Memenangi Ipad mungkin objektif utama saya mengarang entri ini. Tetapi luahan hati ini sudah lama saya pendamkan sejak mula saya mengenali blog mysuperkids.net. Reaksi saya, kagum! Ya, saya kagum dengan MommyLina kerana ketabahannya. Dan mungkin juga ciri-ciri positifnya yang lain tetapi ketabahan dia benar-benar menyedarkan saya.
Arkib kegemaran saya dari blog ini adalah dari label My Kids Diary. Di antaranya, rentetan kisah Fahri si kanak-kanak hebat. Bila saya baca It's A Boy! ...Our Miracle Boy...., saya terkedu. Sebagai manusia biasa yang stereotaip, saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan situasi seperti yang dialami oleh MommyLina sewaktu menyambut kelahiran Fahry. Pasti bingung, celaru, takut, gelisah dan bermacam lagi perasaan bertubi-tubi menghentam jiwa. Tapi, MommyLina masih kuat untuk berkata,
it’s OK. for my boys, i rather bear any pain…
please pray for our Lil’ Fahry… so that he could come home sooner and join the family!
he’s a very special boy… a very special gift for us… thank you Allah.
Saya ingin bertanya kepada MommyLina, di mana dan apakah yang menjadikan dia kuat dan setabah ini? Melihat bayi yang serba kekurangan seperti Fahry tetapi MommyLina menjadikan Fahry seorang kanak-kanak yang sangat hebat dan lebih dari kanak-kanak normal yang ada. Allah itu Maha Besar dan Berkuasa. Dia yang menentukan segala-galanya. Ya, memang benar Fahry kurang satu tetapi kelebihannya bukan 2 atau 3 tetapi banyak! Walaupun adakala saya dapat lihat MommyLina kelihatan agak defensif dalam kebanyakan entrinya mengenai Fahry tetapi itu adalah sifat lumrah manusia. Itu adalah MommyLina. Jika terjadi pada saya, saya tak akan tahu apa yang perlu saya lakukan untuk menjadikan anak saya istimewa seistimewa Fahry. Malah, mungkin saya agak keterlaluan bila setiap kali membacanya, saya akan mengalirkan air mata. Perasaan saya pasti bercampur-baur, sayu, tersentuh dan juga gembira!
Bila saya baca pula perkembangan Fahri melalui Kekurangan Fahry Adalah Kelebihannya, saya menjadi sangat teruja dan gembira. Saya seronok melihat betapa cerianya Fahry bermain di taman permainan. Bermain buaian dan gelungsur walau hanya sebelah kaki tetapi dia sangat kuat dan cerdas. Ya Allah! Saya betul-betul insaf! Fahry seolah-olah sudah menanamkan azam untuk sentiasa berkata BOLEH kerana dia boleh melakukan kesemua perkara yang dibuat kanak-kanak normal yang lain!
Paling mencuit hati dan perasaan saya bila membaca Tahniah Orang Kerteh&Kuantan, seronok menatap gambar-gambar Fahry dan abangnya Hafiy yang comel dan nakal. Bila tidur dengan swimming suit, berendam di dalam bath tub dan kenakalan mereka sehingga Fahry berparut di bawah dagu. Inilah yang dikatakan ANAK LELAKI!
Tetapi, di antara kehebatan kisah Fahry yang diceritakan oleh MommyLina, hanya ini yang benar-benar membuatkan airmata saya terjurai hebat. Bila membaca Usah Pandang Rendah Keupayaan Anak Istimewa, walaupun keluarga MommyLina sangat asing bagi saya tetapi saya sangat sayangkan Fahry kerana usahanya. Walaupun pada mulanya MommyLina sendiri 'memperkecilkan' keupayaan Fahry, ternyata Fahry berjaya membuktikan segala-galanya. Saya sangat teruja dan sayu hati. Saya sayu kerana kehebatan Allah SWT yang sentiasa memberi hikmah di sebalik semua kejadian.
Sekali lagi saya ingin bertanya kepada MommyLina, bagaimana anda menjadi kuat dan setabah ini dalam mengharungi hidup bersama seorang anak yang hebat seperti Fahry? Saya benar-benar ingin tahu dan kagum dengan sifat itu. Dan saya turut berdoa, SAYA MAHU MENJADI TABAH SETABAH MOMMYLINA dari blog mysuperkids.
P/S: Saya ingin merasai pengalaman berjumpa dengan Fahry suatu hari nanti. Saya doakan, semoga termakbul. Dan saya juga berdoa agar kanak-kanak istimewa seistimewa Fahry merasai dan menerokai kehebatan diri.
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
9 comments
youuuu.. hehe.. rajin x? rajin x?
ade tag lagi.. kalau rajin, sile la ye.. =)
http://imanazraf.blogspot.com/2011/02/contest-contest-senyum-paling-ceria.html
terharu la bc kisah adik Fahry nih..
terima kasih daun keladi. sy happy kerana berjaya menyentuh hati awak! singgahlah lagi!
penulis yang baik..
JOM KE: ALL IN ONE
singgah membaca n3... lyna memang tabah orangnya & sgt positif.. tulisan ni memang mampu menyentuh hati & semoga lyna terus menjadi inspirasi utk ibu2 yg lain..
jemput singgah ke kakyong.com
n3 terkini kakyong.com
Jom kenali Teratak Kasih Zie Fauzi
Penangan sup ayam kampung
saya yang membacanya pun terharu..sgt positif sifat yg ditunjukkan..ramai ibu2 mengharapkan kesempurnaan pada anak2 baik dr segi fizikal atau mental tp berapa ramai ibu yg mampu hadapi dugaan dlm menghadapi realiti. Saya mungkin tidak setabah itu tp sy berharap dan berdoa moga saya diberi kekuatan seperti itu dlm menghadapi cabaran membesarkan anak2.amin
kakyong & hanum
Terima kasih kerana sudi singgah! Memang Lyna adalah insan yang tabah. Susah nak adapt emosi kita dengan apa yang kita dapat. Apa yang kita harapkan, tapi tak sempurna (kita semua memang tak sempurna)...
Dan saya tiba-tiba terfikir. bagaimana pula ketabahan seorang ibu yang serba-serbi dalam kesusahan tapi tak pernah putus asa dalam membesarkan anak yang OKU?
Semoga berjaya
hai fara....kita satu kumpulan (kumpulan D) utk cabaran baru dr mommy lyna...