Sudah menjadi kebiasaan, pagi-pagi mesti dengar Sinar Pagi. Bukan hanya saya, Aydin turut berkongsi halwa telinga. Walaupun tak faham apa-apa. Tapi dia layankan saja. Sinar Pagi itu wajib untuk mengembalikan ceria. Maklumlah, pagi-pagi dah kena menghadap jalanraya yang sesak. Menderitalah jawabnya.
Macam biasa, pasti ada panggilan si pemanggil. Maka, jenuhlah mereka bertiga (KE, SY dan Krill) menjawab soalan merapu yang entah apa-apa. Disebabkan hari-hari pun ada saja cerita bikin nanah telinga, berdarah airmata, maka saya pun terpanggil nak bercerita.
Kalau sudah ke udara, pasti seluruh pelusuk Malaysia dapat mendengar suara dan luahan hati kita. Bukan setakat Lembah Klang saja tapi Kampung Separap pun boleh dengar juga. Jadi, saya kira kalau ada pemanggil yang suka sangat nak bercerita, memang dah tak normal namanya. Bila situasinya jadi seperti ini (contoh):-
"Suami saya seorang yang pemalas, tak bertimbang rasa, tak nak menolong juga! Saya nie kerja, balik rumah nak kena jaga anak lagi, nak mengemas lagi....suami saya tu, asyik nak tengok tv. Apa pun tak peduli,"
Saya kira kalau kita betul-betul nak bercerita tentang hal baju dalam atau seluar dalam (atau dalam ungkapan berhemah, kisah rumahtangga), ceritalah tentang yang lebih ekstrim atau teras keras seperti (contoh):-
"Suami saya seorang yang boros! Seluar dalam pun memilih jenama. Kalau dah jenama, tentulah mahal. Koman-koman pun, jenama Renoma yang harga sehelai dekat RM50. Bila saya beli seluar dalam Scarlett 5 helai RM10, diejeknya saya. Katanya, saya tak ada kelas, pakai seluar dalam murah. Pakai sebulan, dah koyak rabak. Tapi ada saya kisah? Mahal macam mana pun, sentuh 'anu' jugak! Busuk jugak!"
Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang buka pekung di dada, biar busuknya boleh buat orang lain pun pengsan. Ye tak?
3 comments
bab ini kena berhati222...jgn sesekali mengaibkan pasangan kita..dosa sangat besar tue
isk isk..
agak-agaklah kalau nak berkongsi dengan orang kan..
nanti kamu jugak yang malu..
minta dijauhkanlah perangai buruk macam tu kan? :)
gitulah adenye...lumrah sikap buruk manusia, suke sgt nak bercerita....sedar tak sedar, dah terlajak sampai ke muara...mase tu, nak undur balik pun, dah terlambat!