5/10/11

jujur saya kata bahawa filem tempatan sangat-sangat membosankan!


Saya pernah memujuk hati untuk menonton filem Sembilu. Wah, bukan main lembab lagi cerita cinta berherokan Awie dan berheroinkan Erra Fazira. Saya tak jumpa di mana hebatnya karya Yusuf Haslam sampaikan hasil kutipan tiketnya mampu untuk mengangkat pakcik itu menjadi jutawan!

Sembilu itu cerita dulu. Cerita sekarang, antara filem terhangat di pasaran tidak lain tidak bukan semestinya Adnan Sempit. Kawan-kawan saya kata, kelakar yang amat. Kalau ketawa, pasti keluar airmata. Berulangkali mereka beri jaminan, Adnan Sempit pasti tidak mengecewakan. Sudahnya, saya hanya menunggu kemunculannya di TV saja. Dan bila tiba masa cerita itu ditayangkan di Astro (bukan Astro First!), saya memujuk hati sekali lagi untuk menikmati filem hasil anak tempatan. Lagi sekali saya sebu. Saya tak nampak di mana lawak dan seronoknya. Saya hanya beku dan menguap lesu. Selebihnya, saya tukar siaran.

Adakah saya sombong kerana tidak melayan cerita tempatan? Tidak sama sekali. Siapa kata saya tak suka cerita hasil anak Malaysia? Cerita pertama yang saya tonton di wayang yang mana cerita itu sangat berkesan dalam hati saya sampai sekarang - Mat Som (Saya yang ketika itu masih di sekolah rendah diajak Mak dan Ayah menonton wayang di Coliseum! Jalan Tunku Abdul Rahman yang penuh nostalgia buat saya dan keluarga.). Mat Som adalah adaptasi dari komik santai karya Lat. Watak Mat Som dimainkan Imuda. Dan babak paling saya suka adalah babak di mana Mat Som berjalan beriringan bersama Pyanhabib sambil berbual ala-ala berpuisi. Memang syok! Saya ternanti-nanti kemunculan semula filem itu di TV tapi tak muncul-muncul. Balik-balik cerita Prebet Lapok yang entah apa-apa diulang tayang.

Selain Mat Som, cerita yang boleh buat saya nak tonton berulangkali sudah pasti semua karya Mamat Khalid. Bermula dengan Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel sampailah Cer Citer. Dia adalah "bapak kreatif". Walau tak sempurna tapi boleh saja memecah benteng kebosanan saya terhadap filem Malaysia.  Apatah lagi genre yang diterapkan Mamat Khalid kebiasaannya adalah kegemaran saya, komedi gelap bercampur-baur dengan drama dan fantasi. Santai dan bersahaja. Kenapa pengarah lain tak ada ciri-ciri kreatif macam dia, ya?

Hatta filem karya Allahyarham Yasmin Ahmad pun saya susah hendak nikmatinya sebaik mungkin. Walau ramai yang kagum dengan hasil karyanya (sampai menang anugerah) tapi tidak saya! Entah kenapa ya? Walhal saya sangat suka genre drama santai yang bercerita tentang masyarakat sekeliling. Mungkin saya lihat cerita itu dimainkan generasi yang biasa berseronok sakan di Bangsar atau mungkin berdansa di Zouk Jalan Ampang lalu saya....BOSAN!

Walau apa pun, cerita paling hebat sepanjang zaman bagi saya adalah siri Bujang Lapok yang tiada tandingan.

67 comments

Setuju, filem PRamlee tiada tandingan!

5/10/11

saya suka filem david teo dengan ahmad idham.mendidik sungguh!

#sarcasm

hurm..pendapat masing-masing kan?
ade yg suka ade yg tidak..pokok pangkal nyer citarasa sendiri..betul tak?

5/10/11

bujang lapok memang tiada tandingan...citer mat som u cheqna ta pernah dengar la..

Haha!

Sama la! Tonton Mat Som kat Coliseum!

Pegi sebab peminat Lat!

(Pegi dengan awek yang sekarang berstatus isteri tau!)

bujang lapuk mestilah terbaik..putar la dua tiga kali pung...tetap tak bosan...

rombongan cik kiah ke sukan komanwel adalah sangat best..mampu buat i ketawa

adnan sempit my fren kata kelakar sangat2. siap bercerita kat offis lagi adenga2 kelakarnya... so bla i tengok adengan kelakar yang my fren cakap tu, tertanya2 pada diri sendiri..errrr apa yang kelakarnya??? atau fius ketawa i dah putus??

sembilu? lagi sembelit otak i tengok adengan nangis2 dan tak masuk akal tu.

baru u sedar ke citer2 tempatan sangat membosankan??? i dah lama sedar tapi try jugak nak buang persepsi negatif tu tapi tak berjaya sangat

dah tengok citer semerah cinta stiletto? ya rabbi..bosan yamattsssss.....

tapi citer papadom i suka...

Bujang Lapok yang tak pernah lapok...evergreen!

tau pasal kartun Lat malah sangat suka dengan kartun beliau.. tapi tak pernah tengok cerita mat som tu..

saya akan tengok pada cerita yang suka dan saya tak tertumpu pada satu2 genre.. sekadar melepaskan bosan di hati

sokong dgn bujal tu..=p

Tanpa Nama
5/10/11

terima kasih sebab kau dah `bold'kan tajuk-tajuk filem kat atas. senang sikit, kalau ayat yang ada perkataan Sembulu tu aku takkan baca. terus skip ayat seterusnya.

5/10/11

rombongan cik kiah ke sukan komenwel memang lawak.

filem yasmin ahmad memang best.sarkastik yang berselindung dan penuh dengan mesej tersembunyi.

mamat khalid tu adik lat, tu lah darah kreatif mengalir dalam badan mereka.heh..

5/10/11

suami saya tak pernah jemu dengan cter pramli

saya cuma suka tgok citer kartun

kat tv3 kartun kambing tu dan GRomit,gelak2..anak2 pn suka...

ironikan...bila dekat rasa tk heran..bila jauh bagai terpanggil-panggil mcm cik kiah pergi rombongan kolumpo tu...

xminat pramle.
suka syamsul yusoff..






..
hehehe..
tuan tanah kedaung!

Saya 'suka' filem Namewee.. kohkoh :P

sebenarnya kalau rajin menonton dari dahulu hingga sekarang baru kita akan 'nampak' perbezaannya...

Filem melayu hari ini sudah semakin bagus sebenarnya cuma mutu filem agak kurang cantik mungkin kerana budjet tetapi dari segi kualiti cerita sudah semakin bagus...

SEPI...
KL Gengster...
Hantu Kak limah...
Jangan Pandang Belakang...

filem di atas mmg hebat...tetapi jika ada yg mengatakan Filem P.Ramlee sangat bagus Daddy kurang setuju kerana kalau kita tonton betul2 jalan ceritanya agak lebih kurang sama sahaja yang ketara berbeza ialah cara dialog mereka yg memang tiada tapisan dan cakap lepas sahaja...

Kalau mahu tahu bagus atau tidak harus rajin menonton filem...semua filem baru kita dapat 'rasa' filem tempatan....

mak ai panjang yer...hehe!

pilem2 p ramlee tetap iols minat nak tengok
ulang2 berkali2 pun tak apa...

pilem sekarang??? buat iols muntah wok-wek lahhhh!

5/10/11

Setuju sangat..filem arwahyarham p ramlee memang x de tandingan..tengok banyak kali pun x bosan hehe...

saya suka karya Mamat Khalid,

uncle bukanlah suka sangat tengok filem. baik cerita melayu, hindi, inggeris dll.

jujurnya dulu, masa sekolah rendah dan menengah, suka jugalah tengok cerita hindustan akibat pengaruh keluarga dan kengkawan. tapi rasanya sudah berpuluh tahun tak tengok.

cerita melayu yg sampai sekarang meninggalak kesan ialah "Musanga Berjanggut" yang uncle kira berani, sinis dan sarat dengan kritikan sosial dan disampaikan secara jenaka.

Tanpa Nama
5/10/11

kita suka sgt ngan semua cerita mamat khalid... terutamanya cerita MAN LAKSA... ~

5/10/11

paling benci citer karya mamak mohaideen...

selera orang lama... memang lain.

@*Miss Geli^

Mgkn filem lama tapi syok!

@bujal X

Hahahahaha! Sy pun SUKA sgt!

@:: Mrs.Eady ::

Yup! Sy cerita tentang apa yg sy suke dan tidak!

@cheqna

X nah dgr? Best wooo!

@gedek!

Abg gedek! pun tgk Mat Som kat Coliseum? Cool! Tgk dgn awek? Yg jdk wife abg? Lagik cool!

@♥cikmOt♥

Pnh tak kite terpk, nape kite tak bosan?

@NenetPenne (NP)

Papadom pun i tak minat! Ape lagi kasut merah stileto? Ape tu? Mmg ade ke cite tu? Sorry! I tak layan...

Hiks~

@aizamia3

Lagi bagus jdk universal. Sekurang-kurangnya, kite ley kenal mana yg bagus dan tdk.....

@merahitujambu

Angkat tangan sokong gak!

@SM

Hahahahahah! Sembulu? Hahahahaha!

Aku tak sangka ko skg dah mls2 nak baca entri aku secara keseluruhan eh?

(Kepal-kepal tangan!)

@Amalina

Yasmin Ahmad? Well....

@NM02

Tak pernah bosan cite die.

@Maya Mayana

Tp bg saya....yg baru klu sy minat, sy akan igt smpi bile2.

Tanpa Nama
5/10/11

@Fara
sebab malasnya aku menonton Sembulu, sama macam aku malas nak tau apa2 pasal filem ni jugak.

@Cik SHiNJU

Mmg tak boleh blah!

=p

MF, bukan setakat berhantu...malah amat puaka sekali ayat2nya terutama jampi serampah niat ingsunnya tu dan ala Kassem...

@Bigdaddyz

Tapi En.Daddy, kenapa masih ramai yg suka sgt nak tgk cite P.Ramlee nak2 Bujang Lapok? Heheheh....

Filem juga seni. Seni itu subjektif. Ada suka, ada yg tak suka. Mcm En.Daddy suka Jangan Pandang Belakang dgn Kl Gengster tapi sy lak kata "Err...best ke?"

Sy pun rajin gak tgk movie. Tp bukan filem tempatan. Mgkn salah sy gak kot sbb malas nak tgk filem Malaysia.

Hiks~

@miloais

Hahahahaha! Wok-wek eh?

5/10/11

eh, entry sya pun ada sekt psl ni..hihi

filem2 mcm tu utk tgok free boleh la, tpi utk bayar...
eee, tak dapek la...huhu

@Amy Syaquena

Takde tandingankan?

@al-lavendari

Pakcik, sapa kata cite lama kosong? Sarat gak dgn mesej tu.

@♥ manje ♥

Paling sy suke, Zombie Kampung Pisang! Cool!

@Papa Mifz

Baik g makan kat kedai mamak lagi bagus!

@delarocha

Sape org lama? Aik?

@mamaNoriz

Tapi, free pun tak ingin...mcm ne nie?

@Lady Windsor

Tau x pe...

Cobaaan!

Jenis cite zaman sekarang, tengok sekali blhlah, nak ulang tayang memang xkuasa. TAPI cite P.Ramlee, tgk patpulohpatkali pun xjemu2. Magic kan? ^_^


Kalo tgk cite america latin bnyk kali pun syok gak. Eh, ke Hana sorang je suka? kahkah

heheh jujur jugak kaloi pun tak bape suke
lau org kasik tgok free bru nak tgok kowt hahah

5/10/11

SUKA FILEM ROCK ARAHAN MAMAD KHALID.. MEMANG MENGIMBAU NOLSTALGIA DULU2...

sy baru kecewa dgn hantu bonceng!!! huwarghhh!! membosankan..


sembilu..sy ingat lg masa itu sy tido..


adnan sempit sy penah tulis juga kt blog dulu..very the bosan..


citer mamat khalid pon sy x boleh terima..


so far yg terkini awek aku npontianak jer yg sy suka..ringan dan sweet

hehe..sy baca komen-komen kat atas..nk sambung komen ah..

citer p.ramlee sy sudah bosan sbb diulangtayang..

papadom fara x suka ya..tp bg sy bolehlah layan..


citer SEPI ok..best juga..ah ya ada lagi satu filem khabir bathia..cinta kut..yg itu pon best bg sy..

Samalah kita fara Bukan semua filem tempatan cik ina tak suka gak. first time cik ina terpikat ngan drama tempatan cik kiah ke sukan komanwell. selain filem tempatan cik ina suka tengok cite tamil.

cik ina suka cite yang boleh menghiburkan hati, kalau nak bagi mesej biar sempoi yang penting ada ciri-ciri kemelayuan.cik ina suka cerita-cerita mamat khalid. semalam bila dengar kawan cakap cinta alysa tu sedap, cik ina suruh suami bukak cite tu.bila dah layan sikit suruh dia tukar, tak leh nak masuk.

hero dan heroin sekarang tak dapat menarik minat cik ina nak tengok drama atau filem melayu. cik ina suka mustafa noor, mak sarifah aley(nama cik ina lupa), cik ina suka nilai dorang dari bakat.

@Hana Soffelia

Latin-latin, sy reject! Hahahahah!

@nurkaloi

Free pun tak mampu Cik Kaloi!

@fairus

Betul la! Sy suke cite nie sbb nostalgik sgt!

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Sy tau awak peminat genre apa..

Awak suka yg light romantik, light comedy kan?

Sy tak boleeeeeeeeeh tgk pontianak awek tu. Sy khuatir takot nanti menyumpah je sepanjang cerita.

=p

6/10/11

setuju! karya mamat khalid baru dikatakan lucu. karya afdlin shauki juga ok. lelain... *isilah tempat kosong sendiri*

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Hah! Kan sy dah ckp...awak suka cite yg light. Heheheheh!

@Cik Ina Do Do Cheng

Mustafa Noor? Arwah kan Cik Ina? Mata dia tu yg cantik tu...

12/10/11

Saya tak pernah tgk movie kat mana2 pawagam. Mungkin sya kurang gemar menonton movie/drama. Selalu tgk kat TV rumah jer. itu pun sya cepat boring terutama menonton movie zaman skrg. cerita p.ramlei jer boleh layan sampai habis. suami pulak suka tgk national geo jer

Catat Ulasan