30/05/11

duduk diam sudah! (ini bola punya pasal)

Hubby kata, dia tak suka Barca. Dia pun bukan peminat MU. Tapi dia kata pada saya, kali ini dia sokong MU. Saya senyum. Saya tahu kenapa begitu.

Hubby penyokong tegar Real Madrid dan Liverpool. Kalau tengok bola antara Liverpool dan MU, saya sakit hati. Suami saya jenis pembakar. Memang saya tak tahan. Dari sakit hati lebih baik saya tengok perlawanan ulangan saja. Bila secara langsung, dia dah menghadap TV awal-awal lagi.

Tapi antara Real Madrid dan Liverpool, dia lebih gila dengan Real Madrid. Apatah lagi bila Mourinho yang jadi pengurus. Idola dia sampai bila-bila. Saya pun tak tahu kenapa. Saya hanya lihat, Mourinho orangnya sangat emosional. Tapi emosional yang rasional. Itu saya akui. Bukan suka-suka emosi. Dan dia mengingatkan saya pada Brian Clough. Agak sama walaupun tidaklah serupa. Bila Mourinho berjaya membuatkan budak-budak zaman sekarang 'cinta sampai mati' sama Chelsea yang suatu masa dulu Chelsea hanyalah kelab bawahan, begitu jugalah Mr. Clough dalam menobatkan Derby County itu setaraf kelab lain di dalam angkatan divisyen 1. Tapi itu cerita dulu. Mourinho ketika bersama Chelsea juga cerita dulu.

Saya tabik dengan hubby. Hubby walau stereotaip dengan peminat Liverpool yang lain (yang suka membakar bila Liverpool bertemu MU) tapi disebabkan dia banyak menjadi saksi kepada kebanyakan perlawanan bolasepak (tak kira mana-mana liga) maka dia sangat bijak menilai mana satu yang bagus dan mana satu yang tidak. Saya akui ini. Dan terus-terang saya memuji juga. Ada sebabnya kenapa dia sokong MU dari Barca. Bukan sebab anti, terus jadi tak suka. Itu bukan peminat bolasepak. Itu lebih mengada-ngada. Ikut orang juga. Entah-entah, 'curi ayam' pun tak tahu gamaknya. Lagi mahu banyak cerita. Tengok pun tak habis. Setakat tengok bola kena tendang masuk gol, sila duduk diam saja.

Saya tidaklah sedih bila MU kalah. Walaupun Barca ketika dalam liga mereka lebih banyak mengekalkan taktik kotor Pep Guardiola untuk kekal juara namun perlawanan pagi itu saya kira sangat bersih. Siapalah Barca jika tidak Iniesta, Xavi dan sudah semestinya Messi bukan? (Ketawa). Apa? Sakit hati? Saya tak sakit hati pun bila kelab yang saya suka itu kalah. Lagipun, saya akui aras kehebatan MU itu di mana dan ramai juga yang berkata (anti MU) yang MU bukan lawan sebenar Barca. Bukan buku bertemu ruaslah kiranya. Saya sangat berfikiran terbuka. Sesiapa saja boleh beri pendapatkan?

Walau apapun, UEFA Champion League bukan penentu liga terbaik. Tapi penentu pasukan tunggal mana yang terbaik sekitar Eropah. Orang kita suka sangat salah interpretasi. Salah tak apa tapi kalau tak kaji dan perhati dan terus menerus pula nak interpret, memang tak masuk akal pun ada juga ya?

P/S - Selangor akhirnya menang? Apa sudah jadi pada Negeri Sembilan?

12 comments

leez xtgk game bola tp, lebih kpd tgk player2 yg ensem2 macho2 la konon tu jer. pastu, tnye2 hubby sape nama2 diorang. ha3..

30/5/11

saya langsung tak ambik pot~~haha~~best kan saya?

saya minat MU tapi x kisah kalo kalah pun sb itu adat permainan....

tu sume rezeki
tp perlawanan time uh memang best

entri saya sebelum ini adalah berbentuk sarcasm kepada MU. bukan berkisar tentang liga inggeris atau sepanyol. tetapi entri sinis dan sarkastik kepada kekalahan MU. :)

afrohead
Oh, yeke? tak dpt nak bezakan sbb entri sinis awak tu agak naif. Heheheh...(tau tp nak counter gak)

sy org selangor...lahir, sekolah rendah,sekolah menengah, sambung belajar semua kat selangor tp kje kat N9..bile selangor lwn negeri sembilan, sy tetap sokong selangor lg hehehehhhh..
p/s: amri yahya org tanjong karang...dia mmg superb lah...

bola ...bukan boleh bercakap pun tak tau kenapa mereka suka sangat dgn bola...hehe

mommy fara...
pasal pendapat kat facebook tu..tu bukan pebdapat wardina..satu pun dia tak komen..itu adalah discussions ..pendapat ibu-ibu lain tu ...

dah lama tinggalkan dunia bolasepak sejak kena marah dengan pak sedara sebab dia taknak anak sedara dia ni kantoi SPM.. sekarang kalau tengok bola pun sebab nak tengok yang mana hensem atau tak.. hahaha...

31/5/11

eh barca mana main kotor...bersih suci k dorang main...:)

1/6/11

err.. saya laki bini tak de perasaan dengan perlawanan bola ni

Catat Ulasan