Ketika saya masih mengandung, ramai yang bertanya "Bersalin kat mana nanti?". Dan saya pula menjawab, hospital kerajaan! Kebanyakan mereka terkejut dan menasihatkan saya supaya pergi sahaja ke hospital berbayar. Bila saya tanya kenapa, mereka kata banyak sebab. Salah satunya, seorang kenalan bercerita pengalaman ngerinya bila diaibkan jururawat.
Dia serik untuk bersalin di hospital kerajaan kerana diaibkan jururawat di situ. Alkisah, tiba masa hendak bersalin, jururawat merungut dan bising kepadanya. Bila kena tegur, kenalan saya menangis, bukan hendak menangkis. Sebabnya hanya tidak mencukur ***. Dia akui, dari saat perutnya membesar, dia tidak mencukur. Alasan, perut besar. Susah nak nampak. Aiyoooo! Tak tahu nak kata apa.
Secara jujur, saya agak gementar untuk melahirkan anak di hospital kerajaan. Ramai yang bercerita buruk dari baik. Tentulah kita risau. Tapi saya redha. Saya tekadkan hati dan tanamkan dalam diri, jika berlaku perkara yang tidak diingini, saya akan lawan dan tentang habis-habisan. Fikir positif.
Saya akui, kemudahan di HKL sangat menyedihkan. Bayangkan, katil saya jauh dari tandas. Kencing berak, terpaksalah menapak. Selepas melahirkan anak, saya terpaksa berjalan jauh untuk ke tandas. Sudahlah segala-galanya saya kena usahakan sendiri. Dari membersihkan diri, menukar lampin anak dan segala-galanya. Tidak ada sesiapa yang boleh temankan hatta hubby sendiri. Keseoranganlah saya. Tapi ia mengajar saya untuk berdikari sendiri.
Kadang-kadang, bila mendengar kawan-kawan bercerita tentang pengalaman bersalin di hospital swasta, saya hanya menelan liur. Kerana sebagai manusia biasa, saya juga teringin untuk dilayan istimewa. Jika diikutkan, kalau saya rajin menabung, Insya-Allah....saya tak perlu menyusahkan hubby untuk menanggung kos bersalin saya di hospital swasta. Tapi saya perlu pandang ke hadapan. Perlukah saya berkorban wang ringgit semata-mata untuk kemudahan kelas pertama? Sedangkan sakit bersalin, sama saja seperti yang lain. Kepada ibu-ibu yang pernah bersalin di hospital swasta, jangan salah sangka dengan entri ini. Saya bercerita bukan bermakna saya pro-hospital kerajaan. Tapi ini adalah pendapat saya. Rezeki saya setakat di situ, maka saya redha dan menerima. Alhamdulillah, Aydin kini 10 bulan, dikurniakan akal yang cerdik dan sihat tubuh badan.

4 comments
sy juga bersalin di hosp kerajaan. ok je :)
"kalau kita tak minta lebih, semua benda pun kita rasa cukup"
Saya pn bersalin kt hsptl gov.htar penuh sesak ngn rmi pesakit Tu.tp alhamdulillah semua nurse ngn doktor baik Sgt.ank sy pn dh nak msuk sthun..
swasta @ kerajaan sama saje...sakit nya pun sama...kadang2 pesakit tu =sendiri yg mahu kan layanan istimewa...kalau dulu memang mulut diorang ni laser2..tp la ni semuanya ok dah..ye la sape berani kalau kena komplen nanti...
Kakak sepupu saya bersalin HKL tahun 1994, dia kata 9-10 orang ibu2 dalam labor room, semuanya bertelanjang bulat
hazratie