Bila semalam saya dijamu berita tentang 'kemeriahan' Program Permata Pintar, saya terkenang kanak-kanak atau remaja sebaya yang tersisih kerana keciciran sekolah. Ada banyak sebab dan punca. Antaranya;
- gejala sosial tidak sihat
- kemiskinan
- OKU
- lembam
Saya tidak menyalahkan kerajaan yang langsung tidak ada kesungguhan dan ketegasan dalam melaksanakan kempen 0% keciciran sekolah. Tetapi mungkin salah 'kita' yang terlalu suka menjadi Tuhan. Bila kerajaan Melaka melaksanakan Sekolah Hamil, mereka kata kerajaan Melaka menggalakkan zina. Saya terfikir, apa nasib remaja yang keciciran sekolah akibat mengandung anak luar nikah? Agak-agak, apa akan jadi pada mereka andai tiada bimbingan agama dan ilmu dunia yang mencukupi? Jawapannya saya yakin semua orang pun tahu. Sebelum sekolah tersebut dilaksanakan pun, zina berleluasa di mana saja. Tak akan berkesudahan. Mulut tak payah lantang bersuara konon kata nak cegah. Sebenarnya, kita dah terlambat nak mencegah melainkan jaga anak cucu kita sendiri dari terjebak dengan perkara-perkara yang kita sendiri tidak ingini.
Saya gembira melihat anak-anak pintar yang berpeluang masuk TV menunjuk kepintaran mereka menjawab soalan wartawan dalam gaya penuh intelektual. Tapi dalam masa yang sama, saya sedih mengenang kanak-kanak atau remaja keciciran yang akhirnya hidup tak menentu dengan menjadi pencuri atau buruh kasar atau mungkin terbiasa dengan gaya hidup gelandangan yang tidak tercapai kemampuan kita sendiri.
Selesai 'menganyam ketupat' sesama sendiri, salah seorang darinya datang menghampiri saya. Penuh ramah mesra, dia menegur; mengajar kelas D ke? Jenuh nak mengajar budak-budak lembam. Dahlah nakal. Tak kuasa saya. Nasib baik saya dapat kelas A. Senang masuk otak masing-masing. Walhal sedang sarat mengandung. Berserah sajalah!
16 comments
mommy kerja cikgu kah?
uhhhh, cikgu tu cakap cam gitu, redha jelah..lain kali cakap tu fikir2 dulu..kita ni kan semua makhluk Tuhan..
Program PERMATA Kat tempat sy nie memang utk org miskin..tp tu la, yg pertengahan tetap terhimpit kan..nak hantar TASKA mahal nak apply PERMATA tak layak huhuhhhh
@bujal X
Dulu, ya...skg kuli je.
=D
@sahromnasrudin
Semua program PERMATA mmg untuk org miskin.
Assalamualaikum Fara
ada terdengar cerita....
kelas yg tercicir ni...diletakan cikgu yg agak bermasaalah...
Wassalam
kesian kat budak-budak yang dicicirkan, makin tercicir.
Dah lumrah manusia. Sentiasa fikir yang negatif je. Kalau budak nakal/hamil dibuang sekolah, mereka akan jadi lebih teruk lagi. Cuba la jadikan yang kurang elok itu sebagai sempadan
setuju..
SAYA FIKIRKAN PROGRAM PERMATA INI MEMANG BAIK..
saya pernah ngajar budak, memang perlukan kesabaran yang amat-amat tinggi. kebanyakan dari luar bandar, kemiskinan salah satu faktor. darjah 6 tak pandai 3M
alhamdulilah ..seronok dapat anak yg pintar..kelas d juga kalu dididik boleh pintar jugs..kekadang anak2 ne lain pendekatannya kan cikgu,..
nasib dan hidup kita masing2 tak sama..
kadang2 kanak2 yg keciciran ni lagi bijak daripada kanak2 yg berpeluang belajar ni..
cuma nasib dan keadaan yg tak membolehkan mereka utk bersekolah..
kesian kat depa..
x sempat la nak komen panjang sbb ada kat kampung, tp tetap berminat dengan segala entri di sini..
bab cikgu ni masing2 berlumba2 nak kelas A.. tapi ada cabaran ke, mereka memangnya dan sedia pandai, lain la macam mama asyik2 dapat kelas K.. sbb tu bila spm kluar mama ternanti2 nak tau.. dapat ke dia orang tu sijil nak mohon kerani kee...
biasalah dah adat manusia, yang lemah, buruk ,hina , dan jahat tu , cepat dipandang rendah tak de orang yang endah: (
Tingkah laku anak2 semua nyer bermula dari rumah,harap kito semuo dpt memberi didikan terbaik utk anak msg2..nak2 kat lembah klang nih,dugaan besar untuk anak2 mudo..