31/05/11

susu anmum? kalau dah lembu, lembu juga!

Tiba-tiba saya terpanggil untuk bercerita tentang susu. Bukan isu harga susu naik. Bukan isu susu ibu itu lebih bagus dari susu formula. Tapi ini tentang perang jenama susu. Sebelum ini setiap hari, kita disogokkan dengan iklan susu formula Anmum yang kononnya susu dari produk mereka mempunyai kadar gula yang terendah di antara susu-susu lain. Strategi pelan pemasaran untuk salah satu produk Fonterra ini sangat berkesan kepada pengguna-pengguna bimbo yang hanya duduk 'makan bersuap' dari berusaha sendiri mencari kebenaran. Senang cerita, pemalas!

Saya bukan nak tunjuk pandai. Tapi pada pendapat saya, kebanyakan susu mempunyai formula yang tidak jauh beza. Apa yang penting, ianya datang dari lembu juga. Walau apapun cerita, susu ibu juga yang terbaik Tapi ada pula orang-orang yang mempunyai kepala otak bimbo dan pemalas. Senang terpengaruh dengan strategi pemasaran produk. Dari elok guna susu yang sedia ada untuk anak, terus tukar jenama Anmum. Konon susu Anmum kurang gula. Risiko untuk anak dapat obesiti sangatlah rendah. Malah mungkin tiada.

Tapi baru-baru ini, Marketing Interactive telah membongkar alkisah di sebalik iklan Anmum itu. Dikatakan, MOH telah menggantung permit periklanan untuk iklan susu formula Anmum kerana telah melanggari syarat-syarat pengiklanan. Terus-terang saya katakan, saya sangat tidak suka iklan Anmum kerana ia jelas dan nyata memperbodohkan kita semua. Kenapa saya kata begitu? Konon sukrosa itu adalah gula tambahan yang boleh buat anak kita obesiti. Belum masuk lagi sirap pepejal jagung yang dikatakan penyumbang kemanisan paling maksimum untuk satu ceduk susu. Bila difikirkan balik, bukankah ini semua adalah kandungan formula untuk setiap susu anak-anak kita?

Tahukah kita semua bahawa sukrosa itu sebenarnya adalah salah satu asas formula untuk susu anak-anak kita? Sukrosa adalah sumber alternatif karbohidrat di dalam susu formula. Begitu juga pepejal sirap jagung. Walaupun hingga ke saat ini, perdebatan terhadap kedua kandungan  ini tiada berkesudahan tetapi pakar-pakar pediatrik ortodoks telah memberikan satu pandangan positif terhadap bahan ini. Sumber-sumber karbohidrat adalah untuk pembesaran anak-anak. Itu kata mereka. Dan itulah sebenarnya yang ada di kebanyakan susu formula komersil seluruh dunia. Betulkan saya jika saya salah dalam hal ini.

Pendapat saya tentang hal ini, jika anak sudah sedia ada minum Anmum, teruskan saja penggunaaan susu tersebut. Tak perlu ada sifat gusar atau ragu-ragu. Melainkan jika poket kering. Masa itulah baru kita boleh fikir, tukar atau tidak. Bukan apa. Cuba fikir pada keluarga yang tidak mampu untuk memberikan susu formula yang terbaik untuk anak-anak? Tidakkah menyedihkan? Cuba kita fikir kita berada di dalam keluarga yang susah. Dan tiba-tiba keluar pula iklan Anmum. Tidakkah ianya akan buat hati ibu yang susah itu sayu hati kerana tidak dapat menyediakan yang terbaik untuk anak-anak? Adakah kita fikir semua ini? (Ini adalah sudut psikologi juga).

Jika ragu-ragu akan kandungan dalam susu formula, rajin-rajinkan diri membaca dan mencari sumber. Bukan duduk menganga menunggu berita itu disuap terus masuk dalam kepala otak. Dan jangan mudah sangat membiarkan kepala otak anda dipengaruhi dengan benda yang sebenarnya sangat mudah untuk difikirkan.

P/S - Tahukah kita semua bahawa Wardina Safiyyah menyusukan anaknya dengan susu ibu secara eksklusif? Ingatlah, susu ibu itu sebenarnya yang terbaik. Walau sehebat mana formula susu-susu lembu yang ada di pasaran, duta juga memilih susu ibu sebagai sumber terbaik untuk anak-anak. Oleh itu, jangan mudah sangat suka percaya pada iklan ya?

24 comments

ye betul...dorang saja nak manipulasikan pengguna...bijak cara marketing derang kan...huh

nice info .. tapi tu la..penyusuan susu ibu paling kurang 2 tahun..sekarang nie pun susu badan dan kurang ..yaya dlm proses wean off 3 4 ari nie..mmg mencabar...lepas 2 tahun mmg kena cari susu formula jugak...

cara anmum promosi produk mmg tak kena .. seolah menjatuhkan produk lain ...mmg patut pengeluar susu lain marah...mmg mengguris perasaan parents yg kurang mampu sebab tak berdaya menyediakan yg terbaik utk anak mereka ..

tidak kira gula alami + gula tambahan..kedua2nya adalah gula..persoalan benarkah anmum mmg kurang gula dan benarkah produk lain yg mengandungi gula alami+gula tambahan tetapi kandungan gula dlm produk mereka kurang berbanding anmum ..seperti yg didakwa Dutch Lady

boleh baca entri nie :

http://diariibuwafiq.blogspot.com/2011/05/gula-tambahan-dalam-susu-anak-pendapat.html

maaf mommy fara ..panjang pulak berkongsi pendapat ..^___^

31/5/11

a good one from you.
Dunia sekarang semua kene nilai guna otak.
semua pun dihujung jari, tinggal nak atau MALAS sahaja.
Harap ibu ibu dalam golongan ibu yg kurang kemampuan utk memberi susu selain 'susu dlm iklan' tu lebih rasional. Ia cuma strategi pemasaran.

tak pernah terpengaruh dengan pelbagai susu untuk anak yang diiklankan di kaca tv..

banyak sebab boleh menjadikan anak itu seorang yang bijak dan bukan hanya bergantung pada susu semata-mata..

hoho .... susu ibu boleh save bjet... sis org swk nk ?

bagus entri ini..sekali lagi, strategi menakutkan digunapakai sehingga kita tertipu kan huhhuhuhuhuh

YAYA AZURA

Saya dah baca komen dari DL tentang gula tambahan. Itu adalah pendapat defensif. Setiap jenama akan defend produk mereka. Saya sendiri bagi anak susu DL. But, doesn't mean I sapot the product 100%. Taktik bisnes yg berjaya adalah counter and defend. Bile org counter produk kite, kite kene pandai defend. Bile org defend produk mereka, kita kene pandai counter. This is what we call compete with other competitor. Mmg anak need susu after 2 yrs sbb smpi kite ley produce susu rite?
Tak apa. Akan saya usahakan lagi utk entry sequel. Hehehehehe....

orang ramai mungkin tak tahau bahawa wardina safiyyah dibayar untuk berada dalam iklan tersebut. iklan tetap akan kekal iklan.

thanks mommy fara ... yaya pun kena betul-betul fikir nak bg susu apa.. rasa down jugak dg anmum..kenaikan harga yang agak tinggi selepas mendakwa tanpa gula tambahan ... tapi kalau paras gula mereka tinggi mmg rasa tertipu ..
dalam kepala nie ingat nak try Dutch Lady ..

31/5/11

sama macam adik.. dia susukan anak dengan susu ibu.. dah dua tahun,anak dia tak minum susu dah.. lagi suka minum air suam.. hoho... tapi kadang2 kena paksa jugak minum susu..

iye...kalo dh lembu tu tak kire la letak gula ke tak ke ape ke tetap susu lembu....sooo...ikut la haluan yg betul :)

saya tgk iklan tu tanpa rasa apa2..ada gula tambahan atau tak, itu sume bukan punca obesiti anak. anak obes sebab mak bapak bagi makan fast-food (esp nugget) etc..bagi saya, utk anak bwh 2thn, bagi susu ibu esklusif. lepas setahun, susu ape pon takpe sbb dia dah leh makan makanan pejal (yg lebih berkhasiat) disamping minum susu..DHA ka, AHA ka, Ganglioksida ke..irrelevant sume tu..
er, tapi kalo anmum bagi sample free saya amek je :)

susu ibu tetap yang terbaik..


heeee..tumpang lalu

ini sembang2 ibu ni. susu ibu terbaik. lupe dah rase mcmane. tunggu kawen nnti nak rase balik.

1/6/11

iklan wardina tu memang boleh mbuatkn kebanyakkan org terpengaruh. strategi pemasaran memanglah begitu. Bila ada zuriat nanti, sya akan hati2 juga

kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih yang mana sesuai untuk anak kita.. tak semestinya susu tu mahal sesuai untuk anak kita.. kalau tak serasi kesian kat anak kita.. tapi memang betul susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak..

1/6/11

intz....boleh tak nak share di blog. Bagus betul infO ni termasuk lah saya terpedaya huhu. Selepas 2thn saya bagi s26 kununnya itulah susu terbaik. Tapi bila difikirkan susu lembut ttp susu lembu cuma ada bahan2 lain ditokok tambah. Then saya tukar ke Fernleaf kerana beban kewangan yg berat bila susu mahal hakhahakaka. Tapi camner eh...baby yg minum cap Dumex dan bertukar ke cap mahal cam Wyethn mmg betul ada kelainan dari segi kenyang lama dan kenyang kejap.

Adik saya ambil anak angkat dan bagi Dumex sblm ini dan selalu meragam mcm tak cukup susu then bila tukar ke S26, katanya kurang meragam dan taklah selalu meragam mcm lapar sgt. Kadang2 menyusu 2 jam sekali, umur baru 5bln. Sedangkan formula buatkan baby kenyang lama....pelik juga.

1/6/11

EH sorry..tertaip nama org lain. Salam perkenalan mommyfara...suka entri ni minta izin share ye.

Azrina Mohd Tajul Ariffin

Susu formula yg mhl ada byk komponen tambahan. Baby kenyang sbb kandungan karbohidrat susu tu tinggi. Karbohidrat buat baby kenyang lama. Kena amik tau nie. =)

anak2 sy juga minum DL itu saja yg mampu. susu bdn bg hingga ke titisan terakhir :) yg terbaik tentulah susu ibu!

3/6/11

Dear MF..
setuju dgn entry ni.. (pernah ke tak setuju dgn entry MF..).. betul kata afrohead tu.. iklan tetap iklan.. sapa taknak kan extra income..

Nur pun jenis yang mudah sangat terpengaruh.. sekarang sedang berusaha menjadi lebih berfikiran kritis..

dan memang tabik spring toing2 pada yang bejaya fully BreastFeed anak sampai 2 tahun!

7/6/11

bukan saja kandungan gula dlm susu yg penting, ibu bapa kena perhati apa si manja makan..mkn lain pun ada gula jugak

anyone heard about susu ilham...ada sesiapa pernah menggunakannya?

ada sesape dgr tentang susu ilham? ada sesape guna tak?

Catat Ulasan