Saya tak rasa bahasa Melayu masih relevan pada masa ini bila semua pekerjaan (baik sektor swasta atau kerajaan), menuntut penguasaan bahasa Inggeris yang baik lebih dari bahasa kebangsaan itu sendiri! Walhal hakikatnya, 1/3 dari rakyat negara ini langsung tak tahu apa itu;
proficient in English, both spoken and written
Saya rasa sangat tidak adil. Mandatori untuk marhaenis Melayu seperti saya untuk menjawab soalan temuduga dalam bahasa Inggeris (walau syarikat itu syarikat bumiputera yang makan nasi dengan tangan berlaukkan belacan). Dan tiada siapa pula sudi menguji kelancaran saya dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara saya sendiri. Walhal, orang Cina itu dengan penuh yakin menjawab soalan temuduga dengan tenang dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Ter"pesona" jiwa dan raga saya mengenangkan bangsa lain begitu bersungguh-sungguh membantu bangsa sesama mereka sendiri demi kemudahan masa depan mereka untuk mengena dan diskriminasi terhadap bangsa saya. Seboleh-bolehnya saya mahu menepuk tangan sambil menjerit, "Syabas untuk kamu!" kerana berjaya menindas saya dan kawan-kawan sekerja Melayu semua ke tahap kuli sekuli-kulinya. Tapi, apa nak dihairankan?
Oh, ya! Ada satu ketika saya menghadiri sesi temuduga sebuah syarikat milik kongsi antara orang Melayu dan Perancis. Oleh kerana orang Perancis itu tidak fasih berbahasa Melayu, maka dia bantai berbahasa Inggeris walau berterabur sana sini. Diselang-selikan dengan pertanyaan demi pertanyaan dari orang Melayu itu sendiri. Dah namanya temuduga, maka saya tak kisahlah kalau dia nak desak saya jawab dalam bahasa Inggeris. Kebiasaannya, saya tidak suka membiasakan diri berbahasa Inggeris jika untuk tujuan tidak rasmi seperti berbual kosong. Saya Melayu, kamu Melayu dan rakyat Malaysia. Cakap saja bahasa Melayu dengan saya. Susah sangatkah? Walhal selesai sesi temuduga, dia dengan hebat berbual French dengan kawan Perancisnya! Hina!
Kalau macam inilah gaya, lebih baik tukar bahasa rasmi negara kepada bahasa Inggeris seperti di Singapura. Sekurang-kurangnya jika berlaku provokasi antara 2 negara berlainan, bolehlah kita meniru ayat hina isteri kapten bolasepak Singapura (oh, isu lama ya? peduli apa saya?).
Peduli apa kalau saya tak faham apa itu maksud go to hell!
28 comments
hurm.......ape nak dikata....
*btw..blog smlm kene hack so hari ni loading mmg teramat slow..smpai dah tak tahu nak buat mcm mane lagi cuma bersyukur hari ni dh boleh masuk blog sendiri...:)
pergi neraka! ah, orang kita sendiri ramai yang segan berbahasa ibunda walaupun di tempat yang sepatutnya. nak tepuk bahu dia sambil ucapkan syabas? aku akan angkat satu jari tengah...
adakala kita harus masuk kandang tertentu untuk melembukan mereka...bahasa kita bukan tidak bagus tetapi kita bergelumang dengan 2 bangsa yg lain mahu atau tidak kita juga harus setapak dari mereka iaitu mengusai bahasa yang lagi satu itu...itu kunci untuk maju lagi setapak kedepan...mereka tidak mudah memperbodohkan kita sesuka hati mereka...jika kita hebat mengusai bahasa yang itu!
Realitinya amat jelas sekali dan tidak perlu kita terasa hati kerana hari ini dan akan datang lagi maha hebat pertikaiannya.
Hmm, saya faham apa maksud Go To Hell itu. Haha. Penindasan begini sgt tak patut tatkala kita mengagungkan Bahasa Jawa Bangsa.
@Daddylicious
Minta maaf En.Daddy sbb sy tak setuju dgn komen En.Daddy. Bagi sy, tak relevan bila En.Daddy kata...menguasai bahasa Inggeris adalah demi mengelakkan kita diperbodohkan mereka. Mereka takkan berani perbodohkan kita dgn bahasa Inggeris. Yg sbnrnya En.Daddy, mrk perbodohkan kita dlm bahasa mereka sendiri. Ini kenyataan dan sy sendiri menghdp situasi mcm nie SETIAP HARI!
Bagi sy, utk kita tidak diperbodohkan mrk adalah dgn sentiasa mengutamakan BAHASA MELAYU setiap hari krn BAHASA MELAYU mrk sgt2 lemah dan mrk mmg tak fhm certain words pun! Malah, klu sy nak mengena mrk dlm BAHASA MELAYU pun mmg tak dehal tp sy tak mcm tu! Org kita tak sedar seme nie En.Daddy! kita asyik dimomok dgn bahasa Inggeris demi kemajuan dan masa depan! Bagi sy, tdk!
Org Perancis! Org Jepun! Org Indonesia! Mrk seme sgt bangga dgn bahasa sendiri. Malah maju lebih ke hadapan dari kita. Kenapa tidak kita????????????
Singapura salah satu contoh negara yg bahasa rasminya adalah Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu tak digunakan secara meluas pun, Tapi tidak bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonis dan yg seangkatan dgnnya yg mana ianya bediri samam taraf dgn bahasa Inggeris itu juga!
assalamualaikum & salam singgah (peh! singgah pun ada salam tuu..). saya setuju dgn tuan tanah. klu tak silap saya 2 org cosmonaut kita tu dulu masa nak naik ke angkasa diorg kena belajar bahasa rusia di tempat latihan diorng tu. org rusia naik langit, pi angkasa pki bhs rusia tu...tak kisah pun.
jd bukan masalah bhs...tp masalah 'pengetahuan'. penjajah yg dtg malaysia pun dulu pki bhs diorang je ((spt portugis, belanda, inggeris)boleh plak menjajah kita.
camnilah...cth bhs arab, klu kita fasih giler bhs arab adakah menjadikan kita sbg ulamak (atau alim)? dan mati esok terus masuk syurga? takkan...tp jadikan kita ada sedikit kelebihan dan berpengetahuan...itu je
tumpang baca je
setuju dgn cik farra~
setuju.
tapi...
bahasa melayu sendiri yang banyak loghat tertentu pun dianak tirikan.
"tak suka loghat/dialek negeri tertentu sedangkan itu juga bahasa melayu".
org melayu yang membeza-bezakan "bahasa melayu" dan ada yg wujudkan "bahasa Malaysia".
org melayu juga yg mengagungkan BI sampai memandang rendah kpd mereka yg tidak berapa nak fasih BI.
saya setuju dgn komen Fara.
Dan saya sendiri berpendapat, kita perlu kuasai Bahasa Inggeris jika ingin maju, dan dalam masa yang sama martabatkan Bahasa malaysia
kesian kita kan Fara..
tak dapat keje semata2 tak dapat menguasai bahasa tu..
cuba tgk org Jepun yg sangat mencintai bahasa ibunda mereka..
mereka boleh maju pun ngan bahasa tu!
selamat hari raya adiladaha fara..kak ita baru masuk keja hari ne...kak ita pun setuju dengan fara tu...kat opis kak ita ne..kalu nak temuduga pun terutamanya jawatan pegawai..memang kena BI,kekadang di beri ujian dan pelbagai lagi dan bertapisan2...banyak sangat lah..kasihan lah juga kan...tu belum tentu dapat...tak semestinya pandai berbahasa tu..kerja ok...
malu lah nak guna bahasa melayu.. bak kata seorang pelakon suam suam kuku..saya nampak bodoh bila saya cakap melayu..setelah di terjemahkan..kahkahkah..
setuju..bangsa dan negara yg maju tak perlukan pun bahasa inggeris.. jepun, jerman, china..hebat apa..
haa kan tak ada pun yang syarat2 interview adalah fasih berbahasa Melayu
alih2 nak fasih in English atau Mandarin
eh apa nih???
orang peranchis tak cakap in english ok jer..
orang jepun ke apa ker, still maju malah lebih maju dari orang putih tu sendiri...walaupun cakap english adalah sangkut2...
kita jer yang rasa omputeh atau bila cakap omputih tu darjat adalah tinggi...eh kita pulak..diaorang yang menjadikan bahasa inggeris tu sebagai superior dalam hidup...
pakcik sokong kalau bahasa inggeris, mandarin dan tamil menjadi bahasa kebangsaan negara Malaysia.
bahasa melayu ?
eh .. ada ke lagi bahasa melayu !
insyaallah besok uncle akan buat entri tentang isu bm .. drafnya dah siap.
Kan? if nak temuduga or dpt kerja, mesti kena fasih dlm BI. Kesian tau.
bahasa jiwa bangsa =)
Pihak tertentu pun kempen intuk mendapat perhatian saja... Tapi mereka sendiri pun tak praktikkan..
Apa kessss????
Biasalah tu fara. Kita masih mengagungkan bahasa asing. Keutamaan skang ni lebih kepada yg pandai berbahasa inggeris & mandarin. Tgk jer lah iklan² interview kat newspaper.
KRISIS BAHASA DIPERTENGAHAN HIDUP
Satu BONUS cukup lumayan bg mereka2 yg boleh mengusai Bahasa Inggeris Di Bumi Malaysia ini...
Kita tidak boleh menidakkanya...tapi harus diingat juga bahawa sebelum memartabatkan bahasa inggeris itu...kita wajib menjulang bahasa Kita...itu yg sebetulnya....
SAYA SUKA BAHASA MELAYU DAN I LIKE TO LEARN ANOTHER LANGUAGE... NIHON-GO WAKARIMASU YO...
Saya suka isu bahasa diperbincangkan dengan tidak melibatkan emosi.
Di peringkat cendiakawan sendiri pernah membahaskan tentang isu bahasa.
Yang pasti, bangga menjadi orang Malaysia yang berbahasa Melayu!
tidak mengapa masing2 punya pandangan masing2....ikut apa yg kita rasa betul untuk diri kita dan itu yg daddy rasa sangat betul kerana sudah acapkali melaluinya dan kemenangan berpihak kepada daddy ...dari pengalaman sendiri.
jangan marahkan i ....takutnya...hehe!
Bahasa Melayu utama...
yang lain markah tambahan je...
Fara, cik ina tak suka kalau orang melayu yg boleh cakap bahasa melayu dan mahir berbahasa english tapi nak tergedik nak cakap bahasa english ngan cik ina yang yg tak mahir bahasa english.go to hell, apa yg dia nak cuba buktikan. kalau org singapore atau oversea yg call cakap bahasa english, cik ina kenalah cakap dalam bahasa english sebab dorang memang tak faham malay.
saya rasa saya ada komen entri ni~tak terpublish eh?
@bujal X
Tak de sampailah Bujal. Nak kata sy delete, sy tak pasan lak delete komen sesape. Tp mmg tak delete ape2.
Sedih....