26/01/15

i'm back

OOTD hari ni; Chiffon top, saya beli di Brands Outlet. Harganya cuma RM9. Dan shawl ala-ala pashmina, saya beli di Muaz Jalan TAR. Harga pun murah, RM4 je. Kalau dah nama marhaen, terima jelah keadaan seadanya. 

Kita ni datang dari bangsa yang penyabar. Seteruk mana pemimpin mengikis duit rakyat pun, kita masih boleh bersabar. Rakyat marhaen hanya layak untuk; Kojo macam nak mati tapi gaji kocik anak. Saya petik dari lirik Rembau Most Wanted yang memang sesuai sangat untuk ditampal pada setiap dahi rakyat marhaen macam kita.

Kalau negara lain, dah lama rakyat berhimpun depan bangunan gomen sambil julang sepanduk. Aman tak aman, belakang kira. Tapi di Malaysia, bersyukurlah kerana kita semua adalah insan terpilih yang punya tahap kesabaran tanpa sempadan.

Kojo makan gaji. Kojo lagi cari duit tepi. Anak bini tersisih sepi. Duit tak cukup, badan setengah mati.

P/S: Ya. Dah lama saya tak menulis. Dan saya masih berhutang dengan kawan untuk share resipi salted caramel. Rai, next entry ya?




10 comments

Tak usaha tak cukuplah belanja bulanan.. :(
Moga kita semua sihat dan kuat hendakNYA.

27/1/15

kann.. nasib la jadi rakyat marhaenn..

yeyeh~! waiting for salted caramel recipe..

kak! plase menulis balik.rindu! and meh emailkan sy sepotong kek! hahaha.

Gambar...mana gambar OOTD ☺☺

Iyerlah, orang tu sibuk buak kek ngan biskut skang ni.

Gambar...mana gambar OOTD ☺☺

Iyerlah, orang tu sibuk buak kek ngan biskut skang ni.

27/1/15

busy ke fara?

haiii...*lambai-lambai!!*

28/1/15

Sebab sifat penyabar yg amat tu la, sampai 50 tahun tak berubah tampuk pemerintahan...hahahahaha

Bz betul ko skrg. Aku sedar juga akan ke'marhaen'an aku tu. tapi aku mcm tak insaf2 nak belanja sesuka hati. Agaknya sbb tu la org atas tak tau rakyat bawahan ni susah kot. Maybe sbb tgk kan gaya hidup kebanyakan rakyat yg belanja lebih dr kemampuan tu.

nak resepi tu jugak!

nak order kat Fara jauh pulak.

Catat Ulasan