23/09/14

chicken pox dan azmin angkat sumpah jadi menteri besar selangor baru

Hohohoho! Apa nak jadik ni? Dah berabad tak update blog. Sobs! Saya sebenarnya makin sibuk kat opis. Nak kata naik pangkat, tak ada pulak. Bila ada masa free, saya kena mengepam untuk bekalan anak. Jadinya, bila masa nak mengadap blog? Tapi bila betul-betul ada masa terluang, keras kepala otak nak memerah idea. Apakah? Uwaaa!

Aydin baru je baik dari chicken pox. 2 minggu sebelum tu, Nizam dah kena. Bila kena time tua-tua bangka macam ni, bisanya lain macam sikit. Asyik mengaduh perit. Saya pulak jenis tak reti bahasa. Suami kena chicken pox, saya dok bantai goreng ayam ikan dalam rumah. Seksa kawan. Sobs! Bila kena chicken pox, 2-3 hari Nizam tak mandi. Extra gatal chicken pox dia. Walhal 2 kali dapat advice dari doktor, boleh mandi macam biasa. Semuanya sebab dah terikut cakap orang-orang tua, PANTANG MANDI. Memang seksa tengok dia. Lepas 3 hari, saya desak dia suruh mandi sebab hapaknya dah lain macam. Eloklah mandi dari asyik rasa gatal je.

Aydin bila kena chicken pox, senang sangat jaga. Sakit dia macam budak tak sakit. Boleh ajak Nizam main bola lagi. Cuma ada masa dia mengadu gatal. Suruh minum air kelapa pun, dia ok. Adalah dalam 3-4 biji dia telan air kelapa. Banyak jugak chicken pox keluar. Sampai ke tapak kaki. Alhamdulillah, sekarang semuanya ok. Khadeeja pun, baru seminggu recover dari demam panas. Kuat merengek masa demam tapi Alhamdulillah dia banyak bf dan tidur. Diapers pun berat je memanjang. Berak pun banyak. Sponging memang anytime. So far, kami handle dengan baik.

Selain dari tu, kami tak ada apa-apa cerita menarik. Mungkin dalam masa terdekat, nak bawa anak-anak pergi bercuti. Aydin pun asyik tanya; Bila nak pergi hotel? Boleh nak. Tunggu poket papa tebal sikit lagi. Tapi nak ke mana eh? Saya teringin nak repeat Penang. Tapi Nizam sibuk nak jalan-jalan Melaka. Nak cuti Pantai Timur, dah nak dekat monsun ni. Tak pasal trapped dalam banjir, naya!

Apa lagi nak cerita eh? Maaflah sebab dah lama tak menaip kisah-kisah berilmiah (sangatlah kau). Tak dan nak buat research (lagi sekali poyo). Hahahah! Apa yang penting, ada beberapa kisah yang saya alert dan paling perdana buat masa ni bila Azmin angkat sumpah jadi MB hari ini. Perasaan saya? Frankly speaking, saya tak suka dan budaya kronisme akan kembali bersarang selepas kejayaan former MB, Khalid. Dalam politik negara separa maju macam Malaysia ni, orang baik tak akan menang dalam jangka masa lama. Suara rakyat pun boleh tenggelam dengan duit. Kan? (Tak suka duduk Malaysia, sila pindah ke Sweden). Oklah. Bai!

9 comments

so semuadah sihat ke skrg ni?

melaka pun ok repeat penang 10 kali ok..hehehe...

bab selangor tak nak komen..

betul la, fara dah lama benor tak hapdet blog. saya ingat mcm saya yg terlepas pandang.

nizam belum pernah kena ciken pox ke sebelum ni? Jenuh plak nak jaga org dewasa ni ye. Kalau 2,3 hari tak mandi,ekekeke...

Belum pernah tgk khadeeja. Share le gmbr. nak tgk gak.

Pendapat saya pasal tukar MB tu, sama la. Saya pun tak suka. Sbb saya suka TanSri Khalid. Bila jadi kes macam ni, baru jelas org yg kononnya membela nasib rakyat tu sebenarnya membela kroni dan poketses sendiri je.

23/9/14

Org dewasa kalau kena ciken pox mmgh teruk. Yg menyebabkan makin gatal ialah sebab badan dry, kotor, dan panas SEBAB TAK MANDI. :P

Yup, petua tak mandi itu adalah sangat mengarut.

Mandi utk kebersihan, menanggalkan kulit2 mati, menyejukkan badan.

Orang beso klo kena CP mengalahkan bebudak. Terlebih manja...hehehe...

Saya lagi suka DSKI even dia ckp mcm gagap2 sket.

boleh terbayang camne sibuknya mommy fara..

saya pun tak suka Azmin naik, takut2 jadi MB boneka.

*nizam suami fara tu yg ada blog jugak ke??

Demam campak.. kami sekeluarga pernah kena pada tahun 2007, waktu tu orang tengah sibuk mengundi saya terkurung dalam rumah.. huhuhu..
La ni cuma dak Nuha je belum kena lagi.

Nasib baik Khadeeja tak jangkit abg & papanya. Bilalah nak keluar gambar Khadeeja kena peluk abang Aydin ni?

Jgn jadi boneka pulaklah YB Azmin tu kan...

24/9/14

Boleh mandi kalau kena CP.. Orang dulu-dulu memang kata tak boleh..

Tanpa Nama
26/9/14

mcm2 cerita yer yg kdg2 bikin kita sakit kepala kan !

Catat Ulasan