan inti. Boleh juga toreh atas doh dengan pisau, sapukan dengan mayonis dan taburkan daun bawang yang dihiris. 

Baru keluar dari oven.
Roti baru masak, baunya....fuh!

Tengok gaya amatur bikin roti sosej. Buwokkkk!

Kejadian yang tak berapa nak sempurna. Hahahah~

Ok. Ada sesiapa nak join kelab roti amatur? Hahahaha~

water roux

12 ulasan:
Pakar roti atau sesiapa saja yang rajin membaca dan memasak, sure familiar dengan water roux. Bahan rahsia untuk menjadikan roti super elastic, fluffy dan lembut. Fungsi water roux dalam pembuatan roti adalah; Water roux memerangkap kelembapan dan menjadikan roti lembut walau lebih dari sehari. Wah! Macam expert gituhh. Sebenarnya, saya dapat info dari Google. Heee~

Water roux adalah pengganti kepada bread softener/bread improver. Kalau ikutkan, nak letak boleh. Tak letak pun, tak apa. Option je semata. Pembuatan roti atau bun lembut sebenarnya sangat famous kat rantau Asia. Kalau di Eropah atau mana-mana yang luar dari Asia, tekstur roti mereka lebih padat, elastik dan berkerak. Bersesuaian dengan cara pemakanan mereka seperti sandwic. 

Semalam, saya praktikkan penggunaan water roux dalam resipi roti bun. Result; Lembut dan kenyal. Macam buatan kilang. Bukan nak puji diri-sendiri ya tapi saya puji pada kaedah water roux sebab ini kali pertama saya bikin roti guna kaedah semulajadi macam ni. Haa~ Benda dah ketinggalan zaman tapi saya baru terhegeh-hegeh nak buat latihan amali. Hehehe! Nak bikin water roux pun, tak susah. Saya gunakan nisbah 1:5;

Water Roux
30g tepung gandum
150ml air

Masak sampai bahan jadi kental dan pekat. Tutup api dan sejukkan water roux hingga pada suhu bilik. Kemudian, boleh terus digunakan atau simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, pastikan water roux dalam keadaan suhu bilik. 

Kualiti gambar tak memuaskan. Moga nampaklah tekstur roti yang gebu, lembut dan kenyal gituhhh!

17/12/13

hobbit: the desolation of smaug yang awesome

13 ulasan:
Semalam, kami cuti. Bukan cuti rehat pun. Pagi-pagi, saya rushing ke klinik gomen untuk antenatal check-up. Habis check, terus ke Sunway Pyramid untuk;

Hobbit: The Desolation of Smaug
Saya sengaja cuti weekdays. Konon nak ber-sweet escape dengan Nizam. Jarang-jarang dapat jalan berdua. Tapi sudahnya, dia tak sampai hati tinggalkan Aydin ke rumah babysitter. Lastly, bawa juga superhero tengok wayang sama-sama. Mendapatlah! Kejap-kejap, nak minum air. Kejap-kejap, nak kencing. Sudahnya, Nizam terlepas ending sebab bawa si kenit pergi toilet. Mmmm.....

As expected, Hobbit 2 adalah sangat awesome! Prekuel LOTR ni tak pernah buat saya frust. Mulalah rasa nak jatuh cinta dengan Peter Jackson. Hahahaha~ Walaupun 3 jam jalan cerita tapi saya tak puas! Ending pun saspen. Tak sabar nak tunggu next episode. 

Sedikit kebocoran maklumat; Baru saya tahu, Legolas bukan datang dari elf Rivendell. Dan saya juga dah tahu, siapa bapa Gimli The Dwarf! Kalau dalam An Unexpected Journey, kita boleh tengok rupa wajah Frodo yang matured dari LOTR. Tapi dalam The Desolation of Smaug, turn Legolas pulak. Heee~ Sesiapa yang cinta-sayang-kasih pada LOTR, jangan miss Hobbit tau. Rugi wooo~






Masa ni, baru pukul 9.30 pagi. Kaunter TGV pun belum bukak lagi. Tapi ramai orang dah menunggu untuk tayangan pagi. Sementara menunggu, Aydin request minta mommy snap gambar-gambarnya. Bukan main, kan?

Only at selected TGV, beli atau book tiket sebelum 12pm (tak kira weekdays atau weekend) boleh dapat harga RM7 je. Harga biasa; RM16 - RM18. 

13/12/13

that's why (you go away) vs sandiwara cinta

18 ulasan:
Kenal tak? Ingat tak? 
Saya membesar dengan lagu-lagu 90-an. Of course saya kenal band Michael Learns To Rock. Danish band yang tersangat famous especially kat rantau Asia gitu. Lagu MLTR paling saya suka; The Actor. Tapi lagu MLTR yang paling meletops kat Malaysia; That's Why (You Go Away). TV dok ulang tayang klip video lagu ni berulang-kali, berhari-hari. Sampai naik jelak. Heheheh~ 

MLTR tu kisah lama. Kisah-kisah 'budak baru nak naik' yang sekarangnya dah masuk zaman 3-series. Huhuhu~

Bila dah lama tak dengar lagu That's Why (You Go Away), tiba-tiba terdengar satu lagu Indonesia yang 'serupa tapi tak sama' dengan lagu MLTR; Sandiwara Cinta. Kalau saya dengar lagu ni, mulalah otak saya translate pada versi original That's Why (You Go Away). Haihlah...(perasaan sendiri je kot?)

Sekian, entri merepek di pagi Jumaat.

10/12/13

big bad wolf 2013

16 ulasan:
Tahun lepas, kami borong buku sampai tak ingat dunia. Beli buku banyak-banyak tapi sampai ke la ni tak khatam-khatam lagi. Macam mana tu? Heheheheh~ Minggu lepas, kami pergi lagi. Dengan ingatan tulus ikhlas dari Nizam; Beli mana-mana yang patut je. Jangan membazir. Baiklah kapten. Tahun ni saya dah niat nak borong buku Aydin je. Dan ooppss! Buku masak-masak mommy dalam 2 buah. Jadilah, kan? Nasib baik BBW tak ada jual novel-novel Melayu genre 'pulp fiction'. Kalau tak, matikk Nizam nak mengangkutnya. Heeee~




Tahun ni, kudrat saya tak berapa nak ada. Nak mengangkut kotak (tahun depan kena beli troli pasar) tu pun satu hal. Nak meredah MIECC yang padat dengan manusia lagi. Asyik berlanggar bontot je. Haih! Dalam sejam, saya dah rasa nak pitam. Kalau tak membuyung, 3 jam pun sanggup kot?

Nizam tak dapat nak menolong saya mengangkut buku bagai sebab;

Aydin; Cuba teka, di mana saya?
Aydin; Cepatlah teka, mana saya?
Masuk je MIECC, Aydin dah request nak main menda alah ni. Nak tak nak, Nizam kena layan. Kesian pulak dengan dia, tak dapat nak melayan buku-buku yang dia suka. Tapi tak apa. Dia sanggup berkorban demi isteri tercinta. Kikikikikiki~

Pergi sekali memang tak puas. Tapi apakan daya. Budget tak mengizinkan. Sekali pergi, cukuplah (sobs...sobs...). Big Bad Wolf, jumpa lagi tahun depan ya?

P/S: Rasa macam nak pergi Pesta Buku 1Malaysia pula. Fixi ada buka booth kat sana tapi rege regular. Huhuhuhu~

3/12/13

beli tak bayar

19 ulasan:
Assalamualaikum. Selamat pagi, kawan-kawan. Pagi yang sejuk. Pagi yang dingin. Brrrrr! Mohon jangan ada sesiapa yang terkantoi tak mandi pagi eh? Heeee~ Pagi ni, saya breakfast sesuatu yang 'raja'. Sesuatu yang high carbo. Sesuatu yang sihat. Sesuatu yang murah - Oat campur kurma dan raisin. Alhamdulillah. Kawan-kawan sarap apa? Nasi lemak lauk sambal sotong? Peh!!

Saya bila berbisnes, sangat-sangat tak suka tuntut hutang. Walaupun habis tenaga dan duit modal saya curahkan tapi bila deal dengan orang yang datangnya dari spesis ambil barang tapi tak bayar, saya redha je. Kalau ada rezeki saya, maka dapatlah saya bayaran. Kalau tak, anggap jelah rezeki saya mahal. Saya halalkan apa yang diorang dah ambil dan makan. Selebihnya, biarlah antara dia dan Tuhan. So far, syukur Alhamdulillah. Murah rezeki. Kalau ada yang tak bayar pun, kami tak rasa susah. Moga semuanya baik-baik saja.

29/05/13

kafe jalanan

29 ulasan:
Saya sangat memuja rekabentuk scandinavisk. Padat tapi relevan. Nampak macam sesak tapi menyenangkan. Tengok saja cadangan interior design dari Ikea. Siapa yang tak jatuh cinta, kan? Kalau nak beli barang Ikea 100%, boleh tercekik kerongkong. Tapi disebabkan suka, beli juga walau berdikit.

Sebenarnya, saya nak berkongsi gambar dengan kawan-kawan. Gambar yang saya jumpa di Google.

Somewhere in Sydney - Google
Somewhere in San Francisco - Google
Somewhere in Toronto - Google
Ada banyak lagi. Tapi saya malas nak 'kopipes'. Sebenarnya, saya memuja rekabentuk dalaman dan ambien kafe-kafe jalanan macam gambar di atas. Walau sempit. Walau nampak sesak. Walau nampak bersepah. Tapi tetap hebat pada mata pandangan saya.

Oh, ya! Di Malaysia juga punya hipster cafe seperti di atas. Saya tabik pada owner kafe-kafe ini. Pertama, kerana mereka berani walau masih muda. Kedua, mereka antara pemecah monopoli perniagaan kafe yang rata-rata milik bangsa yang terkenal dengan skil perniagaannya. Wow!

Grafa Cafe - Klik Sumber
Mukha Cafe - Klik Sumber
Wondermilk - Klik Sumber
Hebat, kan? Sebenarnya ada banyak lagi (tapi saya kemalasan nak 'kopipes'). Generasi 'kendian' bagi saya adalah generasi berani. Muda-muda dah ada kedai-kedai hebat. Baik kedai makan, kedai fesyen, kedai buku dan kedai-kedai-kedai-kedai.

Saya memang punya cita-cita. Cuma saya tak ada keberanian. Saya terfikir-fikir, bagaimana mereka cekalkan hati dan nekad dengan apa yang mereka mahu? Saya pun mahu. Tapi saya gerun. Tak berani. Takut tak dapat nak tanggung taraf hidup tinggi di sini (KL). Takut risiko. Takut jatuh. Tak hairan, saya masih makan gaji. Di sini. Di syarikat yang saya selalu saja merungut dengan layanan diskriminasi. Tapi saya masih di sini. Masih tak berganjak. Sudah 5 tahun pun.

Argh!





2/05/13

marilah mari, pergi mengundi, sambil makan biskut sedap....

25 ulasan:
Saya sudah kritikal. Sudah tak tahu nak tulis apa. Haaaaaaaa~

Sebenarnya, saya baru saja meraikan 4th anniversary kami pada 30 April lepas. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Setakat keluar makan malam romantik yang tak berapa nak romantik. Kalau di Facebook, saya menyakat kawan dengan status Bali. Tapi sebenarnya, kami cuma keluar makan di Ole-Ole Bali saja. Heee~

Semalam pula, kami laki-bini pulun habiskan baki 7000 keping choc chip cookies yang telah di order oleh kenalan untuk majlis resepsi anaknya. Mini choc chip cookies adalah pesanan custom dan akan diisi ke dalam balang kecil. 

Mini choc chip cookies

Mini choc chip cookies lagi.

Dan lagi, lagi, lagi, gila....

Balang kecil yang bakal diisi dengan mini choc chip cookies.

Setiap hujung minggu, saya non-stop buat cookies (kecuali minggu ini sebab saya balik mengundi di BP). Dan bakal sambung buat cookies sampai hujung bulan ini. Tak sabar nak tunggu bulan 6 sebab kami nak berehat dan bercuti. Fuh!

Bolehlah PM saya kalau nak tahu tentang biskut-biskutan. Selain choc chip, saya ambil tempahan untuk:-

1) Oat cookies dengan kuaci labu, kuaci bunga matahari dan kranberi. 
2) Oat cookies dengan badam dan kismis hitam.
3) Choc chip cookies dengan nutella.
4) Peanut butter and choc chip cookies.
5) M&Ms cookies.
6) Butter cookies rangup celup cokelat (atau nama English-nya: Crunchy Butter Cookies Choc Dipping). 

Kelas, kan? 




27/03/13

berangan

21 ulasan:
Sebenarnya, saya dalam semangat teruja. Teruja nak bercuti. Waaa~ Saya plan nak pusing satu Eropah. Ok. Saya tipu. Kami rancang nak cuti-cuti Penang. Sebenarnya, dah lama nak ke Penang. Kali terakhir pergi, zaman berzaman dulu. Zaman mudo-mudo. Zaman yang bila nak ingat balik sekarang, habis lupa. Heee~ 

Saya teringin nak naik keretapi. Nak feeling-feeling Orient Express. Haaaaaa~ 

22/01/13

sangat scandinavian dan saya jatuh cinta...

32 ulasan:




Saya membayangkan duduk bersantai di salah satu ruang di atas. Membaca sambil mendengar lagu-lagu Sarah McLachlan. Aduhai!

Berangan sekejap. Biar stress terbang pergi.



14/01/13

sedap hati

23 ulasan:
Hari ini, hari Isnin. Ya, Isnin yang biru. Pagi tadi bila jam menjerit melalak, saya ingat saya dah bangun dan siap mandi. Rupanya atas katil lagi. Dari pukul 6, saya terlajak sampai setengah jam. Bila bangun, saya dah macam raksasa gorgon. Jalan terhoyong-hayang macam makhluk asing planet Marikh terjumpa manusia. Heee~

Awal tahun 2013, saya mengaku saya sikit letih. Semuanya gara-gara proses R&D biskut-biskutan. Setiap hujung minggu, masa saya terisi dengan aktiviti membakar biskut. Cuba resipi itu. Cuba resipi ini. Bila dah cuba, olah resipi pula. Bakar lagi. Sampai puas hati. Modal banyak keluar. Masa banyak terbuang. Suami sikit berbulu. Bukan dia tak sokong cuma mungkin dia perlu sikit masa untuk memahami apa yang saya cuba usahakan. Saya pujuk. Pujuk dan pujuk; Bukan pujuk dia semata tapi diri sendiri juga.

Dalam kesusahan saya ini, Insya-Allah akan terbalas dengan kesenangan nanti. Saya harap sangat begitu; Ok. Saya sedapkan hati. Sekurang-kurangnya, logo untuk jenama biskut saya dah pun siap; Itupun satu hal. Sedapkan hati. Tatap logo lama-lama supaya semangat ini terus membara; Gemuruh jiwa. Semangat membara. Dari puncak kini ke angkasa. Berkalungkan bintang berkerdipan. Menyerlah jauh dari yang biasa.

Heeee~

Mommy nak belikan saya almari buku yang penuh dengan buku-buku saya. Ok. Saya tipu. Saya poyo saja. Mommy sebenarnya nak belikan saya kapalterbang. Tu yang beria nak jual biskut macam budak perempuan pandu puteri. Huh~ So girlishh! Tak genglah dengan saya! Heeeee~

7/01/13

ragù bolognese

31 ulasan:
Saya mahu berkongsi resipi ragù bolognese (sos) tradisional. Sebelum ini, kami hanya layan sos segera jenama Prego. Tapi bila difikir balik, kenapa asyik bergantung pada makanan proses sedangkan bukan susah hendak menyediakan sos bolognese. Lebih segar. Lebih puas. Modal kecil tapi hasilnya banyak!


Sos bolognese tradisional sebenarnya langsung tidak menggunakan herba campuran. Jadi, tak payah membazir duit beli campuran herba kering untuk sos bolognese. Apa yang ada cuma:-

6 sudu besar minyak zaitun
500 gram daging cincang
2 batang saderi
1/2 batang lobak merah
3 labu bawang besar
1 biji tomato segar
1 tin sos pomodoro (tomato dalam tin)
1 cawan susu segar
1 cawan stok ayam
Garam dan serbuk lada hitam

Cincang kecil batang saderi, lobak merah, tomato segar dan bawang besar. Panaskan minyak zaitun. Tumis bahan-bahan cincang (kecuali tomato segar) tadi hingga layu dan lembut (tumisan ini dipanggil bahan asas soffritto). Kemudian, masukkan tomato dan tumis hingga kesemua bahan menjadi layu dan empuk. Biarkan selama 10 minit. Ulang kacau untuk mengelakkan soffritto hangit. Kemudian, masukkan daging cincang. Kacau rata dan biarkan hingga berkaramel. Kacau sentiasa untuk mengelakkan hangit. Rendahkan suhu api dan biarkan daging cincang empuk untuk selama 15 minit. Pastikan jus-jus daging tersejat dari periuk dan daging benar-benar masak.

Kemudian, masukkan stok ayam. Kacau rata hingga kerak karamel sebati dengan kuah. Selepas itu, masukkan susu segar dan sos pomodoro. Kacau rata. Perisakan kuah dengan garam dan lada hitam.

Dah pun siap! Kalau nak pedas, boleh tambah cili. Saya sendiri tambah pes cili kering ke dalam sos bolognese. Baru uummpphhh! Heee~






1/11/12

hujan malam itu nikmat

36 ulasan:
Semalam, saya pulang ke rumah dengan hanya berjalan kaki. Tiada Harimau Kumbang. Saya seorang diri. Bertemankan hujan yang meleleh sejak dari petang. Dalam meredah kebasahan, saya terlihat kelibat manusia. Berbadan besar dan berkepala botak. Berdiri cegat di tengah hujan kasar. Hairan, kan? Manusia jenis apa yang berdiri di tengah hujan malam? Berdiri saja di situ sambil menjinjit sesuatu. Sesuatu yang berjerumbai. Sesuatu yang mengalir titis. 

Saya amati apa yang dijinjit. Menyelinap dan mengintai di balik kereta-kereta penghuni pangsapuri di situ. Terima kasih kepada denyaran kilat yang memancar. Menjelaskan pandangan mata. Rupa-rupanya, yang dijinjit itu kepala manusia. Lidah terjelir, mata terbelalak buka. Ngeri! Saya bayangkan kesakitan saat disembelih; Ouch!!

Saya dengar, musim hujan adalah masa berburu untuk lelaki itu. Memburu pasangan cinta yang asyik mengawan di luar nikah. Bukan apa, mungkin dia mahu membolot kesemua lelaki bujang yang ada. Dia kan pencinta lelaki. Mula-mula, dia sula perempuan itu dulu. Kemudian, dia datang pada lelaki dan cium sepuas hati. Sampai terputus lidah. Bila mangsa sudah lemah, dia sembelih pula sampai bercerai dari badan. Kepala itulah dia bawa balik ke sarang. Katanya; Untuk kenang-kenangan.

Seronok, kan?

Ok. Sila kembali ke alam realiti.




15/10/12

dosa omnivor

31 ulasan:
Jika kepingan rusuk kambing itu tidak dilumurkan dengan lada hitam, apakah Tuhan akan memurkai sekalian umat manusia? Biarkan saja lada hitam itu bermain sama dengan bawang putih, garam bukit dan gula perang. Adukkan saja ke setiap permukaan rusuk kambing itu. Dan biarkan mereka bersenggama hingga berjam lama. Usai puas, hukum kepingan rusuk itu ke dalam kuali berisikan minyak zaitun dara dan mentega yang panas. Dan dengarkan desiran; Ssssssssssssssssssss! yang seksi dan bersahaja. Tidakkah ia mempesonakan?

Dan janganlah kamu hanya membogelkan kepingan rusuk kambing itu tanpa kentang bakar dan brokoli celur kerana saya pasti kita tidak akan murtad kepada pegangan karnivor. Bukan?

Maaf kawan, tiada gambar. Alasan; malas