18/07/11

kembali!

Saya sudah seperti sediakala. Umpama nelayan sudah bersedia untuk menjala ikan temenung. Umpama jururawat (misi) kembali bersedia mengasah mulut untuk teguran tajam kepada pesakit. Dan yang penting, saya sudah kembali bersedia untuk berblog.

Terima kasih tidak terhingga kepada kawan-kawan yang memberi pesanan berguna pada saya. Terima kasih tidak ternilai. Bukan jutaan. Apatah lagi ribuan. Jauh sekali ratusan.

Saya masih tak ada isu. Tak ada apa yang hendak dibentangkan. Segala idea saya habis dipukul tsunami demam yang membengkak itu. Tak nak ingat. Seram. Tapi saya ada ini;

Klik untuk ke rumah beliau yang sangat menghiburkan hati. Hati yang lara, mungkin?

Pada mulanya, saya hendak menamakan ia dengan 'medula oblongata'. Atau mungkin 'cerebrum'? Mungkin juga 'cereblum'? Akhirnya tak jadi. Nanti mereka akan sangka saya pakar otak. Atau paling tidak, mereka akan panggil saya doktor otak.

Dulu blog saya seperti blog ibu-ibu yang lain. Menulis tentang anak dan keluarga. Berbahasa Inggeris pula. Walhal, penulisan bahasa Inggeris saya saling tak tumpah seperti bahasa Inggeris murid-murid tahun 1. Tak percaya? Sila jenguk entri saya yang terdahulu. Atau, mungkin tak payah jenguk kerana saya malu. Tapi kalau nak jenguk, jenguklah. Bukan ada apa pun. Tapi, tak payah jenguk lagi bagus. Arghhh!

Tapi saya bosan. Saya tak pandai hendak bercerita tentang kehidupan sendiri kerana kehidupan saya adalah realiti yang membosankan. Bangun pagi, gosok gigi, mandi, siapkan anak, hantar anak ke rumah penjaga, pergi kerja, balik kerja, masak untuk suami, bermain dengan anak, tidur dan seterusnya. Jadi, apa yang kamu rasa?

Maka, kekallah ia sebagai 'pok amai-amai' dan penulisnya, Mommy Fara. Tapi saya tak suka orang panggil saya 'mommy'. Entah kenapa ya? Fikir sejenak.......

41 comments

myb saya akan jadi mcm ni kot...mula-mula hal keluarga..cerita peribadi mgkn smpai 1 tahap saya sendiri akan bosan kot...

saya panggil awak angti? bole ? atau aungti? guane?

Ko tulih jek..
ada kontes yang aku pasti ko buleh sertai...jom!

sy pon rs awak tak seswai dgn panggilan 'mommy'.. panggilan fara lg 'serasi' dgn blog ni :)
alhamdulillah dah sembuh..ceciter sakit ape yg teruk sgt..ke peknen?? :)

tak dapat bayangkan kalau blog ni nama medula oblangata...

sangatlah scientific okay.. ekkeke

takde salahnya nak bercerita kisah peribadi tapi rasanya biarlah ruang lingkup yang sederhana di mana tidak mendatangkan aib pada diri mahupun keluarga..

itulah yang en. suami sering ingatkan.. ;)

@:: Mrs.Eady ::

Jgn bosan bercerita tentang keluarga sendiri. Jgn jdk mcm saya. Heheheh!

@*Miss Geli^

Ko pgl aku datin la sbb ko special case! =D

@ahmad humairi

Ouh, Yg puisi-puisi tu eh?

@kinna

Mula-mula sy igt sy peknen. Hahahah...tp nan ado!

@PUTUBAMBU

hahahaha! nsb bek tak jadik letak!

@aizamia3

betul! saya setuju!

Tanpa Nama
18/7/11

whoa...selamat kembali ber blog!!!!ala nnti idea tu dtg la pelan2

ok mommy sudah di ringankan ...kesian mommy ...anyway takiu kerana beri info....

panggil mommy ni rasa macam kiut2...gitu ..hehe

ok mommy sudah di ringankan ...kesian mommy ...anyway takiu kerana beri info....

panggil mommy ni rasa macam kiut2...gitu ..hehe

@Bigdaddyz

hahahah! boleh msk balik baca! hehehehe....kiut eh? okehlah, tarik balik perkataan tak suke tu...wahahahahah!

SAngat berpuas hati dengan xplanation ini....

Tapi cycle hidop kamu sama je dengan cycle hidop orang lain...

mesti ada 'in between' yang xciting....

@gedek!

Bila ada yg exciting tu, of cos akan excited utk di publish kan di sini....heheheh.

Abg gedek! sure puas hati ke?

18/7/11

mommy...
panggilan comel.
tapi ayu suka anak ayu tiak ibu,..
like dah tua2 gitu..
hehehe


apapun.. nak ucap tahniah utk fara sbb rajin datang ke blog ayu..
u so sweet

sy lak terbalik..ms mula² blogging kononnya nk buat entri yg ala² membuka minda dan beri kesedaran..lama² eh jd blog diari harian pulak hehe

@Citarasa Rinduan

terima kasih daun keladi ayu. bkn sng dpt kunjungan blogger otai nie...sy berbesar hati!

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

tapi blog harian awak sgt menghiburkan hati....blog harian sbnrnye blog paling mencabar sbb idea tu bkn sng nak cari...huhuhuhu!

Jangan pernah rasa boring dan bosan ngan kehidupan sendiri.hidup kita, kita yang tentukan.Sebagai manusia normal kita berhak meluahkan pendapat selagi tak melanggar batas agama dan norma kehidupan .

terbelenggu dalam kerutinan?

kerutinan itu sendiri boleh jadi idea untuk berblogging.

mommy, nak susu !

apakata tulis tentang terma medikal pula. otak khususnya. :)

hati anak-anak .. hikhiks

19/7/11

Selamat kembali FARA!

Sya suka mbaca blog yg ada perkara2 yg mbolehkn kita bfikir di luar kotak(spt pok amai2). Sesekali cerita hal peribadi pun seronok juga. tp jgn sampai mjatuhkn maruah & syok sendiri.

@Cik Ina Do do Cheng

sy tak bosan menghadapinya. insya-allah...terima kasih cik ina sbb bg nasihat pd sy!

@delarocha

betul! tp tibe2 sy tersedar yg sy tak bape suke bercerita sgt tentang rutin sy...heheheh!

@Encik Psychopath

klu ko nak susu, ko g hypermarket. beli susu segar jenama goodday! sedap ooooo!

@afrohead

tak nak la.....tak reti...wahahahah!

@Inspirationalefeks

hati anak-anak....tp fikiran kedewasaan...mcm ne?

@MEKAR

Terima kasih Mekar.

Betul. Jgn smpi terjual aib sendiri. Menakutkan. itu yg sy cuba elakkan.

ye entry fara dewasa,saya pula kurang pandai nak tulis isu sebegitu..tak tahulah nak kategori blog macamana..keh..keh,ada masa merapu ade masa ada ilmu...

panggilan mommy itu sendiri sgt unik sifatnya......apepun always probitas et fides ya

19/7/11

saya suker dengan panggilan mommy..

mungkin saya juga akan rasa begitu. bila sampai satu tahap, akan jadi bosan ngan semua benda termasuklah blog.

huh..

19/7/11

welcome back...
dah habis fikir belum?? nak tau jawapan kenapa x suko di panggil mommy...:)

20/7/11

Oh.. Begitulah sebabnya ye..

Catat Ulasan