Muzik latar entri ini - sila dengar Uprising (Muse).
Abang (biar kelihatan lebih muda) gedek! kata, dia orang tua. Kalau sakit, dia jumpa bomoh. Berkerut dahi saya. Ya, saya tahu dia bergurau. Tapi dahi saya berkerut kerana saya tiba-tiba teringat kisah lama. Kisah di zaman muda kala (masih lagi muda hingga kini)
Kawan jumpa bomoh nak mandi bunga. Konon kena buatan kekasih lama. Dan dia desak suruh bomoh tengok saya. Saya tak nak kerana berdosa. Tapi dia kata dosa apanya. Setakat nak tahu bila sampai jodohnya. Bomoh itu pun memujuk saya. Nak tak nak saya mengalah jua.
Cara bomoh itu senang saja. Rokok kretek dihisapnya. Limau nipis dipotong dua. Entah apa dia baca. Kemudian dicampaknya ulas limau ke dalam geluk air paip biasa. Dan dia terkejut secara tiba-tiba. Saya panik tapi masih diam seribu bahasa. Kawan pula sibuk bertanya kenapa. Bomoh itu seraya berkata;
Kamu nie dah kena kunci orang. Jodoh takkan kamu jumpa sampai bila-bila. Melainkan orang itu membuka kembali apa yang dia sudah kuncikan. Tapi saya ada satu cara. Kamu boleh mandi bunga. Cari berjenis-jenis bunga. Nanti kita mandi sama-sama.
Kepala otak dia. Dia Tuhan ke? Boleh tahu segala. Saya menyesal tak sudah. Berdosa saya jadinya. Bersekongkol dengan orang yang entah apa-apa. Saya biarkan saja. Mandi bunga ke. Mandi daun ke. Saya tak peduli apa-apa. Walau kawan sibuk tanya. Jauhlah kamu semua!
Selepas peristiwa itu, kawan mengajak saya berjumpa bomoh lain pula. Saya yang kasihan, ikutkan saja. Tapi sejak bomoh yang terakhir itu, saya dah tak hubungi kawan saya lagi. Bukan tak percaya mistik tapi lebih menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. Namun usaha tetap usaha tetapi ke arah jalan-Nya. Dan tidak lama selepas itu, saya dapat tahu bomoh yang konon melihat jodoh saya meninggal kerana santau. Innalillah...semoga perbuatan kita semua (baik yang hidup atau yang mati) diredhai oleh Allah!
36 comments
cheqna pun tak percaya ngan bomoh2 ni...Allah maha berkuasa kan...
bomoh mcm ini takut bersekongkol dgn jin..
tp sy percaya dgn pengamal perubatan cara islam selain doktor
xdpt plak tok moh nak detect santau tu, ek? he3..
BOMOH..Dengar Boleh Percaya JANGAN....
kemain bomoh itu mengajak mandi bersama2~~gatai ha~~keh keh~~
bomoh tu tk dpt meramal pulak org yg nk santau dia
hmmm tp jgn tk percaya ramai masy.kita yg pergi kpd bomoh
kemain bomoh tu ye...ajak mandi lg...dh berapa ramai la mangsanya tu
Bomoh? No way! pentipu jer lebih..kalau pengamal perubatan islam tu boleh la kita rujuk kan..tapi kalau bomoh, lazimnya jawapan tak dak bajet langsung...main suka suki mak bapak dia je buat statement. I had an experience before...katanya minum air akar kayu yg dia bagi, i akan pregnant...amboi makcik bidan@bomoh ni, macam dia tuhan penjaga sekalian alam. Ok nak share space sikit lagi, ada satu doktor homopati di Old Town PJ, kaedah perubatan pakai rambut. Dia akan minta sedikit rambut kita dan cek ikut kotak ajaib dia...belum apa-apa, doktor ni dah minta RM3000 sekiranya i pregnant...so i kata boleh je...setapak lepas keluar dari klinik dia...bye2 je lah...nampak sangat dia pentipu...
nak mandi bunga tak payah jumpa bomoh
buat sendiri kat rumah pun boleh kan???
kalo nak best - gi spa!
ekekekeke
bukan boleh percaya bomoh2 ni semua
banyak auta dari yg betul
Kakak kalau sebut bomoh memang takut sebab dah banyak terjadi disebalik dia ubat dia juga yg bagi org tu terus-terus jumpa dia sebab nakkan duit, macam aruah Mona Fendy tu...
Kalau nak berubat benda mistik baik cari darul syif' atau darul ruqiah... itu confirm islamic... sebab ustaz pun tak sentuh pesakit, bahkan pesakit perlu ditemani dan kalau yg tak tutup aurat ditutupkan oleh ustaz tersebut dgn kain batik...
sy suka lagu unintended kalau dari muse..lagi touching tau huhuhuhh....
p/s: nasib baik awak tak kena cabul kan huhuhhhhh
bodoh betul bomoh..kenapa nak mandi bunga bersama..geram pulak kak ita...kak ita pun tak percaya..sebab bomoh gak dulu2 kita org putus sedara..kata family kita org guna2 kan family sedara sampai meninggal..siap repot polis sekali.. kita org nak jumpa bomoh pun tak penah...apa kejadahnya nak buat org..tu kesah kecil2 dulu...kalu sakit jumpa lah ustaz yg boleh bantu...macam darul sifah tu...
dalam 10 baris ayat yang di beritahu cuma anguk2 2 baris sebagai tanda hormat ...dan selebihnya jangan dipercayai langsung!
Bomoh menipu byk skang ni..
Elok la kita berhati2...
Kembali kepada Al-Quran..
Segala penawar ade didalamnye kecuali mati...
@cheqna
Sy kena paksa...sy pun tak percaya.
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
Kebanyakannya bersekongkol kot? Ish...
@ArELeEz
Ms sy terima berita bomoh tu meninggal, sy pun terpk benda yg sama...
Allah saja yang Maha Ketahui Segala.
@Eye_nee
Yep!
@bujal X
Err, dia juga perempuan mcm saya...
@Maya Mayana
Bomoh tu mbok!
@Lady Windsor
Hal yg nie lagi gila. Mtk RM3k klu peknen? Bia benar? Nak preggy, just amik seurat dua rmbt? ish...ade gak mcm tu? Mahal lak tu?
@miloais
Spa? Ya...sy teringin nak ke sana.
@Kakzakie
Mistik Islam berteraskan Al-Quran itu sy percaya!
@sahromnasrudin
Tak sesuai entry nie letak lagu touching! Hehehehe....
@anitadiana
Ish....yeke kak? Smpi pecah belah keluarga. Nape tergamak mcm tu? Sy teringat satu kes dulu. Psl bomoh gak. Sampai bunuh membunuh, tak silap saya. Eii! Nauzubillah!
@Bigdaddyz
Itu first and last sy menghadap bomoh. Takde sy nak jumpe bomoh lagi. (Itupun terpaksa)
Nyamuk tak cari Bomoh pun... Beranak pinak sampai dah lebam dah Badan WuMing kena tampar.. Tampar nyamuk tak kena.. diri sendiri yang sakit.
ADA TAK BOOH GUNA CARA PERUBATAN ISLAM.. TU DIPANGGIL BOMOH JUGAKM KE?
ada yang boleh percaya dan ada yang tak boleh dipercayai
Pergi hospital sebab ada misi je.....
hehe!
Sgt xsuka bla org terlalu taksub dengan "kekuasaan" bomoh ni.
Nsb baik u cpt2 sdar dn xikut je apa yg bomoh tu ckp.
fara tahu tak selagi ada manusia dalam duania ni pecaya ngan bomoh selagi tu bomoh ni ujud. tahu tak pe.
terlupa plak, selagi kita percaya yang Allah SWT tu berkuasa dari segala-galanya, selagi tu kita rasa hidup kita aman damai dan tenang selama-lamanya.
Bomoh ni bermain dgn syaitn dn sewaktu dgnnya kan? Syirik tu...hu
erk, bomoh? dorang ni bukan tak boleh dipercayai ke? naseb kamu tak ikut dia mandi bunga~
jangan mudah percaya pada bomoh.. tapi ada penyakit yang doktor tak boleh rawat dan kita kena cari jalan berubat secara tradisional..
Dulu saya pernah juga nak mandi bunga. hehe tapi bukan pergi jumpa bomoh. hanya beli titisan minyak aura seri. air aura itu dibuat mandi supaya penampuilan kita berseri (kiranya mudah dpt jodoh la).