Setiap hujung minggu, saya pasti menyaksikan adegan memukul anak dengan; getah paip, periuk belanga dan batang penyapu. Walau jarak rumah kami mungkin dalam berpuluh-puluh kaki tapi 'kemeriahannya' sangat saya rasa.
Dan ada ketika bila remaja sebayanya ke sekolah, dia masih di dapur mengelap cermin rumah. Setiap hari saya tak pernah tertinggal tersaksi 'kerajinan' beliau. Apakah....?
Sudah lama saya bersangka baik. Tapi bila sudah kerap saya menjadi saksi, saya bingung. Aduh!
29 comments
aduhaiii...
Tak cuba2 telefon polis atau talian Nur?
something wrong somewhere??
telefon saja tele-dera :)
kita berprasangka baik atau kita jenis tak mau jaga tepi kain orang... sikap individualistik semakin subur di mana2 taman perumahan...
Mungkin kena call talian Nur?
..sy cuba nak cal polis tp sy pelik kenapa jirannya tak bertindak? Sy isau, takut sy yg pk bkn2. Sy nie agak jauh dan bukan 1 taman. Runsing.
lagi bagus awak yg jauh call.so takde sape suspek awak yg kol.mungkin yag dekat tu tak berani masuk campur.takkan nak tunggu 'dah arwah' baru nak repot kan?
report je. nanti dorang buat siasatan. agak2 dirahsiakan tak identiti si pengadu. kang x pepasal jer. hehehe...
Kalau dah nampak mencurigakan, baik bertindak !
Kesiannya dia. Kena report tu fara.
ada sesuatu yg tidak kena ni geng....
15999 no telefon talian nur..call je dulu...
tengok camne..
kita kena bantu..bukan penyibuk, tapi kesian mangsa..tah tah betul jadi mangsa..bayangkan kalau itu ibu tiri budak tu..
ah, tak cukup sedih lagi..
contoh, konon aku mati, pastu laki aku kawen lain, budak yang lap cemin rumah tu, anak kenit aku..yang memukul dia tu mak tiri yakni bini baru laki aku..aku pulak dah hancur dimakan ulat dalam kubur..sedihnya la aku kalu ko kawan aku, nampak orang pukul anak aku, tapi ko tak buat apa apa..
lagipun aku bukan pelakon dalam citer hantu cina..kalu tak, bole la aku pegi rumah ko (dlm form hantu) minta tolong ko tolong anak aku..
bole? tersentuh tak?
kesiannya..
cuba le talian nur cam yg kakcik cakap tu..
suruh diorg datang check dulu.. bukannya main tangkap je
report!!! jom jadikan dunia ni tempat yg aman..
tak boleh tengok sahaja .. kena buat sesuatu.
yela cuba fara call n tanye dulu camne...tak cuba tak tau kan...
tindakan terbaik, laporkan saja pd yg berwajib....bkn begitu cara terbaik mengajar anak, pcl rasa simpati dgn anak2 yg 'terdera'.
Assalamualaikum Fara,
Kesian. Masih ada lagi ker yang macam tu.
Semoga ada jalan melepaskan 'dia' dari keadaan yang sedang dialaminya sekarang.
huhu. tegur dulu.. tak jaln report je
yela... bila mata dah jadi saksi perlakuan itu berulang kali, baik buat report.. kesian plak mangsa tu takda tempat dia nak luahkan apa yang dia alami..
ikut undang-undang. kamu ada hak mahu report.
saya pelajar guaman.
simpati takkan jadi kalau tidak ada tindakan.
kasihannya...kdgg2 mak pak dia ada masalah...entahla sterss hidup kdg2 dilepaskan pd anak, cuba bual2 dgn budak tu..
pisang goreng dgn sambal kicap susah ke nk jumpa kat key el?
sini tempe goreng pun ada seringgit 4 kping la tapi...
maybe cara tu dye ajar anak dye.rara dulu sume tempat kena hempuk.silap sket kena.tu sbb skrg ni jd insan berguna.
perkara tu nampak macam biasa masa saya kecik2 dulu... mak garang.
sekarang tak tau la
Kalau ada keberanian, ambil gambar ketika kejadian...lagi kuat bukti tu...
tidak boleh dibiarkan, kesian dia...
kena lakukan sesuatu, cuba call talian Nur kita tengok apa yang dorang boleh buat..
bukan nak burukkan keadaan keluarga tu tapi mungkin dengan cara macam tu akan ada perubahan.. lagipun kita tak tahu apa sebenarnya berlaku..