Saya makan gaji dengan bos Cina. Bos Cina saya hanya memenuhi kuota 30% pekerja bumiputera sebagai syarat mandatori kerajaan. Tak hairan, 30% kuota itu diisi oleh kami sebagai kuli. Tak apa. Janji pendapatan halal.
Gaji saya hanya cukup makan. Disebabkan cukup makan, maka saya sedar diri untuk tidak berhutang. Saya hanya bayar hutang PTPTN. Sampai nak terbelahak kahak. Saya setia membayar. Itupun setelah disenaraihitam. Istimewa bukan?
Ini pula cerita suami saya. Si penjimat. Tapi tergelincir juga (di masa bujang). Orang ada ijazah, gaji permulaan agak lumayan (buat si bujang yang baru bekerja). Bila gaji muai, mula macam kera dapat bunga. Mohon kad kredit. Buat isi minyak dan kecemasan. Tapi itu semangat pada masa mula-mula. Kemudian hari, semangat sudah kendur. Godaan banyak depan mata. Akhirnya, terkulai layu jua. Bukan hanya kad kredit. Pinjaman peribadi juga. Sampai 2 akaun. Suka betul berhutang ya? Itu semasa kurang pengalaman. Hati muda. Gelojoh. Orang nak, dia pun nak. Akhirnya, tersadai.
Bila dah kahwin, saya terheret susah hati dengan hutang suami yang umpama kayap. Keliling pinggang. Lagi parah bila dapat panggilan dari bank. Berbaur ugutan. Bayar hutang kad kredit atau senaraihitam? Kecut perut. Ini baru bank. Kalau ceti haram? Bertukar ganti dengan nyawa? Selisih! Hutang kad kredit mencecah RM10k (termasuk faedah). Kalau tak masuk faedah, RM5k sahaja. Bagus bank kan? Tapi apa boleh buat. Itulah sumber pendapatan mereka. Bank memberi cadangan dan jalan penyelesaian.
Encik ada 2 pilihan. Bayar RM2.5k setiap bulan selama 2 bulan berturut-turut tanpa interest atau senaraihitam dan muflis?
Bank sudah beri tawaran berbaur ugutan. Nak tak nak, suami bayar juga. Bulan pertama, bayar RM3k. Bulan kedua, RM2k. Sembelit kami dibuatnya. Sesak nafas. Semput. Lelah. Semua ada. Tapi, hutang tetap hutang. Wajib bayar bukan? Makan tak makan, bayar itu mesti! Tak ada penyelesaian.
Selesai hutang kad kredit, kami lega. Kad kredit yang menyusahkan dan membebankan. Serik. Tak nak lagi. Tapi macam mana dengan 2 lagi akaun pinjaman peribadi? Ya! Suami saya mohon satu lagi akaun pinjaman peribadi untuk melangsaikan 2 akaun itu. Langsaikan habis! Maka, tinggal 1 hutang. Konsep gali lubang, tutup lubang dan gali lubang lagi. Ok. Selesai. Tak ada bebanan hutang yang menakutkan.
Lain orang lain cara. Kalau bijak, semua pun boleh selesai. Hutang itu tak salah. Dalam Islam pun diharuskan. Tapi berpada-pada.
Sabda Rasulullah bermaksud: ‘Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni melainkan hutangnya.’ (Hadis riwayat Muslim).
P/S - Dah tak sesak hujung bulan.
5 comments
Alhamdulillah..
huh.. baca ni pun sesak nafas tadi..
Cuba juga taknak berhutang ni..
JOM KE: ALL IN ONE
hutang ini sebenarnya lebih membawa negatif dari positif. maka seboleh-bolehnya elakkanlah. unless.. keadaan memaksa.
p/s: saya ada kawan yang mengamalkan konsep gali lubang ni, pelan2 kayuh. :)
dalam dunia ni mana ada orang yang tak berhutang..
hutang pulak tu bermacam jenis hutang selain dari duit..
kalaulah kita dilahirkan dalam dulang emas intan berlian..
bolehlah tak berhutang..
harta tak habis sampai kiamat pun...
cuma berpada je lah bila nak berhutang ni..
peringatan untuk kid juga ni..
huhuhuhu :)
p/s : kid berhutang dengan Allah pun tertangguh-tangguh.. :(
..boleh tutup lubang la kalau dh berjaya rawat 'kayap'(hutang) hehe
sape yg kje kutip hutang lg tensen dibuatnya