Jururawat (sister) kata, Aydin kena campak. Saya tak puas hati. Maklum, dia jururawat. Saya berkeras hendak berjumpa doktor. Jururawat hanya menurut kata.
Bila jumpa doktor, doktor buat-buat sibuk. Entah apa yang sibuk, saya tak pasti. Tanya saya itu, ini. Usik sana, usik sini. Akhir cerita dengan selamba, dia kata;
"Aydin kena kudis buta,"
Terkejut bukan kepalang dibuatnya! Kudis buta? Apa betulkah? Dan saya berkira-kira untuk menyalahkan diri sendiri. Hati jadi sedih. Hidup jadi tak menentu (sekadar fiksyen, jangan percaya). Sebaik pulang, suami bergegas basuh semua baju kami dengan air panas mendidih. Katil habis dibogelkan. Sarung bantal semua habis dilucutkan. Semua bogel.
Tunggu sehari.
"Kudis buta" masih seperti itu.
Tunggu 2 hari.
"Kudis buta" masih seperti itu juga.
Tunggu 3 hari.
Saya dah bengang! Itu bukan kudis buta! Itu memang betul campak!
Simptom jelas dan nyata. Sehari sebelum campak, Aydin demam panas. Sebaik hilang campak, Aydin batuk dan selesema. Saya lega.
Betul ke dia doktor? Atau baru pulang dari Hospital Bahagia? Kami pening kepala!
73 comments
sebab tu saya selalu mintak pendapat ketiga~~he~~
*orang cakap demam campak kena sekali je seumur hidup.saya kena dua kali.apahal? he~~
doktor kadang2 memang memeningkan kepala..aydin yg comel..semoga cepat sembuh nak...
hisy..doc katne ni??
dah responsibilty die tuk check pesakit..so they should make the best effort on it la..
kadang2 diorg ni nk kne saman bru nk sedar..hihi
doktor skang banyak merapu
erkkk.....
cuba try g klinik lain r kak..
ye ke kudis buta...hurmm....
Siap lah yg buta MF kakak pun tak faham - kudis ke porg yg memeriksa. Kesiannya Aydin... Kakak rasa sekarang musim budak kena campak dan chicken pox. Sekolah anak kakak team bola sepak dia terpaksa surrender bila pemainnya 4 org kena demam campak...
ala cian nye dia,
tpi positif nye, sya suka anak kena cmpak masa kecik...
sbb dia akan cepat sembuh dan parut pun cepat hilang...berbanding kena masa tua...
kudis buta?
anak ke-2 sya penah kena...
mmg lambt nak sembuh dan lagi teruk kulit melepuh berbanding campak...
Kengkadang kita tak perlukan doktor.
Biarlar....dia pasti cured sendiri...secara semulajadi, cuma perlukan sedikit kesabaran.
alahai, doktor....
Salam,
Musim demam campak sekarang ni. Saya baru je lepas baik :-).
Masa gi klinik tu dr usik sana sini, boleh dia cakap mcm ni " simptom macam pelik je tapi saya andaikan u kena demam campak LA KUT sebab ada bintit2"
Wahh..main KUT-KUT dan andai-andai je dr nih
...dah buat complain? (patut disegerakan)
@bujal X
Sy pun kena dua kali tapi;
1 - Campak (kecil-kecil)
2 - Cengkering (besar-besar berair)
Bujal mcm tu kah?
Aydin kena campak 2 kali (kecil-kecil)....nasib2!
@Maya Mayana
Oh, atas tu cerita minggu lepas. Dia dah baik sepenuhnya. Legaaaaaaaa!
kne jumpe doktor daddy ziyyad nie...dia pasti tahu penawarnya, fara....
@.: iEyLa :.
Doktor kerajaan. Tapi sy pnh ada kes doktor swasta gak. Lagi haru.
Sy demam panas. Dah 3 hari still tak kebah. Pegi lagi doktor yg sama. Dia kata demam biasa je. Kepala otak! Saya dah longlai mcm nak mati. Dia ley kata demam biasa?
Tuka doktor, doktor tu kata saya ada tonsil. Cehh! Klu saya biarkan aje? Ape jadik gamak?
Akhirnya, sy sembuh bila pekena ubat doktor baru tu. Alhamdulillah!
@NM02
Betul la!
@cheqna
Tak pe. Dah ok da pun. Heheheh!
@♥cikmOt♥
Bukan...
@Kakzakie
Alahai, kesian team bola tu. Tapi takpe. Pas baik campak, sure lagi kuat kaki tu tendang bola. Masuk gol terus. Heheheheh!
@mamaNoriz
Eh, awak ada pengalaman psl kudis buta. Sy sgt risau pasal scabies nie. Tak suke.
Boleh mtk advice awak one day...tp harapnya takde.
@ahmad humairi
Penyakit semulajadi yg pasti jadi dalam hidup...sy biarkan aje.
@Irma Ruhani
Kan? Huh!
@Suara Kalbu
Sy tergelak baca komen awak nie. Doktor tu lagi haru. Ade ley kate kut? Bongok gile okeh!
@SM
Tak komplen sbb tak jumpe. Org mcm nie jgn komplen senyap2. Tapi kena komplen satu klinik bia seme dgr.
Ouh, ini bukan swasta tp kerajaan sbb tu kena ajar keras. Tak apa, Insya-Allah...one day!
@Mommy Fara
bab komplen secara terbuka tu aku setuju sangat.
bukan bertujuan untuk memalukan sektor awam atau menjatuhkan tahap profesionalisme mereka, tapi supaya mereka lebih sedar (buat yang masih tak sedar-sedar lagi).
@sahromnasrudin
Sy akan tny satu hari t.Tapi campak takde penawar melainkan baik sendiri.
=D
@SM
Betul! Tapi aku tgk doktor tu pun mcm depress. Mcm hilang semangat. Nampak stress. Nmpk mcm kat dahi dia ada tulis...
TOLONG KELUARKAN AKU DARI BELENGGU KERAJAAN.
doc sambil lewa..
@Mommy Fara
aku kenal ramai penjawat awam sekarang yang dulunya kerja swasta. alasan mereka pindah masuk sektor awam sebab tak tahan tekanan kerja.
tapi untuk kes doktor ni, kau rasa apa tekanan yang membelenggu mereka?
jangan percaya, sebab firdaus pun pernah doktor bagitahu cam tu masa umur cam tu. cik ina syorkan ko ambik omega oil jenama tucovix, cik ina pernah tulis dalam blog cik ina masa tu umur firdaus lebih kurang 3 tahun, cian dia rupanya dia allergic .Insyallah ko ambik tu bagi dia , lepas tu okey
kalau daddy pasti kena cangkul...serius!
ala2.comelnyaa anak awok ke??
kudis buta??mcm pernah kena je masa kecik=p
jururawat yg bijak atau dr yg pandai :)
Siannya aydin. Smoga cepat sembuh.
itu doktor banyak budus...sama la macam kes cucuk gusi lain, cabut gigi lain kan...alala sian tau aydin...cool ya baby!
so lain kali percaya la si jururawat k...:)
@Cik SHiNJU
Mmg nmpk sgt sambil lewa.
@SM
Tekanan kerja yang berlambak. Doktor kurang, beban pada mereka. Gaji pulak rendah. Nak cabut, ada kontrak dgn kerajaan.
Sape tak stress?
@Cik Ina Do Do Cheng
Sy dah baca entry Cik Ina psl ubat tu. Bila baca entry tu, terus melekat nak baca entry lain.
@Bigdaddyz
Seramnya En.Daddy! Sy taklah sampai cangkul sbb nanti jadik kes polis. Tak sgp sy.
Tak apa En.Daddy, one day...doc tu akan sy tegur dgn cara paling diplomasi! Tunggu!
@merahitujambu
Sah notty ms kecik nie!
@zue
Nurse tu pengalamannya luas...
@fiza
TQ aunty!
@Lady Windsor
Hahahahahah! Akak mst pnh kena mcm tu kan?
Aydin..
lekas lekas sembuh!
-kakak..
ha ha hak
Aydin.....
Cepat-cepat sembuh..
Cute woo dia...
Siannya aydin!! Fara cmne? Ok? Fara pn jg diri nnti fara skt sape plak nk jg aydin. Doktor skrg xtaula. Adik fit yg doktor tu pn mmg ngucap pnjg kalo minta tlg Tgk kalo raif skt. Xtaula kalo sbb polisi doktor xblh treat family.
Btw blh ke jeng jeng jeng kalo bendera jepun
doktor malas la tu
kalau nurse tu baca entry ni mesti dia bangga..hihi
kudis buta biasanya banyak kat celah2 jari tangan & kaki...gatal sesangat & tadak demam.
biasanya yang susah nak bezakan ialah pd peringkat awal ialah antara measle dgn viral rash yg lain.sebab tu setgh org kata dia kena demam campak kecik tu banyak kali.
btw...doktor tu muda lagi kot.
Errr... berani-beraninya doktor ckp itu kudis buta? Apa butakah matanya untk bezakan kudis buta dan bintik2 cmpak. Musykil..
MF, yer...di PPUM..sadis! Kalau ingat balik rasa nak bakor je bilik doctor tu..
huhu sedih betul bila terkena dgn jururawat dn doc mcm tu nasib baiklah tak melarat...
uncle otang tua....
uncle jumpa bomoh...
@nur
Aydin kata;
Baiklah aunty...opps! Sorry, kakak!
@WuMing
Tq! Tapi Aydin dah ok skg nie!
@Fitri Senin
La...yeke? Tarik baliklah jeng, jeng, jeng tu!
@delarocha
Malas bawa ke cuai mendiagnos pesakit.
@Papa Mifz
Sister tu dah lama keje. Pompuan lak tu. Sure la expert!
@ieda
Sy selalu konpius antara viral rash dgn measle. Tapi ada doktor yg baik hati tu terangkan kat sy, viral rash akan kua bila anak masih demam. Tp klu campak, demam panas dulu then bila demam dah kebah baru kena campak.
Kita nie takde pengalaman. Bila ada simptom mcm nie, sy pelik sbb anak pnh kena cmpk sblm nie. Bila kali kedua kena, tanda2nya serupa. Rash yg keluar bila abis demam.
Tapi ada org kata, ade sesetengah demam akan keluarkan ruam. Dalam ertikata lain...viral rash mcm ieda ckp tu.
Konpius!
@Hana Soffelia
Thats yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!
>=(
@Lady Windsor
Eii, sy tak suka PPUM. Tak padan dgn sxpital byr (walau setengahnya ditanggung kerajaan). Lambat! Lembab! Klu lembab mcm tu, better g fully gov je.
>=(
@Hanis MY
Alhamdulillah! Nasib baik tau!
@gedek!
Eiii! Elok ke jumpa bomoh tu? Tak suka bomoh!
kelakar..mcm mana doktor boleh bg kesimpulan mcm tu..apa2pun semoga aydin cepat sembuh..
doktor x abeh menuntut ilmu lah tu..
doktor ne kekadang memang tak boleh pakai...cakap bagi org risau aje...bawa ke hospital atau kelinik yg berbeza..nak lagi pasti..
@Siti Hajar Masri
Sy pun tertanya-tanya kenapa...
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
Heheheheh...
@anitadiana
Betul kak. Buat org isau je...
oh.. tak patut sungguh doktor itu..
saya pernah kena demam campak berjangkit dari en. suami dan seterusnya kena pada anak2.. masa saya kena tu time mengundi.. huhuhu.. bayangkan saya hanya mampu melihat dari tingkat rumah.. :(
Hensem boyyyyyyyyyyyyyyyyy...
pelok pelok pelok!!!!!
<3<3<3
mesti rasa susah hati kan bila anak2 sakit? apa2pun semuga aydin cepat sembuh