5/07/11

seni radikal itu adalah sebuah revolusi

Cerita dulu perihal Astro.

Terima kasih banyak-banyak kepada Astro kerana pakej Movie (selain Sport, Learning dan Fun). Sekurang-kurangnya, saya tidak pening kepala bila terpaksa menghadap sinetron busuk dan drama bonyok dari saluran yang lain. Walaupun yuran Astro itu mahal tapi saya tetap nak tonton. Disebabkan HENDAK maka saya terima. Melainkan kalau Astro itu PERLU maka saya wajib merungut dan komplen. Buang masa boikot sebab saya nak tonton karya Yahudi yang bermutu tinggi. MELAINKAN kalau special case seperti Sang Geli ini. Barulah boleh buat perhimpunan memBERSIHkan kerenah birokrasi Astro. Relevan tak?

P/S - Oh, ya! Pakej FUN telah memberi impak yang besar kepada adik bongsu saya. Selain fasih berbahasa Inggeris (tanpa perlu menghantar beliau ke tadika Q-Dees dan yang seangkatan dengannya), IQ dia juga berkembang pesat melebihi kakak dan abang-abangnya yang lain. Oleh itu, tadahkan anak-anak anda dengan pakej FUN itu setiap hari.

Perihal topik hari ini.

Astro telah menghidangkan saya dengan The Trotsky yang agak lazat. Saya menolak komunisme dan sosialisme tetapi saya boleh menjadi revolusionis dalam menggerakkan (atau mungkin sekadar penyokong) fasisme dan nasionalisme (bangsa). Tetapi Leon Bronstein itu benar-benar memikat hati dan jiwa saya. Apatah lagi bila ia dimainkan Jay Baruchel (betul saya jatuh cinta kepada beliau tetapi cinta saya terhadap Mr. Baruchel tidak sehebat cinta mak budak sekalian yang gila bayang dengan Seth Tan - maaf jika ayat saya tersangat LAME). Dan saya bayangkan andai di Malaysia, bukan sekadar budak-budak sekolah tetapi para belia tidak sekadar mengikut telunjuk perjuangan orang dewasa (yang mungkin berlainan bangsa) MALAH menghayati perjuangan itu. Bukan sekadar mendengar lagu hc/punk dan bila ditanya, jawapan mereka adalah TAK TAHU!

33 comments

*menggugel the trotsky.

takde pilihan selain kena juga tengok melalui astro sebab gayat nak panjat sampai ke bumbung pasang ariel

matcham matcham ada...?

assalamualaikum..

ari tue masa check in hotel sempat la tgk film jennifer body kat HBO...tak caye megan fox jadi hantu huhuhuhhhhhh

@bujal X

gugel, jgn tak gugel! amacam? dpt tak?

@gedek!

itu tagline arwah tu....

mmg suka ngn astro :)

Kena google lah bila baca entry fara nih, ayat² advance sgt ☺☺☺

Kat umah nan ado astro.

@fiza

Hahahahaha! Google tau.....t dpt knowledge perkataan baru!

Taat pada perintah tuhan,
raja dan negara,
membantu tiap masa,
patuh undang-undangnya,

pasti bersih!, insyaAllah.

bahasa tinggi ni.. oh kena amik masa untuk faham apa yang tersurat dan tersirat...

@ahmad humairi

100% setuju. dan tambah sikit lagi....setia dengan bangsa sendiri.

@NenekPenne

berapa lama agak-agak? =p

5/7/11

Aku dengar cerita itu tentang revolusi.

Menarikkah?

@Patung XIII.

Menarik. Sinis. Saya suka.

mommy fara

kita sama..
serupa..
yang penting kita dapat kelebihannya

pernah buat entry ttg astro..
rasanya ayu kena buang beberapa pakej yang tak sesuai utk umai

perjuangan saya ialah bersedia utk hari esok.

lagi cantik kalau org kita rajin membaca....ini bila membaca cuma 1 paper sahaja...bacalah semua utk lebih info ...tak lah melalut nanti...:)

pasang astro untuk tengok bola je :-)

Kebanyakan budak-budak sekarang suka dengar dan ikut telunjuk orang tanpa usul periksa. kadang-kadang dorang sendiri tak tahu apa yang dorang buat.Budak-budak sekarang kena banyak belajar asal kejadian.

@Citarasa Rinduan

Kelebihan itu kehendak kita. Bukan keperluan. =)

@Encik Psychopath

Kalau tiada esok bagimu?

@Bigdaddyz

Membaca itu PERLU. Tapi bukan URTV.

@delarocha

Sukan pakej yang mahal.

@Cik Ina Do do Cheng

Cik Ina sentiasa memahami apa yang saya cuba sampaikan. TQ!

sinetron busuk sy layan juga kengkadang..hik hik hik..

pakej movie mahal jd sy dah buang..

astro fun mmg kegemaran anak-anak..bagus juga tatabahasa mrk bertambah..juga bagus utk sy sbb diaorang x ganggu sy buat kerja..hik hik hik..

the trotsky tu sy x penah tgk..pd seth tan xdalah smpi nk gila bayang sbb tahu lelaki mcm itu bkn realiti..

nasionalisme. bakal dimuat turun.

6/7/11

google dulu ye mak komeng..

11/7/11

betul la. kena google dulu istilah "isme" yg ditekankan. kang tak pasal fara maksudkan lain, sya maksudkan lain. heh. Sya pun pelanggan astro tp jarang le tgk movie yg dimaksdkn itu. kadang2 rasa rugi pula beli sampai 2 kad astro tuh

Tanpa Nama
23/7/11

sering mencebikkan bibir kejelikan tiap kali remote astro di tangan, seolah-olah mencari-cari sesuatu yang memang dah tau tak wujud langsung dalam hidangan konglomerat penyiaran ni. cuma sekali dua bernasib baik dapat mengutip cebis-cebis hidangan yang mampu buat bibir tersenyum walau pun dengan lakonan aktor tak ternama atau filem gred rendah dari india sana. jadi, sampai sekarang masih sayangkan remote astro ni dan terpaksa menahan rasa meluat dengan `percikan-percikan najis' dari saluran lain.... sigh!

Catat Ulasan