Memaparkan catatan dengan label KHADEEJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KHADEEJA. Papar semua catatan

5/12/14

sakit nak pandai

11 ulasan:
Aydin dan Khadeeja sekarang ni sedang dalam proses 'sakit nak pandai'. Demam. Selesema. Dan batuk. Malam tadi tak boleh tidur nyenyak. Kejap-kejap bangun bila Khadeeja batuk tak henti-henti. Kejap-kejap lagi bangun balik bila Aydin merengek tak tahan sejuk (tapi badan panas). Nizam pun kejap-kejap bangun juga. Resah bila dua anaknya kini dalam status 'under-repair'. Huhuhuhu!

Pagi tadi, rushing ke klinik bila tengok condition Khadeeja yang tak berapa nak memuaskan hati. Dada berombak laju dan berlekuk. Hati mommy mana yang senang nak pergi kerja kalau baby-nya macam tu? Uwaaa! Doktor kata, salur nafasnya makin sempit. Maka, nebulize-lah jawapannya. Kalau bawa ke hospital, memang wajib masuk wad dan 4 jam sekali sah-sah kena nebulize. Oh!
 
Aydin pula pagi tadi, agak ok dan suhu menurun setelah dipaksa sponging oleh mommy sampai menangis teresak-esak. Beginilah gayanya bila dah demam. Sejuk macam mana pun kalau badan panas, memang kena dilap dengan tuala basah setiap masa. Kalau tak, bila nak ok demamnya? Sobs!
 
Dan sekarang ni di opis, mommy jadi tak keruan dengan lambakan kerja. Huhuhuhu! Mana nak ingat anak-anak yang tak berapa nak ok kat rumah mamanya tu. Mana nak tahan mengantuk sebab malam tadi jadi burung hantu. Mana nak cool down bila tengok kerja tak surut-surut bila nak masuk tahun baru. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
 
 
 

25/11/14

majlis kahwin orang minang padang, indonesia

7 ulasan:
Tadaa~ Kami di Padang, Sumatera! Err, bukan Padang tapi Gombak je. Heheheh!

Ahad lepas, kami memenuhi jemputan majlis kahwin kawan opis. Kawan saya ni sebenarnya orang Indonesia tapi warganegara Malaysia sebab lahir dan didaftarkan kerakyatan di sini. Suaminya juga orang Indonesia tapi lahir di Malaysia. Cumanya, dia didaftarkan kerakyatan Indonesia. Mereka mendaftar kahwin dan menikah di Malaysia. Prosedurnya? Memang gila. Rumit, remeh dan bukan senang. Huhuhu!

Pertama kali kami berkunjung ke majlis kahwin yang bukan pure Malaysian, memang melopong. Hahahaha! Dari pelamin membawa ke makanan, memang agak berbeza dari kebiasaan sini. Malah, terlebih meriah. Paling teruja bila dapat tahu, pengantin akan start bersanding dari pukul 2 petang hingga ke tengah malam! Peh! Tak dapat bayangkan. Boleh kata, tetamunya terdiri dari 99% orang Indonesia. Selebihnya, orang Malaysia termasuk kami anak-beranak. Huhuhu!

Makanannya memang asli Minang. Rendang Minang. Sambal hijau. Masak berlado. Gulai kuning. Apa yang penting, semuanya beraroma daun limau purut yang mana kami rasa macam sikit terganggu. Hohoho!

Overall, ok. Pengalaman baru buat kami. Tak payah nak pergi Padang pun sebab kat Malaysia pun ada Padang-nya juga. Hehehehe! Apapun, Aydin berselera makan lauk Minang, ok! Hoh!

Pakcik ni karaoke lagu Minang. Nampak je petit tapi suara besar!
Hectic! Masa ni, kami kena beratur semata nak bergambar dengan pengantin. Heheheh~

First time saya letak gambar anak-beranak dengan pengantin dalam blog, semata nak tayang pelamin orang Indonesia. Meriah, kan?

Last but not least;

Mommy, beg anak-anak, botol air dan kain napkin; berpisah tiada. Hahahaha!

19/11/14

khadeeja; the prolonged jaundice baby - apa nak buat bila baby kuning 4

2 ulasan:
Sila belek previous entry untuk part 3.

Sebelum Khadeeja didiagnos prolonged jaundice, saya agak stress juga dengan orang sekeliling yang mendesak saya ikut pada petua-petua lama. Saya mengaku yang saya bukan doktor. Tapi saya cuba juga untuk ambil tahu dengan membaca. Kuning akan berkurangan bila baby dapat menyusu dengan baik dan secukupnya. Bilirubin akan disingkirkan dari tubuh melalui najis baby. Itu saja. Bukan paksa baby minum susu kambing. Bukan paksa baby minum jus anggur. Bukan paksa baby minum air zam-zam. Bukan paksa baby mandi dalam air daun petai belalang. Atau daun ceremai. Atau daun belimbing buluh. Lagi parah, mandi dalam air Sunquick. Dan bukan paksa mommy dan baby berjemur bawah matahari. Sobs!

Saya mengaku, saya selalu juga didesak orang tua sendiri supaya ikut petua lama. Terutama Ayah. Hehehehe! Saya pernah argue tapi bila dah sekali dia kata; Ikhtiar sajalah. Inshaa-Allah, Allah bantu kita. Erk! Cara dia bercakap walaupun lembut tapi nadanya keras. Agaknya sebab saya degil sangat kot? Hahahaha! Saya terpaksa ikut walau endah tak endah. Sumbatlah Khadeeja dengan air zam-zam, susu kambing dan jus anggur. Uwaaaa! Sedih tengok anak mommy. Dahlah bersuap dalam keadaan tidur. Macam mana tu? Dalam masa yang sama, saya tetap explain dan pertahankan kebaikan susu sendiri. Hahahahah! Nak menang juga, kan? Hakikatnya, susu ibu adalah antara ciptaan Allah yang paling menakjubkan dalam menyembuh. Lama-lama, orang tua saya faham. Saya tetap minumkan Khadeeja dengan susu kambing, air zam-zam dan jus anggur MELALUI susu saya sendiri. Bermakna, saya yang kena tala benda tu semua. Kalau anggur tu, memang favorite-lah. Saya dan Aydin berebut makan anggur sama-sama. Tapi bab susu kambing tu, argh!!

Walau apapun, mesti ikut arahan doktor. Walaupun terpaksa mengHADAP doktor yang hampeh dan prosedur hospital yang meletihkan. Jaundice bukan perkara remeh. Saya sendiri tak pernah tinggal schedule yang diberikan doktor, dari Batu Pahat membawa ke KL. Sampailah bacaan bilirubin turun pada paras normal, baru saya berhenti. Nampak remeh dan meletihkan tapi itu jelah daya kita demi anak.

Well, mommies! Saya harap entri saya ni boleh menyedapkan hati mommies semua yang mungkin mengalami situasi sama macam saya, sepertimana saya pernah lega bila membaca entri blogger-blogger yang mengalami pengalaman yang sama. Sangat-sangat tak ternilai.

Khadeeja sah normal bila usianya genap 38 hari. Dia bukan budak kuning lagi. Alhamdulillah!

18/11/14

khadeeja; the prolonged jaundice baby - apa nak buat bila baby kuning 3

4 ulasan:
Sila belek previous entry untuk part 2; Tak jauh, dekat je. Heheheheh!

Dugaan datang lagi. Kali ni melibatkan orang luar, bukan doktor. Masa tu, kami minum pagi di kafeteria hospital. Mak terserempak dengan kawan lama. Bila dah berjumpa, mulut pun sibuk nak mengepoh; Anak awak kuning ke? Berapa kuningnya? Dah berapa hari? Cucu saya pun kuning. Awak kena selalu susukan anak tau. Saya selalu paksa anak saya susukan baby. Sampai dia merungut sakit belakang sebab banyak kali susukan anak. Sekarang ni, Alhamdulillah cucu saya dah normal. Saya mengiakan dan menyengih je. Plus, dia menambah perisa dengan kata-kata yang menyakitkan hati; Maknya malas ni. Mesti asyik tidur je. Sambil tepuk bahu saya. Peh! Macam mana nak cakap ya? Kalau saya bukan dalam pantang, bukan setakat makcik ni yang kena tapi doktor dalam hospital tu pun memang dah lama saya 'tembak'. Tapi saya fikir, baby boleh dengar suara mommy-nya. Istighfar lagilah jawabnya! Aduh!!!

Siapa kata saya asyik tidur? Tempoh pantang saya (Aydin dan Khadeeja) bukan masa berehat pun. Saya tak berehat. Saya tak ada waktu tidur khusus. Selalunya lebih pada napping. Walaupun Khadeeja banyak tidur tapi saya tak boleh. Saya sangat aware dengan waktu menyusu Khadeeja. Disebabkan dia jaundice, jadi saya kena pastikan dia aktif buang air. Alhamdulillah, Khadeeja sebenarnya normal baby! In fact, jaundis Khadeeja adalah jaundis fisiologi. Dalam ertikata lain, jaundis yang normal. Walaupun prolonged jaundice.

Tapi tak semua pun doktor pentingkan perasaan sendiri. Malah, hanya seorang itu je yang melayan pesakit macam pffftt! Lain-lain, semua ok. Dan paling tak boleh lupa, 2 orang doktor yang saya rasa macam; Indahnya dunia kalau semua doktor macam kamu. Hahahahah! Dramatik, kan? Tapi jujur saya kata, mereka sangat-sangat baik. Walaupun penat melayan patient yang pelbagai ragam tapi kesabaran mereka tu, saya puji sangat-sangat. Mulianya hati, haih! Moga Allah balas dengan 1000 kebaikan pada mereka.

Bersambung...

17/11/14

khadeeja; the prolonged jaundice baby - apa nak buat bila baby kuning 2

7 ulasan:
Sila belek previous entry untuk part 1; Dasar pemalas kau, Fara!

Kalau ikutkan rasa marah, memang rasa nak tumbuk je muka doktor. Cara dia counter kita macam kita bodoh sangat-sangat. Kata-kata dia betul buat kita rasa down. Atau saya je yang terasa? Maklumlah, emosi mommy dalam pantang selalunya tak berapa nak stabil. Huhuhu! Alhamdulillah, saya cuma diam. Dalam hati asyik pujuk diri sendiri dengan istighfar. Saya tak nak tunjuk perangai buruk depan baby. Sobs!

Dalam kita pujuk hati, doktor makin galak pula simbah kita dengan api; Sepatutnya you susukan anak selang setengah jam. Jangan suka-suka nak kata doktor suruh susukan anak selang 2 jam. You faham ke tak apa yang I cakap ni?Jangan malas nak susukan anak. Jangan biarkan bacaan naik lagi. Masa tu, airmata dah rasa bergenang-genang. Mujurlah ada airmata, biar lepas semua rasa marah. Serius, saya masih ingat dialog doktor tak ada perasaan tu. Dahlah kena counter, misi pula batu api. Asyiklah menyampuk benda-benda yang menyakitkan hati. Heh!

Bila dah bergenang airmata, hati meleret-leret sayu. Kenapalah ringan mulut kata kita malas nak susukan anak ya? Dah tentu saya sayangkan dia. Penat bersalinkan dia pun belum hilang lagi. Tak sempat pulih pun. Apalah kuasa kita nak kurangkan kuning anak? Macam mana nak halang bacaan bilirubin anak naik lagi? Saya Tuhan ke? Aduh mak! Mungkinlah dia, doktor yang tak rela langsung berkhidmat untuk masyarakat dan khususnya kerajaan. Mungkin disebabkan hal itu, dia rasa stress dan demotivated. Dia tak nak hiraukan psikologi pesakit. Dia tak nampak yang saya gigih jalan meleret dengan kaki berstokin tebal, berkain batik dan badan berbalut cardigan tebal keluar masuk hospital demi anak tersayang. Lagi dia kata saya pemalas? Pffttt!

Habis consultation dengan doktor, saya mengadu pada Mak. Sampai terjurai-jurai airmata. Oh, my! Jangan bayangkan muka saya bila menangis. Hakikatnya memang buruk habis. Hahahah! Nasib baik ada Mak. Dialah yang setia berkongsi kesedihan saya. Mak saya yang dulunya masa saya muda-muda remaja, suka melawan cakap. Sobs! Mak tegur minta saya berhenti menangis sebab boleh buat meroyan. Ok. Saya tak nak jadi gila. Terus kesat airmata sambil dalam hati asyik beristighfar. 

Jujurlah saya cakap, tempoh pantang saya adalah tempoh paling penat. Saya tak cukup tidur. Malam-malam hari, saya bersengkang mata kejutkan Khadeeja semata nak menyusukan dia. Selang setengah jam, memang saya paksa dia menyusu. Macam mana rasanya mengejutkan anak jaundice dari tidur? Seksa, kan? Tak nak bangun langsung. Dah dibogelkan pun, dia tetap lena tidur. Aduhai! Sayalah yang tersengguk-sengguk menahan mengantuk sambil menjeling ke arah Aydin yang sedap tidur tanpa gangguan. Haih!

Bersambung...

14/11/14

khadeeja; the prolonged jaundice baby - apa nak buat bila anak kuning?

8 ulasan:
Dah lama nak menulis tentang Khadeeja yang pernah prolonged jaundice. Saya tahu, apalah sangat prolonged jaundice. Anak orang lain pun pernah jaundice. Siap duduk bawah phototeraphy lagi. Tapi sebagai mommy yang mengandungkan dia selama 9 bulan dan berpakej mabuk bagai, rasa susah hati (maximum level) tu wajib ada! Walaupun jaundice Khadeeja tak sampai ke tahap kecemasan. Tapi, ada banyak pengajaran yang saya dapat melalui pengalaman ini. Mommies yang mungkin akan mengalami situasi ini, bacalah kalau ada kesempatan. Boleh dijadikan panduan untuk menangani emosi ketika berdepan dengan desakan dan teguran-teguran maut dari orang sekeliling. Phew!

Khadeeja sah jaundice bila usianya masuk 4 hari. Bermula dari situ, saya dah macam bukan mommy dalam pantang. Gigih dukung Khadeeja keluar masuk hospital untuk ambil darah. Apa kita boleh expect pada emosi mommy dalam pantang? Tak mungkin bersorak gembira, kan? Dah tentulah sedih memanjang. Tambah sedih bila tengok tapak kaki kecil lagi comel diperah semata nak ambil darah. Apalah sangat darah baby dalam hari? Sampai kena tegur dengan misi yang ambil darah; Baby tak menangis, kenapa maknya pulak yang menangis? Ok. Saya memang mommy yang suka sangat terlebih. Sobs!

Bacaan tahap bilirubin Khadeeja biasanya statik. Bacaan pertama, sudah border ke tahap tinggi. Seingat saya, bacaan pertamanya dalam 18 mg/dL. Doktor (gomen) ada ingatkan saya untuk sentiasa bf Khadeeja. Dia ada beritahu, susukan anak selang 2 jam. Saya simpan kata-kata doktor dalam kepala otak ni. Benda serius, takkan kita nak culas. Bacaan kedua, turun 2 angka. Saya dah lega. Teringat masa Aydin dulu. Usai ujian darah ketiga, Aydin bebas jaundice serta-merta. Saya pun expect benda yang sama. Untuk ujian ketiga, saya yakin sangat yang Khadeeja bebas dari jaundice. Rupanya tak! Naik 21mg/dL ok!!!!! Menggeletar satu badan. Dekat sangat dah dengan 25mg/dL. Cecah saja angka tu, phototeraphy jalan penyelesaian. Saya tak rela!

Bila dah dapat result darah, prosedur seterusnya adalah consult dengan doktor. Saya faham sangat emosi misi-misi dan doktor-doktor bila setiap hari pun terpaksa berdepan dengan pesakit yang ragamnya caca-marba. Dan saya tahu sangat yang doktor juga manusia biasa. Ada yang baik hati. Dan ada yang kurang ajar dan tak kurang bodoh dalam mengatasi emosi sendiri bila melampiaskan stress pada patient. Peh! Sakit hati bila dikenang. Ok. Sambung cerita bilirubin Khadeeja yang naik sampai 21mg/dL.

Bila doktor compare bacaan kedua dan ketiga, dia mula meninggi suara dan mempersoalkan kenapa bacaan naik mendadak? Dari situ je dah nampak betapa bodohnya kau doktor. Kalau aku tahu, aku tak datang hospital. Baik aku check darah anak aku dan observe sendiri. Saya diam. Dan saya ni pula bila tiba-tiba kena counter macam tu, mulalah muka blur semacam. Dah doktor assume saya bodoh-bodoh alang. Hahahaha! Dia tanya; Berapa jam sekali you susukan anak? Saya recall balik apa yang doktor pertama ingatkan; Susukan anak selang 2 jam. Diulang; Susukan anak selang 2 jam. Terus doktor geleng kepala dengan reaksi muka macam nak ajak bergaduh. Faham tak macam mana saya maksudkan? Dahlah gayanya angkuh sangat sambil membebel; Tak ada doktor yang advice minta patient susukan anak selang 2 jam. Jangan nak memandai buat cerita. Dia kata saya buat cerita? Peh!

Bersambung; Heheheh! Tangan dah lenguh menaip weh!

13/11/14

cinta, nyawa dan kekuatan

10 ulasan:
Semalam, saya emergency leave sebab mama Aydin dan Khadeeja tak sihat. Bila datang musim hujan, sakit datang berjangkit-jangkit. Khadeeja pun baru kebah dari demam. Tapi bila dah kebah, dia nak berhimpit je dengan mommy. Tak boleh hilang sikit. Melalaknya macam kena sebat. Sama peel dengan Aydin. Selalunya, demam yang kebah dulu. Mengada-adanya lambat sikit nak baik. Hahahahah! 

Disebabkan Khadeeja tak boleh langsung nak berenggang dengan mommy, maka makan tengahari semalam pun ala kadar je. Buatkan nasi goreng bawang putih. Panaskan lauk malam semalam. Itupun suara Khadeeja memetir sebab mommy tak ada depan mata. Pffttt! Bila dah siap semua, Aydin peluk tubuh sambil kata; Huh! Tak sedap mommy masak! Tak nak makan! Hahahaha! Nak marah ke nak gelak? Mana satu? Cara dia peluk tubuh tu memang dramatik sungguh. Boleh bayangkan tak? At the end, saya buat tak tahu. Sengaja makan depan dia. Lama-lama, dia datang dekat dan menganga mulut minta suap. Hahahaha!

Disebabkan siangnya saya tak mampu nak masak sedap-sedap untuk Aydin, maka malamnya saya masak pasta arrabiata dan ayam bakar. Kombo favorite Aydin, tahu sangat dah. Belum rasa lagi, dia dah puji; Sedapnya mommy masak. Aydin suka. Terima kasih mommy sebab masak untuk Aydin. Rasa nak meleleh airmata bila anak puji macam tu. Walhal masak simple je pun. Hahahahaha! Dramatik, kan? Maklumlah, nak tunggu Nizam puji melangit macam tu memang macam tunggu kucing bertanduk. Heh!

Apapun, anak tu memang penyeri jiwa. Walaupun kadang tu semak otak juga nak melayan bila datang perangai meragamnya.



10/11/14

ya habibi, khadeeja!

5 ulasan:


Ya habibi, ya Khadeeja! Hehehe~ Gambar dah lama. Masa hayat unta masih ada. Sekarang tidak lagi. Dah dibelasungkawakan pun. Huhuhu!

Nur - cahaya, Khadeeja - isteri Rasulullah, Azalea - kekal abadi


4/11/14

indah

5 ulasan:

Tawalah dengan senyuman yang indah di bibirmu

akhirnya...

6 ulasan:

Berkat menabung. Heheheheh! Saya dan Nizam berebut nak rasmikan. Of course Nizam menang. Sobs!

29/10/14

bongak itu menipu

8 ulasan:
Lepas ni kalau nak tinggal komen, saya kena bermulut manis je. Belajar untuk jadi sweet-talker sebab manusia tak suka pada kebenaran. Menipu, membongak, pura-pura dan yang seangkatan dengannya adalah dihalalkan. Fine!

Tatap gambar Khadeeja lagi bagus. Biar sejuk hati sikit.



23/10/14

petua melembutkan hati suami dan anak

6 ulasan:


A200

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 

Al-Imraan Ayat 200

Amalan; Baca ketika memasak dan menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makan tersebut dengan tujuan melembutkan hati suami dan anak-anak.

Dan,

A030

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, 

A031


Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)  

An-Naml Ayat 30-31

Amalan; Dibaca dan dihembus ke muka anak secara berdepan untuk mengatasi masalah anak tidak mendengar kata.

Saya kena simpan 'ayat-ayat cinta' ni dalam Pok Amai-Amai. Simpan elok-elok macam simpan harta karun. Invest untuk ganjaran masa depan. Inshaa-Allah!


21/10/14

the clingy princess

8 ulasan:

Pantang kalau mommy jauh. Uwaa sana. Uwaa sini. Aduhai!

14/10/14

ssc idaman kalbu

4 ulasan:
Budak clingy memang suka melekap kat dada mommy or papa. Jangan harap nak duduk dalam stroller. Pffftt!
Saya tengah struggle menabung untuk top-up duit, semata nak beli carrier Khadeeja. Hehehe~ Nampak tamak di situ, kan? Bukan tamak ya tapi demi kesihatan anak dan kesihatan pinggang mommy dan papa. Struggle menabung tu bukan bererti saya berlapar. Tidak sama sekali. Tapi struggle menghalang diri dari shopping baju, skirt, shawl, kasut (sobs!) mommy. Huhuhu!

Dah berjaya beli nanti, saya tayang dalam blog ya? Saja je nak show-off. Jangan marah!




3/10/14

nur khadeeja azalea

10 ulasan:
Nama nak panjang, kan? Sian anak bila dah besar nanti. Terkial-kial nak menulis nama sendiri. Ahaks!

Budak prolonged jaundice. Belum setahun lagi. Tengok mata putih dia yang kuning tu. Mmmm....
Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Dulu aku kuning, sekarang debab tembam. Hey!
Sekian, tayang-tayang gambar anak dara kita.

24/09/14

nasi ayam dalam rice cooker sebab gas habis

14 ulasan:
Apa perasaan bila kita tengah excited masak-masak untuk family then tiba-tiba gas habis? Hampeh, kan? Nak-nak bila kejadian tu berlaku pada waktu malam di hari-hari weekdays. Memang tak kuasalah pikul tong gas dan drive ke kedai runcit berdekatan (huh!). Benda ni jadi masa Isnin lepas. Nasib baik sempat masak tomyam. Itupun masih kemalasan nak tukar gas baru. Ingat nak mintak kedai buat delivery je tapi nombor entah ke mana-mana. Nak singgah kedai semata nak mintak nombor tepon? Minta maaf. Dahlah kawasan situ susah nak dapat parking. Haih!

Semalam, gigih masak nasi ayam dalam rice cooker. Takdelah gigih mana pun. Lebur halia, bawang putih, ayam dengan beras dalam satu periuk. Masaklah kau dalam tu. Buatlah salsa (eceh!) sikit as side dishes. Potong dadu timun, tomato then hiris cili api merah pedas membara tu. Kasi lidah terbakar sikit. Baru ummph! Dalam periuk yang sama tu jugaklah saya steam epal Khadeeja. Minta maaf nak sebab mommy dan papa kemalasan nak mengganti tong gas baru. Lebur jelah makan anak-beranak dalam rice cooker yang sama.

Gambar tak ada. Reason? Sama macam mommies yang ada anak kecik yang kuat merengek macam Khadeeja. Asyik nak kena peluk je. Asyik nak kena kiss je. Asyik nak kena gomol je. Asyik nak bonding je. Macam mana ni? (Alasan!)