14/04/11

kenapa menayang?

Dulu masa baru-baru jadi mommy, saya seperti terkena kejutan budaya. Kisah bermula dari tempat kerja bila kawan sepejabat sibuk tanya jenama barang anak kita.  Bila dah khabarkan jenama apa, mereka mula buat perbandingan. Jenama saya jenama murah. Barang murah selalu tidak pernah tahan lama. Barang mereka barang mahal. Dari hujung kaki hingga hujung rambut. Semuanya jenama gah. Maka, saya terjangkit sama perangai akibat renjatan budaya itu.

Paling memalukan, saya sanggup menabung semata-mata untuk penampilan mewah. Barang yang saya mahu itu memang langsung tidak sepadan dengan pendapatan saya setiap bulan. Entah apa gila saya pada waktu itu. Mudah sangat terpengaruh cerita riak orang lain. Bila orang lain riak, saya pun turut sama mahu menayang umum.

Mujur suami tidak kalah dengan kehendak dan perasaan saya. Walau dia ada sedikit berkira tapi kalau barang yang diidam melampaui gaji, memang tak masuk akal. Bila dia kata...

Anak tidak selamanya bayi. Makin lama makin membesar. Kalau anak dah besar, barang mahal itu pun tak berguna lagi. Bila sudah ada anak kedua atau ketiga dan seterusnya, nafsu kita jadi lain pula. Tak nak guna yang sedia ada. Bila dengar orang itu beli jenama itu, kita pun nak jenama itu. Dengar orang beli jenama ini, kita turut mengejar jenama ini. Otak yang kita ada gunanya untuk berfikir. Bukan untuk menurut hati dan perasaan.

Betul. Ada orang, barang itu akan digunakan sehingga ke adik-adiknya. Dan ada orang lain, barang itu akan dijual pada umum dengan separuh harga. Tapi, itu kalau yang mampu. Saya tidak mampu. Malah, bertungkus-lumus pula nak menabung untuk beli barang mahal itu. Memang pada mulanya, hati memberontak. Apatah lagi kawan sepejabat itu ketawakan jenama barang yang dibeli oleh kami suami-isteri untuk anak. Sudah tentu saya berasa sedih. Saya sedih kerana tidak mampu menyediakan keperluan berjenama untuk anak saya. Sudah tentu, anak kepada kawan sepejabat saya itu sangat bertuah kerana ibubapanya mampu membelikan barangan mewah untuknya.

Bila saya ukur ketidakmampuan saya dengan orang yang mampu, tiba-tiba saya terkenang pula orang yang lebih tidak mampu dari saya. Kebetulan, orang yang tidak mampu itu adalah kenalan saya sendiri. Dari hujung hujung rambut hingga ke hujung kaki anaknya. Apa saja yang termampu. Janji cukup keperluan. Saya terkedu dan insaf di situ.

Dan saya dijamu cerita pula dengan orang yang lebih mampu dari saya. Tapi sangat bijak berbelanja. Dia tidak taburkan barangan mewah untuk anaknya. Dia bebel pada saya....

Buat apa nak beli mahal-mahal untuk anak. Barang yang kita beli lama-lama rosak juga. Barang yang saya beli itu, dari kakak sampai ke adiknya. Tak pernah sekali pun rosak. Elok saja pakai. Cuma mungkin rupanya sudah buruk. Iyelah, kata barang lama. Tapi selagi boleh pakai, kita pakailah. Tak perlulah jenama mahal. Lebih baik saya simpan duit untuk tabung anak saya dan besarkan rumah. Lagi banyak faedahnya.

Saya terkedu lagi. Seperti ada tukul besi mengetuk kepala sendiri. Betapa saya memenangkan kebodohan diri dari berfikir bijaksana. Sudahnya, duit yang saya kumpul itu saya bukakan akaun simpanan untuk anak. Lagi puas hati. Dan saya sudah tidak terliur dengan barangan mewah itu. Barang murah yang saya beli dulu masih boleh digunakan hingga kini. Tak ada cacat-cela. Tak ada yang rosak bagai. Saya menang! Menang kerana bijak memilih jalan lurus. Dari sesat dan menyesakkan duit poket.

Itu pengalaman saya ketika mula-mula menjadi mommy. Saya gelak sendiri. Kenapa dulu saya senang diperbodohkan orang yang tak sedar diri?

P/S - Kawan sepejabat saya pening kepala. Kereta sorong bayinya yang berjenama Mac Laren acapkali rosak. Setiap kali baiki, terbang ratusan ringgit kerana alat gantinya yang mahal. Dan, oh ya....kereta sorong anak saya yang pernah dia ketawakan dulu masih belum rosak hingga kini. Masih boleh pakai dan Insya-Allah pada masa mendatang jika ada adiknya nanti.....

13 comments

14/4/11

pedulikan apa org kata. kita berbelanja ikut kemampuan kita..

14/4/11

bagusla tu kak..
beli mahal2 api rosak nye lebih dr yang murah watpe kan..huhu

sama ah ngan aku...
sentap orang duk tunjuk botol susu Avent, aku pakai cap disney, anakku...

bukan tak mampu, erm..nak kata, boleh beli pun, bole jugak, tpai sayang ke duit..baik aku jimat jimat duit, beli pempes atau simpan duit untuk kecemasan..

aku tak kisah korang nak pakai avent ke, mom ke, tomma tippee ke hape, takyah la kutuk orang punya botol susu..
keta sorong aku beli rega 150++ masa sale..alah, setahun je dia pakai, lepas tu mesti nak berjalan sendiri..kain baju? cap anakku, cap murah murah je..kalu yang berjenama tu pun beli kat sogo masa sale..ngape? sebab baik aku beli kain baju, mekap untuk aku..hahhahaha

ikut kemampuan lah..

tapi baru baru ni aku beli jugak sebijik botol susu mahal..sebab ape, sebab aku kurang pengalaman..sibuk pasal bpa free ni, aku pulak tanpa google, tarus beli botol susu mahal tu..pastu balik umah terus tepuk dahi..ishh

baik beli hok murah murah kan? pastu bole tukar 4-5 kali..dari beli hok mahal, tapi bertahun nak tukar

jenama mc laren tue..sin bek bukan mercedes mata belalang kan hehehhehee

betul tu mommyfara..
tu semua nafsu je..

saya tak kata kat awak seorang saja.. saya pun kengkadang ada gak bernafsu begini..

tapi tulah kan.. kita kena gak sedar.. dan ukur baju di badan sendiri

ye..simpanan/menabung itu lagi perlu utk masa depan mereka..

as salam, org tua2 kata ukur baju dibadan sendiri...bagi saya kalau yg murah pun kadangkala boleh tahan lama gak...saya follow.

suka post ni...benar dan benar belaka...apa ade pada jenama...

i m totaly agree with u..dan saya juga pernah jadi mummy yg branded (masa ank sorang). bila anak dah dua, takde gunanya barang branded. saya beli yg biasa2 je utk dua2 beradik tu.

lebihan duit, saya simpan dlm sspn derang. budak2 bukan tau brg branded ke tidak. kalau diajar, smp ke besar nk brg branded, camne?

15/4/11

MF.
100% setuju.
Dan pengalaman diri sendiri konon nak pakai barangan berjenama, last2 rosak juga.. melayang juge duit... Betul kata miss Geli tu, kalau barang yang kurang mahal boleh beli lebih banyak.. kan..

Tanpa Nama
15/4/11

yup..jgn fikir psl brand..mula2 kita xtahu mmg..setiap mak bapak nak yg terbaik..kita slalu anggap yg mhl tu elok utk anak kita..tp kita tak pula nk cuba yg murah2 tu..kot2 yg murah tu kan lebih sesuai..ada brg mahal yg blh kita beli..kalo btl ianya thn lama dan sesuai dgn bajet kita..tp betul kata hubby u..anak makin besar,bila besar byk lagi brg yg kita nk sediakan..cite psl stroller..sy ada beli satu stroller ni la kan..bukanla jenama Mclaren tapi harga blh thn la gak..skrg saya bg terus kat SIL sebab sy xsuka stroller tu..sebab berat,pastu raif xpakai pun..pdhal sblm beli dulu redza dh suggest stroller yg murah sket..tp kita ni jahil..bila dh beli br tau berguna ke tak..*panjangnya komen

kalau lebih dari mampu apa salahnya kan..
kid pun kalau mampu dan tak menjejaskan kewangan kami sekeluarga..
nak juga belikan barang yang mahal untuk haqq.. :)

meh kid nak list skit apa yang kid beli untuk haqq..

stroller jenama haenim baby = rm60
baby bouncer jenama mothercare = rm20
baby carseat jenama bebeconfort = rm80

kenapa barang branded tapi murah?
sebab kid beli di Rengit..
ala tempat 2nd tu..
alhamdulillah semuanya masih elok dan cantik..
memang kid sengaja cari di situ..
sebab tak mampu nak belikan yang mahal-mahal.. :P

cuma walker je kid belikan di anakku rm200 macam tu..
teringin juga nak tengok haqq pakai barang mahal..
hehehehe..

botol susu pun cap disney jugak macam akak nowa tu :)

16/4/11

kim salam kat suami ye...dia macam saya gak...dan org rumah saya samala cam awak...heee

19/4/11

ekekek suka la entry ni sbb sy pn kategori ibu yang beli barang jenama murah je. bkn kedekut tapi berbelanja ikut kemampuan :) *ayat sedar diri*

Catat Ulasan