20/10/14

weekend! aku jatuh cinta lagi; halloween

Siapalah yang tak cinta pada weekend, kan? Saya sangatlah jatuh cinta. Heheheh! 

Hujung minggu lepas, bawa anak-anak jalan Sunway Pyramid. Aydin yang paling teruja sebab dah lama mommy papa tak bawa jalan-jalan. Katanya; Asyik jalan Mydin je. Boring tau. Sobs!

Masuk Sunway Pyramid, Halloween Day lebih meriah dari Hari Deepavali. Hantu-hantu sekalian siap berarak satu mall. Sampaikan Aydin melalak trauma. Haih! Tak sampai hati nak capture gambar hantu. Sobs!



Gambar atas, sebelum diserang trauma. Hahaha! Dengan deko, beranilah awak ya? Bila depan mata, melalak takut. Dua kali bertembung pulak tu. Nasib badan.

Plan asal, nak makan Sushi Zanmai. Tawaf satu Sunway Pyramid, tak jumpa. Ok. Sadis sebab dah berkurun jalan-jalan Sunway Pyramid tapi tak jumpa pun restoran tu. Sedih gila. Melepas sushi telur. Sobs! Akhirnya, makan jelah kat Texas Chicken. Itupun, Aydin yang request. Tapi, makan lalu tak lalu sebab masih dalam ketakutan. Hehehehe~

Ayam 3 ketul, kongsi-kongsi cubit dengan papa.

Tak ada apa yang menarik pun. Kenapa Sunway Pyramid? Saya suka sebab mesra bayi. Senang. Tandas pun bersih. Tempat makan banyak. Tempat shopping banyak. Paling penting, dekat dengan rumah.

5 comments

Ekekeke...sian aydin. Trauma yerp. Macam kimi dulu trauma dengan badut. Sampai skang masih lagi tapi dah kurang ☺

Jarang gi SP sbb jauh dari umah. Tak sabar nak tunggu IOI city mall bukak abb dekat ngan umah ☺

20/10/14

seingat akak kan masa duk kat seri kembangan..ada la pergi 2 kali ke sini sebab jauh dari rumah..biasanya lepak kat the mines je masa tu :)

dah lama betul saya tak ke Sunway Pyramid...dulu selalu pegi..sebab suka makan buffet Chicken Hertz kat situ..hahahah..entah ada lagi entah tidak

halloween tu bila?? kat sini tak de lak buat macam ni..ke saya yang tak tahu sebab tak pipasaraya yang besar2 lagi minggu ni..h eheh

Seram benor ke antu tu. Buat terperanjat budak2 je derang ni. Untung la papa dpt makan bnyk sbb Aydin tak lalu makan ayam tu. hehe.

Catat Ulasan