9/11/11

tukang cuci

Bayangkan kita yang ada segulung ijazah;
  • Ambil upah cuci rumah orang.
  • Setiap 2 jam, kita kenakan bayaran sebanyak RM50
  • Dalam sehari, kita ambil 4 buah rumah. Bermakna, kita akan mengambil masa selama 8 jam sehari untuk mencuci rumah.
  • Dalam sehari, sudah tentu RM200 dalam tangan. Gandakan sebanyak 20 hari (Ambil cuti pada Sabtu dan Ahad). Jumlah keseluruhan pendapatan bulanan, RM4000.
Agak-agak, ada yang sanggup tak?

Rupa-rupanya, kakak dari seberang itu mampu memperoleh lebih dari RM5000 sebulan hanya dengan bekerja menjadi seorang tukang cuci bebas dan penjaga bayi sementara. Lebih dari pendapatan seorang pegawai kerajaan berkelulusan ijazah. Moral; usah dipandang enteng akan rupa selekeh mereka kerana duit mereka lebih berkepuk dari kita!

30 comments

Saya sanggup buat, malah hampir2 melakukannya suatu ketika dulu...memang lumayan, modal cuma tulang empat kerat..bahan cleaning tuan rumah sediakan...apa lagi...memang nampak cikai tapi masyukk!!!

9/11/11

masalahnya sekarang orang ijazah tak suka kerja perah keringat.guna otak barulah padan dengan ijazah katanya~keh keh~masalah persepsi~diorang lagi sanggup join MLM yang akhirnya diri sendiri kena auta~oh ironi~

*berdasarkan sebuah kisah benar~keh keh~

erks..nak jadi tukang cuci lah!

hehe..sbb tu sy x segan pon jual tuala wanita..walaupon nmpk mcm x glem langsung

Kejar kekayaan, agar boleh membantu sesama insan. Kerja 8 jam sehari adalah dituntut....selebihnya, 8 jam berehat dan 8 lagi beribadah, insyaAllah Allah selamatkan kita semua!

Erm..tak pernah terfikir. Tp terus terang, sy jenis manusia yg pentingkan kepuasan daripada gaji yg diterima. Kerja sekarang lbh mendatangkan kepuasan walaupun gaji sebulan taklah segah gaji tukang cuci RM4000 itu. ^_^

wow!

tu aje yg boleh iols katakan!
hik hik hik

betul tu,siapa pun kita jangan pandang rendah dgn org lain,kan :)

Depan mata kakak Fara. Seorg ibu muda jual jajan guna kereta iswara sederhana buruk. Kalau ada majlis apa saja keramaian dia mesti jual jajan di kawasan berhampiran itu (just used her car - dumped all the things in the car) tapi baru ini kakak dah nampak dia dah tukar ALZA baru. Dah boleh beli rumah lagi. Terperanjat kerana dia org INDON!!

9/11/11

sanggup dan tak sanggup je.
sbb tu kalau gi bank..muka smart ensem.mintak borang nak keluar duit tapi apek seluar katuk baju pagda ..duit berkepuk dalam poket.
sekali bank in rm50k.huhu

Orang seberang jadi kaya kerana mereka tidak memilih kerja (harap2nya kerja yang halal sahaja). Ada di antara kita pula terlalu bangga dengan ijazah yang ada sehingga akhirnya makan minum masih juga ditanggung ibu-bapa. :(

9/11/11

tak kira siapa diri kita, pokok pangkalnya adalah rajin berusaha, insyaAllah...

9/11/11

setuju!

9/11/11

memang la..ramai orang suka berlagak dengan segulung ijazah.. sedangkan takat ada ijazah belum tentu boleh makan nasik..hehe..

ijazah tue campak je ke tepi.adus

9/11/11

Jiran di rumah bonda ada yang macam nie , kawasan banglo di sebelah taman memang tempat dia mencari rezeki.. sekolah tinggi tapi kerja tu yang dia pilih sebab zaman skrg ada segulung ijazah pun belum tentu dapat kerja yang bagus..jadi di sebabkan x nak memilih kerja dia kerja la macam tue..tapi alhamdulillah pendapatan dia lumayan siap dapat tips lagi

9/11/11

Bergantung kepada Individu... Ada orang yang pentingkan Wang untuk idup..

Ada pula pentingkan Maruah "Biar papa asalkan bergaya"

9/11/11

betul..cheqna setuju...

Betul tu fara, berbaloi dgn penat lelah. Kalau saya memang tak sanggup lah.

9/11/11

RM5k sebulan tu pulak diconvertkan ke nilai matawang seberang. brp billion dh tuh? perghhhhhhhhh....

9/11/11

akak,
ada pulak tu jaga baby RM300 sorang, dia jaga 3 orang. Jadinya RM900 sebulan gaji BERSIH. keja gomen macam saya pun gaji bersih ala-ala je kan...

errr, tukang cuci ye tajuknya..
:D

Tanpa Nama
9/11/11

kita kalau boleh nak kerja yang setaraf dengan certificate yang kita ada. tapi pada masa yang sama duit yang dihasilkan tu belum tentu lagi setaraf dengan keperluan semasa. mungkin akan ada yang kata, aku belajar susah-susah mana mungkin aku nak buat kerja kotor. tapi ingat, kerja yang bersih tu belum tentu menghasilkan duit yang bersih jugak.

Ada sapa-sapa nak upah saya update blog tak?

9/11/11

sanggup!!sanggup giler!

rasa nak gantung iklan "House Keeping"

9/11/11

Kalau keje bermatlamatkan wang(halal) semata - tak kira apa keje pun takpe asalkan pulangan lumayan.

9/11/11

Pertamanya nak kasi Gedek Pelempang dulu....ko nak senang jer yer Gedek...

Ini mmg realiti....saya percaya..mungkin ada yg berpendapatan lebih 4000....

kaya-kaya..tak pernah terfikir pun...

org kita memilih..!

kalau ada sy buat kot. skg tgh tanam anggur gak ni

cik ina sanggup buat apa je keja janji halal dan gaji banyak, lup janji ada masak tuk anak ngan suami tu penting.

Catat Ulasan