- Katakan tidak pada kad kredit. Kita tidak sempurna. Adakala boleh kalah pada nafsu. Nampak itu, nak. Nampak ini, nak. Pantang digoda material. Lemah. Tak ada disiplin. Kad kredit bukan penyelesaian ketika kecemasan. Taik lembu semua itu.
- Pergunakan kemudahan kerajaan sepenuhnya. Kalau gaji cukup-cukup makan, tak usahlah menabung bagai nak rak sebab nak guna servis swasta. Contoh, hospital. Katakan mengandung. Tak nak bersalin di hospital kerajaan. Takut katanya. Nak takut apa? Takut misi marah? Marahlah misi balik. Takut jadi apa-apa pada anak atau isteri? Kalau dah sampai ajal, di mana-mana pun boleh jadi. Apa? Kemudahan tak cukup? Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia sampai tak cukup kemudahan? Apa lagi alasan? Tak ada prestij? Memang ngok dan bongok! Duit yang kamu menabung itu adalah lebih elok kalau simpan di dalam tabung pendidikan untuk anak.
- Amalkan konsep memberi dan menerima. Aku bayar duit rumah, kau bayar duit kereta. Aku bayar bil utiliti, kau bayar duit insurans. Berkongsi. Jangan bolot sendiri. Melainkan kalau suami kaya.
- Kalau buat hutang pinjaman peribadi, jadikan satu lubang saja. Buat apa bayar faedah lebih pada bank? Kalau sudah ada 2 lubang hutang, gali lagi satu lubang. Dah dapat lubang terakhir, kambus 2 lubang yang lama. Jangan pening kepala. Lubang sana-sini. Jatuh terjelepok dalam lubang sendiri? Sendiri yang susah.
- Jangan terus-menerus menyewa. Usaha beli rumah sendiri. Tak usah memilih sangat. Beli di mana saja yang sesuai dan mampu-milik. Pergunakan kemudahan yang kerajaan bagi. Guna otak untuk berfikir bijak. Harga rumah makin naik. 5 tahun akan datang, adakah kita masih mampu untuk memiliki walau rumah pangsa?
- Berhenti merokok. Kalau suami merokok, berdoa selalu pada Allah, semoga suamiku berhenti merokok pada suatu hari nanti. Dan beri peringatan pada suami, kalau nak bunuh diri...tolong jangan libatkan anak isteri.
- Insuranskan diri sendiri. Insurans bukan untuk diri sendiri. Bukan juga untuk kemewahan di kemudian hari. Jangan salah anggap. Fikir secara bijak. Kalau umur kita tak panjang, kita dapat wasiatkan duit insurans pada suami/isteri atau anak. Juga kalau kita hilang upaya. Tak mampu nak cari nafkah. Itulah fungsi insurans. Kalau tak insuranskan diri, tak ada duit. Tak ada duit, boleh stabilkah ekonomi keluarga kita?
- Tabung untuk hari tua. Kalau tak menabung (mungkin dalam amanah saham, Tabung Haji atau insurans pelaburan), apa jadi bila dah tua nanti? Harapkan EPF? Boleh ke? Cukup ke? Fikir!
- Simpan duit anak dalam tabung pendidikan. Jangan ajar anak berhutang macam kita.
- Setia bayar hutang. Walau macam mana pun, hutang tetap hutang. Kena langsaikan. Masuk dalam budget bulanan.
- Lupakan restoran mewah. Tak rugi pun kalau tak makan.
- Rajin-rajin memberi dan bersyukur jika menerima.
- Sentiasa berdoa dimurahkan rezeki dan meminta keampunan dari-Nya.
30/03/11
tips stabilkan ekonomi keluarga...
Kepada yang bergaji cukup makan....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 comments
Perkongsian yg sgt bagus nih...:)
totally agree with all ur points here..
kesimpulannya, selagi ada kemudahan, manfaatkanlah sebaik mungkin (cewah)
fara..i'm totally agreed with you..u tau la kan keje gomen..berapa sgt la gaji..so kena la hdp dgn gaji yg ada..ukur baju di bdn sendiri
bagus bagus.. peringatan yg baik utk semua..
kakyong masa bekerja dulu, ligat menabung.. tp bila tak kerja habis korek tabungan.. tinggan tabung kecemasan jer yg masih tak terusik...
tapi setiap org ade level dia kan.. kalo kita tegur pun depa stick pada level depa.. unless something happend.. baru la...
assalamualaikum..
sy suka yg no 6....
saya tak merokok tp tak leh nak pakai BMW..tgk org merokok leh pakai BMW, rasa tak berbaloi plak tak merokok heheheheheh...
p/s: saya sendiri tidak percaya yang saya tidak merokok..syukur...
sahromnasrudin
tulah yg dinamakan rezeki msg2...tp klu gaji pun ckp mkn, tmbh lak peruntukan beli rokok...mcm ne tu?
terima kasih fara...!!!
info yang sangat menarik..
nak tunjukkan pada abah haqq nanti..
lebih lagi untuk point no 6..
banyak rugi di situ.
taktau lagi nak pujuk macamana lagi..
utk berhenti merokok ni..
hope dapat benti rokok.
assalamualaikum..
salam ziarah di pagi khamis...
MF
sangat suke.. nanti nka share kat entry la.. suka nak kongsi-kongsi ni..
JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE
merokok umpama membakar duit..huhu..
Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang
wah.... nak copy paste lekat kt dinding umah ni.. :D
Statement perempuan yang bikin panas!!
<a href="http://annikabubble.blogspot.com/2011/03/deco-deco-beng-beng-boong.html>deco beng beng boong blog aku!!</a>
Info yg sgt bagus patut di baca semua org.
Salam kenal dr sy jemput baca " KALAU DAH TAKDIRNYA JADI TETAP JUGA AKAN JADI..."
Salam.
Wahh .. tips ini sangat bagus.
cuma nak menegur sikit .. boleh?
Erkk kita bukan orang beriman? Hmm mungkin ayat ini lebih sesuai:
Kita mungkin bukan orang yang bertaqwa dan bersyukur. :)
Kalau tak beriman - hmm tak ada iman .. bukan islam ..
Sekadar menegur. :)
Harap saya tak silap.
hasrul hassan
terima kasih atas teguran...saya akan betulkan! =)
Ok.. sama2 mengingati .. tak apa .. saya pun pernah buat salah yang sama .. :)
So let them obey Me and believe in Me, so that they may be
led aright. You should ask yourself that how can you expect a place in Paradise if you have not done
a single thing to please Allah. Irascible emotionalism in a person
is a potential danger that can erupt out at any time, and have very serious repercussions.
Review my homepage :: name of allah