30/06/11

berhenti menunjuk-nunjuk kerana ia sangat menjelikkan!

Bila kita kenyang makan di Chilis,
Bila kita bahagia menggoyang kaki sambil minum kopi di Starbucks,
Bila kita tenang membaca percuma di Borders,
Bila kita mampu menyusukan anak dengan susu tepung Enfagrow di dalam botol susu Weego,
Bila kita seronok membeli-belah baju anak di butik GAP,
Bila kita gembira bercuti bersama keluarga di dalam negara dengan pesawat MAS apatah lagi ke luar negara 4 musim dengan pesawat Emirates Airlines,
Bila kita gah bercerita tentang kemewahan dunia,
Kita terlupa mereka...











 “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat ”.

 Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 264



Usah mengeluh jika tidak dapat menandingi kehebatan si polan dalam memberi yang terbaik pada anak kerana masih ada yang mampu memberi senyuman yang manis biarpun dalam kepayahan mengharungi hidup.


35 comments

insaf....

kena tambah lagi..
bila seronok menggunakan wang rakyat utk kepentingan peribadi...
huhu..

sedih dan insaf

semua telah tertulis maka bersyukur dgn apa jua anugerahnya...

30/6/11

gambar mummy mandikan baby die tu menyedihkan..kurusnye..:(

30/6/11

Gambar ketiga itu mengigit kalbu aku. Hmm.

Kau bukan dari golongan dongeng hedonis, meski jantina hawa.

Aku kagum, sebenar benar kagum.

insaf hari ni
esok tak insaf dah...
haissshhh la manusia termasuk i

tiba-tiba cik ina teringat pasal kawan semalam, mengeluh dan membebel makan nasi tak de lauk.mulanya malas nak tegur dia, tapi bila telinga ni dah sakit dengar bebelan dia, cik ina jenguk bekas makan dia, nampak nasi ngan bende goreng. "ini bukan lauk ke, ada gak makanan" tiba-tiba jadi kesian ngan manusia cam ni.

@PUTUBAMBU

Politikus tamak haloba memang macam tu.

@Bigdaddyz

Betul semuanya telah tertulis. Tapi, yang bernasib baik itu lebih banyak bercerita dari berdiam dan merendah diri.

@Amalina

Airmata ini pasti akan mengalirmelihat kanak-kanak itu. Err, semalam takde update cerita baru?

@Patung XIII.

Itulah kanak-kanak Palestin =(

Saya lebih suka belajar menjadi susah dan selesa menjadi sederhana dari menjadi senang lenang hingga lupa pada yang kurang. Terima kasih kerana kekaguman kamu.

@NenekPenne

Sebab itu saya nak belajar jadi susah dari menjadi senang. Boleh?

@Cik Ina Do do Cheng

Saya suka komen Cik Ina. Jangan kasihan pada gambar-gambar di atas. Tetapi kasihan pada diri sendiri kerana tak mampu utk belajar susah dan kagum dengan kesenangan.

haiseh~~saya baru nak cite pagi ni saya saya sarapan kaviar~

insyaAllah pakcik sentiasa insaf di samping bersyukur dengan segala nikamatNya selama ini.

cumanya kualiti ibadah belum memuaskan hati.

1/7/11

Dear MF..
Entry ni memang terkesan.. Manusia memang suka menunjuk dengan sesuatu.. diri sendiri pun.. bila tiba susah baru nak mengeluh..baru mula nak insaf.
oleh itu perlu sentiasa diingatkan.. dan terima kasih atas ingatan..

Sayu plak tengok ni kakk...=(




Yang menarik,
AKU JEALOUS! AKU CEMBURU

ai tak suka hidup bersenang lenang sebab itu akan membuatkan ai terlupa dan leka dengan kesenangan itu, biarlah ai bersederhana, sekurang2nya ai ingat di mana ai berpijak ketika ini..

sedeh n menginsafkan..

@bujal X

Heheheheheh! Takpe...hargai kemewahan kaviar dgn penuh kesyukuran!

@al-lavendari

Saya juga Pakcik! Saya takut!

@nur

Entri ini juga sbrnye motivasi pada diri saya.

@Amni

Akak hayati gambar ini sehingga menitis airmata.

@aizamia3

Selesa bersederhana dan belajar menjadi susah - saya cuba.

@Mrs. Amad

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

alamak..sentap hati bui tengok budak kecil kurus kering tu..huhu

Ada orang cakap, kadang-kadang dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

@Bui Idzra Ryn

Saya pun tersentap!

@Besi Karat

Eh, kenapa mcm susah nak komen kat comment box awak eh?

@diana

Saya pun begitu seadanya...

Wasatiahlah kiter dlm kehidupan..sy setuju sgt dgn aper yg awk tls..insaf..

wah...terbaik la entri mcm ni...deqdeq msh belum dpt hasilkan entri mcm ni...simple tp penuh isi yg tersirat....i like...

p/s: deqdeq dh tgk komen fara kt blog lyna...dan dh reply pun

entry ne pun best!!!!!

kesian... tak dapat nk kata apa.. nasib lah anak saya susu murah je so tk lah lupa diri sgt

Catat Ulasan