8/12/11

pulang paku buah keras

Sukar untuk saya menilai seseorang. Bukan mudah untuk saya mengatakan; kamu kawan baik saya. Saya perlu tahu isi hati walau rambut sama warna. Jika tidak, saya khuatir hilangnya rasa hormat jika terlalu selesa. Seiring dengan usia, tidak selamanya saya berusia belasan tahun yang mana kematangan tidak berpihak kepada kita. Saya mungkin kepala gila-gila. Tapi tidak semestinya saya tidak pandai untuk menghormati seseorang. Baik orang itu muda dari saya dan apatah lagi jika dia lebih tua dari saya.

Saya tahu saya tidak sempurna. Saya tidak rasa sifat merendah diri itu membinasa. Bila saya menganggap diri saya masih di tahap ingin belajar sentiasa, maka setiap teguran saya jadikan iktibar dan pengajaran. Tersentap jiwa? Langsung kontra dari diri saya.

Kenapa selesa menghentam orang lain tapi bila kena batang hidung sendiri, hendak sakit hati? Kelakar.

23 comments

senyuuum jek la :D

smtimes kaloi tpikir pe perasaan orang yg kena mrah
and bile kite kena marah
last2 tak jadi nk marah huhuhu

...barangkali sebab itu jugalah ada pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..buruk padahnya...cakap siang pandang2, cakap malam apa ya...bisik2 kot...hihi..lupalah pulak...akak pun kadang2 kalau berkata2 menerusi kalam, kerap lupa kelancangan tangan...kalau ada terguris, maaf!

8/12/11

hanya perangai orang yang rasa tak "secure" yang selalu sentap padahal dialah yang selalu hentam orang tu...

sulit difahami, tak tercapai akal nak fikir...

betul2.lbh baik kite bersikap terbuka dlm menerima teguran jd taklah serabut kepala kite...kalau sensitif sgt pun susah juga...tp pape pun terpulang pd masing2.tak semua hati manusia ni sama kan...

1st paragraph, KC dah setuju. Ending of the entry, lagi la buat i tersenyum u. Hihi.

8/12/11

selalunya mcmtu la fara. org yg suka hentam org tapi bila kena diri sniri dihentam terasa buat muka macam jubor ayam terkemut2...rambut sama hitam hati sulam lain...

sy x suka kena hentam tu psl sy selagi blh cuba elak hentam org (secara berterus-terang)..


lainlah kalau sy rs sy betul..


mcm hentam org merokok kt kedai makan

sensitiviti perasaan berubah mengikot peningkatan umor....

dulu selalu perhatikan pada orang tua dan kurang faham...

tapi sekarang dah faham sebab mengalaminya sendiri...

8/12/11

Saya tiada kawan baik selepas berkahwin!

8/12/11

KITA MASING2 TIDAK SESEMPURNA NABI JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW. SESEMPURNA NABI MUHAMMAD, JUGA DIHENTAM OLEH KAUM KAFIR. JADINYA SAMA-SAMALAH SALING INGAT MENGINGATI, BUKA SEKADAR MENGHENTAM.

bila kita menegur orang lain, dalam masa yang sama kita dah patutnya bersedia untuk ditegur. kalau tak suka ditegur maka jangan ambil pendekatan cuba menegur orang lain..

Menghentam biar kena pada tempat. Klo tak betul...tegur dgn cara yg elok. Jgn main hentam kromo.

Tanpa Nama
8/12/11

setuju. biasa la tu kan. bukan semua orang boleh ditegur. bila kritik orang lain bergegar dunia, tapi bila terkena batang hidung sendiri, nak melenting pulak.

kita selalu cuba bersifat terbuka dan respek dengan pendapat orang lain..tapi sebagai manusia kita tak lari dari emosi kan..kadang rasa sentap tu tak boleh elak..

8/12/11

aku juga susah nak cari kawan yang benar

yang lainnya banyak hipokrasi.

8/12/11

tegur menegur..ingat mengingati itu sesuatu yg sgt baik..andai ada yg kurang senang dgn teguran kita...berhentilah menegur nya..kerana ditakuti akan bermasam muka pula kemudian....

ya betul, berani kerana benar.. takut kerana salah.. ada perlunya kita mempertahankan diri even dihantam ole mereka yang lebih berusia.. kita pun ada hati dan perasaan kan..

8/12/11

saya terfikir, kenapa perumpaan 'pulang paku buah keras' ni digunakan...buak keras tu buah apa ya...hmmmm...:P

8/12/11

hentam menghentam dengan kekerasan ni biasanya org susah nak terima.. walau pun bendanya betul..tapi caranya kurang kena..

sbb tu org kata "it is not what u said but how you said it"

kan kan..

ada orang memang sebegitu
dia hentam orang - dia kata orang boleh aje
bila orang buat balik kat dia
mula lah tarik muka - muncung 14 inci panjangnya...

treat people the way you want them to treat you...

rambut aku dah bertukar oren dah bebaru ni..kuat sangat klorin air kat paip umah aku ni..camne?

manusia mudah alpa...hentam orang memang sedap you..lancar je keluar dr mulut..org yg kuat org yg berjaya mengawal emosinya...

Catat Ulasan