17/06/11

fanatik atau fanataik?

Ada perbezaan di antara fanatik dan fanataik. Jika merujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, fanatik bermaksud;

terlalu berlebihan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (politik dll) hingga melampaui batas

Masih tak faham apa itu fanatik? Baiklah. Saya terangkan serba ringkas maksudnya. Fanatik adalah seperti;
  • fanatik agama - sangat teguh dengan pendirian dan pegangan agama. Sanggup berjuang demi agama. Mencintai mati syahid kerana agama. Semuanya atas nama agama.
  • fanatik bola - serba-serbi tahu mengenai bola. Hafal semua nama pemain. Tak kira kelab mana. Malah, boleh padankan kelab mana yang mempunyai 2 nama yang sama. Contoh, Arsenal di dalam Liga Perdana Inggeris dan Arsenal dalam Primera División de Argentina. 
  • fanatik artis - serba-serbi tahu mengenai perihal artis kesayangan. Dari tarikh lahir, tempat lahir, makanan kesukaan, binatang peliharaan, alamat rumah, nombor telefon....(ngerikan?)
  • fanatik bangsa - sangat cintakan bangsa. Fasis. Rasis. Bencikan bangsa lain. Mempunyai impian sebuah negara yang hanya dihuni bangsa sendiri. Jika ada bangsa lain, wajib bangsa itu menukar nama persis bangsa sendiri. Sangat mencintai Sukarno dan Hitler. Idola sepanjang masa sampai mati.
  • fanatik politik - sangat mencintai parti politik pilihan hati. Sanggup membontot (bukan seks luat tabi'e) ke mana saja wakil rakyat pergi. Sanggup mengibar bendera parti. Sanggup menjulang kain rentang parti. Sanggup bersengkang mata menampal poster parti, menggantung panji-panji parti dan entah apa-apa lagi. Pendek kata, bukan hanya diri sendiri malah rumah pun dihiasi dengan cenderahati dari parti. Hebat!
Dan apa itu fanataik? Fanataik jika merujuk pada kamus diri sendiri bermaksud;

terlalu BODOH dalam melebih-lebihkan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (politik dll) hingga MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI

Masih tak faham atau buat-buat tak faham? Saya terangkan serba sedikit mengenai fanataik;
  • fanataik agama -suka melebih-lebih. Benda tak ada apa-apa tapi suka mengada-adakan cerita. Bila JAKIM dah keluarkan surat HALAL, maknanya halal. Tapi mereka sibuk kata tak halal. Katanya sebab syarikat YAHUDI. Bila dah nama YAHUDI, sibuk nak boikot barang YAHUDI. Tapi tak sedar diri sendiri sibuk beratur nak beli tiket wayang cerita TRANSFORMER, PIRATES of THE CARIBBEAN, X-MEN, HARRY POTTER dan seangkatan dengannya. Senang cerita, cakap berdegar-degar. Tapi tak pernah serupa bikin. Otak kosong. Muka tak malu. Memakai kopiah 24 jam bukan bermakna ilmu melebihi langit ke-7!
  • fanataik bola - orang tengok bola, mereka pun sibuk tengok bola. Sebelum perlawanan, perang mulut. Megah berkata, kelab/negeri mereka yang paling hebat. Bila kalah, sakit hati. Bila sakit hati, provok penyokong satu lagi. Bila dah provok, tak cukup lagi. Maki-hamun lagi. Tak puas maki, bakar meja kerusi. Belum bab baling botol air dan baling mercun bunga api. Bila agaknya nak baling orang sendiri. Untung-untung, boleh cekik pemain sendiri. Apa punya player! Gol sendiri!
  • fanataik artis - selalunya berjangkit pada anak-anak dara dan emak-emak budak. Tak boleh usik sikit artis atau watak pujaan kena kutuk, maki-hamun. Memang perang mulut. Tak cukup mulut, tarik tudung dan rambut pun sanggup. Perihal Seth Tan pun mahu bergaduh. Sekali kau cerca SETH TAN, aku sumpah kau jadi SETAN! Dahsyat bukan? Bab mengumpat, mengutuk, mengata, memulau orang dan segala macam hal yang buruk-buruk memang serah pada orang-orang seperti ini. Tudung lilit seribu pun belum tentu perempuan itu baik budi pekertinya. Harap maklum.
  • fanataik bangsa -kebanyakan mereka sangat berpegang pada fahaman bangsa ortodoks. Golongan inilah juga yang sangat suka membangsakan agama. Asal kahwin, wajib naik pelamin. Kalau tak buat, NANTI APA ORANG KATA? Asal anak baru lahir, wajib kenduri cukur jambul. Kalau tak buat, NANTI APA ORANG KATA? (Cukur jambul dalam konteks Islam adalah, mengadakan kenduri doa selamat dan mencukur rambut anak sehingga bersih. BUKAN mengeliling pakcik, makcik sambil marhaban dan potong rambut anak sikit-sikit dan taburkan rambut anak ke dalam sebiji kelapa (atau semangkuk air kosong) Semuanya sebab NANTI APA ORANG KATA? Golongan ini juga penyebab UTAMA kenapa MEMBUANG BAYI itu menjadi trend masakini anak-anak remaja. Fikir sendiri kenapa! Semuanya atas dasar NANTI APA ORANG KATA? (Masih tak faham kenapa?)
  • fanataik politik -bab paling bodoh. Siapa kata susah hendak memancing rakyat untuk mencintai parti rekaan sendiri? Cerita saja bab agama. Berpusu-pusu rakyat datang menyerbu. Angkat tangan tanda perjuangan. Itu belum bab bercerita tentang bangsa. Mari pertahankan bangsa! Kita juga mahu menguasai Putrajaya. Takkan orang Melayu saja? Atau lebih mudah, bangkitkan saja isu bodoh. Petik jari saja. Jerit saja kuat-kuat, PARIA! Serta-merta mereka akan bersatu berhimpun pertahankan kaum. Jangan hina kaum kami. Senang bak kacang parang! Isu paling mudah sudah pasti isu duit! Mudah, cepat dan berkesan. Kenapa? Bukankah rakyat itu bodoh? Senang dicanang cerita yang entah apa-apa? Mereka malas menganalisis. Apa yang mereka tahu, BERJUANG! BERJUANG! BERJUANG (sambil menjulang penumbuk ke langit)
Fanatik saya tidak pernah menjadi. Apatah lagi fanataik. Melainkan setiap pagi. Kamu?

16 comments

adeess...........

haha bab FANATAIK bola tu best. tak reti terima kekalahan. team-team lain yang dah banyak kali menang piala bila kalah ok je. heh.

tak usah nak fanatik fanataik sangat.. apa yang baik kita buat, yang buruk kita jadikan sempadan..

sy tgh2..hehe~

kita kalau apa2 tak payahlah fanatik sangat..

pasal kes citer nora elena tu pun sampai ada yang bergaduh2 hanya kerana surat main2 yang ditulis oleh blogger yang memang suka main2 buat entry.. dah peminat fanataik mengamuk2 bagai...

17/6/11

hehe.. ketawa sy bc entry ni :)

17/6/11

ini sepatutnya dihantar ke sarkasis~

17/6/11

fanataik??? hahaha.. memang best lah...

17/6/11

pandai! Heee... Sy sedang2 aja.. Tapi memang selalu jumpa orang jenis fanataik ni.semua betul belaka.. Hahahaha..

18/6/11

oh mmg wujud perkataan fanataik eh...

memang setuju sangat ngan fanataik tu. orang kita sekarang ni dah tak tahu yang mana satu adat dan perkara wajib.cik ina fanatik ngan masak je . boleh?

fanatik ambik gambar sendiri, ada...?

fanatik pd kerja?? boleh ke?? jarang amek cuti...skrg nie balance cuti sy masih ada 26 hari drpd 29 hari huhuhuhhhhh

tidak terlalu fanatik dlm segala sesuatu adalah suatu hal yg lebih selamat...

21/6/11

sya ni fanatik dgn dunia blog ni. pantang ada masa terluang pasti akan mgadap PC tgk blog. Kadang2 mr suami pun tegur & boring tgk gelagat sya.Tp sya tetap pertahankan keseronokkan memiliki & melayani blog ini. hehe

29/6/11

fanatik pada post ini.boleh?

Catat Ulasan