- Dulu makcik gemuk. Makcik malu. Lemak merata. Suami makcik tak suka. Sampai ugut makcik nak cari bini nombor dua. Makcik sedih. Tapi makcik jumpa satu iklan suratkhabar. Iklan langsing badan. Bagi badan mantap. Makcik mampu. Tak salah mencuba. Lagipun untuk kepuasan diri dan tatapan khas suami. Supaya suami makcik tak jeling kelibat perempuan muda bergetah. Sekali sesi, makcik hilang 600 gram. Wah! Sangat hebat. Walaupun satu sesi dah mencecah ratusan ringgit. Makcik masih ada 9 sesi untuk cukupkan 10 sesi. Apa ada hal tentang duit. Makcik tak kisah semua itu. Paling penting, makcik boleh kurus. Habis 10 sesi, makcik betul-betul sudah kurus. Bukan kurus keding. Tapi kurus mantap. Makcik dah cantik. Makcik dah tak nak pakai baju longgar-longgar lagi. Makcik nak pakai kebaya ketat, kemeja-T sendat dan seluar legging. Biar nampak potongan kaki makcik yang berbentuk. Biar jelas potongan pinggang makcik yang ramping. Biar pejal punggung makcik yang menggiurkan. Biar montok dada makcik yang menghairahkan. Sekarang, suami makcik tak pandang perempuan lain lagi. Dan makcik tambah bangga bila saham makcik kembali naik. Bukan setakat lelaki seusia malah lelaki muda pun turut tergoda. Makcik pun dah boleh kalahkan Mak Dara penjual jamu. Makcik suka! Makcik gembira! Lepas ini, makcik nak membeli-belah. Nak beli lagi banyak baju ketat sendat. Makcik sudah melakukan perubahan. Kamu pula (yang gemuk-gemuk), bila lagi?
- Rambut semulajadi adik panjang lurus. Tapi adik bosan. Adik nak ada gaya. Adik pergi salun. Adik kerintingkan rambut. Bila dah kerintingkan rambut, adik nak luruskan jambul depan pula. Kerinting di belakang, lurus di depan. Tapi orang salun itu tersalah gunting. Rambut adik jadi tak cantik. Senget sana. Senget sini. Adik malu. Adik pun pakai tudung. Adik tak nak tayang rambut buruk adik. Tak senonoh. Sekarang, adik pakai tudung. Menunggu masa rambut adik kembali panjang. Bila dah panjang, adik nak kembali ke salun itu. Adik nak make-over rambut baru. Bila dah make-over, boleh buka tudung balik. Mesti kekasih adik suka dengan rambut baru adik nanti. Lagipun, kekasih adik tak suka sangat adik pakai tudung. Dia kata macam orang tua. Adik muda lagi. Masih ada banyak masa lagi. Nanti-nantilah adik setia pakai tudung. Ish, bilalah nak panjang rambut adik?
Betul dulu saya tidak pernah ada keyakinan diri. Saya pernah ceritakan pada entri yang lepas-lepas. Saya adalah salah seorang dari kelompok golongan perempuan yang memiliki ketinggian luarbiasa bagi masyarakat ortodoks kolot Malaysia. Ketinggian saya mencecah 5 kaki 9 inci. Walaupun sebenarnya, isu ketinggian saya tidak seharusnya menjadi isu tapi itulah masyarakat kita. Saya juga selalu kata diri saya gemuk. Saya picit lemak sana. Picit lemak sini. Lepas itu, saya belek hidung pula. Hidung saya besar. Kenapa tak mancung? Kemudian, saya merungut.
Patutlah tak ada lelaki terpikat pada aku. Lelaki pandang aku sebab aku besar dan tinggi. Bukan sebab terpikat dan tergoda dengan wajah dan bentuk badan sendiri.
Saya benci dengan diri sendiri. Menggoyahkan lagi keyakinan saya bila kawan baik sendiri seorang yang cantik dan sentiasa menjadi perhatian lelaki. Membuatkan saya bertambah sedih.
Tapi saya mengutuk diri sendiri.
- Kenapa bodoh sangat aku nie? Biarlah aku macam nie. Tuhan tidak jadikan aku cacat-cela. Semuanya indah belaka. Kenapa aku tak nak bersyukur?
- KENAPA AKU NAK PEDULIKAN MATA KERANJANG LELAKI? KENAPA AKU NAK TUNDUK PADA KEMAHUAN LELAKI? KENAPA AKU SAJA YANG PERLU BERUBAH UNTUK MENARIK PERHATIAN LELAKI? BODOHNYA AKU!
- Aku tak hodohlah! Aku cantik! Setiap perempuan pun cantik. Tak ada yang buruk. Tak ada yang hodoh! Tak mungkin aku nak dengar cakap lelaki kalau lelaki sendiri ketiak masam, perut boroi? Sangat bodoh!
Bukan! Saya tidak berniat menghentam sesiapa. Saya tahu, fitrah manusia apatah lagi perempuan sememangnya mementingkan kecantikan. Tapi apa yang menyedihkan, kita terlalu tunduk dengan citarasa lelaki. Ya, memang tak salah kalau kita mampu. Kita boleh buat apa saja untuk mencantikkan diri sendiri. Tapi untuk apa? Cuba tanya lagi sekali pada diri sendiri. Untuk apa kita nak cantik? Kepuasan diri? Kepuasan diri dari segi apa? Untuk suami? Adakah anda yakin untuk suami? Bukankah manusia itu cepat lupa dengan objektif asalnya? (Sengih!)
P/S - Lagu Unpretty sangat memberi motivasi. Dengarlah!
7 comments
lagu unpretty tu memang best sangat..!! :)
hahahaha..
betul sangat tu fara..
kenapa ek kita perlu cantik yang sememangnya kita dah cantik pun..
insyaAllah kid akan lebih dan terus berfikirkan positif..
dari asyik memikirkan kekurangan yang ada dalam diri..
sedangkan Allah dah ciptakan kita dengan cukup sempurna..
thanks fara.. :)
ASSALAMUALAIKUM....
terima kasih atas perkongsian ini...hakikatnya, semua manusia sukakan kecantikan..walau ia hanyalah suatu yang tidak rigid dan akan berubah mengikut umur, itulah sifat manusia kan
kecantikan bisa membinasakan!
bersyukur dgn kurniaan yang Allah berikan, takyah 'ejas' sana sini utk cantek..
dear MF..
nak kena dengar balik lagu unpretty ni..
u are beautiful:cristina agilera (betul ke...?)best gak kan...
cantik itu universal
ekekek... lawak la fara ni. lawak tapi bernas! ceay ceay.. x rugi follow blog nih.
hem.. suka sgt ayat makcik dulu gemuk tp skrg dh kurus. blh pakai bj sendat2, boleh pakai kebaya. hahaha... tapi itulah realiti sebenar kan fara?
suka la bc blog awak!