Mak...
Saya tak nak baju kurung itu!
Mak nak tahu kenapa?
Kain kapas yang Mak belikan itu langsung tidak cantik!
Tak berseri malah nampak murahan!
Kawan saya ada 10 pasang baju kurung kapas!
Semua cantik-cantik!
Kain kapasnya bermutu tinggi!
Seela kainnya sudah mencecah RM100.
Saya nak yang begitu!
Bukan macam baju kurung yang Mak jahitkan ini!
Saya tak mahu!
Saya juga mahu setaraf dengan mereka!
Kalau Mak tak nak belikan kain sehebat kawan saya itu...
...saya rela pakai kain batik saja di rumah!
...di kemudian hari (yang kita tak tahu apa akan terjadi)
Mak!
Baliklah ke pangkuan saya Mak!
Jangan tinggalkan saya Mak!
Saya rindukan tangan Mak,
Saya rindukan riba Mak,
Saya rindukan senyuman Mak,
Saya rindukan pujukan Mak,
Ampunilah saya Mak!
Andai dapat saya undurkan masa Mak,
Saya mahu peluk Mak...
...saat siapnya baju kurung kapas yang Mak jahitkan itu Mak!
Sungguh Mak!
Walau koyak baju kurung itu, Mak jahitlah!
Saya tak malu untuk memakainya Mak!
Saya janji Mak!
Bangunlah Mak!
Bangkitlah Mak!
Saya mahu baring di sisi Mak!
Bangunlah Mak!
Siapa lagi yang mahu mengesat airmata saya ini Mak!
Saya rindukan Mak!
Rindu yang teramat!
Sangat-sangat rindu!
Anakku,
Bukan Mak tak mahu belikan kamu cebisan kain kapas yang mahal itu. Mak kesal dengan diri ini kerana tidak dapat mengulitmu dengan kemewahan. Apalah daya Mak. Percayalah, hancurnya hati Mak bukan kerana kamu membentak tetapi kerana gagal memberikan apa yang kamu inginkan.....
Berpakaianlah kita bukan hanya dari segi zahir tetapi batin. Saya sematkan dalam hati, pakaian murah yang Mak belikan untuk kita sebenarnya tidak ternilai harga dan tiada tandingan. Terima kasih Mak!
Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Bling Boutique
24 comments
terharu!!
btw..good luck my fren :)
saya jenis anak sedar diri~harap anak saya pun macamtu jugak nanti~~
SALAM,
KITA BERSEDERHANA, KAN BAGUS ! TAK BELI YANG MAHAL2 TAK BERERTI TAK MAMPU NAK BELI !
Saya ada koleksi baju kurung kain kapas, best gila pakai...
bersyukurlah dgan ape yg ada... jaga perasaan org tua.
gilalah..dh siap 3 cabaran..sy baru siap 1 haha
sedih..hargai, hargai semasa mak ada, terima apa yang ada..Sesungguhnya apa saja pemberian mak pada saya sungguh tak ternilai harganya..
huhuhu entry menyayat hati
pagi-pagi dah buat kaloi sebak isk isk
tak sabar nak balik rumah gaduh ngan mak heeheheheh
sedihnya kalau tak mampu nak berikan apa yg diminta oleh anak-anak..walau pun sebenarnya dengan ada duit pun kita tak boleh beri semua yg mereka mintak..
tapi lebih sedih lagi kalau kita gagal mendidik anak hakikat hidup kita yg tak mampu nak berikan segala yg mereka minta disebabkan oleh kekangan kewangan..
kan..
saya harap saya akan cukup kaya untuk berikan apa yg anak2 inginkan..selagi ia relevan..dan saya harap anak-anak saya faham bahawa bukan semua benda dalam dunia ni saya boleh belikan untuk mereka walau berapa banyak wang yg saya ada..
Mak mana tak mahu melihat anak senang dan gembira. Namun ada kalanya kita harus letak dimana diri kita berpijak.
Anak hargailah apa juga yg mak bagi.
....sehingga kita kehilangan. Masa itu semua ingin dihargai.
alamak, tersedih pulak... uwaaa....
ingat aydeen td yg cakap gitu...
perasaan hati ibu memang begitu kan? tp anak2 ni suka bandingkan diri dgn kawan2...terasa sedih bila tk mampu penuhi hajat mrk...
btw good luck
Sedih lah pulak.
Mahak atau murah, klo mak dah bagi saya tetap pakai ☺☺
harus kata apa lagi...kasih seorang ibu tidak terhitung dek minda...
Pernah satu waktu dahulu..Baju raya ku hanya Sepasang..Aku menangis..namun membentak mak tidak pernah terdaya...dan kini aku punya anak2 yg sama seperti ku..mereka tidak pernah meminta lebih dari apa kemampuan ku..Syukur atas mu Ya-Allah...
Bersyukur dgn apa yg ada. nasib baik mak pndai jahit baju, dh xpyh susah2 hntr ke kedai. Tak pyh susah2 nk ikut turn jahit baju. Tak pyh susah2 nk kena kuarkan duit upah jahit baju.
Tiba2 rindu mak. Tak sabar nk blik kg mlm ni.
Salam Aidiladha Fara..
boleh monang nih..gudluck...
sedihnye :(
THE MORAL OF THE STORY SETIAP PEMBERIAN MAK BIARPUN MURAH, KENA KITA HARGAI. NILAI SESUATU PEMBERIAN TU BUKAN TERLETAK PADA HARGA BARANG, TAPI PADA NIAT IKHLAS TULUS SUCI SIPEMBERI, HARGAILAH SETIAP PEMBERIAN SESIAPA PUN BIARPUN SEKADAR UCAPAN.
Sedihnya bila teringatkan arwah emak. Tapi bila dia ada dulu kita seprti tidak mhargainya pula..huhu
kalau anak aku cakap macam tu, aku akan tanya balik...
"hah, kalau macam tu kau tak nak ke cari bapak yang setaraf dengan bapak kawan-kawan kau tu? kalau nak, pulangkan balik semua protein yang menjadi tisu-tisu dalam badan kau hasil duit gaji aku membelikan makanan kau. bayar balik duit susu tepung yang kau dah minum sejak mula, dan jangan lupa sebelum kau berambus tolong carikan aku pengganti yang setaraf dengan orang miskin macam aku"
huhuu..tringat kes yg hmpir sama dgn sy satu ketika dulu... mak sy jahitkn tudung skolah tp lain sikit pesen dr kengkawan yg laen...sy tamau...kesian gak kat mak masa tu tp nk jugak pesen tudung yg biase,same mcm org lain... :p
Salam Fara. Link dah ok. Hari tu domain expired. Sorry sgt2.
Nanti saya review. Terima kasih :-)