Saya jarang masak kat rumah. Bukan sebab malas, tapi disebabkan tak nak membazir. Kerja Nizam tak tentu. Masuk petang, balik lewat malam. Tinggal-lah kami berdua. Bila setakat satu perut nak diisi, maka beli atau makan apa yang ada.
Semalam, saya pergunakan hari cuti dengan sebaik mungkin iaitu memasak. Tak hebat tapi setakat yang mampu. Selamat menjamu mata!
Hasil yang tak seberapa. |
Lala goreng cili api, ayam goreng dan tumis bayam. |