Memaparkan catatan dengan label AKU SAYA DAN DIRI SENDIRI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKU SAYA DAN DIRI SENDIRI. Papar semua catatan

26/01/15

i'm back

10 ulasan:
OOTD hari ni; Chiffon top, saya beli di Brands Outlet. Harganya cuma RM9. Dan shawl ala-ala pashmina, saya beli di Muaz Jalan TAR. Harga pun murah, RM4 je. Kalau dah nama marhaen, terima jelah keadaan seadanya. 

Kita ni datang dari bangsa yang penyabar. Seteruk mana pemimpin mengikis duit rakyat pun, kita masih boleh bersabar. Rakyat marhaen hanya layak untuk; Kojo macam nak mati tapi gaji kocik anak. Saya petik dari lirik Rembau Most Wanted yang memang sesuai sangat untuk ditampal pada setiap dahi rakyat marhaen macam kita.

Kalau negara lain, dah lama rakyat berhimpun depan bangunan gomen sambil julang sepanduk. Aman tak aman, belakang kira. Tapi di Malaysia, bersyukurlah kerana kita semua adalah insan terpilih yang punya tahap kesabaran tanpa sempadan.

Kojo makan gaji. Kojo lagi cari duit tepi. Anak bini tersisih sepi. Duit tak cukup, badan setengah mati.

P/S: Ya. Dah lama saya tak menulis. Dan saya masih berhutang dengan kawan untuk share resipi salted caramel. Rai, next entry ya?




22/12/14

cerita tentang bilik aydin

11 ulasan:
Cak! Hehehehe! Kabare blogger? Waras? Harapnya begitulah. Maaflah sebab dah lama tak update blog. Kesibukan melanda. Sibuk dengan kerja pejabat dan sibuk juga menghabiskan cuti tahun yang masih bersisa. Inshaa-Allah, minggu depan saya cuti seminggu. Tapi tak ke mana-mana pun. Cuma bergilir balik kampung. Tahun ni langsung tak ada allocation budget untuk cuti-cuti. Budget nipis. Banyak allocate untuk benda-benda penting je. 

Dan sempena Aydin nak mula bersekolah tahun depan, kami make-over bilik dia dengan katil dan wardrobe yang sesuai. Dah sampai masanya untuk dia independent especially tidur di bilik sendiri. Selama ni, bilik dia kami jadikan stor. Semua pun campak sana. Tapi semalam, kami mengemas dalam seribu kepayahan disebabkan Khadeeja yang clingy. Alhamdulillah, settle jua. Kos pun ciput-ciput je. Kami beli wardrobe dan bunk bed di Ikea. Bedsheet di Mydin. Tilam di Aeon Big. Bantal sedia ada.

Bercerita tentang bunk bed; kenapa kami tak beli single bed? Rumah kami kecil. 2 bilik je. Kami kena fikirkan planning future disebabkan Khadeeja juga akan membesar. Sementara masih kanak-kanak, kami akan tempatkan mereka dalam bilik yang sama. Berkongsi wardrobe. Berkongsi katil (atas bawah). Mana tahu ada rezeki lebih, dapat duduk rumah besar pula. Bilik seorang satu. Kan? Tak apa. Itu nanti-nanti.

Dalam-dalam nak berjimat, tiba-tiba washing machine kami rosak pula. Huhuhu! Semalam, gigih pikul besen ke self-service laundry. Sobs! Mengira jari lagi untuk beli mesin baru. Tak apa. Dugaan. Astaghfirullah!

Hari ni, Aydin ada orientasi sekolah. Alhamdulillah, dia berani. Tak sabar nak tahu feedback dia nanti.


15/12/14

tiba-tiba, cuti panjang

17 ulasan:
Dari harijadi Sultan Selangor hingga semalam, kami di Kuala Terengganu. Cuti tanpa dirancang, menziarah Tok Ki yang sakit kuat. Kini masih di HSNZ. Dan doktor masih berkira-kira untuk membuat pembedahan. Banyak risiko disebabkan dia sudah tua. Tapi kami tak boleh lama di sana. Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu di tengah bulan, apa yang kita boleh jangka? Kuala Terengganu yang indah khabar dan rupa. Telan air liur sajalah ya? Sobs!

Hari ini di opis, saya kebingungan disebabkan kerja menimbun. Tak tahu nak mula yang mana satu. Tapi kerja pun macam bukit juga. Sikit-sikit tarah, lama-lama rata. Tak apalah. Saya tak bekerja untuk majikan. Tapi saya bekerja untuk Allah, demi keluarga.

5/12/14

sakit nak pandai

11 ulasan:
Aydin dan Khadeeja sekarang ni sedang dalam proses 'sakit nak pandai'. Demam. Selesema. Dan batuk. Malam tadi tak boleh tidur nyenyak. Kejap-kejap bangun bila Khadeeja batuk tak henti-henti. Kejap-kejap lagi bangun balik bila Aydin merengek tak tahan sejuk (tapi badan panas). Nizam pun kejap-kejap bangun juga. Resah bila dua anaknya kini dalam status 'under-repair'. Huhuhuhu!

Pagi tadi, rushing ke klinik bila tengok condition Khadeeja yang tak berapa nak memuaskan hati. Dada berombak laju dan berlekuk. Hati mommy mana yang senang nak pergi kerja kalau baby-nya macam tu? Uwaaa! Doktor kata, salur nafasnya makin sempit. Maka, nebulize-lah jawapannya. Kalau bawa ke hospital, memang wajib masuk wad dan 4 jam sekali sah-sah kena nebulize. Oh!
 
Aydin pula pagi tadi, agak ok dan suhu menurun setelah dipaksa sponging oleh mommy sampai menangis teresak-esak. Beginilah gayanya bila dah demam. Sejuk macam mana pun kalau badan panas, memang kena dilap dengan tuala basah setiap masa. Kalau tak, bila nak ok demamnya? Sobs!
 
Dan sekarang ni di opis, mommy jadi tak keruan dengan lambakan kerja. Huhuhuhu! Mana nak ingat anak-anak yang tak berapa nak ok kat rumah mamanya tu. Mana nak tahan mengantuk sebab malam tadi jadi burung hantu. Mana nak cool down bila tengok kerja tak surut-surut bila nak masuk tahun baru. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
 
 
 

1/12/14

keeper mana weh?

11 ulasan:
Ok. Troll di mana-mana dan menjadi viral. Ini baru celebration ke semi-final. Belum dapat cup, ok! Apapun, provok, provok juga. Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri nanti, jangan nak naik angin masing-masing ya? Heee~
 
Minggu lepas, cuti dari hari Khamis (compulsary clear leave). Bila balik opis hari ni, kerja menimbun macam Gunung Kinabalu. Grrr! Saya tak bercuti ke mana-mana pun. Setakat duduk rumah, bawa anak-anak jalan mall dan memenuhi undangan majlis kahwin. Non-stop sampai hujung tahun. Alhamdulillah, boleh gantung kuali. Hahahaha!

11/11/14

yuran sekolah aydin yang pffttt!

9 ulasan:

Saya akan hantar Aydin ke Little Caliph cawangan Kelana Jaya. Itupun puas saya selidik dan testimonial pun agak bagus berbanding kindies lain. Inshaa-Allah, moga dipermudahkan urusan. Tapi sejujurnya, saya dah mula kecut perut allocate duit gaji untuk bayar yuran sekolah Aydin. Kalau ikutkan perasaan, kami sebenarnya tak mampu sangat nak bayar yuran sekolah mahal. Tapi kalau ikut pada syarat gomen, kami tak layak nak enrol Aydin ke Tadika Permata, KEMAS dan yang seangkatan dengannya. Sedih tapi realiti. (Kawasan dekat rumah saya tak ada Tadika PASTI).

Yuran pendaftaran yang kami kena sediakan, lebih dari RM1k. Itupun kami terpaksa ambil setengah hari sebab tak mampu nak bayar daycare yang bulanannya menjangkau RM500. Bulat mata, kan? Tapi itulah satu-satunya kindy yang paling strategik dan affordable berbanding kindies lain. Disebabkan hal sekolah Aydin, saya pernah merapu minta kebenaran pada majikan untuk transit anak di opis. Tapi permintaan saya ditolak. Jujurnya saya rasa down sikit sebab nampaknya tak ramai yang memahami kesusahan saya yang tergolong dalam golongan pertengahan yang mana suaranya tak laku didengar sesiapa saja pun.

Berhenti kerja perlu diambil kira. Tapi hutang PTPTN, hutang kereta dan hutang rumah siapa nak tanggung? Uwaaa!

6/11/14

budak singlet hitam; buli balik pulau

8 ulasan:
Suka hati je petik nama Balik Pulau ya? Hehehehe!

Dulu masa belajar, paling kuat kena buli pun bila senior arah budak-budak junior berdiri tegak bawah ampai baju. Itupun saya escape; alasan kesihatan. Baik punya lakonan. Hahahaha! Bila masuk U, manja lebih juga sebab kena cover dengan senior merangkap sepupu sendiri.

Generasi saya, zaman buli tak sekejam sekarang. Dengar cerita kawan-kawan lelaki pun, tak adalah sampai tahap tekap badan kawan dengan iron panas. Tak ada siapa pun masuk ICU. Jiwa pun tak tercedera. Tapi sekarang bila dengar berita buli, mula teringat yang kita pun ada anak. Apa akan jadi masa depan nanti kalau sekarang pun dah teruk macam ni? Haih!

5/11/14

tanda pada kalendar; hobbit the battle of five armies & big bad wolf sale

5 ulasan:
Sama macam tahun lepas, bulan Disember adalah bulan penuh agenda. Hahahah!



Baki cuti masih banyak. Kena langsai sebelum 2015. Yeehaaa!

4/11/14

akhirnya...

6 ulasan:

Berkat menabung. Heheheheh! Saya dan Nizam berebut nak rasmikan. Of course Nizam menang. Sobs!

31/10/14

ekstremis; pengemas

8 ulasan:
Saya suka mengemas. Memang seorang pengemas. Tapi bukan tahap sikit. Dah macam OCD. Kalau vacuum rumah, mesti nak lebih dari sekali dalam satu hari. Mengemop pun macam tu. Cuci toilet pun sama. Dah habis cuci, mesti nak lap sampai kering. Tak suka kecah-kecah. Sampai Nizam naik bengang. Bila dia bengang, dia membebel. Bila dia membebel, saya sakit hati.

Argh! Penat!

28/10/14

menggulai asam rebus

10 ulasan:

Mukadimah hari ini; menggelabah sebab bangun lambat. Gara-gara cirit-birit dari malam membawa ke dinihari. Hah! Tapi sempat menggulai asam rebus cincai. Bolehlah dari tak ada. Maka hari ini, kita ke opis berbekalkan lauk asam rebus ikan kembung rakyat jelata.

Gigih captured lauk yang tengah mendidih atas dapur. Tak ada kerja betul.

27/10/14

luaskan kuasamu; saja cari pasal

3 ulasan:

Bukan die hard fan pun. Sebenarnya macam ni. Ayah saya orang Johor. Kampung saya di Johor. Tapi Mak saya orang Terengganu. Kampung saya pun di Terengganu. Walau macam mana pun, hometown saya di sini (Subang Jaya). Membesar dan bersekolah di sini. Ambil SPM pun di sini. Haaaa~ Belum ambil kira suami orang mana. Orang Nogoghi tu walaupun tak tahu suku mana. Hahahah! Tahu dek Hattan dengan W.A.R.I.S, mahu kena kutuk ni. FELDA mari ouh! Arghh! Pening kepala weh! Nanti kejap! Mak Ayah saya pencen PDRM tau! Macam mana tu?

Pfft!




mihun goreng sambal sotong

10 ulasan:

Mulakan pagi Isnin dengan senyuman dan beristighfarlah kerana sesungguhnya, nak mulakan hari kerja selepas bersakan di hujung minggu itu sangatlah menyeksakan. Heheheh! Pagi ini, mari kita bersarapan seperti sultan tapi dengan harga rakyat. Mihun goreng 'pemurah' berlaukkan sambal sotong sedap. Ehem! Sedap pada tekak sayalah ya? Tak tahulah tekak orang lain. Tapi makcik penjual sarapan pagi ni memang pemurah orangnya. Sekali dia cedok, memang kenyang sampai tengahari. Orangnya dempol-dempol comel gitu. Heheheh!

Mihun goreng sambal sotong dan nasi goreng berlauk daging kicap, harganya cuma RM6.00. Bancuh Milo subsidi opis. Alhamdulillah. Selamat poketku (yang pokai).

23/10/14

petua melembutkan hati suami dan anak

6 ulasan:


A200

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 

Al-Imraan Ayat 200

Amalan; Baca ketika memasak dan menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makan tersebut dengan tujuan melembutkan hati suami dan anak-anak.

Dan,

A030

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, 

A031


Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)  

An-Naml Ayat 30-31

Amalan; Dibaca dan dihembus ke muka anak secara berdepan untuk mengatasi masalah anak tidak mendengar kata.

Saya kena simpan 'ayat-ayat cinta' ni dalam Pok Amai-Amai. Simpan elok-elok macam simpan harta karun. Invest untuk ganjaran masa depan. Inshaa-Allah!


20/10/14

mini library

6 ulasan:
Gambar sebelum pindah Subang Jaya

Cita-cita tu ada tapi almari belum beli. Macam mana tu? Alahai!

18/10/14

rombak pok amai-amai

4 ulasan:
Pok Amai-Amai akan dirombak. Antaranya; Bloglist. Kawan-kawan baru yang dikasihi lagi disayangi, jom tinggalkan URL kamu di kotak komen untuk saya terjah hari-hari. Kawan-kawan lama (yang masih aktif), kamu semua akan tetap menjadi pilihan hati. Terima kasih!

Ok. Sendu sangat ayat hujung minggu ni. Heheheh~

17/10/14

pagi di kota london

6 ulasan:
Tajuk nak gempak, kan? Hahahaha!

Tingkap dapur.
Back to reality. Kuala Lumpur sekarang ni, asyik dilanda hujan petang dan malam. Bila bangun pagi, cermin tingkap pun boleh berembun macam ni. Bolehlah feeling London kejap. Hahahah!

hujan petang di kuala lumpur

8 ulasan:
Gambar lulus dari sebarang underwear yang 'menjolok mata', kecualikan boxer sebab masih sejuk mata memandangnya. Ahaks!
Sidai baju dalam rumah adalah perkara biasa buat working mom macam saya. Sobs!

16/10/14

enau dalam belukar

6 ulasan:
Pagi-pagi lagi, bos saya (orang Cina) dah memaksa saya selak kamus Dewan Bahasa. Dalam perbualan, dia ada selitkan peribahasa;

Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Jujurnya, saya gagal menguasai peribahasa Melayu yang sepatutnya sebati kepada semua rakyat Malaysia (termasuk saya). Tak kira apa bangsa sekalipun. Jangankan peribahasa atas, enau pun saya tak tahu apa. Kawan-kawan tahu? Kalau tak tahu, saya tolong beritahu atas usaha gigih saya mencari dalam kamus Dewan Bahasa & Pustaka.

Enau; Tahu buah kabung? Pokok inilah asalnya. Datang dari keluarga palma.

Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing; Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.

Ada perbezaan di antara orang yang banyak membaca dan orang yang kurang membaca. Dah tentulah saya masih dalam golongan kurang membaca. Boo!

15/10/14

french toast ala insan marhaen

10 ulasan:

Hahahah! Nama nak gempak, kan? Sebenarnya cuma roti kapit cheese celup telur campur scallion dan limpahan sos cili sedap. Gituh! Sarapan mesti mau king. Baru sejahtera sepanjang hari.

Ok. Nak buat kerja jap. Petang nanti, ada entri serius (Yeke?)