20/06/11

makcik keliru nak!

Ok. Saya dah keliru. Sudah lesap entri baru. Haru-biru.

Saya keliru lagi. Bila azali bermula kerja di sini dan tiba-tiba perubahan itu berlaku, orang Cina yang saya kenali bertalu-talu menanya itu dan ini.

Kenapa pakai tudung?
Tudung itu budaya Arab saja. Mereka pakai kerana cuaca sana. Kita di sini untuk apa? Tak perlu!
Pakai tudung kerana agama? Kenapa? Tuhan marah kalau tak pakai tudung? Tuhan mana yang suka memaksa? Janji hati kita ikhlas dengan agama itu.

Saya malas nak bercerita. Bila saya cerita A, mereka bidas B. Bak kata, mereka saja yang pandai bab alam dan semesta. Pahala dan dosa. Syurga dan neraka.

Itu bab berlainan agama dan bangsa. Tapi bagaimana pula yang seagama dan sebangsa? Sedangkan bangsa sendiri takkan habis nak diheret ke jalan yang betul? Bila masing-masing asyik hendak menasihat dan tak mahu menerima nasihat. Jadi? Nasihat itu akan jadi apa? Sampah?

10 comments

kata kat dia...makcik, tolong jangan keliru lagi...hehehe

assalamualaikum..

sentiasa baca surah al kafirun.." bagi aku agamaku, bagi kamu, agama kamu".....

cina tu islam or non islam? kalau dia bukan islam..jangan dilayan...

20/6/11

keliru sangat lettew~~haha~~

hurm...sgt keliru tuh!

mom.fara..kak ita pun pernah kena gak mcm ne...kawan melayu makan babi kat kedai cina..letih nak terangkan...kenapa melayu tak makan babi...

Seagama ngan sebangsa pun masih berbalah sesama sendiri dari perkara yang besar hinggalah yang kecil.

soalan ttg agama ni kena bagi jwpn yg cerdik, yg boleh difikir org yg kurg pengetahuan agama,kan..

jawab secara berhemah,
mudah-mudahan menjadi dakwah.

21/6/11

Lagi susah nak nasihat kpd yg seagama dan sebangsa.(pd hemat sya la)

Ada sahabat sya, dia dilahirkan bukan melayu & beragama kristian. Tetapi apabila dia dewasa, alhmdulilh dia memeluk islam. Penampilan & ilmu yg ada dlm diri dia LEBIH Tinggi bbanding sahabat2 lain yg sedari kecil mganut islam itu. sya kagumi dia.

Catat Ulasan