2/11/11

bukan cerita tunjuk baik

Bukan nak mengata. Sekadar berkongsi cerita. Pandangan pertama mata sememangnya mampu buat kami semua terkedu seketika. Hinggakan mata tidak berkelip. Bercampur-baur rasa dalam hati. Kelakar ada. Simpati pun terasa. Penampilannya sangat menjolok mata sampai tak terkata. Namun, dia menghadirkan diri ke surau demi kewajipan seorang muslim. Alhamdulillah, dia berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Saya memang tak mahu komen apa-apa. Cuba untuk menegur namun segalanya berlaku dalam sekelip mata. Sebaik saya usai bersolat, dia pula baru hendak bermula. Maka, perkenalan kami hanya pada pandangan mata. Namun peristiwa itu saya ingat hingga kini.

Saya berdoa semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk berubah gaya. Insya-Allah!

23 comments

InsyaAllah, bila dia jinak untuk ke rumah Allah, lambat laun akan lembutlah hatinya untuk berubah. Kita doakan. :)

huhu..moga pintu hatinya dibuka utk menutup auratkan..


x tutup aurat tp jaga solat..tutup aurat tp x jaga solat..sama jerla kut ek..

2/11/11

tu lah...konflik kan..

tapi kita sama2 lah doakan utk dia dan juga mereka yg senagkatan utk sama2 menutup aurat...

dan inagtan utk sya gak supaya lebih baik gaya muslimah tu...jgn setakat cukup syarat je..huhuuu

amin...muda-mudahan..termasuk kak ita juga..masih banyak kekurangan...

Insya Allah akan dibukakan hati.

My mum selalu pesan walau 'seteruk' mana pun kita jangan tinggal solat.

2/11/11

insya Allah..sekurang2 dia cuba utk berubah.

kalau dapat tegur lagi baikkan..
apa-apa pun semoga hatinya terbuka untuk berubah.. ^^,

2/11/11

sebenarnya secara tak langsung itu yg jadi kekuatan saya untuk jaga solat dan solat di awal waktu.. takkan aku nak biar org yg sexy ni lebih baik dari aku dari segi solatnya..hehe..

alhamdulillah...

semoga mereka diberikan petunjuk..

harap2 solat yg dilakukan mampu memberi hidayah kepadanya untuk menjadi sebenat benar muslim.

alhamdulillah..saya rasa selagi dia bersolat dan ingat Allah pasti suatu hari nnt Allah buka pintu hati dia nak berubah gaya.

2/11/11

TAK FAHAM SANGAT.. TAPI ADA AYAT2 MENYATAKAN MULA BERSOALT TU, KIRA OKLAH.. ALHAMDULILLAH..

2/11/11

insyallah...

moga terbuka jua pintu hatinya...
kita sama2 berdoa..
buat fara, mungkin cara yang berkesan adalah komunikasi y baik.
u can co it

PS: tahniah, ada sesuatu untuk fara.. nanti tinggalkan keterangan di email ayu

at least dia masih mengingati Allah SWT, kita doakan yg terbaek buat dia.

tak setuju ngan pendapat rina avail, bab tu hanya Allah SWT je layak menilai.

3/11/11

semoga Allah akan bukakan pintu hatinya..
insyaallah

3/11/11

hahahah..
walaupun dulu saya tak seseksi mana.. tapi tak bertudung..bila masuk surau.. saya yang rasa kelat2 sendiri..
memang tak pandang muka orang lain..sebab mesti diorang pandang dan cakap dalam hati..'eh..perempuan ni solat ke? dengan tak pakai tudung..dengan baju singkat...'

hahah..lagi mau tuduh orang dalam hati!!

semoga dia dpt cahaya petunjuk..

dia dah ada kehendak untuk kembali kepada agama...baguslah. Pakat2 doa supaya dia bertambah positive kan...

3/11/11

berdoa, mohon Allah kurniakan rahmat dan hidayah kepadanya dan juga kita.

3/11/11

Semoga dia..kita dan semua insan berugama Islam amnya dan perempuan islam khususnya diberikan hidayah dan petunjuk agar mematuhi tuntutanNYA dan menjauhi LaranaganNYA..InsyaAllah..

ada orang pakaian jaga tapi solat tak jaga
ada orang pakaian tak jaga tapi solat jaga
ooohh makcik sungguh confuse..

hanya Allah tahu segala-galanya..

doakan yg terbaik je buatnya..

Insyaallah. Amin.

8/11/11

Kita bersangka baik. Semoga dia dibukakan pintu hati utk jadi yg lebih baik (doa utk diri sendiri juga).

Catat Ulasan