Sejak saya berkahwin, saya kurang membaca. Malah, tak pernah beli satu buku pun. Melainkan Doktor Umum yang saya beli baru-baru ini. Dan dalam hati ini sudah tertulis senarai buku yang saya mahu beli. Tapi tunggu sehingga saya habiskan buku memoir Tun Dr Mahathir dulu. Sekurang-kurangnya, saya masih ada masa untuk mengumpul sikit-sikit duit membeli buku-buku idaman hati. Siapa kata saya tak ada cita-cita untuk memiliki perpustakaan mini di rumah sendiri? Sudah tentu ada!
Mungkin saya lambat. Dan mungkin Doktor Umum terlalu mainstream untuk sesetengah pembaca. Tapi apa ada hal?