Adakah saya tamak? Oh, tidak! Sebenarnya idea datang bertubi-tubi. Kenapa nak lepaskan peluang? Mana tahu ada rezeki, menanglah kita Ipad sebiji. Kalian yang lain, apa lagi? Karanglah entri. Biar terbuntang mata Cik MommyLina. Jangan marah. Bergurau senda di petang hari.
Izinkan saya mula cerita. Taklah hebat mana. Kalau sudi, silalah baca. Bila "Saya mahu PANGKAH MANTOT dari Blog Cursing Malay", janganlah kalian anggap ini kontroversi. Hanya luahan hati, mengekspreskan diri. Saya taklah sakit hati. Bila baca biji butir setiap entri. Boleh tahan mamat nie. Cerita entah apa- apa. Mengarut sana, mengarut sini. Tapi orang tetap suka. Tetap tegar membaca. Bila tengok jumlah LIKE, bulat biji mata. Belum lagi jumlah komen. Silap-silap berdarah airmata. Tapi tak apa. Rezeki dia. Saya tengokkan aje...
Dulu dia rajin bercerita. Rajin merepek pun ya. Cerita berdegar-degar. Yang suka, senyum sampai ke telinga. Yang tak suka, hampeh je rasa. Termasuklah saya. Menyampah pun ada. Bukan apa. Cakap tak serupa bikin. Saya tak suka. Tapi saya tetap baca. Eh, aku dah gila ke?
Dari cara bercerita, mungkin alim-alim kucing orangnya. Maklumlah, setiap kali menulis, ada saja unsur-unsur keislaman. Harapnyalah...tapi bengong pun ya! Suka sangat mengadun cerita. Antara yang dibahan? Kaum-kaum wanita juga yang kena. Tapi ada pula wanita-wanita yang menyokong kata. Entah celah mana yang masuk akal ya? Saya pun pelik juga. Bukalah mata, bukalah minda wahai kaum seangkatan dengan saya. Terang-terang diperbodohkan sebegitu rupa. Balik-balik, wanita juga yang kena. Apa, kaum lelaki dah suci sangat ke? Diri sendiri pun cuci mata. Adoi, sakitnya jiwa! (bukan saya tapi Mantot). Nak tahu apa yang dia cerita? Pergilah buka blog dia. Tak apa, saya bagi rezeki pada kamu (Mantot) ya?
Lagi satu isu, saya nak cerita. Bila dia suka sangat bising, merungut tentang harga. Tembak sana, tembak sini. Kondem sana, kondem sini. Syok betul bercerita tentang harga air limau, harga ice-blended jenama Secret Recipe (yang katanya bahan-bahan untuk membuat air itu datangnya dari bahan mentah yang murah), mamak sana, mamak sini....dan banyaklah lagi. Yelah, dia sendiri akui dirinya pengguna genius. Mesti ambil kisah semua aspek. Mesti berkira! Mesti kedekut! Oh, itu belum masuk entri beliau yang sibuk berkempen tentang keburukan minuman ringan seperti Coke. Jumlah gula sana, jumlah gula sini (yang ini saya akui fakta info beliau yang mungkin hanya di copy-paste dari Google). Tapi saya tak jumpa pula entri beliau perihal rokok. Yelah kan? Kata pengguna genius. Mesti bijak berfikir. Bijak berkempen. Apa lagi, kempenlah tentang rokok! Jangan asyik pok-pek, kritik sana kritik sini tapi benda besar macam ini pun terlepas pandang. Atau diri sendiri sememangnya perokok yang tegar? Kalau begitu, bercakap janganlah suka berdegar-degar. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Sendiri mau ingat ya bang!
Emm, apa lagi nak cerita? Pangkah tentang isu politik? Setengah perkara, saya menjadi pro dengan pendapatnya. Dan, secara zahir pula, saya tahu Mantot sangat memuja Rosmah. Maka, saya tak mahu membidas isu politik Mantot. Nanti saya jadi ngok macam dia juga.
Ada lagi yang saya tak suka. Bila Mantot suka sangat kuningkan otaknya. Sekuning giginya yang berkarat. Maklumlah, penghisap rokok memang macam itu. Kalau nak kata giginya putih, maaf, sampai mati saya tak akan percaya. Tentang hal buku pun nak dibicara. Entah apa-apa. Maksud lain, difikir lain. Jelaslah sendiri yang tak betul. Yang asyik melucahkan pemikiran. Meracuni pemikiran otak naif seorang manusia. Jahatnya! Tak jauh beza sifatnya dengan drug dealer. Yelah, drug dealer meracuni darah dan otak umat manusia. Mantot pula meracuni akal fikiran manusia. Itu pun masih nak minat ke? Tak percaya lagi? Korek sendiri blog miliknya. Korek! Jangan tak korek!
Tiba-tiba saya pelik, garu kepala. Apekebendanya dengan entri Diskriminasi Gender : Perempuan Adalah Target Pancutan Yang Tersasar ? Sangat-sangat busuk! Siapa yang fikir macam ini? Nampak sangat sendiri yang suka bercerita tentang hal pancut-memancut sebegini. Saya tak pernah dengar pun orang beranggap begini? Eii, sakit betul hati! Tapi saya baca juga!
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa dan kenapa?!!!!
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
17 comments
best :) suka ayat u yg pendek2 tp berkesan :)
terima kasih daun keladi...tapi masih ada yang perlu diperbaiki. ada masa, singgahlah lagi! =)
gud luck ye..
erm...mmg contoh penulisan yang baik..ehehehe..nak tiru..tapi bukan men copy paste abis erk...hikhik..nak blajar cam ni
amirah...tq dear!
eryati...baik ke? alamak, rasenye ade yg tak baik lagi tu.....hehehehe, nak tiru? sapelah saya nak ditiru-tiru...hikhikhik!
aku jumpa kawan aku~
datang tgk entri ni sebagai contoh...semoga berjaya ye
alyrds....alhamdulillah! ade gak geng!
deqdeq...sila, sila....insya-allah!
psl mantot ni, Ai ada shuke ade juga tak shuke.
huhuh
heheheheh....ade pros dan cons, ye tak?
hehe.. salu nampak ayt neh kat bwah entry mase bw..
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
entry contest ke? ;D gud luck ye... suke baca entry neh.. hehe
tq! heheheh....
macam mana la nak menang contest tu kalau kau tulis pasal aku.hahahaha,tulis la psl benda lain.ada ke tulis psl aku?
teruskan berkunjung ya?
datang baca entry yg menarik..
JOM KE: ALL IN ONE
mantot...tulah namanye amik berat! kate pemes!
Salam kenal..singgah la di blog http://fitribintisenin.blogspot.com/
Owh saya dah baca yang u maksudnya..a little bit confius kan..??Dia ni pejuang bangsa sambil cursing malay??kot ye bagi cadangan yang bernas ok juga kot..xpela..org suka baca blog dia maybe sebab cara penulisan dia..menarik..lain daripada yang lain..cuma i satu kapal dgn u..cam not acceptable je
ehehe..suke baca
http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/