Memaparkan catatan dengan label MAKAN-MAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKAN-MAKAN. Papar semua catatan

5/11/14

mi kari kedai sebelah

5 ulasan:

Nama kedai; Kedai Sebelah. Spesis artspace cafe. Berperwatakan funky dan hipster. Harga pun agak 'rakyat' untuk kedai berstatus cafe. Tapi murah berbalas dengan portion kecil. Kalau jenis selera naga, sila ke sini untuk minum petang saja. Hahaha! Saya pergi waktu lunch. Masa ni, keadaan agak hectic sebab si tukang jual nampak macam amatur. Hehehehehe! Tapi overall, ok.

Model; Kawan satu opis yang cool. Single and available. Heee~

Pertama kali minum Teh Botol. Sadis, kan?

 Apa yang kami makan?

Mi kari udang - RM6. Spageti bolognes daging - RM10. Teh Botol - RM2.80. Kickapoo float - RM3
Sedap pada tekak saya tapi tak sesuai untuk dinikmati pada waktu-waktu kemuncak. Kalau untuk isi perut di kala petang, saya recommend. Tapi kalau jenis perut kecil comel dan tak memeri, boleh ke sini pada bila-bila masa. Heheheh~

Kalau terjah sini, calling-calling-lah ya? Boleh ngedate sama-sama =p

Alamat: D-G-02, Jalan SS6/20A , Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya. Dekat Dataran Glomac Kelana Jaya. Landmark; Belakang Giant Mall Kelana Jaya.

27/10/14

mihun goreng sambal sotong

10 ulasan:

Mulakan pagi Isnin dengan senyuman dan beristighfarlah kerana sesungguhnya, nak mulakan hari kerja selepas bersakan di hujung minggu itu sangatlah menyeksakan. Heheheh! Pagi ini, mari kita bersarapan seperti sultan tapi dengan harga rakyat. Mihun goreng 'pemurah' berlaukkan sambal sotong sedap. Ehem! Sedap pada tekak sayalah ya? Tak tahulah tekak orang lain. Tapi makcik penjual sarapan pagi ni memang pemurah orangnya. Sekali dia cedok, memang kenyang sampai tengahari. Orangnya dempol-dempol comel gitu. Heheheh!

Mihun goreng sambal sotong dan nasi goreng berlauk daging kicap, harganya cuma RM6.00. Bancuh Milo subsidi opis. Alhamdulillah. Selamat poketku (yang pokai).

21/10/14

rojak ss15; tak beratur, tak sah!

16 ulasan:
Kalau nak tahu kat mana, Waze je. Memang boleh sampai!

Nak tahu sedap tak sedap, jom datang Subang Jaya.

20/10/14

weekend! aku jatuh cinta lagi; halloween

4 ulasan:
Siapalah yang tak cinta pada weekend, kan? Saya sangatlah jatuh cinta. Heheheh! 

Hujung minggu lepas, bawa anak-anak jalan Sunway Pyramid. Aydin yang paling teruja sebab dah lama mommy papa tak bawa jalan-jalan. Katanya; Asyik jalan Mydin je. Boring tau. Sobs!

Masuk Sunway Pyramid, Halloween Day lebih meriah dari Hari Deepavali. Hantu-hantu sekalian siap berarak satu mall. Sampaikan Aydin melalak trauma. Haih! Tak sampai hati nak capture gambar hantu. Sobs!



Gambar atas, sebelum diserang trauma. Hahaha! Dengan deko, beranilah awak ya? Bila depan mata, melalak takut. Dua kali bertembung pulak tu. Nasib badan.

Plan asal, nak makan Sushi Zanmai. Tawaf satu Sunway Pyramid, tak jumpa. Ok. Sadis sebab dah berkurun jalan-jalan Sunway Pyramid tapi tak jumpa pun restoran tu. Sedih gila. Melepas sushi telur. Sobs! Akhirnya, makan jelah kat Texas Chicken. Itupun, Aydin yang request. Tapi, makan lalu tak lalu sebab masih dalam ketakutan. Hehehehe~

Ayam 3 ketul, kongsi-kongsi cubit dengan papa.

Tak ada apa yang menarik pun. Kenapa Sunway Pyramid? Saya suka sebab mesra bayi. Senang. Tandas pun bersih. Tempat makan banyak. Tempat shopping banyak. Paling penting, dekat dengan rumah.

7/10/14

selamat pagi malaysia!

11 ulasan:

Sarapan pagi rakyat marhaen, nasi goreng kosong. Alhamdulillah! Rezeki makan tak putus. Walaupun tak semewah mana. Masak sendiri, bawa bekal ke pejabat sebab restoran sebelah opis dah naikkan harga makanan. Tak larat nak belanja hari-hari. Minta maaf wahai tauke sebangsa dan seagama sebab saya tak mampu nak menyokong bisnes kamu.

Bekerja selepas 3 hari bercuti. Berat tapi redha jelah sebab saya tak ada assistant atau P.A atau tukang kipas dan sebagainya untuk cover kerja yang dah bertimbun tu (ada hati nak cuti lagi ke?). Sobs!

2/10/14

cerita tentang nasib rakyat jelata; ron95 naik 20 sen dalam diam. ah, mogoklah! makan piza lagi best!

6 ulasan:
Asyik mengeluh je rakyat Malaysia, kan? Naik sikit, nak marah-marah. Tapi kerja malas. Baru ada baby, stop bisnes cookies. Sibuk konon! Sebenarnya, tak reti nak uruskan masa. Kan? 

Ok. Dah tau dah jawapan pentegar gomen. Hahahaha! Minyak naik 20 sen je. Apalah sangat 20 sen tu. Semua orang pun ada 20 sen dalam poket masing-masing, kan? Tak terjejas pun. So what are you waiting for, cucumbers? Let's support the durians and the koncos 'til the end of our life! (Applause).

Ingat tak entri piza saya yang lepas? Guess what? Kami berpiza lagi. Kali ni, saya improve resipi doh piza. Bersesuaian dengan barang-barang sedia ada dalam dapur surirumah rakyat Malaysia. Hehehehe~ Tak payah nak berminyak zaitun bagai kalau jenis yang tak buat stok. Kadang-kadang, usaha kita nak masak tu jadi terbantut sebab bahan-bahan tak cukup. Betul tak? Tak payah nak strict sangat. Kita buat dia, ye tak? Heheheh! Tak nak bebel panjanglah. Jom belajar buat piza.

500gm tepung gandum bersubsidi gomen
50ml minyak sayur (saya pernah guna minyak zaitun, minyak canola dan minyak kelapa sawit)
300ml air + 1 sudu kecil garam (bancuh)
1 sudu kecil water roux (klik label masak-masak dan cari entri saya pasal mende alah ni)
11gm yis segera

Satukan tepung gandum, yis segera dan water roux. Sebatikan. Buat lubang tengah. Tuang minyak dan air. Part yang ini, tangan mungkin agak melekit. Uli je sampai tangan bersih. Agak-agak dah puas uli, peram tepung dengan sikit minyak. Biarkan dalam sejam.

Saya ada petua nak bagi doh rasa light. Doh yang dah kembang, jangan ditumbuk. Bila nak berpiza, ambil bahagian berkenaan dan terus canai (saya ratakan pakai tangan je). Inshaa-Allah, roti takkan rasa padat dan ringan ala-ala Dominos gitu. Weekend lepas, saya buat piza ayam, peperoni dan kaya. Sedapnya! Bila dibiar semalaman pun, roti tetap lembut. Tak keras. Tak liat. Tak berderai. Yummeh!

Cuma ada gambar piza kaya je. Lain-lain, tak menyempat. Sobs!



Buruk betul gambar. Siap ada gunting lagi kat sebelah. Maklumlah, rumah saya takde pemotong piza. Sobs!

16/01/14

homemade pizza

34 ulasan:
Weekend lepas adalah minggu pizza serumah! Heheheh~ Dah lama plan nak buat pizza. Tapi asyik tak jadi. Nasib baik, aura rajin datang tiba-tiba. Petang Sabtu lepas, saya dah start menguli. Malam tu jugak, kami kenduri. Saya buat dalam setengah kilo tepung. Dapat 2 keping pizza saiz besar, topping sambal ikan bilis dan hawaiian chicken. Kelas gituhhh! Tapi makannya cuma 2 orang. Aydin pulak bukan pemakan roti. Dia request nasi lauk ikan goreng dan sambal. Pehh! Sudahnya, kami menghadap pizza 2 hari 2 malam. Adeh~ 

Hawaiian chicken
Sambal ikan bilis
Makan berdua, luaknya tak banyak mana. Tapi masih boleh tahan juga sebabnya, perut kami persis stokin. Kecik tapi boleh memeri. Hahahahah~

Pizza ni kiranya hadiah saya untuk Nizam sempena birthday-nya. Tak bakar kek pun sebab tahu dah, dalam rumah ni kalau kek memang payah nak jalan. Malas nak penuhkan fridge. Maka, pizza jelah kita ya? Heheheh~ Overall budget untuk homemade pizza cuma RM20 + tenaga yang keluarnya tak banyak mana.

DOH PIZZA

500 gm tepung gandum (all-purpose)
11gm yis
250ml air
1 sudu teh garam
100gm gula
4 sudu teh minyak zaitun + sedikit untuk pemeraman

Satukan tepung. yis. garam dan gula. Masukkan air. Uli hingga sebati. Tuangkan minyak zaitun. Uli lagi hingga doh tidak melekat di tangan. Rehat doh di dalam mangkuk besar (yang telah disapu minyak zaitun). Lumurkan doh dengan beberapa titis minyak zaitun. Balut mangkuk dengan plastic wrapper. Biarkan dalam sejam.

Habis sejam, tumbuk doh dan uli sebentar. Gelek doh hingga nipis (ikut suka nipis mana). Taburkan topping, ikut citarasa masing-masing. 

18/12/13

fluffy donut

12 ulasan:

Alkisah donut (gambar atas); Bermula masa lepas makan tengahari (Sabtu lepas). Masa tu, kami hantar tiles ke rumah SJ. Habis makan tengahari di kedai, terjumpa satu stall jual pisang goreng dan kuih-muih. Dalam satu dulang besar, tersusun kuih donut bersaiz XL. Nampak cantik, gebu dan menyelerakan. Walaupun masing-masing dah kekenyangan tapi tetap 'ngences' bila tengok rupa donut sedemikian rupa. Saya dan Nizam cuma memuji tapi tak pula insist berhenti dan membeli. Salah satu faktor, saya yang fussy! Antara sebab lain:-

Satu; minyak masak yang digunakan sang penjual. Berapa kali recycle, Wallahualam. Dua; Saya boleh buat. Kenapa sibuk nak beli? Tiga; Donut paling sedap dalam dunia ni cuma donut air tangan Mak. Big Apple, Krispy Kreme, Dunkin Donut, J.Co dan segala bagai brand pun kalah tau! Hahaha~ Frankly speaking, saya memang mengada-ngada.

Dan disebabkan stall kuih-muih tulah, saya gigih menguli donut petang tu jugak. Melayan tekak punya pasal. Saya eksploit resipi Ayu: Citarasa Rinduan sebab similar dengan resipi Mak; tanpa telur tapi tetap fluffy, simple, tradisional dan kekampungan. Saya suka! Boleh selak blog dia untuk resipi donut gebu tanpa telur. Saya cinta sangat! Dan bila saya update status FB dengan gambar donut bergula, dan-dan tu si Rai tunjuk belang dengan donut 'Big Apple'-nya yang awesome dengan choc ganache! Pehh! 'Ngences' lagi! Hahaha~

Cerita pasal makanan recycle atau makanan proses, saya bukan perfect 100%. In fact, kami masih layan produk Mc D dan certain fast food yang lain. Makanan proses pun, kami masih konsum; Sardin, tomato dan tuna. Cheap eats yang dijual di stall pun, kami masih layan (teringat vadey sedap di antara stall rojak dan cendol SS15 Subang Jaya). Mungkin sesetengah daripadanya, saya ada alasan sendiri kenapa saya menolak untuk membeli. Main factor, of course saya cerewet tentang rasa dan mungkin juga sebab kemalasan? Heee~

31/10/13

lauk sardinlah kita! yummeh~

22 ulasan:

Semalam, kami anak-beranak pekena nasi lauk sardin. Tumis cili api banyak-banyak then perah lemon sebiji. Pedas masam, pehh~ Makan pulak dengan telur rebus. Sedapnyeeeeee! Saya ni pelik sikit. Orang lain kalau makan lauk sardin, lawan dengan telur dadar. Tapi saya suka sangat makan dengan telur rebus. Tak tahulah kenapa. Heheheh....Lunch nanti, repeat lagi lauk sardin semalam. 

Pagi ni, bangun lewat. 6.25 pagi, baru terjaga. Selalunya, azan Subuh kejutkan saya. Tapi saya perasan, dah dua hari azan kat masjid tu slow je. Dalam kelam-kabut, sempat juga siapkan breakfast. Cekodok ikan bilis cicah sambal sardin. Bawak ofis, makan ramai-ramai dengan kawan. Lawan dengan Nescafe kaw. Pehh! 

Kawan-kawan breakfast apa hari ni?


22/10/13

makan apa tu?

22 ulasan:
Dah lama tak tayang gambar makan. Gambar-gambar ni dah basi kat FB. Tapi sebab dah tak ada idea nak tulis apa, ulang tayang sekali lagi dalam blog. Heheheh~








Kualiti gambar tak berapa nak best sebab main amek dari FB je. Heeee~

Last weekend, ajak Mak pergi pasar basah Old Town. Masa tu, teringin sangat nak makan nasi dagang air tangan Mak. Mencarilah kita ikan tongkol. Sambil tu, restock lauk yang dah kehabisan kat rumah. Bila beli lauk dengan Mak, cerewetnya bukan main. Ikan tu tak segar, ikan ni tak elok, ikan tu tak berapa nak cantik rupa. Barulah saya tau yang saya ni tak pandai nak pilih ikan. Uwaaa! Belajar lagi Fara, belajar! Belajar sampai khatam! Hehehehehe.....

Kawan-kawan kalau pilih ikan, macam mana ye? 

5/07/13

hello penang! - muahhhh! (hari 3 part finale)

15 ulasan:
Malam terakhir di Penang, boleh pulak tidur nyenyak. Tiba-tiba, dah serasi dengan bunyi air-cond yang mengaum tu. Rasa macam tak nak tinggal katil pulak. Hehehe~ Tapi nak tak nak, kena bangun awal juga sebab nak gerak awal pagi. Breakfast dulu. Kali ni saya tengok, ada lebih sikit variasi makanan. Orang pun ramai, sampai ada yang terpaksa kongsi meja. Masuk je cafe, terjumpa ibu saudara dan keluarga. Mereka baru balik dari bercuti di Gunung Jerai. Tidur semalam di Penang untuk jalan-jalan.

Lepak cafe dalam sejam, kemudian get ready untuk naik feri. Terus Waze jeti Penang. Nasib baik, pagi Ahad tak sibuk. Sampai saja jeti, terus dah boleh masuk feri. Masa ni kami menggelabah sebab tak beli tiket. Mampus kalau nanti orang feri tu spot check tiket. Adoi! Almaklum, first time naik feri katanya. Walhal, keluar Penang memang tak payah bayar apa pun! Heee~ Susah hati kami membawa ke KL, takut journey kami tak berkat sebab tak bayar tiket feri. Apa daaaa~

Ngeeee~
Punyalah nak ambil gambar depan feri tapi mengadap matahari. Maka, beginilah jadinya gambar kita ya?
Saya tengok orang yang naik feri ni semua jenis selamba. Tapi muka kami macam; Whoaa~ Bestnya naik feri. Cantiknya laut. Tengok Penang tu! Whoaa~
Nun kejauhan tu adalah Penang tanah besar.  Feeling macam; Alahai, cepatnya masa berlalu. Dah nak balik KL?
Tata Penang! Penang yang gorgeous. Penang yang cantik. Penang yang jelita. I love you. I'll miss you. See you. Sob! Sob!
Selesai sudah travelog makan-makan Penang kami. Rasanya, inilah percutian kami yang paling enjoy (sebab tak ada siapa sakit kali ni macam cuti-cuti lepas). Walau cacat sikit pasal hotel tu tapi sebenarnya takdelah teruk sangat. Saya yang cerewet kot? Heee~ Inshaa Allah, kami akan repeat Penang lagi tahun depan. Makan lagilah kita ya? 

Masa ni berhenti kejap kat R&R Bukit Gantang. Si kenit ni cranky tak pasal sebab minta benda yang bukan-bukan.  Dapat jagung, terus senyap. Adeh!
On the way ke KL, konon menyinggah Cameron Highlands. Naik ikut Simpang Pulai. Tapi....

Tengahari Ahad di Brinchang. Tak bergerak langsung!
Menyesal naik CH. Buang masa. Buang tenaga. Tak nak naik CH lagi! Huh~

4/07/13

hello penang! - chendol teochew, assam laksa dan ikan bakar teluk tempoyak (hari 2 part 2)

14 ulasan:
Balik hotel, napping dalam sejam dua. Cukuplah tu. Kena kejar masa untuk dua lagi tempat makan. Keluar hotel dalam pukul 4. Terus Waze Lebuh Keng Kwee untuk cendol famous. Percayalah. Kalau tak ada Waze, mission kami takkan tercapai.

Sampai Rumah Hijau (sebab kedai makan tu warnanya hijau), kami terpinga-pinga. Tak ada tempat duduk langsung. Sibuk. Sesak. Tapi nasib baik, ada sekumpulan budak-budak muda pelawa kami duduk di meja mereka sebab mereka pun dah nak tinggalkan tempat tu. Alhamdulillah.

Dinding kedai ni, penuh dengan tempekan gambar. Ada gambar selebriti termasuk pelakon Penang dengan bini dia yang cantik tu. Lupa dah nama diorang. Nampak tak?

Suasana dalam kedai. Masa ni kebetulan ada meja kosong tapi tak sampai seminit dah penuh balik.
Cendol ni memang famous. Saya kalau buka saja blog terutama blogger Cina, diorang mesti dok cerita pasal cendol ni. Haih! Rasa rugi kalau tak cuba. Bila dah cuba, menggeletar kepala lutut! Sedap! Sedap yang sangat-sangat sedap! Arghh! Rasa macam nak makan lagi. Serius tak jumpa cendol sedap macam cendol yang ni kat KL. Tak boleh nak gambarkan. Rasa sendiri, baru tau~

Saya bersesak dengan orang ramai masa snap picture ni. Memang ramai!
Yummeh
Beginilah rupa cendol sedap banget tu. Menangis tengok. Rasa nak jilat monitor pc je. Eh? 
Laksa Penang pun termasuk dalam list kami. Sedap tapi kurang masam. Kalau cukup masam, memang saya tambah mangkuk. Serius!

Selain cendol yang sedap, saya memang aim laksa Penang resipi orang Cina. Versi mereka, ada sikit rasa lengkuas, daun pudina dan taburan buah nenas. Dulu masa kecik, selalu layan laksa Penang versi Cina kat Carrefour Subang Jaya (sekarang Aeon Big). Tapi sekarang, kedai laksa tu dah tak ada. Saya jumpa pulak laksa Penang Cina kat Jusco Midvalley. Masa bujang dulu, asyiklah mentekedarah laksa ni. Sejak tulah saya berazam nak makan asam laksa Cina original Penang punya! Dalam blog, ada yang suggest asam laksa kat Pasar Air Itam. Tapi kami tak ke sana pun sebab tak confident. Kami terjah saja yang kat Rumah Hijau ni. Sedap cuma kurang masam. Lain kali kalau ke sana, saya nak bawa limau sendiri. Hahahaha~

Habis makan, kami terus gerak ke Batu Maung. Tapi sempat saja singgah ke Queensbay. Tempat local Penang lepak sambil makan jagung bakar. Tenang je suasana. Silap saya lagi sebab tak ambil gambar. Kenapalah saya ni ya? Malasnya menjadi betul. Kami lepak tak lama. Terus Waze ke Kampung Teluk Tempoyak untuk ikan bakar! Yeahhuuuu!

Dalam perjalanan, kami melintas ke tempat terjadinya jambatan kedua Penang yang runtuh. Seram aje rupanya. Dalam hati, sedih pun ada. Empat orang mati kena timpa konkrit, kan? Hapuskan rasa seram dan sedih. Teruskan perjalanan. Bila dah dekat, kami boleh nampak jalan masuk ke Muzium Perang. Kami tak masuk pun. Depan sikit lagi, ada simpang masuk ke Kampung Teluk Tempoyak. Tak susah pun cari cuma jauh sikitlah.

Cuba cari benda tersembunyi. Di mana Aydin? Hahaha~
Kami order ikan dan nasi di sini.
Masa time menunggu, jenuh melayan budak kecik ni. Kejap-kejap, Wonderpet. Kejap-kejap, otomen. 
Hah! Kan dah kata. Aksi otomen katanya.
Ikut papa baling batu. Orang baling dalam air. Dia baling, kena batu tu jugak. Hahahah~
Hahahahah! (Gelak jahat). Klimaks! Jenahak bakar. Fuh!
Kepah masak pedas. Peh!
Ini namanya ganja. Hahahah! Dia punya high, sampai ke malam bulan dipagar bintang wooo~
Udang bakar walau overcooked sikit tapi manis. Patutnya ada 6 ekor tapi sekor dah kena ngap.

Saya ni spesis tak pandai makan ikan bakar bersambal macam tu. Tapi petang tu, berebut sambal dengan laki. Sedapnya kemain! Cecah pulak dengan air asam dia yang persis ganja. Apa dia letak eh? Sedapnya! Rasa nak hirup je air asam tu. Adeh! Selain gambar makanan kat atas tu, kami order sup sayur juga. Overall harga, murah! Murah dan sedap. 

Yeehaaa~ Ikan bakar tu penutup kisah food hunting kami. Alhamdulillah. Tak ada pun yang tertinggal. Sekurangnya, semua dapat merasa. Bukan senang nak atur masa. 3 hari 2 malam je kat sini. Nasib baik, tak adalah yang tak sempat. Cumanya, tak dapat nak singgah tempat-tempat sejarah yang best. Lain kali sajalah sebab tema cuti Penang kami ni tak lain cuma makan. Heee~

Esok adalah entri last Penang. Apalagi kalau bukan feri, kan? Tunggu~


hello penang! - bukit bendera, char koay teow & hokkien prawn mee (hari 2 part 1)

13 ulasan:
Pagi di Tanjung Bungah. Masa ni, laut tengah surut. Haih! Tenang je rupa, kan?

Malam pertama saya, langsung tak lena sebab bunyi air-cond yang mengaum. Awal pagi, dah terbangun. Langsung tak boleh sambung tidur lagi dah. Jenguk balkoni. Wah! Nyamannya udara pagi. Bonus, mengadap laut lagi (inilah salah satu pros untuk hotel ni). Sebelah hotel, ada Chinese Swimming Club (kelab renang pun ada bangsa ya?). Pagi-pagi lagi, mereka dah berenang. Pagi sangat tau. Matahari pun tak muncul  lagi. Sihat betul!

Dalam pukul 7, saya bersiap. Habis bersiap, gegar dua beranak yang kalau boleh nak tidur sampai tengahari. Tak dapatlah, kan? Pagi ni kena kejar masa ke Bukit Bendera. Kalau lambat sikit, alamat sesak padatlah. Tapi sudahnya, lambat juga turunnya. Nak dekat pukul 9 macam tu, baru terhegeh-hegeh nak turun breakfast. Hal breakfast ni, memang hal sadis. Menu breakfast pula macam ada tak ada. Tapi tak apalah, kan? Konon nak makan roti bakar. Malangnya, roti yang dihidang dah berkulat. Sadis. Sedih betul. Saya datang dekat pada waiter, bisik pada dia yang roti dah berkulat. Tak naklah kecoh-kecoh. Nanti lain pulak jadinya, kan? Lagipun staff sana semua baik-baik belaka. Cuma mungkin ada careless mistake sikit. Lantaklah. 

Habis sarap, apalagi! Waze ke Bukit Benderalah kita! Sampai saja sana, orang dah ramai. Bukan sikit-sikit ramai. Tapi terlalu ramai. Rombongan Cik Kiah di mana-mana. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.


Gigih nak penuhkan perkataan Bukit Bendera tu.
Heeeee~
Saya adalah seorang penggayat. Masa amek gambar curam ni, tangan saya dah berpeluh semacam. Terfikir, macam manalah si pemesin rumput boleh buat kerja kat lereng-lereng curam macam ni. Dalam gambar nampak cetek je curam tu. Tapi realiti, pitam!

Plan nak naik buggy car tapi hujan pula. Berteduh kat kafe lereng bukit. Beli souvenir sikit. Lepak kejap. Dalam lebih kurang 12 lebih, gerak ke Chowrasta untuk buah tangan orang-orang KL. Terjah ke Kedai Jeruk Pak Ali. Saya suka makan jeruk tapi bukan jeruk Penang. Saya tak tahan manis. Habis borong, masuk Chowrasta pula. Saya cari tau sar peah. Kuih ni memang kegemaran. Tapi kena cari versi halal. Salah pilih, naya! Tak ada gambar juga sebab entahlah. Malas betul nak bergambar dalam keadaan sibuk macam tu. Haih! 

Habis borong, perut dah berkeroncong. Lapar yang amat. Masa ni memang saya target nak makan char koay teow Cina depan IPK Penang. Inilah satu-satunya char koay teow halal yang saya tahu (itupun jenuh study dalam blog). Tapi dalam kepala otak, nak sangat rasa hokkien mee Sifu Omar dekat Petronas Jalan Bagan Jermal. Tak tahu nak pilih mana satu. Malas nak singgah dua kali. Lastly, saya pilih Kedai Kopi Bee Hwa untuk char koay teow Cina yang sedap. Nasib baik dalam menu, diorang jual juga hokkien prawn mee. Yummeh!

Ambience dalam kedai memang macam restoran Cina. Tapi tak hidangkan pork dan minuman keras. Masuk dalam restoran ni, memang terasa 1Malaysia. Ada Melayu, Cina dan India. Heee~

Tadaaaaa! Saya memang suka char koay teow kering dari yang versi berkuah. Saya suka cara ah soh ni masak. Minyak taklah berladung macam nak goreng cekodok. Sedang elok je. Ada udang, crab stick dan kerang. Tapi bab tauge tu yang paling suka sebab crunchy. Yummeh!

Terpaksa melupakan hokkien mee Sifu Omar. Tapi tak rugi order hokkien mee kat sini. Sedap!!! Bukan sedap sikit tapi sedap banyak! Arghh! Terasa-rasa kesedapan kuahnya sekarang ni!

Setiap menu harganya RM5. Tak mahal, tak murah. Bolehlah. Tapi puas hati. Akhirnya, dapat juga makan char koay teow dan hokkien mee original Penang punya! Yummeh! Rasa macam nak fly ke Penang sekarang juga! Heee~ 

Kedai Kopi Bee Hwa pernah dapat review dari paper The Star.

Habis makan, kami terus balik hotel. Lepak kejap sebelum jalan jauh (jauh sangat) untuk ikan bakar. Tunggu ya?