3/11/11

saya rindu kampung halaman


Saya selalu rindukan kampung lama saya di Perlis. 1001 macam kenangan saya dapat dari sana. Penuh dengan nostalgia dan nilai-nilai sentimental. Ada ketika kalau dipaling pandangan mata ke arah jendela, pasti terlihat betapa heningnya suasana sawah padi yang menghijau. Dan ada masanya, ia berubah wajah ceria dengan pemandangan sawah padi yang kekuning-kuningan! Saya sangat suka musim perubahan seumpama itu. Suasana yang tenang, damai dan mengasyikkan.

Bayangkan tengahari yang nyaman sambil disinggah angin sepoi-sepoi bahasa, menikmati pula lauk lemak putih buah janggus berencahkan sotong, sambal belacan, ikan tamban goreng berulamkan timun. Mengasyikkan. Di waktu lain pula, bersantai petang di atas pangkin sambil menikmati asam jawa muda mentah bercicahkan garam. Dan jika bernasib baik, meniti batas hingga ke tengah bendang semata hanya untuk memetik buah jambu batu merah yang tumbuh meliar di tengah-tengah sawah sana. Tidakkah ianya sangat indah untuk dikenang?

Di saat ini, saya teringin nak makan nasi minyak pasar malam Perlis berlaukkan ayam goreng. Nasi minyaknya sangat kuning dan berempah namun sedap dimakan walau tanpa kuah. Masih wujudkan nasi itu di sana?

24 comments

saya yg tiada kampung..hukhukhukk....

saya akan balik ke perak lusa =)

3/11/11

saya pun rindu perlis mommy~jalan tak jem,ladang tebu syahdu,makan pun sedap!

*saya masih terkejut lagi sampai sekarang bila orang jual kuih 20 sen je kat kantin bangunan persekutuan kangar~

3/11/11

Entah bila dapat kakcik jejaki lagi kampung halaman setelah tiada lagi ibubapa yang dirindui. :(

sawah padi tu...sungguh menenangkan

3/11/11

Fuh! Cantik gambar untok buat background!

ni kg awak ker?
cantiknya pemandangan..suka sgt.
dulu selalu berangan kawen dgn org ada kg macam ni.x dapat pun.hahaha

3/11/11

seronoknyaa..kenangan yang sangat indah kan..

3/11/11

Cantinya view.

3/11/11

nyamannya kan duduk di kampung.. kat bandar ni tak habis dengan jem, asap dan macam macam bunyi..

kitorg suka ke utara..husband saya besar kat kedah..jadi dia ramai kawan kat sana..dulu suka laksa teluk kechai..tapi sekarang dah tak sedap..banyak masakan utara yg sedap2..

sambal belacan pun yang paling sedap yg pernah saya rasa... rindunya sambal belacan mak andak..

tenang mata yg memandang....

3/11/11

Rindu jugak suasana itu. Cuma bukan di Perlis.

Kampung.. the best place on earth. Tak sabar nak pulang ke kampung hari sabtu ni.

btw, kg fara sgt cantik.

3/11/11

CANTIKNYA KAMPUNG... BEST KALAU DAPAT DUDUK DISITU..

3/11/11

nyaman kampong lu. balik raya haji tak?

nah lu d tag

http://waqheh.blogspot.com/2011/11/tajuk-entri-gua-sama-dgn-titisan-hujan.html

3/11/11

kpg PCL pon sawah bendang gak..huu bestnya, boleh balik sat pon takpa...rasanya nak sempatkan jgk mengewang ikan haruan sblm sambung cuti di SP rmh mak mentua.

Bak kata P Ramlee dlm lagu Dendang Perantau...puji-pujian untuk kampung..dulu kalau blk kg MIL, belakang rumah ada sawah padi, bangau putih dan rel ketapi...kombinasi ketiga-tiganya adalah sangat mengkagumkan...tak boleh tahan kalau makan nasi mesti bertambah2...haha!

SubhanAllah indahnya.. suka tengok bendang yang menghijau tu...

perlis kat mana?

4/11/11

perlis kat mana?

oppss.. soalan ni tak patut ditanya.

seronok bila berumah di tepi sawah ni sebenarnya :)

huwaaaa....akak pon...tp akak dah takde kampong yg ada belah hubby je. tak best kg org, nak jugak kg sendiri...huhu...

Fara org Perlis? akak belum pernah jejak sana melainkan masa nak ke Langkawi dulu, best tak?

org perlis ke? kg ape? hehe.. cam knal je tempat ni..

nyaman nyer kalo suasano kampung mcm nih...best...

* kodai papa mifz kat C4 Bukit Rimau,Kota Kemuning....dtg la..insyallah boleh yg bagi best price,biaso beli brp ek..?

8/11/11

Pemandangan dlm gambar ni sya selalu nikmati terutama bila melalui alor setar/ langkawi. suasana kedesaannya jelas terasa :-)

Tanpa Nama
17/11/11

apa yang saya cari, terima kasih

Catat Ulasan